Saturday, December 7, 2013

Indahnya Sabtu

As Salam...

Bagi warga kerja pejabat tentunya hari Sabtu merupakan hari berehat dan hari kurang stress. Hari Sabtu la digunakan untuk aktiviti menyelenggara rumah dan riadah bersama keluarga. Hari Sabtu la nak sambung tidur selepas Subuh dan tak perlu kunci jam. Bangkit ikut suka hati tanpa perlu tergesa2 nak hantar pergi sekolah dan ke pejabat. Takyah redah jrm.

 ;)

Hari ni mood aku baik. Rasa rajin plak nak dating berdua dengan Azra p breakfast dekat kedai mamak. Roti banjir satu! Roti telur 1! Teh tarik kurang manis 1! Teh o ais satu! 

Mamak jawab, siap!!!


Friday, December 6, 2013

Saudara Seibu Sebapa

Sejak dulu, aku selalu berfikir tentang bagaimanakah nanti apabila Azra sudah punya adik. Berdasarkan cerita kawan2 yang lain, penerimaan anak pertama apabila bayi kedua sudah berada di depan mata adalah berbeza2. Sebahagian besar rakan2 yang punya anak lebih dari seorang tidak berdepan masalah cemburu atau perasaan persaingan atau mat salleh panggil sibblings rivalry. Tetapi ada sebilangan yang berdepan masalah tersebut atau masalah2 yg agak berlainan tapi punya persamaan dengan jelousy dan rivalry. Sebagai ibu dan bapa yang sudah tentu inginkan pengakhiran yang baik2 utk anak2, maka salah satu subjek yang aku pelajari adalah bagaimana mengelak dari berlaku perkara tersebut atau sekurang2nya persediaan yang boleh dilakukan jika ianya benar2 berlaku.

Pertamanya aku harus faham sibblings rivalry adalah normal. Adalah normal jika Azra berasa kedudukannya sebagai fokus dalam keluarga kami terancam dengan kehadiran baby Iman. Aku kena faham yang apa yg Azra rasa nanti tidaklah bermakna Azra bukan kakak yang baik atau belum bersedia untuk punya adik. Afterall, Azra jugalah yang tak habis2 pressure us untuk cepat2 bagi dia adik ;)

Antara perkara yang akan aku lakukan adalah seperti berikut:
1. Aku nak kenalpasti apakah yang Azra betul2 suka dan akan hargai kalau dia dapat benda tu. Ini adalah kerana aku nak beli barang tu sebelum bersalin nanti dan akan aku balut cantik2 dengan pembalut warna kegemarannya dan hadiah tersebut akan jadi salah satu benda yang aku akan pack ke hospital. Pada pertemuan pertama Azra dengan baby Iman, aku akan berikan hadiah tersebut pada Azra dan nyatakan pada Azra yang itu hadiah istimewa dari adik untuk kakak.

Langkah kedua dan seterusnya akan aku update from time to time. In shaa ALLAH...

First Purchase for Baby Iman

Keterujaan menjadi makbapak buat kali kedua sama je dengan pengalaman yang pertama dulu. Dulu2 aku sangka aku akan menjadi emak yang bias pada anak2. First born haruslah dilebihkan dsb tapi nampaknya kurang tepat tanggapan tersebut. Memang Azra adalah the best Azra that I've ever had but baby Iman juga special di hati mama. Cheeewaaahhh!

Anyway, tadi jalan2 kat Subang Parade dan oleh kerana aku adalah species mak yang excited, aku dah beli mittens dan hat utk baby Iman. Kitorang decide apa yg dah jumpa, kita beli dulu dan takyah nak tunggu sampai saat2 akhir. Kang akhir2 tu makin banyak plak nak kena beli so mana yang ada kita beli dan boleh simpan dulu. Cari juga bodysuit tp yang warna generic takde size. Perlu elak warna2 specific to certain gender selagi belum tahu. Size pun mmg nak cari yg betul2 newborn. Biarlah tak dapat pakai lama pon asalkan tak gedobos baby Iman nanti.


Mittens & hat utk adik ;)

Thursday, December 5, 2013

New School

Ini pula kisah Azra.

