Thursday, December 29, 2011

Sunyi

I went to office tadi. That explains why senyap sunyi takde entry siang tadi kan? Kat office takde orang sangat pon. Ramai yang amik cuti sampai next week. Ngehehe...mak bizi nak, bukanlah mak rajin nau. Ada stesen nak upgrade next week. Few days back, beria-ia lah aku yakinkan project team yang lagi lambat buat training, the closer to the upgrade date, lagi bagus so that ilmu masih segar means less issue, tup2 aku kantoi der selasa depan kan Azra nak sekolah!!! Mak nenek tak ai?!! Geram je tau. Last2 secara senyap2 aku arrange training tu hari ni. Muahahaha!!!

Pagi tadi, I was late actually. Malam tu Azra punyalah bising dah sejam padam lampu gelap gelita dia masih dgn Upin lagi. Dah bohsan giler, swuh plak aku bukak video dalam handphone aku. Huhu...last2 aku pap! paksa dia tutup mata. Nak nanges pon tak sempat, aku sumbat je tetek. Tak lama tu terus zzzz....mmg dah ngantuk pun. Tapi sebab tidur dalam tak redha kena marah tengok Upin, tetiba jam tiga pagi, dia kejut aku suruh bukak Upin. Sabar je nak oi, tak kuasa mak nak layan. Sumbat tetek dia pun tidur balik. Tetiba dengar dia kejut papa plak. Rupa2nya dia nak bgtau papa dah terkepit tangan dia. Hahaha!!! Tu la risiko co-sleeping yo!

The moment aku terjaga dah terang benderang tu, terus aku terjah dapur, tenggek periuk, rebus spagetti. Cepat2 washed-up, kemas2 bag dia siapkan baju, sambung masak kuah! Maka, Azra diet hanya makan spagetti carbonara je ye utk breakfast dan lunch dan tea time hari ni. Hehe. Sib baik aku dah scheduled kan training start pukul sepuluh. Kalau tak, mahu 'masak' aku segan weh participant sampai dulu. Sempat ke mandi? Muahaha!!! Itupun masa aku nak keluar rumah, kecik mengamuk nak ikut. Huhu...aku dah sedih cair mair sekali Rul marah, "Tu la, sapa suruh kejut dia??!! Nak pergi, pergi je la!". Huk oloh...hati mak ni ingat sama macam hati bapal??!!! Ingat sampai hati nak tinggalkan anak tak kiss, tak salam, tak bagitau dia??!!

Sib baik training aku best hari ni. Sib baik balik rumah tadi, ada orang tu dah kemas rumah licin berkilat. Terubat sikit gundah gulana scene tak best di pagi hari. Hihi.

Participant aku hari ni stesen dia dekat area hospital Klang. Akak ni umur 47, sangat berjaya, sangat banyak experience dan sangat tak kedekut nak berkongsi ilmu, pengalaman dan nasihat. Anak sulung dia umur 21 tengah study pra-medic nak fly oversea. Anak kedua dan ketiga dia pun stok scorer la memasing madang top student dapat tajaan lagi bila sambung belajar takdelah mak bapak kena guna duit sendiri. So sepanjang kelas tadi, aku rasa almost 30% dok borak pasal macam mana nak raise anak, education anak, pasal cari duit, pengalaman dia ikut laki dia jadi expat kat Papua New Guinea dan......pasal property investment. Aku sangat teruja dengar macam manalah dia boleh jadi kaya raya now dengan umah bernilai bermillion2 kot dia ada, dengan few businesses lain termasuk stesen dia tu. Ada satu rumah kat Bukit Jelutong, dia beli dengan harga 350k enam tahun dulu dan dijual baru2 ni dengan harga 680k. Gila babas wallawey...memang kakak ni best nak dijadikan mentor nih!!! Aku dah simpan dah nombor dia nanti aku nak ajak dia date makan goreng pisang sambil borak2 pasal masa depan lagi eyh. Hihi...

Owh, sebelum terlupa aku nak komen sikit pasal ending Tentang Dhia. Boleh tak buat ending yang out of expectation sikit? Yang kita rasa, wow! macam tu ke ending dia...so sweet...ini??? Mudah sangat la dalam masa satu jam semua pun nak reveal jadi terlalu simple plak ending dia kecuali last skali bila Zikir pun mati sekali, tu je yang aku puas hati. Sepanjang2 tengok finale Tentang Dhia tadi, aku dok menyumpah si Zikir tu pesal buta kayu leh salah faham dengan Dhia sampai macam tu sekali. Sigh. Siap boleh madukan Dhia hokay!!!

Ishh...buat tambah dosa aku je. Okaylah...babai.

Eyyyhhh...lagi satu...lupa plak.

Yeayeahhhh!!! Ombak Rindu dah masuk Astro First!!! First round tengok aku tak nanges lagi sbb maybe tak concerntrate sangat. Mana nak sama tengok dekat tv samsung dengan sound system panggung tgv kan??? Terima je la seadanya.

Layannn...

Wednesday, December 28, 2011

Home Alone

Masa aku start menaip entry ni, damai je perasaan dengar kat surau tengah azan Asar. Sejak dua tiga menjak ni at every waktu plak azan berkumandang kat surau Randa. Memang bagus sungguh dapat mengingatkan aku untuk cepat2 tunaikan solat. Hehe. Dan juga dapat melegakan kesuspenan menengok orang kena lari dari gunung berapi kat astro tengah show Dante's Peak. Layan cerita lama kat Max sesambil aku merebus daging dalam proses nak masak kari.

Hari ni yo! I masak pulut kuning yo! Jap lagi nak agih2kan yo! Hehe...bukan banyak mana pun, takat bagi kat babysitter dan mak aku je la kot. Haha! Tu pon nak kecoh. Pulut kuning dah siap tu ha. Elok je warna kuning dia aku pakai kunyit hidup. Sebelum2 ni banyak kali aku rendam pakai kunyit serbuk, madang je kaler dia ke laut. Ada ke pulut kuning berwarna merah?

Ngagagaga...soalannya, tak kerja ke?

Eyh.....kerja! Sapa kata aku cuti. Cuma aku kerja dari rumah. Dapat je nak connect baca e-mail guna wifi ni ha. Sesambil siapkan apa yang patut, sambil tu aku jenguk2 dapur. Azra takde aku hantar rumah babysitter sejak pagi tadi. Dah hujung2 ni kasiklah acik Julie mencurah kasih sayang kat dia jap. Bagus gak. Tidaklah dia bosan ngadap muka aku je kan. Lagilah sesuka hati aku nak ngadap kerja lama2 then bila bosan, jenguk dapur plak, bila bosan, tengok Astro jap. Tidur tak boleh, kang pening kepala. Tapi sempatlah minta papa urutkan belakang tadi punyalah sengal. Tu le kalau dah demok jatuh memang impak besar wo. Kalau ada budak tecik tu jangan harap ler aku damai tenang mesti asik2 nak susu. Huhu....tapi bila takde, sunyi plak rasa. Gitulah emak-emak...

Papa Azra patutnya ada tapi mana ntah merayap bila aku tanya dia taknak cakap dia kat mana. Ewahh...ewahhh...pandai betul berahsia, I pakai friendfinder baru tahu. Dah la aku nak menumis kari rempahnya tinggal sepeket kirim kat beliau memang awal2 dia kata dia balik lewat sikit. Eloklah tu, pukul berapa plak kang nak gerak amik Azra.

Huhuhu...

Wordless Wednesday #3

4 Dis 2011. Family outing at Sunway Pyramid Fun Zone.

Tuesday, December 27, 2011

Kisah Berebut Kerusi Di Kedai Mamak

Adeihhh....

Sakit punggung sebab jatuh kerusi. Kaki pun terasa sengal-sengal. Pinggang pun macam tak kena.

Cilakak la mamak kerusi karat masih nak simpan!!

Huhu....tebal muka gue sebab kerusi patah...gedegang!!! Serta-merta aku cecah lantai dengan kadar segera. Adeiihhh...sampai hujung tahun depan la aku jadi 'bahan' setiap kali ke kedai mamak tersebut.

Kenapalah aku tak mengalah je tadi....

Huhu...itulah penyudahan kisah isteri yang berebut tempat duduk dengan suaminya di kedai mamak kegemaran mereka.

Tamat.

Why BBIM?


Trevor Eissler "Montessori Madness!" - 321 FastDraw

Selamat Ulangtahun

Dearest husbandku sayang, semoga cinta kita kekal bahagia, aman gembira sampai bila-bila.


Sedetik Lebih - Anuar Zain

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

XOXOXO

Monday, December 26, 2011

Simple

Burpp...

Alhamdulillah...

Kitorang baru selesai makan tengahari. Kitorang laki bini la yang dah siap makan. Tengah menunggu si intan payung habiskan nasi dia sambil menonton pada zaman dahulu...huhu...tahun bila la nak siap makan tu sayang oi.

Hari ni adalah hari misi mengosongkan peti ais. Aku dah beberapa hari tak beli lauk kat Econsave. Entah2 dah dekat seminggu kot. Dok masak apa yang ada je ni ha. Tak pun makan luar. Memandangkan tadi pagi diri ini amatlah segan nak keluar tanpa suami tercinta (padahal malas :P), ku pasrah je la masak apa yang ada. Tu pon sebab Azra request nak makan nasik. Eyh...macamlah dia makan banyak sangat kan? Dah sehabis korek punya korek terhasillah sambal cili padi kentang & bilis, sambal tumis telur mata, sup kubis putih, ikan merah goreng dan last sekali steamed tofu yang ini. Walaupun simple habis menu hari ni, berseri betol muka Rul bila bini dia masak kat rumah. Yer la balik kerja jauh-jauh sure penat, makan bungkus okay je tapi kalau homemade mesti extra special kan lebih2 disertakan dengan kasih sayang berguni2.

