Aku amik cuti hari ni. Sebab semalam dah gaji (sampai bermasam muka laki bini sbb duit tak cukup nak beli iPad2 ahaks!) jadi hari ni nak cepat2 setelkan hal pendaftaran dan bayar yuran BBIM pastu nak bayar rumah kat MBSB tu. Boleh je takyah cuti then lari kejap masa lunch karang tapi ahkak kan cuti banyak, bazir je kalau taknak fully utilized kemudahan yang ada :P Hal2 benda2 yang wajib bayar ni aku kena buat cecepat sebab aku ni sangatlah jenis melayu-mudah-lupa. Weekend ni kan cuti panjang mahu nyer aku spend semua duit tu kat Ikea je kang. Lepas tu sangap. Haha!
Kitorang tidur bentang toto je kat depan tv malam tadi. Sejak musim2 hujan ni, ruang tamu adalah nyaman macam syiok je boleh tidur guling2 gigil2 takyah pasang aircond. Tak pakai aircond adalah jimat letrik weh bil bulan lepas tak cecah seratus pong. Tapi siaplah kalau tak bentang toto berlapis2 ada kemungkinan ko sempat meroyan kejaplah sebab punyalah keras lantai terasa menekan2 plak. Hehe. Lepas tu jangan lupa pasang ubat nyamuk. Nyamuk2 sini boleh tahan, si empuya diri tak kelihatan tapi tahu2 je dah gatal2 dok mengaruk sini sana.
Pagi ni kitorang dikejutkan dengan bunyi muzik punya kuat oleh neighbour depan rumah. Tu la gamaknya kalau dok berjiran dengan geng bujang dok beramai2. Selalu kat sini yang buat bising ni orang India blok sebelah tapi rasanya depa dah pindah dah. Terkejut jap aku sebab dah lama aman damai Randa ni. Kesian kat Azra la yang nak layan mata tapi sebab terganggu, asik menetek la jawabnya. Kalau duduk dalam bilik ok je takdelah begitu jelas tapi ni dah ruang tamu bertentang, dia gi muzik full blast then bukak pintu luas2. Jap lagi sure Rul akan sepak barang dia sebab jemur baju sampai ke border depan pintu kitorang. Ngagagaga...
Okaylah, aku nak siap. Nak gi amik gambar pasport lagi. Semoga korang enjoy Jumaat ini to the max dan selamat berhujung minggu sampai senin kang!!!
XOXOXO.
No comments:
Post a Comment