Azra dah 2 tahun tergolek telentang kat Brainy Bunch Kota Kemuning. Sejak last year sampai sesi 2013 melabuhkan tirai pada bulan Nov yg lepas, dah banyak peningkatan yang berlaku. Alhamdulillah pendekatan BBIM dalam pendidikan peringkat awal kanak2 mmg sesuai dengan perancangan kami sebagai mak bapak. So far kami happy dgn outcome yg kami dapat. Syukur dan semoga terus maju jaya anakku dan anak2mu juga :)

Anyway, langit tak selalunya cerah. Kadang2 hujan turun ditengahari. Itulah yang berlaku. Tiba2 kami dapat makluman BBIM branch Kota Kemuning nak tutup! Last day 30 Nov lepas!

Huwaaaaaa!!! Sebelum Azra nangis, aku dah nangis dulu. I know my girl. Nak pindah skul bukan mudah okay. Anak mak pemalus la sangat.

Anyway, dipendekkan cerita, selepas aku berlengah selama 3 hari, hari ni Azra jejak kaki ke sekolah baru. 3 hari sebelumnya setiap pagi bukan Azra yg taknak p skul tapi aku yg tak sampai hati nak hantar.

T___T

Cerita ni macam tergantung sbb tiba2 aku sakit perut ;)


Wednesday, December 4, 2013

Baby Iman

As Salam readers...

Masalahnya, ada lagi ke reader? Hihi...berkurun lama sudah kutinggalkan ruang ini. Cliche plak nak kata sibuk sebab sebetulnya bukan takde ruang langsung nak menceceh. Rasanya aku kehilangan sentuhan nak menulis. Pen dah habis dakwat, pensel dah tumpul ;)

Anyway, update hari ni sekadar nak share satu berita paling baik pernah aku ada.

Alhamdulillah kini aku sudah di usia 12 minggu kehamilan. Sesuatu yang memang kami dah tunggu lama. Sebetulnya kalau boleh kami nak anak kedua kami dilahirkan pada bulan Dec tahun ini tapi nampaknya plan Allah lagi hebat. In shaa ALLAH permata hati kami yang kedua bakal lahir pada pertengahan 2014.

Harapan kami haruslah sama seperti ibubapa yang lain. Semoga baby Iman sihat dan kuat sempurna di alam rahim. Dan semoga dipermudahkan urusan kami.

Reaksi Azra haruslah bagus sekali. Azra memang sudah terlalu inginkan adik baby. Baby Alive dah tak mencabar katanya. Kali ni nak baby yang betul2 boleh gerak. In shaa Allah Azra bakal jadi kakak yang penyayang dan sumber inspirasi buat adik.

Ameen dan semoga baik2 sahaja semuanya.

Saturday, June 29, 2013

The Original Spicy Curry Cornflakes by Dapur Dong

Aku start project Spicy Curry Cornflakes (SCC) ni dah lama. Mula2 saja suka2 try berinovasi menghasilkan cornflakes berperisa savoury sebab dah jemu makan yang versi biasa ataupun yang versi honey. Research punya research dan hasil feedback dari kawan2 yang merasa dapat sample...hehehe....terhasilkan satu inovasi yang kalau serius boleh jadi legend.

The Original Spicy Curry Cornflakes by Dapur Dong!!!




Ini antara pembeli SCC yang review kat blog dan wall facebook. Rata2 memang repeat order sbb makan SCC memang takleh benti. Siap kena sorok sebab takut licin. Hehe.....

SCC dalam packaging 500g. Masa pos, kami pack balik masuk kotak asal supaya masih berkeadaan baik dibawah jagaan abang posmen.

PRICE (excluding delivery) :

200g SCC dalam balang for RM13 each.
500g SCC dalam pek for RM28 each.

Yang biasa orang mula2 nak cuba derang akan dapatkan pakej RM33 untuk 2 balang SCC termasuk delivery. Ni kira cam starter pack. Pastu boleh beli pek 500g plak untuk refill :D

Pakej menarik untuk Reseller pon ada. Email dong679@yahoo.com untuk details dan jangan lupa letak header SCC. Setakat ni Reseller SCC dah ada kat TTDI Shah Alam, Seksyen 19 Shah Alam, Taman Pinggiran USJ 3, Kota Bharu Kelantan & Kapar Klang.