Hehe...

Tadi, masa tengah masak sambil melayan tuan puteri intan payung, elok je aku dah sudahkan menyambal (masa ni Rul belum sampai rumah), Azra merengek2 minta susu la apa lagik. Elok jugak aku pun nak relaks jap kaki sesambil tengok the kings speech, kisah king george yang gagap tu. Layan sangat menyusu elok plak Azra tertidur terus. Dengan lemah lembut aku bawaklah masuk bilik. Ni kes jarang2 berlaku okay budak kecik tu nak tidur tengahari. Sangat fragile ni. Baru letak atas katil....aiseymen...berak plak budak ni!!! Aku dah berbelah bagi. Takdelah jalan nak pakai wipe je kan. Huhu...terpaksalah aku kejut je cuci dalam tandas. Uhuk...sib baik walaupun kena air sejuk banget, elok je dia lalok2 lagi. Aku pakaikan diapers tepuk2 bagi dia layan tidur balik la kunun...sekaliiiiii....handphone bunyik!!! Aku taknak angkat laju je mulut kecik "Mama, tefon tu!". Huhu....punah harapan....terus lepas tu terkebil2 je mata dah taknak tidur. Tu yang elok dia ada makan skali ngan kitorang tu.

Tapi takperlah....papa pun ada tu. Bagus gak dapat papa lepas rindu.

Sunday, December 25, 2011

It's Christmas Yo!!!

Sebelum tidur kena layan 'candu' dulu.


Hari ini 25 Dis 2011. Tengok kat ticker sebelah tu lagi dua hari je nak hit tiga tahun usia perkahwinan kami. Wohoo!! Baru tiga tahun??!!! Rasa macam dah lama je ni ha yang. Haha!

Dekat facebook & blog ramai je yang wished merry christmas sini sana, ada yang siap organised christmas dinner, exchanged gift tapi dalam masa yang sama ada juga few friends and colleagues yang shared info tentang berdosa kalau kita ucap selamat kat sambutan perayaan berkaitan agama etc. Hurmmm...aku pun tak pasti tapi aku tak wish apa2 pun setakat ni. Bukan ramai nau pun kawan2 yang sambut christmas. Derang pun sbb dah berlambak orang wish tak perasan kot aku tak wish lagi. Hehe. Selamat kan macam tu. Tapi aku tak share balik info pasal berdosa tu sebab fb kan macam public. Taknaklah kena cop extrimist. Tehee..

On our ulangtahun, there were plans to celebrate it BIG this year. Kunun nak pergi jauh sket spend time just the three of us. Mandi pool, sight seeing lah semua......sekali.......bajet nan ado! Aku biasalah semua pun last minute. Sekarang ni plak dikategorikan sebagai super peak time, nak check-in paling murah pun dah dekat empat ratus...huhu..merasalah menyangap jeklah laki bini kat Randa ni paling2 pun kita dinner best sikit je la nanti. Insyaallah...tapi tu la...laki I kejar overtime habis dipulunnya ganti trip org lain. Tengoklah sempat ke tidak. Aku pun tak amik port sangat sebab nak fokus lebih kat persiapan menyambut tahun baru (sebenarnya dah habis duit buat bayar yuran sekolah Azra :P).

Hari ni pun takde plan sangat. The man in green towel kejap lagi ada trip ke Alor Star. Aku nak keluar jalan2 berdua je dengan Azra memang takde la. Dapat tengok je semua orang dok jalan sini sana paling ramai yang pergi Johor Premium Outlet la. Aku pun rasa cam exciting jpo tu tapi ada sen ke nak berbelanja??!!! Pesal la aku sangap hujung2 tahun gini!!!

Oh btw kelmarin masa on the way balik Ikea, aku amik jalan lain nak balik Shah Alam. Selalunya keluar je area Ikea tu kitorang amik u-turn masuk balik NKVE tapi sebab masa sebelum nak u-turn tu aku dah nampak jalan belah sana punyalah jammed jadi aku lalu Penchala Link. Aku pun tak pasti sebenarnya tapi kitorang ikut je signboard sedar2 dah sampai area (alahhh...time ni la aku lupa nama tempat tu! Grrr..). Fullamak punyalah padat tempat tu dengan kondo tinggi2 lawa je semua aku terasa amat maju sekali area tu. Terus aku rasa...eyhhh...mundurlah kita orang kampung...haha! Itu je nak bagi tau.

Sekian, terima kasih.

Friday, December 23, 2011

Jumaat Yang Nyaman

Tadi elok je cuaca cerah tapi sekarang dah hujan. Makin kotorlah kereta masing2 dak. Tapi hujan2 cenggini, syok betul kalau rumah kampung lagi nyaman je kan? Aku baru ingat nak lepak2 bermalasan atas katil sekali Azra mintak nasi der. Lapar ler tu tadi breakfast main2 minum air je lebih. Bangunla kejap tanak nasik. Nasib baik tadi ada tapau sup ayam dari Jayathi. Tak panaskan pun, jap lagi aku curah je atas nasi panas kira aci la kan. Ngehehe...pastu aku buatlah sikit spagetti carbonara sebab ada orang tu ngidam sangat2 seminggu sekali nak carbonara. Tu la erti sebenar tak kenal makan tak cinta. Sebelum ni mana ada pandai minta makan spagetti. Sejak birthday Azra hari tu baru dia tahu bini dia terer buat carbonara. Ngagaga...pakai instant je pong. Haks!

Tadi kitorang pergi lagi BBIM. Submit registration form dan terus setelkan bayar yuran termasuk monthly fee untuk January. Aku pejam mata je la kuar duit takde request nak bayar dua kali ke hapa. Dok fikir kalau ada kelonggaran boleh bayar dua kali memang la lega sikit bulan ni tapi bulan depan pon sama gak kan? Tadi dapat borak panjang dengan bakal teacher Azra. Ada sedikit kelegaan after aku clarify few things. I even filled-up kat registration form yang Azra ni kena cakap lembut2 masa awal2 jumpa sebab kalau tak, dia langsung taknak kat org tu, Azra takut semut, geli kat rambut etc. Hehe. When I explained all those to the teacher, dia pun kelihatan tidak menganggap aku poyo and she acknowledged the fact that such info is also important for them to know. Hehe...aku legalah at least takdelah dia main hentam keromo je kan. Mana tak risau, ko nak hantar your most valuable asset nih! Okay...aku poyo. Haha!

Sebenarnya sebelum pergi BBIM, aku kuar jap gi bayar rumah kat MBSB. Normally, setiap hujunh bulan, merasalah aku drive ke Klang semata nak bayar rumah tapi kali ni kitorang tak pergi Klang. MBSB dah bukak branch baru kat Seksyen 7, Shah Alam yo! Dekat sangat la wei tapi dah dua bulan kitorang terpergi gak branch Klang sebab terlupa. Ngehehe. Branch Sek 7 ni memang superb wey. Orang dah la takde then staff semua adalah super friendly. Aku masuk, isi form terus gi kaunter kejap je urusan dah selesai. Kalau kat Klang, at least setengah jam aku tunggu queve. Dah la dekat memang lepas ni kirim salam ler aku nak gi branch Klang.

Patutnya lepas semayang jumaat ni, kitorang nak siapkan pasang kabinet kat dining area ni, sekali kontrakter upahan sudah tertidur der. Huhu....jadi ke tak ni?

Tunggu orang tu jawab...

Salam Jumaat, Assalamualaikum

Aku amik cuti hari ni. Sebab semalam dah gaji (sampai bermasam muka laki bini sbb duit tak cukup nak beli iPad2 ahaks!) jadi hari ni nak cepat2 setelkan hal pendaftaran dan bayar yuran BBIM pastu nak bayar rumah kat MBSB tu. Boleh je takyah cuti then lari kejap masa lunch karang tapi ahkak kan cuti banyak, bazir je kalau taknak fully utilized kemudahan yang ada :P Hal2 benda2 yang wajib bayar ni aku kena buat cecepat sebab aku ni sangatlah jenis melayu-mudah-lupa. Weekend ni kan cuti panjang mahu nyer aku spend semua duit tu kat Ikea je kang. Lepas tu sangap. Haha!

Kitorang tidur bentang toto je kat depan tv malam tadi. Sejak musim2 hujan ni, ruang tamu adalah nyaman macam syiok je boleh tidur guling2 gigil2 takyah pasang aircond. Tak pakai aircond adalah jimat letrik weh bil bulan lepas tak cecah seratus pong. Tapi siaplah kalau tak bentang toto berlapis2 ada kemungkinan ko sempat meroyan kejaplah sebab punyalah keras lantai terasa menekan2 plak. Hehe. Lepas tu jangan lupa pasang ubat nyamuk. Nyamuk2 sini boleh tahan, si empuya diri tak kelihatan tapi tahu2 je dah gatal2 dok mengaruk sini sana.

Pagi ni kitorang dikejutkan dengan bunyi muzik punya kuat oleh neighbour depan rumah. Tu la gamaknya kalau dok berjiran dengan geng bujang dok beramai2. Selalu kat sini yang buat bising ni orang India blok sebelah tapi rasanya depa dah pindah dah. Terkejut jap aku sebab dah lama aman damai Randa ni. Kesian kat Azra la yang nak layan mata tapi sebab terganggu, asik menetek la jawabnya. Kalau duduk dalam bilik ok je takdelah begitu jelas tapi ni dah ruang tamu bertentang, dia gi muzik full blast then bukak pintu luas2. Jap lagi sure Rul akan sepak barang dia sebab jemur baju sampai ke border depan pintu kitorang. Ngagagaga...

Okaylah, aku nak siap. Nak gi amik gambar pasport lagi. Semoga korang enjoy Jumaat ini to the max dan selamat berhujung minggu sampai senin kang!!!

XOXOXO.

