Friday, December 16, 2011

Bila Engkau Tiada......

Macam biasa, kalau time aku berdua je dengan Azra, sure keadaan adalah sangat berbeza. Stress dia tiga kali ganda wa cakap lu. Huhu...hampir2 aku sangkut budak ni ha kat dinding tadi. Sabar je la. Kejap2 bukak seluar, kejap2 bukak diapers, ajak mandi. Bila time betul2 berak, liat plak nak masuk bilik air. Aku dah cepat2 masak dinner, makan dulu la nanti baru mandi. Kau ingat dia nak ikut cakap aku? Dia nak jugak mandi dulu. Pas mandi baru nak makan. Tangan kotor pegang udang taknak guna garpu, lap kat baju. Mana tak nanges mak dia ni ha. Kalau ada papa, boleh la juga pass baton. Tu pon kadang2 sempat gaduh dulu kitorang laki bini. Masak okay jaga budak umur dua tahun ni ha.

Aku off hari ni. Project mate aku amik cuti jadi takde maknanyer aku nak on laptop. Isnin ni kitorang jumpa kat opis je terus update senang citer. Sangap betul tatau nak buat apa lepas breakfast tadi. Menyangap la anak beranak dalam kereta dok jalan2 round sekeliling Shah Alam. Ya ampun, kat area sek 3 tu kan, yang jalan ke Intekma Resorts tu kan, bukan main macam istana rumah2 kat sana. Aku dengar je la Rul mengeluh mana lah derang ni korek duit buat rumah. Huhu...bila la agaknya turn kitorang nak buat rumah gedabak cenggitu. Rasa down la plak.

Sambil pusing2 takde tujuan tu, sambil2 plan manalah nak spend time ni tadi. Siap cadang nak pick-up adik aku kat KL. Dia cuti semester jadi sure barang banyak. Konon bolehlah sekali harung singgah Jalan TAR nak beli tudung. Macamlah kat Shah Alam takde kedai tudung kan. Tapi kitorang sengal dua2 tak bawak fon. Hihi. Cancel tak jadi gi KL tataulah last2 adik aku balik naik apa. Hihi...sori dik! Then aku ajak gi Morib. Dalam amsa yang sama cik abang plak ajak gi Sg Buloh tengok kedai bunga. Dua2 tak pergi. Jalan Morib sibuk banyak lori mana sempat nak balik semayang Jumaat kang. Gi kedai jauh2 kat sg buloh pejadah last karang bunga mati sebab aku spesis malas siram pokok. Ngehehe....last2 kitorang gi Econsave je. Hehe.

Balik Econsave, kitorang sibuk mulakan projek pasang wall kabinet. Lama dah beli kat Ikea tapi takde masa nak pasang. Pasang sekali microwave bracket. Microwave aku ni ha dah dua tahun hadiah kawin dulu tak sampai sepuluh kali pakai. Sebab aku bukan jenis rajin nak pasang2 plug. Bila dah ada bracket, Insyaallah rajin ler guna kang. Nak buat steam fish pun main campak je dalam tu. Sampai ke petang kau kerja2 pemasangan elok2 je time Rul kena keluar kerja dah. Tak sempat nak rehat member siap komplen kaki sakit. Kesian dia. Kalau aku ni ha tension Azra bangun tidur buat perangai diva, dia lagi la melayan pedal minyak jalan jauh2 malam2 cenggini. Tu la pengorbanan seorang suami.

Malam ni, kejap lagi ibu Dee datang tidur sini. Aku ajak teman recce Brainy Bunch esok. Esok aku update eyh best ke tak BBIM Kota Kemuning. Kalau best, moh la ramai2 hantar anak kita ke sana....

Daa....

6 comments:

Jojoe said...

hm..bih kurang citer kami kat rumah jugak la... Si Ishqi ni kuat berkemas. Azra?? Aku cam dah biasa tgk rumah bersepah.. kadar pengemasan aku plak slow sikit.. so kalo dah kemas pun.. cepat jela berterabur balik. Rasa nak buang je toys ni so takdela mende nak terabur tapi kesian plak budak ni takde mainan.. sangap la kan kanak-kanak takde toys?...

Blog link ko yg baru ni best-bestla .. terjebak aku kat 2 blog tadi hehe.. esp yg terer jahit tu wallaaa i like!!!

Jojoe said...

aku tatau la dinding kondo ni tebal mana.. pasal tak dengar pun apa-apa from jiran sebelah.. bunyi tv pun takde. apakah ini bermakna yg aku terpekik2 larang ishqi tu dorg pun x dengar?

Papa, Mama & Azra said...

Jo, Azra ni tak banyak pun toys dia tapi cam nak mati aku mengemas. Dengan barangan bukan toys yang dia selerakkan. Makanan dan air bersepah lagi la. Huhu.

Link ni aku update je masukkan a few yang sebelum ni aku suka visit tapi tak sempat add.

Papa, Mama & Azra said...

Aku cuba elakkan jerit nama Azra time marah sebab confirm2 org tahu aku yg jerit...ngagaga...

Ztee_Azwanis said...

mama azra.... klo bosan2 nextime koling2 lah mama likha.. kite ngedet.... zte duk setia alam... nkve tu exit setia alam... senang je rumah nya.... tkthu plk yuols pun org shah alam... :)

mcmne nk kasi no fon zte ni erk???kang buh sini....bahaya lak huhuhu...

Papa, Mama & Azra said...

Dekat je Setia Alam dengan Kota Kemuning. Lalu Bukit Raja pun boleh pusing je kat Tesco tu kan. Insyaallah kalau ada free, kita ngedet bawa Azra jumpa Likha. Seronok tengok anak2 dapat jumpa geng. Meh email ur mobile kat sini - noorizan.m-mursid@shell.com