Selain dari Reseller yang telah dinyatakan, untuk sesapa nak duduk sekitar Kepong, boleh jenguk2 kedai Mesra Petronas sebab ada 6 Mesra yang dah ambil SCC. Sesiapa di kawasan Jalan Kelang Lama, boleh serong ke PJCC at Kg Medan untuk dapatkan kat Farmasi Medipro (Jalan PJS5/30). Sesiapa yang berada berdekatan Bandar Tasik Selatan, Kedai Kek dan Roti The Baker's Place pun ada SCC. Alamat boleh minta thru email. Nak rasa dulu sebelum beli, sila tanya kat pekerja kedai sbb kami memang ada bagi sample kat mereka.

Monday, April 8, 2013

Banyak Lagi Resipi Boleh Guna Tepung Magik

Resipi ni semua aku ambil dari fanpage Tepung Magik kat facebook. Khas buat rakan2 yang telah membeli Tepung Magik tapi tak tahu nak guna untuk apa. Bagi yang belum ada Tepung Magik tapi lepas tengok resipi ni terus terliur, boleh la dapatkan Tepung Magik darai saya :) Cuma drop komen kat sini with ur email atau sms/call Hazrul @ 012 9522308.

Ayam KFC

... 1) Potong ayam dan basuh bersih
2) Bancuh Tepung Magic bersama tepung jagung dan air sejuk (ais) dengan sukatan 2:1
3) Sediakan satu bekas Tepung Magic yang kering
4) Celup ayam pada bancuhan yg cair
5) Golek ayam pada Tepung yang kering
6) Goreng cara Deep Fried dengan api sederhana

Ayam KFC - Hot & Spicy

1) Potong ayam dan basuh bersih
2) Bancuh Tepung Magic dengan air (jangan bancuhkan terlalu cair)
3) Sediakan satu pinggan 'breadcrumbs' - serbuk roti
4) Golek ayam dalam tepung magic yang cair dan kemudian golekkan pula pada 'breadcrumbs'
5) Biarkan ayam yang telah disalut 'breadcrumbs' rehat dalam 1-2 minit
6) Gorengkan cara deep fried dengan api yang serderhana besar. Minyak haruslah pana




FISH POP CORN.

BAHAN-BAHAN

* 250gm isi ikan selayang atau org panggil ikan sardin.kulit ikan hendaklah dibuang
terlebih dahulu - potong dadu
*2 sudu besar TEPUNG MAGIK
*1/2 sk serbuk lada sulah
*1 sk serbuk kari @ rempah lain yg digemari
*sedikit garam dan gula
* parut bwg putih 1 ulas
*1 biji telur
*1-2 sb susu segar
3/4 cawan breadcrumbs
olive oil utk spray - jika bakar gune oven
lada hitam kasar @ garam - utk taburan selepas goreng

CARA MASAK :
1. Perap ikan dengan lada sulah, garam dan gula, serbuk onion, serbuk kari..
2. Golek2kan dengan TEPUNG MAGIK
3. Kemudian celupkan ikan ke dalam campuran telur dan juga susu segar.
4. Kemudian g0lek2kan pula ke dalam mangkuk breadcrumbs.
5. Untuk coating yang agak tebal ulangi proses menyalut telur dan juga breadcrumbs. 6. Goreng dengan minyak panas hingga keemasan.

Apabila dah masak, taburkan dengan serbuk lada hitam kasar dan juga garam jika suka.Hidangkan dengan sos kegemaran.

Tuesday, April 2, 2013

My Tepung Magik Yang Best Meletop

Apa bestnyer Tepung Magik? Cakap banyak tak best, layan gambar je hokay.

Cara-cara membuat sotong goreng Tepung Magik. Confirm layaan..

Dah boring makan hotdog dengan cara biasa? Potong bite size, celup dalam bancuhan Tepung Magik dan goreng. Kalau anak anda suka makan sosej, sosej style ni gerenti dia lagi suka.
Bapak sedap guna Tepung Magik untuk goreng cendawan. Kekal krispy walaupon cendawan dah sejuk. Yg paling penting, ada yg was2 taknak basuh cendawan sbb nanti soggy. Oh no! No worries, Tepung Magik memang parter sehidup semati dengan cendawan goreng.

