Saturday, September 8, 2012

Pada 2 Syawal 2012 (Updated)

Selalunya, kalau kitorang decide nak beraya kat both Kuantan & Klang, kitorang akan siapkan dua warna tema. Macam last year, 1 Syawal kat Kuantan sedondon tiga beranakberbaju biru, kat Klang plak serba kuning. Tahun ni, kat Kuantan dah sedondon hijau, rasanya2 warna apa kitorang buat kat Klang???

Hihihihi....

Kita kasi suspen dulu...


Tunggguuuu.....

;)

Updated.

















Caption letak sendiri. Hehe...

Friday, September 7, 2012

Salam Aidilfitri 2012 (Updated)

Seperti yang dijanjikan......

Tadaaaa!!! Azra makan nasi minyak to'ki  pada 1 Syawal di Kuantan.

Baru edit satu gambar dah letih. Susah ler takde picnik. Korang edit pakai software ke? Ada sesapa pakai online editor best2 tak?

Anyway....

Updated tak lama selepas itu. Hihi..

Anak mama. Dia sorang je la yang ingat aku, menten melekat masa kat Kuantan ni. Yang sorang lagi tu....hurmmm....

Anak papa.
Bergambar dengan Mok Ngoh. Bukan Mak Ngah tau tapi Mok Ngoh. Sebutan kena tepat.
Adik beradik & mak papa Rul. Ada lagi yang tak masuk sebab memasing dah sibuk buat hal masing2 masa ni.
Sementara tunggu derang bersiap nak keluar beraya second round, I belasah rendang ayam pencen lagik. Ratah lauk-lauk je sebab kain dah sendat makan nasi minyak banyak round.  Hihi.

Anak mak. Kat kampung dia mesti nak meleser dengan mak  dia kan? Sekeping pun takde gambar dengan aku masa kat Kuantan ni. Gambar bertiga satu famili pun takde. Nampak sangat papa Rul tak ingat sayang dia kat bini masa ni. Bila aku edit gambar raya terus terasa hati dowh. Mode sentap

T___T

Apa-apa pun, tahun ni kitorang berjaya beraya banyak tempat masa kat Kuantan. Tu pon sangkut jap tghari tu kena balik amik adik2 nak pergi rumah BIL. Dia tak sihat plak memang kesian la. Kalau tak, ramai lagi la sedara mara yang kali pertama aku jumpa. Aku suka beraya awal kat Kuantan. Kalau dah masuk raya kedua dan seterusnya, kat sana kurang meriah. Tak sama cam kat sini, kita raya sebulan. Hehe. Lepas ni aku cuba cepat2 upload gambar beraya kat belah aku plak eyh. Daaa...

Wednesday, September 5, 2012

Gambar Raya Takde

Malam tadi aku dah ingatkan diri sendiri nak bawak card reader pi opis. Tengah semangat nak upload gambar raya yo! Aku kat opis tengah free sikit. Kat rumah tak sempat la mak encik bz sokmo dengan kecik tu. Bizi menten rumah takut ada tetamu berkunjung  cececece....

Sekali, pagi ni tetap ku lupa. Hampeh. Kesian korang tertunggu2 gambar raya ku. Ni feeling retis orang nak belek gambar raya kau dong! Hehe...

Anyway, ada lah sikit ni gambar beraya rumah ibu Dee sesambil meraikan birthday ketiga Adam. Amik pakai kamera fon idak ler terang benar. Asalkan ada je ni. Wee wee....Azra memang suka bab nyanyi2 lagu birthday nih! Lagi2 dapat benda tiup-tiup tu, ada belon, ada cake. Memang seronoklah beliau. Tapi malangnya benda tiup2 tu tertinggal. Ngagagaga....sib baik tak nangis.




Thanks sebab menjemput ye. Dah besau dah dak Adam.

Sebab tak dapat upload gambar raya, aku rasuah Azra dendangkan lagu raya untuk korang yeah. Enjoyyy!!!


Tuesday, September 4, 2012

Raya Yo!

Aku kat office. Pagi tadi ada training tapi ni ha dah habis. Sorang je pon yang aku kena train. Boleh plak tercicir dari rakan2 yang lain. Tapi memang kacang rebuslah kalau dah seketul je yang aku kena terangkan sampai faham. Kalau ramai-ramai, sampai hilang suara pun belum tentu derang boleh faham. Huhu....itulah nasib ku.

Dah 17 hari kita beraya eyh. Aku belum sempat nak resize gambar raya. Insyaallah kalau rajin, nanti2 aku uploadkan sikit. Bila lagi nak baju sedondon kenn..

