Wednesday, December 14, 2011

Kasut Sekolah Crocs

Salah satu persiapan persekolahan Azra adalah mencari kasut sekolah yang sesuai yeyeah!! Saya adalah excited bila tiba bab beli kasut baru for Azra sebab beliau ni amatlah lambat nak membesar kakinya maka setahun hanya ada lebih kurang 2 kali je ada acara memilih2 kasut (silalah percaya :D). Kasut raya pun tak beli gamaknya kalau kasut lama masih muat (sila percaya buat kali kedua :P). Rugi ler (yerlah tu...huhu..).

Sebagai pemangkin semangat beliau untuk ke sekolah (anggap ler dia dah cukup mengerti ahaks!) dan belajar memakai kasut sendiri , aku nak belikan something yang dia suka. Dalam banyak2 kasut yang Azra dah ada sekarang ni, Azra punyalah suka dekat kasut crocs Aloha pemberian ayahanda tercinta. Walaupun kasut tiruan tersebut tidaklah bergaya mana, tapi tu je la yang dia paling suka sarungkan. Betul jugak, mana tak best, giler senang nak sarung dan ringan dan spacious.

Few times dah singgah crocs tapi masa tu belum plan for this maka takdelah betul2 mencari. Tadi nak pergi cari tapi takut plak impulse buying lelebih. Kat rumah baru berani browse website dulu tengok2 apa yang ada dulu. Ada few yang aku rasakan agak bersesuaian.



First design yang aku suka adalah yang ini lagi2 ada matchy2 style size dewasa. Bolehlah mak dia semangat jugak kan. Hihi.Yang ni lagi smart betol2 style kasut sekolah. Ada ke size 6? Tapi yang dua tu susah la nak sarung jadi aku punya third choice adalah design ni.... kaler yang sweet sangat....







atau pun yang ni (fink jugak) atau pun...




yang ini aje sebab senang nak sarung dan tak fancy.





Korang suka yang mana?





Kalau dah beli branded2 cenggini, tiba2 hari pertama ke sekolah terus ada budak tersalah amik kasut tinggal selipar jepun je untuk Azra macam mana? Harus mak Azra jadi crocodile hunter lepas tu.





Wakakaka...!!!

6 comments:

Jojoe said...

hahahaha lawak la crocodile hunter!

aku ada gak tgk butik crocs... tapi yg model yg kta cari mesti takderrr.....

aku said...

crocodile hunter mama >> gigit saper2 yg ada melakukan itu perbuatan

Papa, Mama & Azra said...

Jo, aku bedal je la mana yang ada esok. Kadang2 size pun susah gak nak carik.

Papa, Mama & Azra said...

Teput, selipar jepun je tinggal ko nak tolong gigit?

SALWANI said...

haru beli kasut mahal2x.. adam selalu tertukar selipar ngan kawan dia... ben10 last2 mama dia kena tulis nama kat selipar tu... hahhahah

Papa, Mama & Azra said...

kita cuba sekali, kalau hilang baru tahu serik...ngagagaa...