Ni sotong goreng tepung versi lagi best! Goreng dengan minyak betul2 panas dan goreng cukup nak bagi kulit luar tu masak. Serius korang patut try at least sekali seumur hidup.

Kami juga membuat penghantaran menerusi Pos Malaysia. Harga satu pek Tepung Magik ialah RM10. Setiap pek beratnya 540g. Kos penghantaran untuk Semenanjung Malaysia adalah RM7 untuk satu pek. Kalau nak jimat, beli 2 pek terus dengan kos penghantaran RM9.

Azra asik minta gorengkan dia sotong. Habis dia makan sepinggan camtu. Memang magiklah sebab budak ni agak memilih bab makan protein.

Kalau berminat nak mencuba, boleh sms atau call 012 9522308 dan bercakap dengan Hazrul.

p.s. Kami juga mencari agen yang berminat mendapatkan stok secara pukal dari kami. Boleh buat duit side income :) 

Tuesday, March 19, 2013

Hyatt Regency, Telok Cempedak ~ 8-11 Mar 2013

Entry cuti-cuti kali ni sebenarnya kisah cuti-cuti balik kampung tapi tak duduk rumah PIL. Kitorang lama tak jengah mak ayah sejak last balik raya hari tu. Walaupon ada la Rul balik sorang masa BIL sakit pas raya tu tapi tu tak nak kira sbb makcik tak dapat ikut kenn.


Eh kenapa entry cuti2 ada gambar makanan plek? Nak gak bgtau makcik rajin masak kui kui kui. Buat bekal cornflakes curry berapi buat kudapan sanak sedara dan juga bubur kadang letak durian. Memang dah bajet2 kat rumah PIL kang sure takde makanan hehe. Ai kan menantu kuat makan maka agenda ai mestilah agenda makan T___T Btw, kalau ada yang berminat, cornflakes kari berapi I terima tempahan tau :)


Sepanjang perjalanan memang besar je mata budak kecik ni. Eh mula2 beliau tidur tapi time benti beli snacks kat Shell tol Gombak, boleh plak dia terjaga nak ikut jugek. Nasib baik sepanjang kat hway Karak, situasi boleh dikawal. Tahu je la budak2 baya ni kan cepat rimas kalau tak dapat nak bebas. Jangan ditanya mana carseat. Dah lama terkubur T___T

Kitorang gerak dalam pukul sebelas dan sampai Kuantan around pukul 2. Terus check-in. Sebenarnya tak sabar nak tengok bilik Hyatt yang dah direnovated. Gambar ni time dah masuk bilik. Masa kat lobby tengah nak isi form bagai tetiba ada incident somebody keluar toilet dengan tak pakai seluar. Huhu....tak sempat daa. Kitorang ada berhenti kat Temerloh R&R tapi somebody tu eksyen taknak toilet busuk. Huhu...kat lobi tu jugak selongkar bag cari seluar lain.
Main lompat2. Perkara pertama makcik buat pas check-in mestilah inspect bilik. Kitorang dapat free upgrade to Deluxe Room dekat executive wing. Privacy sikit dan dekat dengan carpark tapiiiii kalau stay in sorang2 ada can nak rasa seram : P

Ni view dari entrance bilik. Bilik sedikit kecil dan cukup2 makan compare dengan Hyatt KK. Tempat letak barang pun kecik je. Maybe sbb wing ni more untuk business guest kot. Tapi timber flooring dia currlasss.....suka mak.

Favourite Azra tab mandi tu. Asal masuk bilik je mesti automatik bukak baju sbb nak mandi. In fact hari last tu, memang habis terus sebotol sabun dia. Botol baru tau penuh lagi. Sabar je la. Anyway, kalau travel reramai, ok je someone leh mandi kat tab sorang lagi kat shower. Spacious bab toilet. Seperti biasa seme kelengkapan okaylah tersedia dengan baik. Kalau ada tertinggal berus gigi dan ubat gigi pon takyah risau sbb dia pakai colgate. You know la kan sesetengah tooth paste hotel mmg rasa yucks.

