Thursday, January 19, 2012

Berpusu-Pusu Orang Beli Buku

Lunch tadi kitorang pergi makan kat SACC. Punyalah bosan dah asyik2 ke Subang Parade atau Empire, dah tatau nak pergi mana dah. Padahal kat SACC pun bukan ada benda sangat. Memang sangap noddle station pun jadi ler.

Macam biasa, lepas makan, sure nak merayap sikit2 kan. Hehe....tu mmg aktiviti biasa orang perempuan waktu lunch hour la kan. Ke aku je? Hehe...

Jalan punya jalan, memang sangap habis takde tujuan, aku pun singgah kejap kat MPH. Beli kertas warna-warni untuk buat aktiviti kraftangan dengan Azra pun bagus gak kan. Aku pun seronglah ke MPH.

Fullamaakkkk!!! Macam ada sale besar2an sey. First time aku terpaksa beratur panjang sebab nak bayar. Kagum giler. Dah la weekdays kan. Orang Malaysia memang suka membaca weh! Masa memilih pun sampai berlanggar2 bahu la kiranya. Setiap lorong tu mesti ada orang. Dah la MPH SACC pun takdelah besar mana. Aku tengok sekali imbas pun kat rak novel macam dah sikit dah stok. Aku jeling je sebab dalam hati ada niat nak menyerong beli novel. Hihi.

Rupa2nya.......musim budak2 u dapat voucher buku eyh. Masa kat kaunter tu sorang keluarkan voucher masing2, keluarkan ic dan kad pelajar. Syoknyer jadi student.

Jo, kau dapat tak?

p.s. Korang jangan kecik hati aku lambat balas komen. Sedang diusahakan. Pehal ntah laptop ke blog aku ni sengal takleh edit komen. Kalau aku klik komen tu, terus hang page aku. Sabar je la. Aku terpaksa view guna handphone je. Tu yang macam siput aku balas komen. Ko tahulah keypad mana sama ngan kebod. Huhu. Jangan kecik hati yeh sebab dah macam cakap sorang2 dah ni dan terusnya mengomen....xoxo.

Jalan Sendiri

Pagi tadi Azra bangun awal. Pukul tujuh masa nak menyusu mulut dah sengih2. Good mood lew tew anakku yer. Seronok tau time anak elok je tak buat perangai. Aku pun jadi super duper seronok hari ni.

Malam tadi sebenarnya pukul lapan lebih dia dah sibuk ajak aku tidur dalam bilik. Tu yang cepat bangun tu. Anak punya pasal, terpaksalah aku tutup tv awal. Sempat tengok berita sampai part Azwan Ali tu je. Aku punya tunggu berita tu sebab mula2 dia tunjuk, terjebik2 mulut Azwan menahan tangis. Sekali...masa cerita tu keluar, tak tunjuk pun yang nangis beria tu!!! Kepochi kan ai...ahaks! Anyway, Azra masuk je bilik awal, takdenyer dia terus tidur. Aku yang lelap dulu. Sedar2 dia dah terselit kat sebelah. Lepas tu, pagi tadi masa aku bangun, tengok2 dah merata dia keluarkan isi laci dia. Tu la projek anak kecikku sayang tetengah malam masa mak dia dah tidur.

At school today, Azra menunjukkan perkembangan yang lagi best. Dari kereta, dia jalan sendiri ke gate. dari gate dia jalan sendiri ke pintu sekolah. Yeay!!! Aku pass je bag Azra kat cikgu depan gate tadi. Baguslah dia dah suka nak sekolah tu. Lagi seronok tengahari kang ada kelas renang. First time untuk sesi 2012 you! Masa aku kemas beg dia malam tadi, terpaksa aku sorokkan swimming suit dia cepat2. Kalau tak, time tu jugak dia nak aku bagi dia main kolam. Hopefully keberanian tu berterusan sampai kolam renang la yer sayang. Tapi aku lupa plak nak bekalkan sekali pelampung dia. Sekolah patut ada equipment kot tapi kalau takde macam mana? Nanti aku tanya cikgula perlu bawakkan sekali ke tidak. Kalau perlu, next week aku akan bekalkan sekali. Dan aku tak belikan baju renang yang baru pun. Pakai je swimming suit tak tutup aurat tu dulu. Aku bgtau cikgu, kena try pakai yang lama sebab takut dia rasa kekok plak nanti. At least ada something yang dia familiar. Harap2 Azra enjoy swimming class dia hari ni. Amin.

Kat office hari ni, cuaca macam nyaman je. Jap lagi nak kuar lunch dah. Cuaca macam ni la best tapi apa nak buek negara tropika memang la kena panas kan?

Wednesday, January 18, 2012

Hairan Bin Ajaib

Sekarang ni cuaca bukan main panas kan? Aku cukup malas kalau nak keluar lunch dalam panas2 cenggini. Sebabnya kang sure senang-senang je dapat pening kepala. Dulu masa study lagi lah. Dah la naik bas pergi balik JK-UM-JK punyalah jauh. Aku selalu je migrain sebab letih kot keluar rumah pagi2, berpanas tunggu bas, teksi dan sebagainya, balik rumah plak dah dekat nak tengah malam. Study pun dalam bas kau boleh? Mana tak migrain. Ni tadi aku keluar gi opis Damansara, punyalah azab da...mata tunggu nak katup je. Balik plak menyinggah lunch kat Subang Parade. Dalam mall tu pun aku dah menguap 2-3 kali, kau bayangkan bila keluar dalam kereta panas2 tu kau dalam aircond. Memang syahdu je rasa. Hehe.