Thursday, December 22, 2011

Si UPIN & IPIN Favourite Azra


Towards the end of this video (if korang rajin tunggu sampai habis la yer..:P), Upin Ipin & the gang buat muzikal show untuk konsert akhir tahun sekolah. Simple but nice lor. Cikgu Jasmin main piano untuk derang ceritakan kisah pengembala dan serigala. Abang Salleh sponsor kostum derang lagi. Hehe. Sepanjang hari aku dok humming "Terima kasih....dan jumpa lagi..."


LOL.


Mode : Tassabar nak tengok Azra berkonsert plak.


Hihi.

Wednesday, December 21, 2011

Mana Boleh Tak Update Berkajang-Kajang Kan?

Untuk minggu ini, hari ni merupakan kali kedua Azra duduk full day kat rumah babysitter. Dah lama giler dowh kitorang pontengkan Azra from there coz most of the time, we were around and can take care of her secara bergilir for the whole day. Tu la flesibilitinya if you and your partner are not working on the same time zone. Peace. Tapi sekarang ni kan sebab Azra dah start sekolah so better I readykan dia serba sedikit. Takut kejutan budaya berganda2 kalau tak train to be away from us.

Pagi tadi, we were late sebenarnya. Dahla mama sedia lambat, cikonet plak nak susu dulu before boleh bukak mata. Rasuah dengan Upin dan vitagen barulah dia benarkan mama dia nak bersiap. Makanya hanya sempat prepare sup ikan je untuk bekal lunch Azra. Breakfast biskut Tiger je la yer hari ni. Tapi mama tapaukan banyak giler nasi sebab kang jadi kes Azra makan sampai licin plak nasi tak cukup. Hihi. Tu pon siap masak dah lebih lapan setengah. Nak kemas bag, mandi gitu gini pukul sembilan lebih sikit baru keluar rumah. Sampai kat kereta, sedih je. Baru semalam hantar car wash tapi dah stained plak Alza ku. Huhu...tu la dok rumah burung takde garaj berbumbung. Musim hujan memang kena redha je la. Tu pun puas lalu jalan yang tak kena lalu tanah sebab taknak langgar lecak air kang lagi sengsara.

Esok Rul adalah off jadi aku ingat nak drag him tengok BBIM tempat Azra akan bersekolah later. Boleh sekali aku submit her borang pendaftaran. Lepas tu...hehehe...plan lepas tu yang lagi exciting....which is...hehehe.....LUNCH KAT IKEA!!!

Yeay!!!

Wordless Wednesday #2

First woman F1 racer wannabe. That gentleman in stripe-t is the lolly man wannabe. Haha!

Tuesday, December 20, 2011

Benda Murah Yang Super Cute

Comel giler dengan pilihan pelbagai warna yang striking. Brand mini T. Sepasang hanya lima hengget kat jasko bkt tinggi. Tapi takde size kecik. Azra pakai gedoboh tapi nak beli jugak sebab comel. Sesuai pakai kalau ada sesi kolam renang. Azra lagi suka style siper jepung camni sebab senang nak sauk.


Korang tengok, bagi aku cute tak semestinya penuh gambar kartun or ribbons or sequins. Simple cenggini pun comel per, lagi2 kalau murah. Comel je duit keluar dari wallet.


Kalau nak, aku boleh tolong belikan.

Denda

Mula-mula dia curah air milo ramas dengan sayur yang aku letak atas meja. Tak kisah la sayur bercampur milo boleh je cuci, tapi bersepah milo tu. Haih...aku jugak mengemas kan?

Lepas tu, dia gi hangkut semua alas kaki kat area dapur gi longgok macam ni.

Rupa2nya dia nak make way sebab nak tolak kerusi dari meja makan ke singki sebab nak main air.

Aku biar je dia main. Apa salahnya pun kan (skg baru aku teringat yang tepi tu je aku letak pisau..erk.). Tetiba, sesambil aku nak upload gambar dia menyepah ni, dia dah amik sayur yang aku dah basuh tenggek atas dapur, semua terabur balik. Huwaaa!!! Bila aku nak bekas tu sbb nak kutip balik sayur, boleh plak dia marah??!! Ewah...ewah...biasa dia!


Nak tahu apa mama denda Azra sebab tak memberi kerjasama?

Seminit kurung dalam bilik!!!


Nangis la sana puas2.


Huwaaaa!!!!

Dialog Azra #5

Budak cantik makan nasi ayam dengan mak dia yang cantik. Hihi.

Suatu hari tu, masa mama tengah make-up siap2 nak keluar dinner jap lagi, Azra masuk bilik sambil tolak stroller baby.

Azra : "Cantik mama."

Tapi mama tak pay attention sangat so tak berapa nak respon.

Azra : "Mama cantik yah!"

Mama: "Owh..yer ke? Terima kasih sayang. Sweet la Azra ni. Thanks.."

Azra: "Azra pun cantik, sama macam mama."

Ey eh...amboi amboi amboi...terkejut mak dia ni tau dengar first time begitu panjang ayat keluar. Ayat puji diri sendiri plak tu. High self-esteem betol anak ai.

Terus mak dia semangat nak selalu2 make-up bila keluar.

Hihi.

Headache

Selepas berbulan takde training, semalam buat pertama kalinya stamina gua diuji. Ngagaga...amik kau! Sampai ke malam aku sakit kepala. Stress sey. Ko tak sakit kepala bila aku cakap lain, dia tanya soalan lain. Huhu...nampak sangat tak faham. Sabar je la. Dan disebabkan itu, pukul 8.30 aku dah masuk bilik. Not much later joined by Azra and Rul. Ingatkan bolehlah tidur awal..huhu...pukul sebelas gak cikonet tu baru boleh isap susu senyap2 then tertidur. Sebelum tu keliling bilik dia tawaf sambil tengok Upin guna Corby dia tu. Aku plak sebelum tu dok mengulang 2-3 kali gi kencing...hehe....banyak sangat sampai 2 liter aku tegok air sbb nak hidrated balik. Yep, since morning aku tak minum pun air kosong. Asik coffee, tea bercawan2 dan air oren masa lunch time je. Tu yang sakit kepala tu. Kurang air, kau ingat kau unta padang pasir boleh simpan air dalam bonggol? Aku selalu tau macam tu sampaikan bp aku naik mencanak.

Tobat...tobat sambal belacan..hihi..

Semalam, sebab aku masuk office, merasalah Azra bermain dengan kawan2 kat rumah babysitter sampai ke petang. Mendapatlah calar 3 line kat dahi kiri sebab terhantuk sofa katanya. Masa aku amik dekat pukul 6 tu, dia tengah bersila, makan sepeket chipsmore. Huk oloh cikonet ni, aku ajak balik siap cakap taknak! Lapar nau ke tapi babysitter kata Azra cipta rekod, nasi lunch makan sampai licin. Bila aku tanya breakfast, pun licin. Ehh...lapar sangat anak aku? Aku bekalkan spiral pasta in soup, nasi dengan sup udang dan sayur, pisang berangan sebiji, epal sebiji dengan biskut tiger sepeket untuk breakfast, lunch dengan tea time semua habis licin. Masa masuk rumah tu, aku nampak anak dia tengah minum power root. Power root untuk budak sekolah tadika??!!! Huwaaa...ntah2 Azra dah tertelah ubat kuat tak ni? Masa dinner pun beria makan nasi padahal tadi baru je makan chipsmore berkeping2 tadi!!

Mak babysitter tanya, "Pesal Azra nampak cengkung dan kurus?".
Aku jawab, "Azra diet :P".
Pak Long nyahut, "Maknyer tak nak diet!!".
Cecepat aku jawab, "Maknyer diet tapi tak berkesan".
Muahaha...dalam hati nanges.

Terus hari ni aku work from home.

Hahaha...alasan!!!

Eh...nampaknya akaun blogspot aku pun pening der hari ni. Tiap kali nak type komen kena login plak padahal dah log in ni.

Sunday, December 18, 2011

Sup Ayam Berperisa Durian

Sebaik sahaja gas man si perkasa mengangkut tong gas 14kg naik sampai tingkat dua Randa dan bekalan gas berjaya dikembalikan operasinya, terus akak rajin menyambung misi ayam masak merah yang tergendala malam tadi. Jadi menu lunch kitorang plak yer jawabnya. Cipta rekod masak ayam merah dalam masa 15 minit (padahal ayam ngan sambal dah separuh masak...hehe..).

Selesai lauk pertama berjaya disiapkan, aku dok mencari periuk nak masak sup ayam puteri kesayangan plak. Manalah plak periuk kecik ni. Takat ayam seketul takkan plak nak guna periuk besau. Huhu. Last2 aku cuci dan guna balik periuk kaya durian semalam. Malas nak korek dalam kabinet. Mesti pakcik rajin tu dah simpan masa mengemas rumah semalam.

Simple je main campak2 ayam dan sayur dalam satu lauk terus seimbang semua ada. Hihi.

Lepas letak garam, gula, perisa semua, aku rasalah sesudu sedap ke tidak sup aku ni. Macam tempoyak der sup ayam Azra hari ni. Sib baik minah ni suka makan durian. Huhu. Rul pun elok je makan tu. Haha!

Tak kuasa mak nak masak lauk lain.

Saturday, December 17, 2011

Alahai Gas Habis Plak

Tadi siang2 masing2 tak rasa lapar. Macam malas plak nak makan berat2. Dalam kepala plan nak keluar je jap kang supper kat kopitiam ke, mamak ke. Eh, kata tak dinner? Hehe. Elok plak anak beranak pak itam pun tidur langgar lari maghrib sampai dekat pukul 8. Memang heavan la aku layan diri melepak sambil layan cd ketiga Jangeum ni lambat nau nak habis. Selagi tak habis memang melekat le mana leh buat mende lain.

Hihi.

