Showing posts with label About Me. Show all posts
Showing posts with label About Me. Show all posts

Tuesday, March 20, 2012

Bubur Oat

Macam ni la rupa bubur oat yang aku makan tu. Kononnya sekarang dah taknak makan nasi. Untuk lunch akan makan bubur oat yang macam ni. Breakfast dan dinner plak makan roti multigrain dengan tuna. Hihi. Gigih tak gigih?

Oat tu aku buat guna 4 sudu makan oat campur dengan 200ml air. Gigih kau menyukat air guna botol susu Azra. Haha! Then masa dah nak masak, aku bubuh garam sikit supaya ada rasa masin2 sikit. Yang hijau2 tu sebab sebelum angkat aku letak daun sup. Memang sedap dan sama je perasaan macam makan bubur nasi. Masa ni aku makan dengan bilis goreng letak bawang dan cili padi, ikan bawal stim limau, cendawan masak lemak dan akhir sekali ikan tongkol rebus pastu goreng. Sebenarnya lauk tu pelbagai sebab nak memenuhi keperluan Rul dengan Azra gak. Kalau ikut aku je, bilis goreng tu pon dan marvellous kot.

Yang lagi bagus makan oat ni sebab kau takkan nak bertambah punya. Nak habiskan pun macam dah seksa. Hihi. Terkulat2 aku ni ha kat meja makan. Kalau tala bubur nasi, kalau aku ler mahu sampai 2-3 kali bertambah. Macam kurang kenyang je selagi kat periuk tu ada lagi. Hehe. Aku mula2 buat 5 sudu lagi lar susah nak habiskan. So aku kurangkan sesudu. Cukuplah nak kenyang sampai dinner time. Aku suspek oat ni lambat hadam kot sebab tu tak cepat lapar.

Yang aku guna roti multigrain untuk breakfast tu pun bagus. Cukup kenyang tak perlu snack sementara nak tunggu next meal. Muajarab gak la bagi aku.

Stok oat kat rumah dah habis. So dah seminggu aku makan nasi. Haha! Tapi masih terkawal la takdelah melantak macam sebelum ni. Nantilah kalau rajin, aku mula balik makan oat nak ganti nasi. Pastu aku nak cuba masukkan oat tu dalam kuah sup. Sure lagi mantop rasa dia. Aku try makan dengan tomyam sedap gak. Korang dah cuba?

Thursday, March 1, 2012

Janji Manis

Aku hari tu memang beria2 nak bercerita kat korang tapi last2 sebab office mate aku ajak borak tak habis2. Kau tahulah mak mak ni. Kalau dah bercerita hal anak, memang tak sedar jam berjalan. Sedar2 dah dekat pukul 5. Dah janji dengan Rul nak amik Azra kat school sama2. Tu yang aku potong halfway tu. Huhu. Ampun sebab membiarkan Jojoe dan Fiya ternanti2. Hehe.

Sebenarnya takde apa pun cuma masa order aku sampai, aku rasa ayam tu dah tak fresh. Aku tengok2 gak meja sebelah sebab derang pun order menu yang sama tapi derang okay je. Takde plak derang cium2 bau ayam tu ke. Tapi aku agak certain di situ yang ayam aku dah berbau. Kembang plak tekak aku dah ler air kat Jaya tu comel2 je tak cukup ice lemon tea nak cuci tekak.

Kalau korang, apa yang korang akan buat?

Aku kadang2 just senyap je letak tepi la plate aku and order benda lain. Tapi hari tu aku terasa cam terlebih berani plak. Aku gi komplen. Risiko bila kau komplen, which I do not like, adalah mereka akan mati2 deny yang menu mereka bermasalah dan akhirnya korang bergaduh, panggil manager la bagai akhir2 aku pandang kau, kau pandang aku. Hehe. Jadi bersedia sahaja la yer.

In my case, walaupun mereka tak admit yg ayam tu dah tak elok. Instead derang kata ayam tu rasa masam2 sebab ada lemon & herbs. Huhu...ko ingat akak kau ni tatau beza rasa lemon dengan bau ayam ke dik? Jaya grocer cafe memang service marvelous!!! Derang tukarkan dengan menu yg lain. Akhirnya aku dapat makan steak you! No extra charges walaupun steak tu beza lebih sepuloh ringgit dari menu ayam yang akak order.

Rezeki Allah datang dalam pelbagai bentuk. Hehe.

