Saturday, March 24, 2012

Majulah Sukan Untuk Negara!!!

Layan cerita bergambar. Tuan rumah sakit tekak jadi pom pom Azra bersukan. Hihi.


Uniform baru collect semalam. Tak sabar2 malam tu taknak pakai pj, nak pakai baju Azra!!! Ikut kan jer la.


Kitorang sampai awal. Aunty Sara belum sampai. Ahli sukan tonet taknak memberikan kerjasama. Huhu....layanzzz....


Kemeriahan di meja pendaftaran.


Apabila aunty Sara telah tiba dan kakak Irsa juga ada sedang menunggu giliran untuk ditransform menjadi anak burung. Hihi....pilih bulu ahli sukan tonet nih.


Serkup kreatip yang mendapat pujian ramai. Sangat comel nasib baik takde size besar. Hehe..


Sedang menunggu giliran untuk kesan khas lebih berkesan at the face painting corner!!!


Lukis pakai celak. Nak berwarna-warni macam face painting borthday party tak dapatlah nak. Mana sempat ramai kot anak burung yang memerlukan perhatian.


Makin aunty draw, makin turun level kepala anak burung tonet.


Erk.....kerat ni je rumah silver???!!! Mama nak balik....!!!! Serious dia memang ajak aku balik. Hahaha! Giler.....mahal kot aku bayar satu kepala RM100 untuk sport day, baju sukan RM50.


Mana syok beratur dalam barisan. Celah kangkang mama saya lagi besh!


Last2 aku bagi signal kat aunty Akmal. I am leaving tau. Kalau tak sampai la dia melekat. Burung tonet memang terkenal dengan sifat malu2 kuceng.


Macam tangga beratur ikut ketinggian bukan ikut usia.


Azra beratur belakang maskot kakak burung. Belakang Azra is Mujahid. Dia baru setahun lebih yo!


Maskot cum pemegang sepanduk sebab burung tonet enggan jalankan tugas. Haha! Rumah silver representing 20 burung junior Kota Kemuning.


Eh papa, mama mana? Sambil cebik2 mulut. Mama nyorok dalam dewan...hihi...


Beberapa saat sebelum perarakan rumah sukan bermula, burung tonet dilaporkan telah menangis tersedu2 kerana kehilangan ibu burung.


Walaupun guna camera phone jew, saya tetap nak try zoom. Haha! Alhamdulillah burung tonet boleh tahan juga tahap kendiri beliau. I give you 5 star my darling! Yang nangis belakang Azra tu Mujahid yang tadi berdiri belakang Azra dan kelihatan amat macho sekali. Hihi. Biasalah standard budak2 playhouse memang berpeluh aunty nak handle. Patutlah kena bayar mahal.


Sampai ke la Mujahid gagal ditenangkan. Akhirnya beliau dikecualikan dari acara. Nasib baik ianya tidak berjangkit ke anak burung tonet saya. Phewwww....


Sangat comels pelbagai persembahan anak2 yang comel2 belaka. Masa chicken dance beramai2, parents pun dijemput untuk turut serta. Masa ni tengah ada gymnastic show atas stage dengan lagu You are beautiful. Hip sungguh BBIM yo!


Acara playhouse yang disertai oleh anak burung tonet. Guided by aunty Ena. Mama lompat2 pom pom awak tau!


Kena pilih and arrange color coded worm and put into the coloured container.


Then junjung beras atas kepala and berlari ke hujung line.


And perlu letak beras ke tempatnya semula.


Bunyi menangis lebih kuat dari yang bersorak. Haha.


Yeay!!! Azra dapat hadiah! I am obviously a proud mom to the anak burung tonet.


Bangga tunjuk trofi and medal yang dimenangi. patut share dengan aunty Ena kot hadiah ni darling? Hehe.


Bersama Ahmad Muhsin. Mulalah berangan2 anak jadi ahli sukan ternama. Ngagagagaa....


Kami dibenarkan pulang sebab acara dah tamat. Bagus BBIM. Punya anak kecil mungkin mereka stress dalam situasi meriah begini lalu acara untuk playhouse diselesaikan awal2. Thumbs up!!


Tapi Azra memilih untuk memberi sokongan kepada abang2 dan kakaks rumah silver! Majulah sukan untuk rumah silver!!!


Kui kui....jadi tukang jaga bag rupanya. Haha!


Cubaan mengkelebet bag orang.