Tuan puteri intan payung dekat pukul sembilan baru dapat recharge bateri baru nak cargas. Time tu nak keluar pun dah rasa malas plak. Malas nak mandi sebenarnya. Aku dengan gigihnya masak nasi yo! Hehe...sebenarnya bukan aku yg masak nasi tapi Rul yang offer diri. Sebab kesian la perut laki ai dari siang tak makan nasi lagi, aku keluarkan la drumstick. Terus gigih nak buat ayam masak merah. Hehe. Sementara goreng ayam sempat aku tumis taugeh, letak udang, tahu ngan carrot. Jadi ler makanan seimbang tuan puteri bangun lambat tu. Sap sap soy sayur pun dah ready. Sambung plak goreng sambal tenggek sebelah ayam. Sempat nak online jap. Tengah2 baca gosip artis, terpelik sat, pesal ntah dapur ngah goreng ayam ngan sambal tu leh senyap sunyi je kan.

Ek eleh....gas habis la plak...

Dah pukul 10 ni, mana ada kedai bukak? Kalau bukak pun pukul berapa nak sampai, pukul berapa plak nak makan? Haha. Alahai tong gas, ko bocor ke apa? (padahal memang dah pakai lama, saja nak salahkan org lain...hihi..)

Sekian kita imagine je la makan style jepun tenpayaki taugeh ye. International kita malam ni.

Hoho.

Kaya Durian

Masukkan isi durian dengan bijinya sekali ke dalam periuk. Hidupkan api dan masukkan sekotak santan, kombinasi gula merah dan gula putih mengikut citarasa, daun pandan, sedikit air dan secubit garam. Kacau semuanya dengan api yang kecil sampai pekat.


Rul tak selera nak rasa kaya durian ni sebab dia kata ada rupa poo Azra. Cheh! Walaupun rupanya buruk tapi rasa dia sedap la weh! Padan muka saya dah habiskan makan sorang2 sambil tengok cd Jangeum. Ngagagaga....sapa suruh tidur lama2 dalam bilik Azra? Saje je tidur katil single supaya mama tak dapat join sekali kan?


Huhu....

Cepat Pandai

Pagi tadi, despite the fact that kitorang nak attend BBIM Info Day, all of us actually woke up at nearly 10. Haha! Mana taknyer malam tadi budak kecik sorang ni taknak tidur excited main kucing bercakap dalam iPad ibu. Terpaksa ibu guna trick bateri habis tu pun masih buntang lagi biji mata yang dah kuyu sebenarnya. Partly salah kitorang gakla sebab nak berborak takleh senyap2 tunggu budak kecik lelap. Last2 dia sakit hati sebab dia takde benda nak main dah, dia ajak masuk bilik. Stok yang nak masuk bilik jugak no matter what. Kalau tak ikutkan, mahu gegar Randa dia nangis macam giant. Mengangkutlah aku segala bantal dan selimut. Tak jadi la nak tidur berjemaah depan tv je. Kesian ibu tidur sorang2 :( Dalam bilik tidakler beliau terus lelap ye anak2. Di buatnya tawaf keliling bilik last2 aku matikan lampu biarlah gelap gelita, baru nak serah kalah. Dekat pukul dua dah masa tu. Mana taknyer bangun pukul 10. Habis langgar lari je subuh.

Lepas breakfast roti canai, pukul sebelas lebih baru sampai BBIM. Lama jugaklah kitorang dengar explanations tentang Islamic Montesori lepas tu ada sesi tgk video activity BBIM last year dah lastly ada sesi soal jawab. Review aku buat later la ye kalau aku rajin. Tadi dah bayar booking fee pun . Maknanya okaylah environment tu aku setuju nak proceed Azra kat sana. It's not that perfect macam in my dreams tapi okayla. Nak colorful macam rainbow, ini bukan birthday party pun kan. Ini sekolah la mama! Alhamdulillah the fee has been reduced a bit. Not as pricey as the one told by the manager through the fon hari tu. Lebih kurang je macam Qdees Jo. Jimat sikit duit kitorang. Btw, Mia Sara baru grad BBIM jugak. Haha nak jugak!

Now dah kat rumah pun. Sampai2 rumah cam nak nangis pinggan setimbun dalam sink dah clear, toto depan tv dah kemas, lantai dah sapu dan mop, toilet dah berkilat, balance bihun semalam dah buangkan, sampah dah buang...papa memang paling hebat!!! Tak rugi tau kawen dengan org rajin. Bahagia je rasa. Sib baik aku bawa balik makanan. Tapau mcD je senang dan cepat. Walaupun papa ajak gi Ikea, terasa cam laterlah sebab macam nak ujan je ni. Kawan korang ni agak paranoid dengan hujan takut banjir.

Ya ampun pedas giler makan prosperity burger letak sos cili McD. Ngagaga...berapi mulut ni ha. Sempat aku sambil update benti jap nak makan burger :P Dah hujan pun kat tempat aku ni. Bukan main kuat angin bunyi macam kat padang pasir sikit. Kacau betol barulah nak follow Bourne Identity. Tahu je la Astro ni. Bil ratus2 tapi bila hujan je...huhu....cakap pun tak guna. Sib baik tengah period. Kalau tak, mahu jadi 'projek' hujan2 cenggini eh. Ngehehe...tahu tak korang, masa kat Mozac dulu kitorang buat gosip cikgu2 perempuan banyak peknen berjemaah tak lama lepas musim tengkujuh.

Ngagagaga...kecik2 dah pandai..

By the way, aku came accross this blog entry ini dan ini. Kalau betullah cerita ni, nauzubillah trajis sangat bagi aku. Aku paling simpati kat mak ayah dia sampai kena tanggung balik hutang dekat sejuta tajaan Petronas. Mana nak handle tekanan emosi lagi sebab dah tak jumpa anak bertahun2. GIler tak rindu. Apa nak jawab kat sanak sedara orang sekeliling? Ni anak yang dulu mak dia kandung 9 bulan 10 hari, bertarung nyawa nak dilahirkan, ditatang macam minyak yang penuh, hantar belajar jauh2 ni sekarang jadi headline atas sebab2 tak best yang macam ni. Haih. Tu yang buat aku lagi terdorong hantar Azra belajar Islam awal2 lagi ni. Aku harap kalau citer ni betul, semoga beliau cepat dapat hidayah Allah dan dapat pulang ke pangkal jalan sebelum terlalu lambat for him. Sementara mak ayah dia ada lagi. Sebelum semuanya dah jadi bubur yang lagi lembik.

Astaghfirullah. I seek forgiveness from Allah.

Friday, December 16, 2011

Bila Engkau Tiada......

Macam biasa, kalau time aku berdua je dengan Azra, sure keadaan adalah sangat berbeza. Stress dia tiga kali ganda wa cakap lu. Huhu...hampir2 aku sangkut budak ni ha kat dinding tadi. Sabar je la. Kejap2 bukak seluar, kejap2 bukak diapers, ajak mandi. Bila time betul2 berak, liat plak nak masuk bilik air. Aku dah cepat2 masak dinner, makan dulu la nanti baru mandi. Kau ingat dia nak ikut cakap aku? Dia nak jugak mandi dulu. Pas mandi baru nak makan. Tangan kotor pegang udang taknak guna garpu, lap kat baju. Mana tak nanges mak dia ni ha. Kalau ada papa, boleh la juga pass baton. Tu pon kadang2 sempat gaduh dulu kitorang laki bini. Masak okay jaga budak umur dua tahun ni ha.

Aku off hari ni. Project mate aku amik cuti jadi takde maknanyer aku nak on laptop. Isnin ni kitorang jumpa kat opis je terus update senang citer. Sangap betul tatau nak buat apa lepas breakfast tadi. Menyangap la anak beranak dalam kereta dok jalan2 round sekeliling Shah Alam. Ya ampun, kat area sek 3 tu kan, yang jalan ke Intekma Resorts tu kan, bukan main macam istana rumah2 kat sana. Aku dengar je la Rul mengeluh mana lah derang ni korek duit buat rumah. Huhu...bila la agaknya turn kitorang nak buat rumah gedabak cenggitu. Rasa down la plak.

Sambil pusing2 takde tujuan tu, sambil2 plan manalah nak spend time ni tadi. Siap cadang nak pick-up adik aku kat KL. Dia cuti semester jadi sure barang banyak. Konon bolehlah sekali harung singgah Jalan TAR nak beli tudung. Macamlah kat Shah Alam takde kedai tudung kan. Tapi kitorang sengal dua2 tak bawak fon. Hihi. Cancel tak jadi gi KL tataulah last2 adik aku balik naik apa. Hihi...sori dik! Then aku ajak gi Morib. Dalam amsa yang sama cik abang plak ajak gi Sg Buloh tengok kedai bunga. Dua2 tak pergi. Jalan Morib sibuk banyak lori mana sempat nak balik semayang Jumaat kang. Gi kedai jauh2 kat sg buloh pejadah last karang bunga mati sebab aku spesis malas siram pokok. Ngehehe....last2 kitorang gi Econsave je. Hehe.

Balik Econsave, kitorang sibuk mulakan projek pasang wall kabinet. Lama dah beli kat Ikea tapi takde masa nak pasang. Pasang sekali microwave bracket. Microwave aku ni ha dah dua tahun hadiah kawin dulu tak sampai sepuluh kali pakai. Sebab aku bukan jenis rajin nak pasang2 plug. Bila dah ada bracket, Insyaallah rajin ler guna kang. Nak buat steam fish pun main campak je dalam tu. Sampai ke petang kau kerja2 pemasangan elok2 je time Rul kena keluar kerja dah. Tak sempat nak rehat member siap komplen kaki sakit. Kesian dia. Kalau aku ni ha tension Azra bangun tidur buat perangai diva, dia lagi la melayan pedal minyak jalan jauh2 malam2 cenggini. Tu la pengorbanan seorang suami.