Memang spent time beraya je la kitorang tapi idak ler banyak giler rumah yang dikunjungi. Cuma agaknya sebab clan kitorang ni kalau beraya jenis suka lepak lama2. Kalau boleh setiap jenis biskut raya tu mesti nak try apatah lagi kalau ada juadah2 ketupat, rendang, soto, nasi minyak dan lain-lain. Masa raya hari pertama kat Kuantan, adalah dalam 5 buah rumah Rul dok ulang makan nasi minyak je keje dia. Agaknya walau dah kenyang, hentak2 balik dalam kereta, sampai rumah seterusnya adalah ruang sikit nak spare. Hoho. Selain tu, kitorang jenis takleh berhenti nak berborak. Mak dengan bapak aku lagi ler. Agaknya rindu benar dengan adik beradik dia, punya liat nak angkat punggung nak beransur. Makcik2 pakcik2 aku pun letakkan syarat selagi tak makan nasi atau juadah raya derang, jangan harap leh balik. Muahahahaha! Macam orang mengantuk disorongkan bantal. Selain sedara-mara yang rapat2, kitorang spent time gak memenuhi jemputan open house dari sahabat handai yang sudi menjemput. Tapi taklah hari2. Setakat yang mampu je sebab bila bos dah mula keje, memang limited sangat masa yang ada. Yer la bos ai kan kerja atas jalan. Waktu malam plak tu. Maka kena gak berpada2 consider masa dia nak tidur etc. Walaupon dalam kete, depan adik2, depan kawan2 aku bebel papa Rul liat nak join menziarah tapi dalam hati ni ha, aku faham. Saje je nak gempak. Hehe....buat dosa je kan?

Tahun ni, kali ketiga Azra sambut Syawal. Tahun pertama dulu, masih baru nak belajar jalan. Ingat tak lagi mak super duper excited gi tempah kurung size 1? Tahun ni dah insaf tak menempah lagi dah. Beli je siap. Lawa jugak. Dan lagi murah rasanya. Lagipun size 2 banyak sikit pilihan. Azra ni, walaupun dah nak naik 3 tahun in a month plus2 time tapi masih ler size 2 badannya. Memang menten slim. Tapi chubby sikit dah. Takler becok sangat tapi dah bolehlah dengar ayat2 orang besar dari dia. Hari tu kitorang borak2 dalam kete cerite pasal dia takut kitorang tinggal dia masa open house BBIM, sekali dia mencelah, "Azra tak takutlah, Azra malu je.". Haha! Gelak guling2 kitorang dengar dia cakap macam tu. Pandai plak bagi alasan. Hihi. Btw, this year takde birthday party. Kitorang nak buat birthday trip je. Itu pon tak plan lagi. Entah2 stay satu malam kat anywhere in KL then buat trip ke Aquaria je. Not bad jugak kan the idea. Takyah jalan jauh dan tak penat badan. Hihi...boleh pulun mandi pool lama2. Atau berendam je dalam bath tub.

(Errr....tapi nak buat party kat BBIM gak :P)

Berbalik pasal raya, tahun ni aku dah niat nak masukkan hasil kutipan duit raya Azra dalam tabung Haji. Amik berkat. Habis 30 Syawal nanti kena cepat2 bukakan akaun untuk dia. Tahun lepas bertangguh2 tak masukkan akaun bank, sampailah aku terguna. Masa tu ingatkan nak top-up dalam akaun saham Didik je. Dah pergi bank pun, dah isi borang siap2, sekali banker kat kaunter bgtau yang akaun didik dah full. Huhu...nak masuk SSPN plak masa tu tapi dia nak apa ntah. Last2 aku bertangguh, sampai la, aku belum bayar hutang tu kat Azra. Huhu....nanti mama bank-in yer darling ;)

Kitorang style takde open house. Jemput je la datang rumah aku bila2 masa sekali pun. You are all invited yer. Jangan segan2. Tapi kalau boleh, call la dulu. Insyaallah adalah rezeki korang sikit. Jangan jadi cam adik aku. Konon2 nak surprise kan kitorang, last2 dia yang surprise. Hehe....sib baik masih dapat jamu biskut raya dengan pizza flat bread. Dah ler aku jenis ada 4 je kuih raya bukan berderet2 berjenis2 macam rumah orang. Bilangan kuih mengikut jumlah bekas kuih raya yang ada. Hihi....jadik ler kan?

(Kalau call dulu pon tak semestinya aku masak sedap sangat. Hehe....)

Okaylah. Aku nak sambung buat keje. Sampai bertemu kembali....daaa....