Happy tengok Azra boleh mingle around. Walaupun agak pemalu tapi agak berani. Well done darling!


I masuk acara untuk mak-mak burung yo!!! Tapi I kalah :( Hihi....


Rul menang deodorant untuk acara bapak-bapak burung! Hebat londeh semua benda sebab nak buat line paling panjang.

Selain itu, ada acara treasure hunt untuk whole famili. Kami kalah!


Ada juga acara cabutan bertuah dalam 20 nama kot naik. Kami langsung takde tuah!!!


Kesimpulannya kami enjoy giler degan event ni. Penganjur juga buka gerai bagi memudahkan parents yang tak sempat bawak bekal etc. The food pun not bad. Tahulah kadang2 event macam ni makanan semua pun hampeh dan tak sihat. Tapi here was ohsem. Ada khemah kat luar untuk kita makan masa break. Selesa tak panas. Dalam dewan ada aircond takdelah berkuap nak tunggu anak2 habis acara. Acara pun tak meleret2 memang betul2 timing cun macam yang ditulis dalam itinery. Walaupun BBIM adalah Islamic school, mereka juga moden. Lagu2 yang dimainkan catchy, kids buat chicken dance tu semua adalah sangat comels. Takdelah terlalu jumud, budak2 lagi kan apa salahnya pun bergaul lelaki perempuan. Ada certain Islamic school, acara asing2 macam tak fun la. Tak paksa kids pakai tudung. Belum wajib pun nak tutup aurat. Teachers BBIM semua memang ohsem. Memang nampak pro dan comel2 mereka sukakan kanak2.


Overall, saya adalah pelanggan yang telah dipuaskan (I am a satisfied customer) :))))

Thursday, March 22, 2012

Teknik Memuji Gaya Rasulullah

Aku jalan-jalan baca blog kawan-kawan hingga berjumpa dengan link ke blog Ustazah Engineer. Banyak kaedah yang digunakan boleh juga kita guna pakai dalam mendidik anak(-anak). Teknik ni lebih kurang dengan kaedah aku guna untuk Azra. Identify good behaviour, ignore bad ones, praise anak, bagi gelaran etc. Tapi aku tatau plak ni teknik memuji cara Rasulullah rupanya. Aku belajar dalam coaching skills. Hihi. Kena tingkatkan ilmu nak didik anak dengan cara betul ni!

Tuesday, March 20, 2012

Bubur Oat

Macam ni la rupa bubur oat yang aku makan tu. Kononnya sekarang dah taknak makan nasi. Untuk lunch akan makan bubur oat yang macam ni. Breakfast dan dinner plak makan roti multigrain dengan tuna. Hihi. Gigih tak gigih?

Oat tu aku buat guna 4 sudu makan oat campur dengan 200ml air. Gigih kau menyukat air guna botol susu Azra. Haha! Then masa dah nak masak, aku bubuh garam sikit supaya ada rasa masin2 sikit. Yang hijau2 tu sebab sebelum angkat aku letak daun sup. Memang sedap dan sama je perasaan macam makan bubur nasi. Masa ni aku makan dengan bilis goreng letak bawang dan cili padi, ikan bawal stim limau, cendawan masak lemak dan akhir sekali ikan tongkol rebus pastu goreng. Sebenarnya lauk tu pelbagai sebab nak memenuhi keperluan Rul dengan Azra gak. Kalau ikut aku je, bilis goreng tu pon dan marvellous kot.

Yang lagi bagus makan oat ni sebab kau takkan nak bertambah punya. Nak habiskan pun macam dah seksa. Hihi. Terkulat2 aku ni ha kat meja makan. Kalau tala bubur nasi, kalau aku ler mahu sampai 2-3 kali bertambah. Macam kurang kenyang je selagi kat periuk tu ada lagi. Hehe. Aku mula2 buat 5 sudu lagi lar susah nak habiskan. So aku kurangkan sesudu. Cukuplah nak kenyang sampai dinner time. Aku suspek oat ni lambat hadam kot sebab tu tak cepat lapar.

Yang aku guna roti multigrain untuk breakfast tu pun bagus. Cukup kenyang tak perlu snack sementara nak tunggu next meal. Muajarab gak la bagi aku.

Stok oat kat rumah dah habis. So dah seminggu aku makan nasi. Haha! Tapi masih terkawal la takdelah melantak macam sebelum ni. Nantilah kalau rajin, aku mula balik makan oat nak ganti nasi. Pastu aku nak cuba masukkan oat tu dalam kuah sup. Sure lagi mantop rasa dia. Aku try makan dengan tomyam sedap gak. Korang dah cuba?