Malam ni, kejap lagi ibu Dee datang tidur sini. Aku ajak teman recce Brainy Bunch esok. Esok aku update eyh best ke tak BBIM Kota Kemuning. Kalau best, moh la ramai2 hantar anak kita ke sana....

Daa....

Thursday, December 15, 2011

Khamis Malam Jumaat

Tadi kitorang dinner kat luar. Dinner pukul enam petang. Haih malas pulak nak berasapkan dapur tapi perut lapar nasi. Lapar giler tapi malas giler. Bukan apa, lepas masak tengok dapur kecah nak mengelap dinding, lantai lagi, periuk belanga. Memang haru leh buat gaduh laki bini wei! Kalau dah direct je rajin, makcik kantin nak jugak cuti memasak. Selalunya kalau nak makan nasi, memang ke Jalan Kebun la kitorang. Sana ada satu kedai tomyam ni boleh tahan sedap. Aku dah terbayang2 kitorang berebut meratah siakap tiga rasa. Tapi hari ni kedai tu fail la. Azra pun taknak lauk sup ayam dia. Siap mintak tukar nasi nak makan yang kosong je. Tak murah plak tu. Rul kata, masa bayar, ada gak terniat nak cakap, "Uih kak, mahalnya. Tak sedap pon". Laki aku memang tau. Sib baik sebut dalam hati je.

Lepas makan, kitorang singgah beli durian. Jadilah nak makan bertiga durian 2 biji dan rambutan 3 kilo. Gerai durian depan Econsave je tu ha. Last beli masa sebelum puasa memang 3-4 kali mengulang akak tak pernah kecewa dengan kualiti durian dia. Tadi plak bila dia bukak durian pertama, akak dah suka dah. Isi dia lembut dan manis. Bukaan kedua, keras ler pulek. Bukak yang ketiga, tak manis. Dua2 tu akak reject. Sekali bukak yg keempat, lembut tapi cayaq sangat plus tak terasa langsung. Tapi kan...aku memang selalu cepat kesian. Tak sampai hati plak nak reject lagi. Terima je la. At least yg lagi sebiji tadi tu dah confirm sedap. Hehe. Sampai rumah dah tentu takleh tunggu terus nak kekah durian kan. Kopek yang best tu dulu. Ngehehe....first ulas pass kat Azra. Bapak besar senyap2 je budak tu masuk plastik sampah. Ulas kedua, kucing tidur mama punya. Hahaha....tu je dua ulas yang ada. Sekian. Durian kedua memang tak sedap langsung. Tu ada dalam fridge kalau aku rajin, buat bubur kacang pun ok kot. Kalau malas, tempoyak je la jawabnya. Hihi.

Lepas gak aku tengok Dhia tadi. Dapatlah setengah jam. Ingatkan tak sempat. Semalam kat fb, Leha dak Mozac komplen pehal ntah Dhia ni makin seram plak jadinya. Entah nyer. Semalam seram hokay muncul hantu muka sendiri pakai telekung! Dah ler kitorang berdua je. Sib baik mak Azra dah kuat semangat sikit. Episod hari ni mak Dhia dah admit hospital suspect mental problem. Now si bomoh siam nak aim Dhia plak. Adoiya...stress jugak citer ni. Madang je dalam hidup ada orang jahat macam ni kan. Duk diam2 loving2 je tak de ke? Huhu...sapa suruh kau layan kan...haha..

Malam ni best. Memang 3 kali ganda best la kalau papa ada. Dunia terus penuh warna warni. Bukan sebab malam jumaat tau. Haha! Kitorang bentang toto depan tv. Jap lagi nak sambung tengok cd yang beli hari tu. Aku dah habis cd pertama. Ada lima episod dalam satu cd memang aku belek la citer ni puas-puas. Tapi tu kena tunggu tuan besar surrender remote astro. Kalau tak, mahu rosak projek malam ni. Ngagaga....macam rhyme plak paragraf ni.

Hihi.

It's Thursday Yay!!!

Seronokkan dah hari Khamis ni? Lagi 2 hari je nak weekend. Weehuuu....ya bedda beddu. Weekend ni kitorang asalnya ada dua plan.

Sabtu adalah Info Day kat Brainy Bunch Kota Kemuning. We all nak gi recce tempat ni. Nak tengok facility dia dan nak jumpa sendiri dengan the teachers. Kalau everything is as per expected, kitorang terus je nak enroll Azra playschool kat Brainy Bunch. Senanglah lokasi dia tak susah nak access. Senang nak hantar dan amik nanti. Tapi kan...papa tak dapat join pulak :( Info day start pagi tapi papa hanya balik dalam tghari cenggitu. Kesian papa mesti papa sedih sebab kena kerja pada saat2 penting camni. Sib baik ibu Dee dah setuju nak teman kita Sabtu ni. Pergi sorang bukan tak boleh tapi takut ada yang terlepas pandang. Tapi jangan risau, mama dah make sure masa firstday school nanti, both of us ada sekali. Tentulah kami eksited yo!!!

Then, hari Ahad, sepatutnya nak ke Tg Karang. Nak join rombongan keluarga pengantin perempuan a.k.a. my cousin ke majlis sambut menantu. Tapi kan...macam tak sempat je. Papa keje la petang tu....huhu....baru verangan nak tengok sawah padi tau :(

Okaylah..nak sambung buat kerja sikit. Nak hantar invitation training. Hihi...sampai ketemu lagi.
Daaa....

Ehh...lupa plak. Lagi satu aku kena jumpa Awin. Nak collect tuala mandi Azra (utk school) dan Tupperware. Matiklah dah berapa minggu asik bertangguh je ni ha ngagagaga..

Wednesday, December 14, 2011

School Bag Pulak

Another important item in Azra's list is a school bag. It's gonna be her very first schoolbag yo! Mana tak yo yo o mak dia. Hihi.

We went to a few places already. Toys R Us la, Jusco la, Giant, Parkson, Carrefour belum bertemu yang sesuai. Looking for something cute, small and good quality no tali cepat putus or cheap looking material ya. Kalau boleh taknak cartoon. Cute dan kecil senang cari tp kualiti baik tu payah sikit unless kalau mahal nak mam.

Ada je satu site ni madang barang dia jual cecah ratus2. Memang kiut pon tapi dah la online, sekali sampai...huhu....aku malas citer bab beli online la ye.


Tapi kat website tu, aku jumpa bag ni. Cute kan aku rasa cam nak beli satu je untuk Azra. Kat airport boleh main tunggang2 sure comel. Kalau tak naik flight pun, main tunggang2 kat lobi hotel pun aci je :P




Aku kat rumah ni. Sambil online sambil nengok Shrek kat HBO. Azra ada ni tengah menetek. Sabar je la bila la tahu nak benti bf. Rul keje malam ni. Tadi dia call nak cakap dengan anak dia. On the fon, punyalah kuat Azra jerit, "Ada batu, ada kepala!!!". Erk. Korang rasa apa maksud Azra?


Layann..

Kasut Sekolah Crocs

Salah satu persiapan persekolahan Azra adalah mencari kasut sekolah yang sesuai yeyeah!! Saya adalah excited bila tiba bab beli kasut baru for Azra sebab beliau ni amatlah lambat nak membesar kakinya maka setahun hanya ada lebih kurang 2 kali je ada acara memilih2 kasut (silalah percaya :D). Kasut raya pun tak beli gamaknya kalau kasut lama masih muat (sila percaya buat kali kedua :P). Rugi ler (yerlah tu...huhu..).

Sebagai pemangkin semangat beliau untuk ke sekolah (anggap ler dia dah cukup mengerti ahaks!) dan belajar memakai kasut sendiri , aku nak belikan something yang dia suka. Dalam banyak2 kasut yang Azra dah ada sekarang ni, Azra punyalah suka dekat kasut crocs Aloha pemberian ayahanda tercinta. Walaupun kasut tiruan tersebut tidaklah bergaya mana, tapi tu je la yang dia paling suka sarungkan. Betul jugak, mana tak best, giler senang nak sarung dan ringan dan spacious.

Few times dah singgah crocs tapi masa tu belum plan for this maka takdelah betul2 mencari. Tadi nak pergi cari tapi takut plak impulse buying lelebih. Kat rumah baru berani browse website dulu tengok2 apa yang ada dulu. Ada few yang aku rasakan agak bersesuaian.



First design yang aku suka adalah yang ini lagi2 ada matchy2 style size dewasa. Bolehlah mak dia semangat jugak kan. Hihi.Yang ni lagi smart betol2 style kasut sekolah. Ada ke size 6? Tapi yang dua tu susah la nak sarung jadi aku punya third choice adalah design ni.... kaler yang sweet sangat....







atau pun yang ni (fink jugak) atau pun...




yang ini aje sebab senang nak sarung dan tak fancy.





Korang suka yang mana?





Kalau dah beli branded2 cenggini, tiba2 hari pertama ke sekolah terus ada budak tersalah amik kasut tinggal selipar jepun je untuk Azra macam mana? Harus mak Azra jadi crocodile hunter lepas tu.





Wakakaka...!!!

Dialog Azra #4

Azra: Jom tido...jom tido...(selepas segala jenis haiwan peliharaan dibaringkan berhampiran).


I know dialog ni biasa2 je. In fact memang Azra dah lama pandai ajak orang tidur. Yang cutenyer kali ni sebab dia cuba tidurkan tabung dua ekor tu. Haha! Penat ler tu selepas buat adegan kejar pencuri kat jasko tadi.