View from our room. Itulah tempat dating mama & papa Azra zaman bercinta dulu. Hehe....Telok Cempedak yang cantik menawan. Nostalgik sunggug na. Lama dah tak lepak kat TC. Kalau pergi kejap2 adalah tapi tak puas.


Itu entrance hotel. Kitorang kat sini, makan kat belah luar tu je. Jalan kaki depan sikit je memang tak sempat nak berpeluh.

Tuan driver sudah keletihan. Kitorang rehat2 kejap kat bilik then dalam pukul 4 camtu kitorang siap2 balik rumah PIL. Sempat singgah Taman Gelora tapau karipap panas. Best wey karipap femes tu. Lepak rumah PIL lama gakla sampai lepas Isya rasanya. Maklumlah lama tak jumpa. Azra suka ramai layan dia. Terkekek-kekek ketawa main bola ngan Pok Len, abang sulung papa.

Mula-mula kitorang plan balik dari rumah PIL ingatkan nak naik bilik dulu, mandi baru turun TC tapi rasanya cam kalau naik dulu, sure malas nak turun dah.  Sudahnya moh la kita dinner je terus. Ni TreeUnder Cafe kat tepi Hyatt je. Makanan dia pricey sket tapi okaylah dari segi rasa. Pricey sket je takleh mahal nau.

Best! Dataran TC. Tempat ni selamat nak lepas bebas anak2 sbb takde kereta leh masuk. Tapi takleh la lepas pandang. Kang hilang plak anak kau. 

Dekat area pantai ada tempat main ni. Azra sukalah nak main tapi tahu2 je la beliau kan takut pasir. Haha. Aku dah bayar pon tetiba dia keras kat atas takut nak gerak sbb benda ni gegar2 bila ada budak lompat2. Memang tu pon konsep permainan ni kan. Hehe... 

Kan dah cakap. Tak kiralah siang malam pagi petang, memang ni je la keje Azra time kat bilik. Habis licin satu bilik air dia kerjakan. Maklumlah, jarang dapat :P 
Anyway, pas mandi2 seme pon pengsan tak sedar diri.

Keesokkan harinya kitorang breakfast kat cafe yg sama. Semua ni sedap. 

Azra asal nampak fridge memang dah tak pandang la air gelas.

Kantoi makan guna 2 tangan :P

Punyalah makcik gigih bangun awal sebab ingatkan dapatlah mandi pool ke, main pasir kat pantai ke sekali pakcik ko sibuk takde selipar nak pakai. Walaupon kedai takde yang bukak awal lagi pakcik oi baru pukul 9, maka pakcik gigih ajak kami pergi Taman Teruntum.


 Okaylah bawak Azra main buaian dan ada beberapa haiwan yang dipamerkan. Percuma buat pengunjung takde entrance fee yo. NI kira aktiviti kill time. Pukul 10 pagi kitorang dah tercegat kat Kuantan Parade. Aktiviti biasa membeli barang2 yang terlupa nak bawa.

 Balik bilik tengok ada welcome gift dari hotel. Anak sorang bolehlah Azra bolot kalau anak ramai2 mesti ada yang nanes tak dapat kenn.

Lepak bilik kejap je dalam sejam kot sebab  tetiba perut rasa lapar. Ni nasi ayam special kat cafe yg sama. Tapi kurang sesuai utk Azra sebab segala2nya adalah penuh rasa. Azra kan kurang cili budaknya. So, dia makan sikit je nasi kosong ngan timun.

Dasar kuat makan kan? Pas makan nasi masih gak teringin nak top-up ngan karipap panas Taman Gelora. Ramai kan orang beratur? Ni tak masuk yg makan kat situ je tau. 

Pembelian secara tamak. Ko pernah beli karipap sampai RM15? Hehehehe....siap ada spare letak tepi sebab takut tak cukup :D

Minum petang dan bersantai depan rumah. Ni la wajah2 sepupu sepapat Azra.

Masa lunch tu air tak habis kitorang bungkus. Sayang kan kalau tak habiskan? Ni jimat cermat namanya. 