Saturday, July 21, 2012

Azra's Potty Training

Sebenarnya aku dah lama bertangguh nak start potty train Azra. Hujung Oktober kang Azra dah 3 tahun pun.

Mula2 sebenarnya aku agak kurang setuju dengan istilah potty train ni. Hurrmmmm....macam mana nak latih anak kecil mengawal pundi kencingnya ya? Aku ada baca buku yang bagitau that it's beyond the child control pun nak mematangkan ototnya yang satu itu. Tapi aku ada gak terfikir yang kalau tak train, macam mana nak pandai. Being me, memang aku nak jawapan mudah je sebab malas nak buat homework :P I asked around. Most of my friends memang train anak masing untuk tidak berdiaper. Takde yang naturally anak dia sendiri taknak pee dalam diaper ngagagaga. Malah ada yang seawal usia baru nak masuk 2 tahun. Bravo la mommies!!!

Satu lagi, aku juga tak yakin yang Azra tahu feel buang air tu. Masa shower pun dia macam janggal terkengkang2 kalau terkencing. Kalau poo toksah ceritalah. Tahu ke nak berak sambil duduk? Aku selalu rasa yang Azra belum ready. Miahahahaha....tapi kalau tak cuba, mana nak tahu kan?

Akhirnya, sejak beberapa minggu yang lalu, aku dah decide yang one day aku mesti nak cuba ajar Azra buang air kat tandas. Nak potty train her. Adakah aku berjaya? Yaaa....aku berjaya menangguhkan hasrat tersebut hinggalah hari ini. Hihi.....ni pun sebab hari ni start puasa memang tak cadang nak keluar ke mana2. Macam mana nak train kan kalau half of the day sure tak lekat kat rumah. Tak sanggup anak aku kucil dalam kereta. Huhu...

And today is our day one. We started at around 10am tadi. Lepas mandi, aku pakaikan panties & lenggings je. Meraba 'potpet' dia sebab first time takde benda tebal macam selalu. Comel plak punggung Azra bila tak pakai diaper :P

Aku set alarm setiap 30 minit. Beliau sambung habiskan breakfast sesambil aku melayan. Dalam dok menyuap tu ada suspen takut banjir wo.

30 minit yang pertama, she looked fine. Aku snooze lagi 10 minit baru offer toilet visit yang pertama. Haha! Azra meneran macam nak berak plak dah tentulah tak terkencing kan. Hihi....baru aku teringat nak sebut ssshhhhhh...hahaha! Dah terlambat pun. Azra minta excuse tak boleh kencing katanya. Aku set lagi 30 minit. At around 11am, the time came for our second visit to the toilet. Ngagaga....kali ni awal2 dah ingat nak sebut ssshhhhhh....

Berjaya you all! Azra berjaya kencing untuk pertama kalinya didalam tandas. Ngagagaga....(ooppss...ini minus kencing masa shower eyh :P).

Itulah dia kisah Azra kencing dalam tandas kali pertama. Sekian.

Haha!

Oh btw, Selamat Berpuasa y'all. Maaf zahir batin :)

Saturday, May 26, 2012

Jom Beli!

Mariii!!! Mariii! Marriiii!!!!

Ewwwaaahhhh....dah macam peniaga kat pasar malam plak gamaknya. Hehe. Btw, yang mana aku dah invite kat fb sure dah nampak bag2 comels giler ni kan? Korang tolong sebar2kan dan share2kan la bag2 comels ni kat timeline korang. Lebiu! Hihi.

Ya Allah, aku rasa nak beli je semua ni esp. yang design girlish2 tu ha! Azra kat kindie 4 tahun, tiap tahun pakai 2 bag, kira aci la kan nak beli sampai 8 biji? Miahahahaha! Nak jadikan diaper bag pun sesuai. Ada divider nak asingkan barang.

Ini aku nak bagi satu berita baik.

Untuk readers dongdandia, aku nak bagi special price, RM65 per bag termasuk penghantaran. Ni kira harga kawan2 sebab aku pun baru nak mula berjinak2. Nak COD pun boleh tapi hanya untuk yang nak self pick-up kat area Shah Alam. Stok terhad jadi kalau korang place order, aku terus reserve dulu untuk korang. Tapi untuk serious buyer only la eyh.





These Super Cute backpacks have a spectacular look and may even make your little one actually 'want' to go to school!

Designed especially for young kids.

They are incredibly lightweight, weighing just 0.5kg.