Jewel In The Palace (Drama Korea) (Updated)


Jewel in the palace mengisahkan tentang seorang wanita bernama Jangeum. Jangeum ni, mak dia merupakan bekas wanita istana. Mak dia kena aniaya oleh golongan wanita istana yang amat berpengaruh ketika itu hinggalah beliau dijatuhi hukuman mati dengan meminum racun. Nasib baik best fren mak Jangeum ni sempat campurkan racun tersebut dengan bahan penawarnya sekali. Ketika terselamat dari kejadian tersebutlah, mak Jangeum ni bertemu dengan ayah dia. Lepas tu derang kawin dan dapatlah si Jangeum ni. Bapak dia ni sebenarnya somebody jugak. Dia bekas pegawai istana yang terlibat dalam konspirasi pembunuhan bekas permaisuri. Kesian...bapak dia tak bersalah pun. Tapi kerana tertekan dan keadaan tersebut adalah sangat berbahaya, maka dia melarikan diri. Masa dia jumpa dengan mak Jangeum, kira dah beberapa tahun gaklah dia hidup dalam pelarian.

Suatu hari, disebabkan kesilapan yang Jangeum lakukan, mak ayah dia ditimpa musibah bertimpa-timpa sampailah mereka berdua meninggal dunia. Jadilah Jangeum anak yatim piatu. Sebelum mak dia meninggal, mak dia berpesan untuk Jangeum ni masuk istana dah clearkan balik kes mak dia dulu dan sebenarnya kes mak dan bapak Jangeum ni ada kait mengait gak.

Cerita ni panjang, ada 70 episod, satu episod kalau kat tv 1 jam, kalu youtube dalam 40 minit lebih. Tapi orang tu tak upload sampai habis!!!! Sabar je la aku. Akhirnya nanti Jangeum tu akan berjaya jadi doktor wanita yang pertama berkelayakan merawat maharaja, dia dapat balas dendam, hapuskan keluarga dan pakatan jahat dalam istana dan macam2 lagi la. Happy ending. Pasal tu aku suka tengok. In fact ini merupakan kisah benar salah sorang tokoh terkenal Korea sana. Ni kali kedua dah aku follow drama ni. Dulu kat 8tv lepas berita malam, now kat Al-Hijrah pukul 3.3o petang. Hihi...that explains why I prefers to work from home la kan. Haha! :P

Sebenarnya cd Jangeum pun ada jual kat speedy video. Tapi mahal sangat der. Dia ada 3 set dan setiap set lebih kurang seratus lebih. Walaupun aku minat giler citer ni dan aku banyak je spend lagi mahal kat benda2 lain yang takde pon penting sangat, entah kenapa ntah aku tak beli2. Haha! Dah makan tahun pun. Hari tu kat Kuantan, ada siot pirate version. Murah je whole pack hanya RM35. Tapi punyalah hampeh takde subtittle. Mahu uban kepala aku nak faham bahasa korea tu kang. Haha. Yg ori dah murah, cuma RM160 but instead of membeli cd yang aku sangat suka itu, aku telah spend on something else. Grrrr...geram je la apa la yang aku fikir masa tu.

Aku rasa hari ni aku nak balik Kuantan la. Rul ada ajak tadi tapi aku refused sebab nak simpan duit anak nak masuk sekolah kan. Ngagagaga....sekarang aku dah ada sebab kenapa balik Kuantan adalah perlu. Haha!

Updated - Dah beli pun set cd original sbb yang pirate confirm subtitle chinese je ada. Ko boleh? Hihi...bayar je la 150 after diskaun kira orait le kalau dah minat. Aku dah khatam pun cerita ni setakat cover mana2 episod yang aku tertinggal2. Gilos ada 70 episod siot. Sanggup aku tak tidur malam excited punya pasal. Tu yang blog pun aku tak jengah dah. Haha! Ingat dalam waktu terdekat ni nak start tengok dari episod 1 balik. Pelan-pelan kayuh barulah berbaloi beli mahal2. Kalau takat tengok skip2, huhu....haruuu.... Then tetiba ada pakcik tu beri cadangan. Baik punya cadang kitorang beli cd cerita lain plak. Layan ler tu..hihi...

Kisah 51 Yuan

Mula-mula saya cuba seluar yang saya baru beli kat jasko tadi. Kalau ngam, boleh wat basahan pergi kerja. Bini saya yang suruh amik gambar pose tangan masuk poket cenggini.

:P


Sekali.....ehhh ada duit la dalam poket seluar ni!!! Jeng jeng jeng...

Eyh betullah. Tapi duit apa ni?!!


51 yuan jumpa dalam poket seluar baru beli.

Kalau korang ler, korang berani tak nak pakai seluar ni? Aku siap paranoid duit tu buat buang hantu, buang s*al ke...huhu..seraammmm...



Lariksss!!!




Ni lari versi budak mentot. Sambil lari macam nak terjatuh2 sempat lagi point kat tempat menan. Sabor je la.

Wordless Wednesday #1

10 Dec 2011. Kami kat Ana Ikan Bakar Petai, Kg. Tg. Lumpur, Kuantan.

Saturday, December 10, 2011

Dialog Azra #3

Mama (sedang bermalas-malasan bentang toto depan tv) : "Azra duduk sini, tengok babyTV, mama mandi kejap ye?"

Azra : "Tak boyeh....."

Mama : "Bolehla....mama mandi kejap je.."

Azra lari ke ruang antara tempat tengok tv dengan laluan nak ke bilik.

Azra : Tak boyeh!! Tak boyeh la!!.....%$^hdshg%7ew (membebel dalam bahasa german)....tak boyeh!!!

Adoiya...papa tengok la anak papa. Pasal tu kadang-kadang mama lambat mandi tau. Jangan mara....hihi...

Resipi Sup Daging Simple

Pasal episod bengang semalam tu, aku dah call aunty tu. Bukan dia yang tak pandai. She said it could be her husband. Tapi dalam report stated both of them ada sama. Hoih! Then aku tulis e-mail minta dia response yang dia okay dan tahu buat semua list yang ada dalam report sebelum ni. Aku harap2 dia tak panik la and reply accordingly. Kalau tak, leceh aku nak kena libatkan pihak lain plak nak buktikan kes. Haih...memang tau...

Arghhh!!!! Lupakan kisah semalam. Meh tengok sup daging aku masak malam tadi.

Sampai tiga keping aku tempek. Hehe.

Ni dinner berdua dengan Azra malam tadi tapi aku siap-siap masak untuk lunch hari ni sekali. Cara-cara penyediaan adalah seperti berikut.

1. Rebus daging yang dipotong besar ikut arah urat.

2. Semasa tunggu daging lembut, skim keluar ketulan yang terapung dipermukaan periuk. Buat banyak kali sampai bersih. Ini akan menghasilkan kuah sup yang lebih jernih dan rasa lebih sedap.

3. Bila daging dah lembut, keluarkan dan ketepikan.

4. Hiris nipis lawan urat daging yang telah sejuk. Daging yang dihiris juga sesuai untuk di masak daging merah ataupun paprik daging.

5. Di dalam periuk yang lain, tumis hirisan bawang merah, butih dan halia hingga wangi.

6. Tapis air rebusan ke dalam periuk yang sedang menumis. Tunggu hingga mendidih.

7. Apabila telah mendidih, masukkan hirisan daging mengikut kuantiti yang dikehendaki.

8. Didih lebih kurang 5 minit dan masukkan kentang. Tunggu hingga lembut. (atau separa lembut, ketepikan sebahagian dalam bekas lain jika nak buat makan 2 kali macam aku. Sambung langkah seterusnya untuk saiz hidangan yang dikehendaki.)

9. Setelah kentang lembut, masukkan lobak merah dan brokoli. Biar selama lebih kurang 2 minit.

10. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

11. Sebelum dihidangkan, boleh hias dengan daun bawang/sup, hirisan limau nipis dan bawang goreng.

Sup macam ni sangat sesuai dengan nasi putih bersama telur masin dan sambal belacan. Gerenti mak mertua lalu tak perasan.

Cubalah...

Untuk lunch nanti, nak tambah paprik daging, telur dadar dan sotong goreng (kalau rajin). Eyhh...tapi ada birthday party Icha la hari ni. Hurmmm...macam mana tu?

Friday, December 9, 2011

Grrrr....aku marah tahap dewa dah ni!!!

Semalam ada satu stesen tu upgrade sistem dia. Aku dah train dealer dia. Dia siap bawak wife sekali sebab wife dia yang lebih pro guna sistem tu. Derang ni taraf aunty2 la baya2 mak kita. Sebab sistem tu nak upgrade selalu tertangguh, aku plak dah lama buat training ni, gap tu jadilah amat jauh. Dah nak masuk 2 bulan pun. Aku sure sangatlah apa yang aku bebel masa training tu sure 99.9% dah masuk longkang. Ye la aku paham, jaga stesen banyak keje. Benda yang aku share plak adalah sedikit technical. Benda technical cenggini kalau kau tak buat, memang kau lupalah. Derang plak bukannya muda dah tentu2 tak IT savvy sangat.

So, kelmarin aku set la appointment dengan aunty uncle dua orang ni. Dua kali, dua hari berturut2 okay aku discuss dengan derang perubahan2 yang akan berlaku kat sistem yang akan di upgrade. Bukan banyak nau nak discuss tapi kau faham ler ada sesetengah orang memang kau kena ajar macam siput. Aku e-mail derang guide yang aku dah developed. Aku suruh dia baca each and every step. Siap part nak tekan key alt+ctr+del pun aku terang secara terperinci. Siap remind esok try buat sekali depan engineer takut2 derang tatau jugak nanti engineer balik, kalau call helpdesk lagi leceh.

Sekaliiiii....!!!!

Hari ni aku terima e-mail paling lancau. Memang aku rasa cam nak goreng hidup2 je orang yang hantar e-mail tu. Grrrrr...

Masa upgrade tu malam. Tak kuasa la aku nak pergi stesen malam2. Jadi aku tatau apa yang berlaku. Orang tu bagi report to the whole project team, yang Retailer & staff stesen claimed all the things yang aku cakap masa refresher tu, takde dalam training. What????!!! Semalam tu aku cakap dengan sapa weh???