Kadang-kadang aku tengok Rul ni macam teringin sangat nak anak lelaki. Alahai pa...

Ibu mertuaku....yang tshirt hijau.  

Kitorang lepak tak lama sangat sebab nak kejar masa papa dah janji nak kasi can kitorang berendam. Yahhhhuuuuuu....!!!

 Aku tataulah kenapa bila tak pakai goggle aku terus tak pandai berenang. Alasan! Tu SIL join berendam. Eh tapi dia terrer berenang. Aku je kuak tak gerak2.

 Kitorang lepak pool sampai pool tutup pukul 8 malam ngagagaga kantoi tak maghrib hehehe....jama' wey.

 Pas swimming sure lapar kan? Makan sajork agenda mokcik hihi. Upin ni beli masa lepak TC malam sebelumnya. Kenalah bawak jugak sebab taknak Azra ada alasan minta beli lagi. Masa ni kitorang konon2 comel letak belom Upin jadik centerpiece skali ada waitress datang bgtau customer belakang minta alih derang tak nampak screen nak tengok bolah muahahaha.....comel sangat.

Dan malam itu buat pertama kalinya Azra berani main pasir hoho! Maybe sebab tak nampak sangat sebab gelap kan. Hehe....semangat papa terus carik set korek2 pasir nih. Kat keliling dataran TC memang banyak kedai jual so dun weri sedia sepuloh ringgit je di tangan. Lama gak lepak pantai sampai dekat tengah malam. Balik TC kitorang jalan kaki amik kete kat hotel then hantar sil balik rumah. Azra masuk kete je terus pengsan. Senang gak sampai bilik tinggal tukar baju ngan seluar je sesambil berdoa pasir pantai takde hama :D

 Ini anak manja papa tengah bodek suh papa makan nasi dagang cepat2 sebab dah tak sabar nak sambung main pantai.





Best giler kali ni sebab Azra dah pandai main pasir dan tak nanes2 takutkan bunyi ombak. Hasil asuhan menonton Disney Junior. Kan activiti budak2 tu ada melibatkan main pasir dalam sand box etc. Azra suka lew tew dapat tiru. Aku memang as always suka tengok pantai dan laut. Walaupon kurang suka the after effect sunburn bagai tapiiii....tetap nak kata best! Gambar atas ni adalah percubaan papa nak buat lubang jerangkap samar. Hahaha....makin dalam papa korek makin senget Azra duduk and last skali gedebush masuk lubang. Haha idea jahat!



 Sambung mandi pool sampai kol 12pm. Normal check-out time adalah pukul doblas so makin lama pool akan makin lengang. Tapi kitorang dapat complimentary late check-out at 2 PM. Syurga la kan leh lenggang kangkung.

Ni dalam kete nak balik KL dah tapi singgah jap rumah MIL. Belakang tu setia Upin menemani sebelum berlaku 'sesuatu'.  


Cubaan mengambil gambar merempit berjemaah dengan lebih jelas dengan cara menurunkan cermin kereta. Mana la ahkak tahu Upin mengambil peluang tersebut untuk melepaskan diri. Terkejut ahkak sib baik Upin je yang tercampak keluar. Kus semangat len kali tobat taknak buat lagi. Motif memang takde motif. Tu la ingatan ye anak2, keselamatan di jalan raya bukan hanya kepada pemandu tetapi juga penumpang walaupon anda duduk seat belakang :P Silalah jangan buat kacau.

Ni kes dah bosan. Azra tidur kejap je masa drive keluar hotel sampai la R&R Gambang. Kitorang benti nak makan nasi skali dia pon bangun daa... Masa ni dah sampai tol Gombak.

Tinggal mama sorang2 layan perasaan kat belakang. Last2 aku yang tidur. Dua beranak ni sepanjang MRR2 sampai ke KESAS la borak macam2 hal bingit je mak nak tidur.

Kitorang around pukul 6PM baru sampai Jalan Kebun. Ada beli buah tangan sket kat Jaya Gading. Sedap wey kopok losong lama tak makan.

Itulah sekian cerita bergambar jalan2 cuti2 Malaysia kitorang. Antara trip yang aku paling enjoy. Sayang Kuantan!