The bubble-like hard shell shape is adorable on kids, as combined with the shiny shell - they stand out from the 'other' kids backpacks that are usually made from thin PVC or just printed f...abric. Your child will feel like a star with this backpack ! Its backside is padded with foam and made with soft and flexible Micro-fibre material, so that is very comfortable for the little ones. The zipper closure system opens to reveal a colour coordinated lined interior with its own small elastic compartment for some organization. Adjustable Straps for a personalized fit, and a hand carry strap make this backpack ideal for School, Travelling, trips to the Theme park or even overnight stays !

Your only problem ? Getting your little ones to take it off.

Material: Nylon with ABS / Polycarbonate composite
Sizes: 12.5"x 10.2" x 5.0" (31.7 cm x 25.9 cm x 12.7cm)
Weight: 0.5 kg (1.1 lbs)
Frame: Frameless

BP06, BP10, BP16, BP23 & BP24 are SOLD OUT!!!

Sunday, May 13, 2012

Menyepi

Hahaha! Kalut betullah entry bawah ni :P Aku baca balik pun aku tak faham. Ni la akibat kalau auto-diction mode on sendiri. Berterabur terus entah apa2 jadinya. Pandai2 je la dia dok tukar wording aku terus jadi cam harem. Aku plak sekarang ni ya ampun bukan main hari2 ada je training dan training related thingy yang aku nak kena handle kat opis. Mmg tak sempat langsung nak taip entry. Nak komen kat entry korang pun tak menyempat. Aku memang tak online kat opis sebab banyak kerja. Lagipun giler hape sambil2 buat training mengajar orang celah mana la aku nak berblog. Dan tentu2 aku flash screen aku kat projector kan. Kat rumah pun aku terkejar2. Bila dah masuk musim training ni, masa aku memang terhad. Malam kena tidur awal. Esok nak kena bangun awal. Siapkan Azra lagi. Ke opis pun kena dress up sikit. Takleh la main tangkap muat sarung jeans je ke, baju kedut2 ke, tudung tak matching ke. Sementara nak tidurkan Azra je la pon aku ada masa sikit. Tu pun online pakai Ipad je. Sambil sua tetek, sambil main bejewel ...ngegegege....hazab la nak update terkial2 jadinya.

Hari ni hari Ibu kan. Aku ada baca few status kata Hari Ibu haram. Aku tak sempat nak mengkaji dengan lebih mendalam. Malas nak serabut kepala. Korang tahu kenapa haram? Kitorang dah celebrate awal pon. Adik aku bawak balik kek SR last week, kitorang nyanyi lagu ibu ramai2, tiup lilin, potong kek, borak2 over kek cokelat, muruku and roti. Sempoi je asalkan dapat meraikan ibu tersayang. Aku tumpang sekali la rasa macam diraikan gitew. Macam tu la kitorang memang celebrate hari ibu ramai2 kat rumah mak.

Azra sekolah macam biasa. Lately cikgu selalu update Azra makin bagus kat sekolah. Being her aku tahula sangat anak aku ni tak suka kena paksa. Sama gak macam perangai bapak dia. Lagi kita suruh, lagi membatu dia sana. Huhu. Dengan Azra kena banyak pujuk. Memang kena cakap lembut2. Alhamdulillah cikgu kata dia dah nak ikut belajar. Alah....BBIM tu bukan belajar nau pon. Main je lebih. Alhamdulillah Azra dah nak join main dengan yang lain2. Barulah aku nampak gambar2 kat sekolah dia pegang watak utama. Kalau tak, madang je dia duduk hujung2 borak2 entah apa yang dia sibukkan. Aku sukalah BBIM ni. Dia amik gambar sesi anak2 tu then upload kat fb. Kalau hari2 nak tanya cikgu dia buat apa pun dah macam rutin plak. Aku selalunya tak kepochi sangat. Tapi bila nampak dia decorate cake tu, potong timun, wahhh....terus aku rasa tak jadi doktor pun takper. Tengok macam best je kalau kecik2 dah panndai masak cam Junior Materchef tu kan. Semua dream nak buka restoran at age very young lepas grad je cenggitu. Verangan.