Sekarang aku rasa macam nak gi Damansara, tingkat enam Shell House semata2 nak cekik orang yang bagi report tu. Ke patut aku cekik aunty uncle stesen ni jugak? Memang jahanam! Marah betul aku.

Gampang.

K-Pop Mengganas!!!

Giler seh cuba korang tengok blog budak ni,

http://budakgigirabbit.blogspot.com/2011/12/kpopeuww.html#comment-form.

Aku glance through sebahagian komen2 yang dihantar. Dasat siot peminat k-pop ramai rupanya. Teguh berdiri mempertahankan idola mereka yang kena kutuk. Kesian si budak blogger ni. Entah2 baru nak start berjinak2, terus fobia agaknya. Hihi. Tu pun khabarnya banyak lagi komen maki-hamun dasat2 siap ugutan bagai tapi telah di delete semula oleh penulisnya. Haha...dia buat satu entry pendek kutuk artis k-pop terus mencanak orang komen sampai 1800++. Aku penat dok karang ayat berjela, takde pun orang nak baca. Haha! Kesian kat aku.

Gasak la dong....

Ismail bin Mail

"Dua, singgit! Dua, singgit!"

Ismail bin Mail atau lebih mesra dipanggil Mail memang otak meniaga. Semua benda pun boleh Mail jual. Walaupun umur dia baru 5 tahun, kagum aku dengan interest dia terhadap wang, keuntungan jual beli dan yang berkaitan dengannya. Jangan tatau Mail malam2 kira duit hasil niaga dia tau. Banyak siut.

Ada satu kali tu cikgu besar buat spot check kat sekolah, jumpa 2 bungkus guli dalam bag Mail. Mana boleh bawak mainan ke sekolah kan? Senang je Mail jawab, "Saya bukan nak main cikgu, saya jual. Dua, singgit." Haha! Semua benda pun dia nak jual. Ada satu kali tu, dia dengan geng2 main dia kumpul rumah tok dalang, belajar buat layang-layang. Setimbun kau dia buat layang2 dari buluh atok punya sebab nak jual kat padang. Macam biasa, dua, singgit. Dah la orang tua tu nak buat wau asyik buluh patah. Nasib baik atok sporting. Mail selalu tolong mak dia jual ayam goreng kat pasar ramadhan kampung dia. Pun dua, singgit! Murah plak aku rasa ayam 2 ketul hanya seringgit harga dia. Jual loceng basikal pun dua, singgit. Semualah pun dua, singgit. Comel je.

Lagi satu ayat favourite Mail adalah, "Aku kan anak jantan." Ada satu kali derang satu geng tengah bincang pasal sakit nak sunat. Si Mail ni pergi takutkan geng2 dia, "Sunat tu sakit, macam kena gigit rimau". Haha. Pengsan kawan2 dia dengar. Yang lain terus mencecet lari balik rumah masing2. Derang tabik kat Mail ni sebab Mail dah sunat dulu. Mail kan anak jantan. Hihi.

Rasanya, dikalangan geng2 dia, Mail ni selalu kena volunteer kot sebab dia selalu cakap, "Aku lagi...."

Siapa tahu sapa Mail korang memang sama fanatik macam anak aku.

Huhu...

Alahai Semut

Apalah nasib aku kat Randa ni ada satu spesies semut yang sangatlah payah nak dibanteras. Beberapa kali jumpa celah2 lubang tempat dia bersarang, bila sembur ridsect, eyh...pandai plak dia pindah pergi cari lubang lain pulak. Yang mana sempat mati tu pulak buat aku geli je macam tengah piket ramai2 buat mogok lapar. Beberapa kali terpaksa aku balik rumah bapak aku tunggu Rul balik kasi clear. Sebab ai sangat geli semut banyak2 nih. Seekor takde hal tapi kalau banyak2, aku kan macam gajah, semut memang aku geli. Banyak plak tu lubang berpotensi untuk dia berkumpul ramai-ramai buat strategi nak geledah Randa ni!! Geram je haku.

Semut ni size kecik halus sangat. Aku letak ubat semut beli kat pasaraya Giant ke Carrefour ke tu memang dia tak layan. Patutnya ubat tu kalau semut makan, dia mati kat sarang then kawan2 dia makan dia, kawan dia plak mati akhirnya bolehlah satu koloni dihapuskan. Eyh.....pandai plak dia tak makan. Aku campur gula pun dia bolayan. Letak depan2 mata, dia elak gi tempat lain. Semut masuk universiti semut agaknya spesis ni. Bijaksana sungguh.

Makin lama ku tenung gambar semut-semut ni, makin geli plak tapak kaki aku. Huhu...

Yang aku perasan, sampai satu tahap, bila makin banyak semut kecik ni membiak, tetiba ada satu spesis semut hitam size besar sikit akan tetiba sampai rumah aku. Time tu terus semut halus ni dah takde dah. Aku suspek semut besar tu kira cam kumpulan pembenterasan secara biologi la kot. Semut halus tu jadi bahan la semut besar. Erk...

Isyyy...makin aku cerita detail pasal isu semut ni, makin geli plak aku. I better stop now.

Bye.

Dialog Azra #2

Papa : Nak gi mana pakai seluar? (Tidaklah bermakna masa ni aku tak pakai suar ye. Jangan pulak korang salah tafsir.)

Mama: Roti telur satu, megi goreng ayam! Biasalah...

Papa : Ah taknak! Abang nak goreng kentang!!

Mama : Ah taknak!!! Semalam dah kentang, hari ni pun goreng kentang!!!!

Azra : Mama...janganlah marah... (berlalu sambil naik kereta bomba dia)

Erk.

Dialog Azra #1

Mama : Jom mandi jom.

Azra : Eiiiii...taknak....tak biyak.

Kasihnya Ibu Sampai Ke Syurga


Mwahhh!!!

...and I know she loves me too :-D

Dah jumaat leh ajak Azra jalan2 naik kuda masuk token.

Yeyeahh!!! Selamat berhari jumaat uols!!!

XOXOXO

Thursday, December 8, 2011

Steamed Tofu With Dried Prawns

Copy & paste dari sini. Macam best dan mudah je nak buat. Kitorang memang suka makan soft tofu masak style cenggini tapi tatau nak buat sendiri kat rumah. Kena stimkan rupa2nya. Nak buat hari ni bahan takde jadi simpan dulu resipi nanti dah ada bahan, tak perlu nak cari2 resipi dah.

Ingredients -
1 piece soft tofu
2 tbsp oil
3 shallots, sliced
1 tbsp chopped spring onions
1 tbsp fried dried prawns
1 tbsp oyster sauce
1 tbsp soy sauce
100ml water

Method :-
Steam tofu at high heat for 5 minutes. Remove and pour away excess water.
Heat up the oil and saute the sliced onions until fragrant. Pour the shallots and oil over the tofu.
Pour the seasoning in the wok and bring to boil. Pour over the tofu, sprinkle chopped spring onions over it and serve hot.


Selamat mencuba...

Demam Ombak Rindu

Di suatu petang Khamis yang indah sebab sejuk je baru lepas hujan dan mood si anak beranak adalah marvelous.

Isteri: "Izan ada satu cadangan best!"

Suami: "Apa dia", sambil tangan tekan2 hp. Memang tak ambik port sangat ler tu. Huhu.

Isteri: "Esok jumaat kan? Kita tinggal Azra rumah acik Julie, then kita gi jusco tengok Ombak Rindu nak?", sambil buat muka sehabis comel.

Suami: "Isy, giler. Kesian dia. Takkan nak tinggal kita syok2 tengok wayang. Taknaklah! Kalau Izan nak, Izan gi tengok sorang2, Azra dok ngan abang."

Cait! Laki gua memang takde ciri-ciri romantis. Ok bai. Kita cari geng wayang lain. Huhu.




Giler sey dah 5 juta filem ni. Mesti best. Ada kuar Astro First tak nanti? Sapa tahu?

Azra dah nak sekolah la mama!

Aku rasa dekat2 nak awal tahun cenggini, mak bapak sekalian alam ramai yang tengah kelam kabut nak carik sekolah untuk anak masing2 kan? Aku la tu...hihi... Memang dari sejak Azra umur 2 bulan aku nak masukkan sekolah terus tapi kat tempat aku ni pilihan agak limited. In fact memang takde pilihan. Semuanya siap2 advertise hanya ambil kanak2 umur 3 tahun ke atas. Korang kat KL sure biasalah ada baby dah enroll playschool awal2 kan. Kat sini mana ada. Mak hantar anak mak pergi babysitter kampung je nak. Punyalah jimat....hihi. Memang dari awal lah aku tak sabar nak carik sekolah untuk Azra ni. Tapi biasalah aku. Pasang nawaitu memang awal giler. Last year pun dah sibuk visit potential school. Sekali, sampai sekarang pun aku tak pilih lagi der...hihi...

Ciri-ciri sekolah yang aku nak enroll kan Azra nanti mestilah seperti berikut:

1. Paling penting persekitaran kena bersih, tandas berkilat, kondusif untuk belajar, colorful, safe dan mesra kanak2. Standard nursery tidur atas tilam kongsi2, I taknak! Azra kang kat sekolah sampai petang, campur daycare.

2. Sistem pembelajaran Islamik. Aku kan kalau ada duit, sampai sekolah rendah esok pun nak masukkan Azra sekolah islamic private. Duniawi belakang kira. Kalau anak aku hafal Quran, sejuk perut ni ha. Insyaallah...amin.

3. Taknak terlalu over ke arah akademik. Anak mak baru 2 tahun lebih okay, tak elok stress-stress. Tapi aku taknak ler anak aku dok belajar nyanyi je, tengok tv ke, cd ke, upin ke. Tsk. Belajar sembahyang aku suka! Baby ballet, baby chef, baby taekwando, swimming....wallawey!!! Mak sangat suka!!! Kata playschool...hihi.