Monday, March 19, 2012

Terhibur

BabyTV dah bosan nak tengok.

Upin Ipin, Pada Zaman Dahulu & Mr Bean Cartoon dah habis khatam.

Buku color dah penuh.

Buku dah habis baca.

Drawing block dah habis tulis.

Puzzle number dah boring buat.

Toys banyak2 dah bosan main.

Kita main bedak pulak lah!!!

Sunday, March 18, 2012

Port Dickson 2012

Aku akan rasa bersalah giler kalau tak celebrate Azra's first school break. Hihi. Aku kan poyo. Walaupun hanya playskul tetap ku anggap macam sekolah betul2. Hoho. Orang cuti sekolah sure nak keluar melancong kan?

Nak jalan jauh2 macam tak berapa nak tebal poket ku. Cuti ku dan lebih2 lagi cuti suamiku lagilah nipis. Nak tangguh sampai buka sekolah supaya dapat rate lebih murah macam dah tak happening ler! Ni kira cam mengidam nak sibuk2 memeriahkan suasana cuti sekolah ler kiranya. Hoho. Makanya aku sorang2 decide tanpa permission awal big bos...hehe...pergi PD je la kita. Jadi ler Azra pun bukan reti lagi jauh ke dekat ke tempat aku bawak tu. Asalkan dapat tidur hotel kan. Hihi.

Sebab cuti pun tak panjang kan, kitorang pergi satu malam je. lagi syok kalau dapat stay sampai Ahad tapi Rul ni ha ada trip Alor Star plak. Kena gerak tengahri Ahad. Mana sempat nak enjoy. Bazir je takat pagi2 dah kena check-out. So, pas semayang Jumaat kitorang gerak ler ke PD. Dekat je dalam sejam lebih dah sampai.


Azra taknak duduk carseat. Jangan ditiru habit sebegini yer anak-anak :P



Member baru balik dari Taiping, rehat jap terus drive ke PD plak. Hihi. Pasal tu ler takleh cuti jauh2. Tu pon dah ngadu sakit badan macam nak demam.




Camwhore berdua. Gediks.


Kitorang stay kat Ancasa All Suites Resort & Spa. Kalau korang exit dari hway, sampai kat roundabout Telok Kemang tu amik pukul 9. Hotel ni memang boleh nampak dari tepi jalan.


Nama dia gempak kan? Harga pun boleh tahan. Tapi aku rasa semua hotel kat PD ni mahal2 belaka. Tempat aku kerja takde panel kat sini jadi terpaksa redha je la kot. Yang ni pun murah sikit sebab ada groupon tapi kena add RM75 sebab kitorang check in during weekend. Harga groupon RM199 per nite. Aku dulu stay kat Hyatt KK baru RM255 satu malam. Rate company. So bila aku kena bayar more than that here, aku expect bestlah sikit tempat ni. Huhu.....jauhhhh....jauh sangat. Aku rasa kalau duduk tempat dah lama tak renovate, jangan lah nak harap yang indah2 kan. Tapi aku okay je sebenarnya. Laki aku yang fussy. Aku dah mood berkobar2 nak bercuti tapi sampai2 parking lot je tempat pilihan sudah kena kutuk. Spoil ler mood.


Nak check-in Ancasa ni kau kena park kereta kat Blok B. Tapi takyah bawa keluar bag2 kau semua dulu. Dan sila note derang takde tukang tolong angkat luggage. Berat mana pun bag kau, silalah hangkut sendiri. Tapi tunggu kau dapat kunci bilik kau dulu. Kad lobby Blok B ni ada 2 kaunter reception. Mengadap la kau sana. Masa checkin dia bagi 2 kad tuala. Haha! Kelakar okay dia kata kalau kad tu hilang, kena bayar RM30 satu kad. Kad tu kau guna kalau nak request towel kat swimming pool. Satu kad dapat satu tuala. Lepas pakai, kau pulang balik kat situ, baru dapat balik kad kau. Tapi aku tak guna pun. Kitorang bawak tuala sendiri je masa mandi pool. Dalam bilik jangan risau tuala ada disediakan.