Yang tak bagusnya, orang diet mana boleh makan daging merah?!!!

Diet ke? Hehe....

Friday, February 24, 2012

Diary Diet Dong (yang tak berapa nak diet :P)

Aku rasa aku kena honest. Kalau aku dok hide apa yang aku makan, lama2 mana nak jadi diet aku. So, aku akan cuba buat diary diet. Muahahaha! Poyo jangan tak poyo. As a start, inilah diary diet aku sepanjang minggu ini. Yeeehaaa!!!

Isnin
Breakfast - Small portion of nasi lemak with telor goreng. Teh o suam.
Lunch - Kuew teoy in wantan soup. Air barli.
Dinner (pukul 5 ptg) - Mee kari and few goreng pisang ;P

Selasa
Breakfast - Nasi goreng dengan telor goreng. Teh o suam.
Lunch - Nasi beriyani ayam merah.
Dinner - bermacam juadah pasar malam ;D

Rabu
Breakfast - Annay, Tosai garing satu!!! Teh o suam satu!!!
In between - I genggam kacang peas.
Lunch - Rice with acar, fish fillet & soup.
Snacks - 3 keping biskut quaker oat with raisins.
Dinner - Chicken & mushroom yee mee.

Khamis.
Breakfast - Milo cereals 3 in 1.
Lunch - Nandos quater meal with 3 bean salad and grilled veges.
In between - Ice cream magnum minus the choco coat.
Dinner - Kuew teoy kungfu.

Jumaat
Breakfast - Lontong 5 ketol dengan rendang ayam dan kuah kacang.
In between - raw carrot & 2 sips of ribena.
Lunch - Nasi, ikan asam pedas rebus, sayur kailan, ikan goreng kecik, separuh telor asin yg merah.
In between - tembikai.
Dinner - Nasi with ikan masak sama pedas rebus at 5pm and nasi with ikan goreng, kicap & sayur kailan at 8:30pm (kes suap Azra taknak, aku yang cekik.).

Wakakakaka! Kan aku kata aku tengah mencuba. Jgnlah harap aku go on strict diet terus. Bak kata CekNa, jaga makan jew, kawal portion & sweets.

Sabtu
Breakfast - 1 set toast.
Lunch - nasi, ikan siakap sweet sour, sayur campur. Tembikai.
Dinner - nasi minyak, rendang daging, rendang hati & acar nenas.
Snacks - 2p pisang goreng, half bahulu, lengkong.

Ahad
Breakfast - nasi goreng 1 scoop, roti canai 1 piece
Lunch - Nasi lemak with ayam goreng Oldtown
In between - kueh lapis
Dinner - Roti cicah kari sardin
Snacks - Kuih seri muka

Hurmmm....diet la sangat. Hihi...

Kesimpulannya, memang jauh lagi nak pergi esp. compare to Shila Shower punya menu yang memang sangat strict. Tapi slowly la kang terkejut korang kalau aku kurus cepat sangat. Haha!

Wednesday, February 22, 2012

Aku Pun Nak Kurus Jugak!!!

Aku ni memang dari kecik kot mak aku dok kata aku gemuk. Kakak2 aku pun. Padahal masa tu aku bukan gemuk pun. Tak caya tanya Jojoe. Aku masa kat Mozac macam lebih kurang je dengan yang lain2. Dengan Jojoe toksah compare la. Dia stok gadis genit. Aku standard je, besar sikit je. Pakai baju size M kekadang L tu kira tak besar la kan. Mesti korang tak sangka aku bukan gemuk dari zaman kanak2. Memang makbullah doa famili aku selama bertahun2 akhirnya memang aku tak kurus. Huhu...ini cubaan nak put the blame kat orang lain :P

Masa cuti SPM aku memang menternak lemak secara besar2an. Bila aku fikir2 balik, apa ke sengal asik kerja aku makan tidur je. Memang langsung takde inisiatif nak joging ke hape ke la. Masa nak amik result spm kat Mozac mulalah malu sebab gemok dah masa tu. Tetiba je baju semua dah size XL. Huwaaa!!! In 3 months!!! Tapi masih tak sedar diri. Hehe. Aku melantak je macam orang perasan kadar metabolisme dia tinggi menggunung. Hihi...berat aku tak turun2 ke berat asal pun lepas2 tu sampai lah sekarang.