4. Dekat dengan Randa supaya senang kalau ada hal, sesapa je boleh tolong pick-up Azra. Sini banyak sistem sokongan keluarga dan rakan2. Aku tahu ibu Dee sure tak kisah jemput Azra balik sekolah kan kan kan?

5. Teacher kena cakap English proper. Bak kata Jojoe, yang pronounce bebetul dan ikut tatabahasa sebetulnya. Kalau takat English macam aku, aku benti keje, dok rumah, ajar anak pun dah boleh kot. Dah tentu2 aku bukan cikgu kan. Hihi.

Ada beberapa pilihan so far. Aku dah visit Dzul Iman. Hurmmmm...teacher dia tak best! Aku dah survey Genius Aulad. Teacher best tapi takde daycare, kelas sampai tengahari je. Takkan anak aku balik naik van kot. Kalau takde training, bolehla aku jemput. Kalau ada, masak aku cam cacing kepanasan nanti. Aku dah check dengan Brainy Bunch Kota Kemuning, not bad tapi yuran mahal ya rabbi exceed budget aku. Tapi ada baby taekwando yo! Ganas anak aku mak dia suka! Brainy bunch buat open day next week harus aku pergi check. Takperlah bergolok gadai sekalipun asalkan anak aku dapat pendidikan awal yang baik. Insyaallah...amin. Pastu officemate aku ajak recce CIC. Boleh juga. Yang pasti, start Januari nanti, bonda dan ayahanda kena ikat perut dan nafsu membeli belah la nampaknya.

Layannn...

Amukan Si Tokey Susu & Layout Baru

Pagi tadi lepas sarapan roti canai telur homemade (guna roti instant jer..hihi), Azra terus buat projek. Sempat lagi tu jawab, "Azra biyak" bila secara tak sengaja aku tertanya dia tengah buat apa. Hihi.....waktu sensitif cenggitu mana boleh kacau. Macam-macam....

Sementara dok tunggu projek selesai dilaksanakan, aku sambung siapkan benda2 yang lain. Sekali dia datang nak minta susu plak. Adoiya. Kat punggung tu tahan je la mak dia ni bau busuk nau. Bila ajak mandi, jawabnya, "Taknak! Nak tengok bideo". Haih anakku si tokey susu.... Sambil bergayut sambil sibuk nak tengok video kat hp. Geram sangat, aku angkat je masuk toilet, tutup pintu. Nak tahu? Sepanjang2 mandi tu, melalak macam kena pukul. Time jirus air senyap jap sebab tahan napas, lepas tu jerit balik, "Nak bideoooo...!!!" Masa cebok tak nak cankung pun. Itu tanda protes namanya. Kecik2 dah pandai memberontak plak. Kalau zaman aku dulu, mahu berbirat punggung kena pang. Mak-mak zaman sekarang memang penyabor lebih kan?

Lepas mandi, memang dapat pun video tu. Bukan mama nak sorok pun. Memang boleh je bagi tapi mana bleh tengok video sambil mandi. Fon mama tu bukan cap duit tiap-tiap hujung tahun boleh berganti ye cik puan tokey susu. Senyaplah kejap. Dah siap2 pakai baju, nak main bedak pulak!!! Nangis lagi satu round. Buat tak nampak je la dong yer bedak tu semua merata satu rumah. Halal...

Dah puas main bedak, ingatkan dah habis ler episod amukan gergasi kecik. Sekali, nak main bubble plak! Huhu. Main tiup2 bubble ni kegemaran papa la intan payung, mama kurang nak layan. Dibantainya nangis sebab aku tak main sekali. Adoiya. Aku nak gi kerja ni! Aku sumbat je susu. Dah boring, yer la bukan lapar pun baru je sarapan tadi tu kan, minta plak top-up buah. Haih bila boleh habis ni?

Ni kejadian stok aku pun boleh nangis sekali wo.

Aku suka giler layout baru ni. Nampak lebih kemas dah tak serabut. Masalah paragraphing pun dah takde. Elok je tak langkau2 melampau2 macam layout lama hari tu. Tak perlu nak godek2 kod html dah. Makin rajin aku meninjau2 blog ni sampai lenguh jari jemariku pegang mouse punya pasal. Aku suspek yang lama dah terlalu berat dan mungkin ada virus. Upload gambar belum cuba. Layout lama banyak masalah tentang nak letak gambar. Harap2 takdelah masalah tersebut kat sini.

Insyaallah.

Wednesday, December 7, 2011

Hari Ini Hari Semalam

Aku ngan Azra ada kat rumah. Ni ha baru lepas mandikan Azra. Habis basah seluar ngan baju aku. Haih. Ada ke masa kita jirus, dia datang peluk. Huhu. Mana tak mak dia ni kadang2 angin satu badan? Sabar je la. Dengan papa tak plak macam tu kekdahnya. Mencabar jadi mak kan? Sekarang anak dah wangi siap2 pakai pj tapi maknya masih masam. Sib baik pakai ubat ketiak. Kalau tak, sure Rul taknak kiss sebelum gi kerja tadi. Haha! Dekat maghrib kang mandi sekaligus la. Tetap malas kan? Hihi.

Tadi tetiba terajin nak masak dinner. Kitorang memang kalau aku tengah rajin, akan dinner lebih awal. Punyalah gigih buat sambal sardin untuk diri sendiri makan. Mula tu ingat nak buat cicah ngan roti canai sejuk beku je sekali masuk dapur tangan laju plak capai periuk nasi. Maka akak pun tanaklah nasi satu pot. Plan dalam kepala nak buat ikan stim untuk cik adik kecik tapi terasa malas plak lagi2 normally satu ekor ikan tak mampu Azra habiskan sekaligus. Simpan esok sure tak tahan punya. Kalau pun tak basi, ya Allah semut punyalah dengki kat kitorang. Madang je serang hendap buat geram je baki makanan sedekah kat semut. Kalaupun letak dalam peti ais, memang ke tong sampah je la jawabnya. Ikan stim cancel! Lepas tu rasa2 macam nak goreng je sayur. Azra kan ratu ratah sayur. Pun malas jugak. Sayur cancel! Last2 aku goreng telor mata kerbau je makan ngan nasi letak kicap. Hihi. Punyalah rajin mak Azra.

Sekaliii.....

Semua tu dia buat main je. Aderlah suap 2-3 kali. Memang pun budak ni. Mana tak kadang2 terlepas gak 2-3 das. Buat geram je tau. Jangan kang dah nak tidur baru nak makan nasi, memang mak dia bagi nasi kosong je la jawabnya. Letak kicap sudah!

Semalam tak masak dinner. Sebab dekat area rumah mak aku ada pasar malam. Tumpang masak kat sana je la eyh. Hihi. Dah lama rasanya tak beli juadah pasar malam. Orang tu setuju ler sebab nak carik barang dia sekali. Kalau tak, jangan harap hokay!!! Dia memang berat sebelah!!! Boleh nak ngadu?

Pasar semalam boleh tahan juga crowd dia. Tapi sebab kitorang pergi dalam pukul 6 lebih sikit, masih belum crowded bahu ke bahu la. Tapi parking punya jauh. Bagus gak buat mak Azra exercise sikit. Adalah beli macam orang tamak semua benda pun nak makan. Dah la laki mak ni jenis tak suka share. Kalau aku beli, maknanya kena habiskan sorang2. Sangat berbeza dengan kroni anak pak mursid. Kitorang suka beli variety then satu bungkus boleh makan 4-5 orang. Tu la sekali pasar, semua benda dapat rasa. Hebat kan? Naperlah cik abang tu eksyen sangat nak makan sorang2. Huhu....

Dalam kete, lepas membeli tu, tak menyempat2 budak kecik terus nak jagung rebus dia. Aku beli yang paling besar boleh setongkol tu dia makan habis. Hebat cucu mursid! Then sampai rumah, bagi lagi rojak kosong. Tatau dah nak beli apa untuk dia. Anything yang ada cili memang dia reject walaupun tak pedas. Dalam rojak kan macam2 ada. Kalau tak suka sengkuang, timun ada, tak suka tauhu, kentang ada. Takyah letak kuah. Adalah sikit2 masuk mulut dia. Selebihnya, masuk mulut mak dia. Hehe. Letak plak ayam drumstick sebelah tu. Hebat anak aku makan ayam seketul hampir licin. Cenggini kalu, lenkali boleh bagi lagi. Senang kerja mak dia. Itulah berkesan sungguh vitamin Appeton.

Sambil makan, sambil layan Tentang Dhia. Sampai sempat gaduh sekejap sebab beliau sukalah potong stim tanya soalan banyak2 masa tengah adegan yang penting2. Haha! Pasal tv pun nak gaduh hokay. Sampailah Azra kata, "Janganlah marah! Mama.". Mana tak aku marah, masa tu tetiba Dhia diisytiharkan telah meninggal dunia. What??!!! Heroin macam mana boleh mati?? Aku dah macam penonton filem tamil rasa nak bakar tv hokay. Hahaha! Sabar je laki aku pun layan.

Okaylah, tokey susu ni memang takleh tahan tak menetek seminit. Sampai ketemu lagi, sekian update dari saya. Stay tune.

Mwahh!!!

Tadaaa...

I'm back!!! Ding dong kembali lagi....hihi....

Tehee....blogger tegar mana boleh pencen :P

Tak boleh la nak tahan lama2 takde update. Rasa cam bernanah je dalaman tatau nak luah kat sapa. Dah la ada orang tu asyik2 balik kerja terus tanya, pesal blog dah takde? Hari2 tengok depan mata tetap nak kena cerita secara online tau. Menci ai. Tapi yang menci tu la yang ai sayang...huhu...

Insyaallah..ada lagi aku kat sini. Panjang lagi jodoh kita. Cerita lama semua aku dah simpan. Nak mulakan chapter baru pulak.

Amin.