Lepas bayar deposit semua, kitorang pun masuk kete balik drive ke blok A. Blok paling depan. Nak parking depan blok pun boleh, nak parking basement pun boleh. Tapi parking basement agak ngeri. Sunyi sikit dan ceiling level agak rendah aku terasa gayat je drive macam lalu bawah kolong. Hihi. Dan bertambah creepy banyak old furniture, unit aircond yang dah rosak derang longgok kat basement je. Kalau parking depan blok, senanglah nak angkut luggage. Kan derang takde concierge. Kalau parking basement, kena naik tangga satu level sebab lift sampai ground level je. Unit kitorang tingkat lapan. Lift blok A ni panjat macam siput so kena sabar sikit la yer :)


Suite haruslah ada ruang tamu.


Ruang makan dan dapur. Nampak bag putih kat hujung kaunter tu? Tu bag standard kitorang guna hangkut makanan. Kitorang dah terbiasa akan bawak makanan penuh satu bag kalau stay mana2. Masa berkampung kat Kuching ngan KK last year bag tu jugak sendat dengan bekalan maggi, tuna, keropok etc.

Katil twin gabung Azra tidur tengah2 jamin tak bolos.

Toilet standard. Tak gempak tapi taklah hampeh. Ada heater. Tapi face & hand towel tak disertakan.

Balkoni access dari bilik dan ruang tamu. Anak kecik macam Azra tak digalakkan melepas di balkoni. Sila beredar dan jangan lupa kunci sliding door.

View laut selat melaka from our balkoni. Boleh tahan.


Kitorang dah lapar giler masa ni. Dapat2 bilik terus tuju kat menu room service dulu. Jadi ler buat alas perut sebab malas nak keluar cari kedai. Eh kata nak jalan tapi malas ler pulek. Hihi. Rate makanan dia boleh tahan. Kitorang order sandwich dengan nasi goreng total around RM35. Tapi langsung tak standard food dia. Sloppy presentation and funny taste too. Aku order half dozen finger sandwich. Masa order aku tanya boleh combine filling dia tak? They replied yes. So aku minta tuna & egg. Egg sandwich apa yang korang imagine? Aku dok bayang boiled egg dia mashed letak mayo, salt semua betul la kan?! Sekali....yang sampai adalah roti tenyeh marjerin (yucks!) letak tuna, tenggek telur goreng letak lettuce and tomato. Dia susun 6 keping sandwich bentuk 3 segi keliling pinggan, letak coselow perasa bawang besar dan setambun kentang goreng sejuk. Huwaaa.....nangis aku tengok sandwich tu muka sedih. Huhu. Bila order sampai, aku buat2 excited la padalah...dah ler laki aku lagi kondem2 kan. However, kitorang gigih habiskan nasi goreng. Fries tu Azra yang balun. Kenyang ler jugak. Hihi.


Sebenarnya kalau rajin nak cari kedai pun senang sangat. Ancasa ni terletak kat batu 8.5 Jalan Pantai Telok Kemang. Sepanjang2 kiri kanan jalan pantai teluk Kemang ni memang banyak sangat kedai buka. Kedai cowboy jual nasi ayam pun ada. Lain kali sebab dah tahu tempat, aku tak order sandwich tu dah kot :D Cuaca pun tak terlalu terik okay je makan kedai takde aircond.



Mula2 ingat nak berendam pool plak tapi bila dah kenyang tu, masing2 pun jadi malas.



Budak kecik pun dah pandai melepak.


Aku tak berapa nak tidur. Kasi can je kat Rul nak rehat luruskan badan. Dia kan keje malam. Nasib baik awal2 dah beli magazine buat baca hilangkan boring. TV tak berapa nak best channel yang ada. Bolehlah takderla sangap sangat tapi HBO takde. Kasi can Azra keliling bilik je. Dalam pukul 5 lebih baru kitorang siap2 nak mandi pool. Tapi aku tak mandi. Malas nak baju basah2. Bagi Azra je la yang enjoy.


Sebelum terjun, kena usyar line dulu. Azra kan pemalu.
Pool kanan ni didominasi oleh budak lelaki. Ada satu kali tu derang main baling2 bola ketepek tepat kena kepala salah sorang baby yang tengah berendam kat situ. Adoiya kalau anak aku yang kena...huh...tatau nak cakap.
Pool kiri buat port orang dewasa dan kanak2 yang rasa tak macho la nak swim kat tpt kanak2 ye dak?
Azra amik pool belah kiri next too kolam orang dewasa. Kat sini didominasi oleh babies dan kanak2 perempuan. Lemah lembut crowd yang ada kecuali sesekali berdebur time derang terjun slide.
Aku duduk tepi kolam je malas nak tukar baju renang. Ada parents selamba masuk kolam dengan baju biasa tapi aku tak rasa macam nak join sama. Okaylah kolam ni setakat budak2 nak main air.