Aku rasa last sekali aku kurus adalah masa aku 1st year UM. Tu pun bukan kurus nau la nak compare dengan masa kat Mozac atau compare dengan korang. Takat berat paling rendah masa tu around 72-75kg. Ko bayangkan, itu aku paling kurus tau. Kalau korang la berat 75kg agaknya entah plan diet macam manalah yang korang join eyh. Entah2 korang dah makan nasi sesudu je seminggu kot sebab nak turun berat. Hehe. Tapi aku tak bolehlah nak control makan. Susah ya amats.

Masa tu, aku memang diet giler2 kau. Bila tapau nasi, pilih sayur je dengan ikan. No gulai kari no gulai lemak. No ayam no daging kecuali sekali sekala je. Nasi suku. Boleh caya ke? Air mesti limau ais atau suam. Lepas tu aku skipping. Gegar flat Kg Kerinchi I skipping kat tkt 6. Haha! Kalau dah jaga makan, dah skipping terlompat2 satu hari sampai 10 kali, mana tak kurus. Tapi tu la. Boleh je nak kurus tapi kalau suka makan kenalah exercise kerap. Tapi aku malas betol nak exercise.

Masa pregnant Azra pun aku agak menjaga makan. Sebab jumpa doc kerap aku terus jadi disiplin. Benda kolesterol tinggi, manis2 memang aku elakkan. Tak makan malam. Amik breakfast awal2. Tu yang history pregnancy aku excellent. Semuanya in control sampai dr Siti pun perasan. Hihi. Ko boleh lose weight masa tengah pregnant? Tapi korang janganlah ikut. Itu utk orang obese macam aku jer. Lepas bersalin, aku nampaklah susut orang tegur. Bangga kejap. Hehe. Dah la dalam pantang pun asik makan sup je kan. Manalah tak susut.

Tapi skg aku rasa aku dah nak sama berat dengan masa aku pregnant 9 bulan!!!!!

Yang dah sedia besar, telah menjadi semakin besar. Sekarang, nauzubillah memang macam giant. Tak dinafikan aku memang terer bab menternak lemak. Huhu. Korang jangan terpedaya aku letak gambar tu side2 tak nampak giant sangat. Kalau korang tengok aku live, siap tak muat frame nak masuk. Haha! Kesian aku. Lepas tu lagi kesian kat Azra la kang. Anak aku punyalah slim kecik2 tu sekali bila mak dia amik kat sekolah...hihi....kau tahulah budak2 kan telus. Ada sekali tu aku terdengar ada budak bagi komen mama Azra besar. Huhu....nak nanges tak? Tapi apa nak marah, dah memang betullah budak tu cakap. Hehe. Aku cool je buat2 tak dengar. Lain kali kalau aku dengar lagi, aku dah plan dah nak jawab apa i.e. takper besar sayang tapi hati kita kena baik. Bistu, aku nak jawab apa kan?

Aku dok cerita sejarah kegemukkan aku ni sebab...sebab...sebab...hurmmm....sebab untuk kesekian kalinya aku nak jaga makan balik. Jaga makan je. Hihi. Tapi.......kalau aku tak kecoh2 kat orang, kang aku senyap2 je lupakan balik hasrat nak jaga makan ni. Nak exercise susah. Alasan panjang tak cukup kertas nak tulis :P jadi aku mula dulu dengan jaga makan. Baru start je pong hari Isnin hari tu. Haha! Berhasil ke???!! Hasil kat sini, bukan maknanya berhasil jadi lebih ringan yer puan2. Hasil disini lebih kepada berhasil ke nak jaga makan?? Hehehe....Alhamdulillah...walaupun belum 100% tapi ku kira asalkan aku beringat tu dah kira permulaan yang agak baik jugak kan?

Ini semua sebab Jojoe lah! Dah berderet2 entry dia pasal jaga makan dan exercise, aku baca terus rasa bersalah pada diri sendiri. Kang gemuk sampai mati muda macam mana? Huhu. Lepas tu aku baca blog dr Faryn pun cakap pasal lose wieght guna pb semua tu. Huhu...orang kurus pun sibuk nak kurus lagi hokay. Lepas tu Filla pun. Shila shower siap buat series diary diet. Kau tak rasa bersalah? Pesal semua orang diet ni?!!! Adakah ini petunjuk dari tuhan?!!! Baiklah, aku follow...in a way sumber inspirasi jugak entry korang esp yang kes tahan makan tapi tupperware bekal ada depan mata siap kuis2 isi ikan sebab tak tahan. Haha siapakah itewww???