Randa dalam process refinance. Dah signed offer letter dengan bank. Aku memang refinance ikut harga semasa. Memang nak guna cash tu untuk invest ke lain. Dan bonus dapat kurangkan komitmen bulanan gak sebab sekarang interest rate lebih rendah dari masa aku beli dulu. I tell you ada rumah sendiri, macam tu la cara kita buat duit. Beza harga 5 tahun dulu masa aku beli adalah 40K. Simpan ASB pun tak dapat banyak tu. Aku memang minat sangat nak menceburkan diri dalam bidang property. Verangan nak jadi millionaire landlord :D Verangan tak salah tapi kenalah usahakan dong oi! Bab nak melaksanakan tu aku ada sedikit masalah. Aku tak konfiden cukup macam dak Fara dan aku malas nak belajar. Hehe. Mungkin sebab aku tengah sibuk skg ni. Alasan...:P Kalau ikutkan sepatutnya aku nak beli 2 lagi property menjelang bulan 6 kang. Waaaahhh....mampu ke? Mampus plak aku karang. Huhuhu...sungguh tak yakin aku. Takut tersalah pilih lokasi. Dalam dok fikir hari2 tu, ada gak terfikir satu lagi option. Takyah beli rumah lain dulu tapi bina rumah atas tanah kurniaan bapak aku tu. Syok jugak kan? Kalau jadi, maknannya aku dah dapat sewakan Randa. Kita verangan dulu la. Tunggu petunjuk datang :P

Bab lain plak is pasal baby. Tadi masa aku melepak kat rumah mak aku, akak aku bgtau cousin kitorang pregnant lagi. Anak no. 4. Then Magfarah yang aku dok baca blog dia hari2 tu pun is expecting. Ceera pun sama dah nak masuk dua anak dia. Cekna, Fiya dengan Dee memang la kan. Bff aku sorang tu pun Insyaallah aku doakan dia berjaya kali ni. Aku? Bila kita ni Jo? Kesian gak aku tengok Azra tu macam memerlukan geng main dah lagaknya. Siap merajuk2 isap jari sebab tadi aku singgah rumah abang cousin dia kejap je. Huhu....mama belum ready la yayang!

Friday, April 27, 2012

Oh mak kau! Punya lah lama aku tak buat entri baru sampai naik tulis pun macam dah agak kekok. Hobi. Biasalah...alasan klise dah tentu sibuk Manjung ya dak? Eyh....aku belasaha gak terima Manjang situ small leteran m telah auto tukar abadi manjung. Pfftt. Hah! Ayoyoyo...nasib korang ler pesal ntah few wira here telah auto tukar. Dan aku takdir buat ton undo dan kekangan tiada pilihan naik skrip selingan checks nih! Urghhhh! Sblm koranlga jadi bertambah pening, baik aku skop usah tunggu je aku taip pakai ke bos ler kali. Till then, lotsa lotsa kocek forum us. Muahs!

Sunday, April 15, 2012

From Penang To Cameron Highlands Yo!

BBQ & Steamboat Nite

Setting up oleh Puan Pengerusi...hehehe...

Oloh oloh oloh...anak terbiar pandai dia cari geng. Konon2 tiru cam abang padahal kat tangan dia takde hp pong :P

Semua orang sedang sabar menunggu...ngagagaga...lagi setengah jam boleh makan!

Tu dia steamboat dah mendidih.

Boleh makan sayur-sayuran dulu :P

Amacam? Sedap tak bos?

Sedap sampai ke tulang ayam :D

Persembahan oleh ahli rombongan khas buat Puan Pengerusi.

Tetiba ini budak mennagis sakan takut ingatkan semua orang buat rusuhan. Haha! Lawaklah awak.


Eeeeewwaaaaahhhh....!!!

Ladang Teh Sg. Palas

Suka kitorang sebab boleh parking kat atas. Jimat tenaga takyah panjat bukit.

Mana Aqil?

Pelancong kan haruslah amik gambar kat semua tempat...haha!

Salah satu cara nak bagi Azra tak bohsan, pistol belon (walaupun takleh kuar belon sebab buih dah habis) :D

Cubaan membuat muka beliau kelihatan lebih kurus.

Intai anak dara mandi ke bang?!

Merah mak ngah.

Timbang berat badan.

Ngegegegege....

Memang obses dengan pistol nih!


Lawatan ke kilang memproses teh.

Cafe BOH.

Happy dapat food :D

Selera beliau perabis kek cokelat.

Sedap sangat ke sebab lapar sangat :P

Suap kat orang tapi mulut sendiri yang lelebih nganga....hihi....somel la awak nih!

Cousins Azra.

Us.

My sista!

Takut dekat pokok teh. Boley?


Momen iklan ubat batuk cap ibu dan anak. Priceless.

Insyaallah nest time kita datang lagi :)

Bharat Plantation


Muka baru bangun tidur. Kesian awak letih ye?

Main payung.

Fikir masa depan.

Payung stoberi ni dia sendiri yang minta belikan.

Gambar ladang tak cukup hijau sebab di sebaling kaca je nih.

Sepatutnya tea time kat Bharat tapi rasanya semua orang masih kenyang.

Tatau tahun bila gambar nak siap resize. Miahahahaha.