Dekat pukul 7 kitorang naik bilik. Plan nak keluar makan pas maghrib kang. Sekali masa tengah mandi, adik aku, Apid call. Derang dari Seremban nak balik KL saje datang nak lepak dinner sama2. Ni yang aku suka bila bercuti tempat2 yang familiar ada famili member boleh join. Baru meriah. Rul yang tadi sibuk ngadu rasa macam nak demam pun tetiba cergas terus bersiap.


Kitorang makan kat kedai2 tomyam dekat2 situ je. Nasreen seafood. Kalau nak pekena ikan bakar bagai, rosaklah percutian bajet kitorang kan? :P


Kedai takde aircond tpt kitorang plak jauh dari kipas. Terus kerinting rambut Azra basah dek peluh.


Kusyuk main picit semut.


Main game Ninja fruit slice. Haha! Berebut dengan Azra.


Mana2 kedai pun kat area ni memang pack waktu dinner. Tapi servis dia not bad. Walaupun meja bersilih orang tak putus2, tapi taklah lambat sangat nak tunggu order kita sampai. Harga pun tak terlalu mahal. Aku cadangkan korang keluar awal kalau taknak tunggu lama2.


Lepas makan masa tu dah pukul 11 malam. Kitorang singgah jalan2 kat Pantai Telok Kemang. Ada banyak kedai souvenir kat sini. Masa aku pergi ni plak tengah ada karnival apa ntah. Siap ada konsert. Banyak booth jual macam2 barang. Tapi...satu pun aku tak beli. Hehe. Tujuan kitorang just nak lepak tengok laut. Jangan tatau dah dekat tengah malam pun ada orang berani mandi laut tau. Lepas tu main timbus2 badan dengan pasir. Budak2 muda kalau jumpa geng gitula tatau takut. Laut gelap hitam pekat tak nampak hapa kecuali ombak memutih memukul pantai. Kitorang just lepak main teka2 lagu then nyanyi2. Lepas tu kitorang gerak balik hotel. Adik aku plak gerak balik KL.


Esok pagi, kitorang bangun awal. Tapi malas giler nak mandi keluar cari sarapan. Haha! Azra pun macam tahu2 je sengaja bangun lambat giler. Papa kata Azra letih sebab swimming petang semalam. Sementara tunggu Azra bangun, kitorang belasah je bekalan makanan mana yang ada. 2-3 kali usik2 Azra baru dia bangun. Ha kau! Taik mata setempek. Nyenyak sangat ler tu. Hihi.


Dekat pukul 10 baru kitorang keluar. Ingatkan nak lepak pantai tp perut rasa lapar plak. Kitorang singgah kedai Asam Pedas. Pun dekat2 dengan hotel gak. Office mate aku kata menu lunch dia sedap. Dan murah. Kitorang makan nasi lemak je. Dengan roti telur. Ingatkan nak cari Blue Lagoon pas makan tu, atau kalau rajin nak jalan tengok Ostrich farm. Satu pun kitorang tak pergi. Haha. Instead, lepas balik jap cebukkan Azra yak, kitorang drive cari pantai. Tak aci la kalau pergi PD tapi tak tengok pantai kan. Hihi.


Tak mandi pun. Taknak hitam. Just bentang tikar tepi pantai bawah pokok.


Perati jiran piknik sambil makan keropok.


Pastu bebel2 sebab jiran tu badan dia kotor ada pasir melekat.


Azra dan mama kat pantai telok kemang.


Azra dan black kat pantai telok kemang.


Siap baring2.


Duduk atas perut papa.


Gumpal2 dengan papa.


Nasib baik ingat nak amik gambar bertiga.


Sepatutnya check-out pukul doblas tapi sebab sayang nak tinggalkan pantai, kitorang selamba balik hotel dah dekat pukul 1. Sampai2 je terus kemas2 dan pulangkan kunci. Nasib baik takde extra charge sebab late check-out.


Sebelum balik KL, kitorang singgah beli tshirt PD untuk Azra. Fridge magnet tak beli sebab tak jumpa yang PD punya. Percutian kali ni best sebab tak penat. Drive kejap je dah sampai. Sesuailah kalau korang cuma ada cuti sekejap je dan taknak penatkan badan.