Doakan azam aku berjaya.

Wednesday, December 14, 2011

Jewel In The Palace (Drama Korea) (Updated)


Jewel in the palace mengisahkan tentang seorang wanita bernama Jangeum. Jangeum ni, mak dia merupakan bekas wanita istana. Mak dia kena aniaya oleh golongan wanita istana yang amat berpengaruh ketika itu hinggalah beliau dijatuhi hukuman mati dengan meminum racun. Nasib baik best fren mak Jangeum ni sempat campurkan racun tersebut dengan bahan penawarnya sekali. Ketika terselamat dari kejadian tersebutlah, mak Jangeum ni bertemu dengan ayah dia. Lepas tu derang kawin dan dapatlah si Jangeum ni. Bapak dia ni sebenarnya somebody jugak. Dia bekas pegawai istana yang terlibat dalam konspirasi pembunuhan bekas permaisuri. Kesian...bapak dia tak bersalah pun. Tapi kerana tertekan dan keadaan tersebut adalah sangat berbahaya, maka dia melarikan diri. Masa dia jumpa dengan mak Jangeum, kira dah beberapa tahun gaklah dia hidup dalam pelarian.

Suatu hari, disebabkan kesilapan yang Jangeum lakukan, mak ayah dia ditimpa musibah bertimpa-timpa sampailah mereka berdua meninggal dunia. Jadilah Jangeum anak yatim piatu. Sebelum mak dia meninggal, mak dia berpesan untuk Jangeum ni masuk istana dah clearkan balik kes mak dia dulu dan sebenarnya kes mak dan bapak Jangeum ni ada kait mengait gak.

Cerita ni panjang, ada 70 episod, satu episod kalau kat tv 1 jam, kalu youtube dalam 40 minit lebih. Tapi orang tu tak upload sampai habis!!!! Sabar je la aku. Akhirnya nanti Jangeum tu akan berjaya jadi doktor wanita yang pertama berkelayakan merawat maharaja, dia dapat balas dendam, hapuskan keluarga dan pakatan jahat dalam istana dan macam2 lagi la. Happy ending. Pasal tu aku suka tengok. In fact ini merupakan kisah benar salah sorang tokoh terkenal Korea sana. Ni kali kedua dah aku follow drama ni. Dulu kat 8tv lepas berita malam, now kat Al-Hijrah pukul 3.3o petang. Hihi...that explains why I prefers to work from home la kan. Haha! :P

Sebenarnya cd Jangeum pun ada jual kat speedy video. Tapi mahal sangat der. Dia ada 3 set dan setiap set lebih kurang seratus lebih. Walaupun aku minat giler citer ni dan aku banyak je spend lagi mahal kat benda2 lain yang takde pon penting sangat, entah kenapa ntah aku tak beli2. Haha! Dah makan tahun pun. Hari tu kat Kuantan, ada siot pirate version. Murah je whole pack hanya RM35. Tapi punyalah hampeh takde subtittle. Mahu uban kepala aku nak faham bahasa korea tu kang. Haha. Yg ori dah murah, cuma RM160 but instead of membeli cd yang aku sangat suka itu, aku telah spend on something else. Grrrr...geram je la apa la yang aku fikir masa tu.

Aku rasa hari ni aku nak balik Kuantan la. Rul ada ajak tadi tapi aku refused sebab nak simpan duit anak nak masuk sekolah kan. Ngagagaga....sekarang aku dah ada sebab kenapa balik Kuantan adalah perlu. Haha!

Updated - Dah beli pun set cd original sbb yang pirate confirm subtitle chinese je ada. Ko boleh? Hihi...bayar je la 150 after diskaun kira orait le kalau dah minat. Aku dah khatam pun cerita ni setakat cover mana2 episod yang aku tertinggal2. Gilos ada 70 episod siot. Sanggup aku tak tidur malam excited punya pasal. Tu yang blog pun aku tak jengah dah. Haha! Ingat dalam waktu terdekat ni nak start tengok dari episod 1 balik. Pelan-pelan kayuh barulah berbaloi beli mahal2. Kalau takat tengok skip2, huhu....haruuu.... Then tetiba ada pakcik tu beri cadangan. Baik punya cadang kitorang beli cd cerita lain plak. Layan ler tu..hihi...