Thursday, February 28, 2013

Azra's In And Around

 Takleh tinggal langsung iPad dia ni.


Pet pertama Azra. 


Lunch kat Tat Nasi Ayam. 


 Tidur sebelum maghrib ingatkan sampai esok pagi skali pukul 10 malam bangun balik sebab lapar.


Schooling from home ;) Ponteng sekolah sebab mama malas nak hantar. Hehe.

 
Sedap tengah makan pizza sambil tengok Disney Jr.


 Kaki tu parking atas peha mama T___T


Letih sangat balik sekolah terus mandi, sambil minum susu tengok Disney Jr sesenyap je tidur dah. Masa ni belum maghrib pon.



 Mama hadiahkan Playdoh Cake Maker sbb taksub sangat tengok orang buat playdoh dalam youtube :D


Kalau anda anak anak yang suka throw tantrum semua benda dia nak masa outing keluarga, boleh cuba cara ni. Masa kejutkan tidur bagitau dia yang kita nak siap2 nak keluar beli his/her fav toy (Azra suka buble gun). Keep on telling her that sepanjang nak siap dan dalam perjalanan. Sampai2 je tempat yang dituju, pergi belikan dulu. Nescaya lebih smooth urusan anda. Jarang Azra duduk baik je time nak makan kat Kam Cafe Pasar Shah Alam nih :) Modal 2 ringgit je sebab sampai meja toy tu, Azra hanya minta buble tiup ni jew. Hehe.


 Suka sangat fresh orange. Ni sekali sedut je nih. Balik sekolah terus dinner sebab malas nak keluar balik.


 First outing bebas diapers. Well done Azra! Pandai request toilet tengah2 kitorang memilih.


 Baju Azra menimbun. Tugas wajib mama on every weekend.


Manja....


Tukang sepah hebat.

Wednesday, February 20, 2013

Shangri La Tg. Aru, Kota Kinabalu 21-24 Jan 2013

Ni entry penuh gambar business trip merangkap bercuti dari tugas sebagai mak dan isteri muahahaha. Aku last minute je buat persiapan nak attend meeting ni. Lama gilos tak attend sejak beranakkan Azra.

 Kitorang batch paling ramai sampai serentak. Siap berjemput naik bas. Ketibaan kat Shangri La disambut dengan persembahan kebudayaan. Rasa cam mak menteri la plek :D

 Entrance bilik. Single sharing takyah share dengan org.

 Azra & papa tak ikut sebab nak jimat takde bajet nak beli tiket flight :P

Spacious tapi tak scary. Persekitaram Shangri La Tg Aru adalah sangat selesa. Jarangkan I tidur sorang berani tutup lampu & tv :P

Walaupon ada balcony, tetap tak rasa cam ada makhluk dok tebeng malam2. Hehe.

Khazanah dalam goody bag. Siap dapat power bank. Best!

Sunset 21 Jan 2013 dari pantai Kota Kinabalu. Kalau papa & Azra ikut sure lagi best. 

Malam tu dinner by the beach. Sakit buntut asik kerusi tenggelam dalam pasir. I is berat makin lama makin rendah kerusi masing2 ahaks. Food so-so sahaja. Tak sedap tapi taklah tak sedap.

22 Jan 2013 meeting sampai petang. Dengar presentations sampai lebam.

Habis meeting terus balik bilik masing2, mandi2, lepak2 kejap dan terus shoot for dinner at my fav Port View Restaurant.

The whole place kitorang booked. Makan sambil dihiburkan dengan persembahan kebudayaan. Paling scary time warrior dance mencari mangsa among us. Huhu.....sib baik dia tak tangkap aku. 

Terbaek! 

 23 Jan 2013 meeting halfday dan belah petang ada activity team building. Yang ni tengah buat kereta racing F1 guna cardboard. Berpeloh dan tanned masing2 pas acara ni. Tepi pantai yo.

 Team aku menang best deco. Haha!


Kereta racing gear manual :P

Belah malam theme dinner dekat Shangri La. Banyak giler persembahan yang lawak banget sampai sakit tekak gelak terbahak2. Enjoy betul semua performance yg disediakan oleh pihak penganjur.

Back to school & 15 years younger :P

Next day amik flight pukul 9 lebih sebab dah tak sabar nak peluk cium Azra dan papa Azra :P

Gold Coast Morib 14 Jan 2013

Waaahhhh...punya lama menyepi yo kini dong kembali dengan entry jalan2 dulu la. Dah lama pergi tapi nak jugak update supaya tak lupa. Hehe....better late than never rite?

Silalah bersetuju ;)

Alkisahnya, hari tu kat StreetDeal buat promo Morib Gold Coast 2D1N package hanya pada RM150. Muraaaaahhhhh sangat! Memang lar Morib je kot but apa salahnya nak lurus2 badan pi short distance getaway pon kan. And I'm glad I did grab that offer.

Memang berbaloi pon dengan harga serendah RM150, kitorang dapat skali main kat waterpark sampai kembang untuk 2 hari dan breakfast & dinner buffer for 2. Takyah susah2 nak kuar cari makanan. Buffet spread pon okay sangat. Aku dah bajet ala2 makanan Sri Malaysia je tapi Alhamdulillah ada lebih dari satu pilihan dan macam mini international buffet. Tema Jepon pon ada yo. Bukan semata nasi goreng dengan sosej hihi.

Yang tak favour sikit maybe offer tu valid on weekdays je. Sib baik date yang aku booked 14 Jan 2013 tu time busy tapi tak pack sangat. Boleh la cilok2 tak masuk opis. Hehe....

Kitorang sampai2 memang dah pack lunch siap2. Walaupon weekdays rupanya ramai gak orang sbb promo tu la. Tapi hotel ni agak bagus. Aku book 2 bilik dia allocate mmg bilik dekat2 mengadap. Ada hotel eventho kau book awal tapi suka hati derang tau letak merata. GCM ni aku tak bgtau pon nak bilik dekat2. Mmg by default dapat dedekat. Sbb aku sampai dulu maka aku la dapat pick view yang aku nak kan? Hehe....sorry Jo ;)

View bilik depan.
Cap anak dan bapak.
Jakuzi best.
Perasmian.
Waterpark best! View dari bilik kitorang.

Gambar kat fon ni tak banyak plek. Nanti rajin aku upload gambar lagi la. Insyaallah.....