Aku sampai office lewat sikit hari ni. Lewat giler kot pukul sepuloh baru sampai. Sebabnya tadi punyalah lebat hujan kat rumah kitorang. Aku malas la nak rushing2 angkut Azra dengan berpayung. Buat susah2 je kan. Azra pun elok je pukul lapan setengah baru nak bangun tidur. Hehe. Bangun pagi2 mana boleh mandi terus. Kena layan dulu, buat lawak2 sikit, dukung2 dia, menari2 sikit, bila mood dah up, baru aku angkut ke bilik air. Hehe. Memang haru mukadimah nak mandi tu tak menahan. Tapi syukur jugaklah Azra jenis tak liat nak mandi pagi.

Masa sampai sekolah, other kids elok lepas sesi berhimpun dan nak break pagi dah. Azra tak panik la sebab tak ramai kan. Tak minta dukung pun. Alhamdulillah anakku sudah menemui keberanian nampaknya.

Aku kejap lagi nak balik dah. Hari ni tak drive sendiri tapi Rul yang hantar. Jap lagi dia ambil la kot. Biasanya mamat ni kalau aku bagitau amik pukul 4, pukul 3 dia dah semangat keluar rumah. Oleh itu, kalau aku minta amik pukul 3, rasa2nya pukul berapa dia sampai? (Hint: rumah aku 20 minit dari opis :P). Eloklah balik awal. Kat opis pun takde orang. Aku ada report nak kena submit ni tapi ya ampun, sikit punya masalah laptop aku tengah menginstall apa jadah punyalah sengal semua benda pun takleh bukak. Tapi blog boleh plak laju je.

Hairan...hairan.....

Selamat Pagi Bloggers!!!!

Pagi ni terjaga awal plak. Azra dari tadi dok merengek nak susu. Bila dah kenyang dan dah tidur balik pon, mata mama Azra pulak terus dah takleh sambung mimpi. Eloklah tu dah Subuh pun.

Ingatkan since dah terbangun awal ni, bolehlah buatkan pasta recipe untuk breakfast tuan puteri. Banyak masa ni nak sediakan breakfast berat sikit. Sekali dok belek menu dia yang sekolah bagi untuk hari ni, break pagi kang ada macaroni in soup la. Hehe...tak payahlah susah payah yer dak? Aku just basuh 2 tangkai anggur masuk bekas, potong epal merah sebiji, air kosong dalam botol air then topup few paket biscuits buat bekal Azra. Makan ke tak makan ke, belakang kira. At least kalau anak aku mengarok, tak ler cikgu dia panik. Azra ni boleh tahan bab mengarok. Tetiba je datang idea nak makan pisang? Tengah malam buta kedai pisang mana yang bukak nak oi. Tengah2 tengok Upin masa nak tidur, tetiba nak vitagen? Adoiya....mata dah stim tadi tetiba plak ingat nak makan. Sabar je la.

Tapi bila dah sekolah ni aku relaks dah. Dah tak patut pun nak komplen lebih2. Sekolah siap dengan makan 3 kali. Pagi sekali makan, tengahari lagi sekali dan lastly petang plak snack. Masa petang tu la depa kekadang2 ada cooking class. Anak ai buat fruit salad you! Hehe. Pizza pun dia dah ada belajar. Fun kan? Aku memang ada niat nak hantar Azra cooking class kat Empire pun. Dah ada ni, bolehla postpone dulu kelas tu.

Sekolah pun memang jaga makanan seimbang budak2 ni. Sejak Azra sekolah ni, aku dah tak susah2 nak bekalkan dia breakfast, lunch, minum petang, biscuits, fruits dan segala tok nenek bekal la macam masa hantar rumah babysitter hari tu. Now pagi2 cuma preparekan breakfast yang kalau tak habis makan, aku bungkuskan supaya dapat sambung makan kat sekolah. Then malam pun bergantung kepada if Azra nak makan atau tak. Sometimes memang dia kenyanglah kot, aku suap nasi pun jalan 2-3 suap je. Kalau bagi makan sendiri habis terabur satu rumah. Petanda perut dah buntang. Eiiii.....buat penat ler aku prepare!!!

Macam malam tadi aku buat semangkuk sup ayam just for her sebab kitorang dinner homemade sizzling yee mee (sedap weh! Hihi.). Tapi sebab kuah yee mee tu aku letak cili kering dan lada hitam sikit, sure tak lalu kecik nak telan. Tapi buat tension mak bapak je. Instead of makan, dia buat operasi menyepah depan mata kitorang plak. Nak marah kesian, tak marah boleh buat kitorang sakit hati. Huhu. Last2 sekarang tersadai je la sup semangkuk tu atas meja. Jap lagi tunggu giliran masuk tong sampah. Membazir kan? Tapi apa nak buat, kalau tak masakkan lauk untuk dia tetiba dia request nak makan nasi, dah lauk telur goreng dengan kicap je plak karang.

Azra dinner pukul lapan lebey masa kitorang tengok berita. Yang timing ni aku baru adjust nak elak situasi nak tidur baru carik nasi. Sebelum start sekolah, aku bagi dinner before 7. Tapi dinner awal ni memang buat main dia je la. Selalunya mungkin dia masih kenyang makan goreng pisanglah, kuihla, cekodok la. Tapi sebab aku yakin Azra makan banyak dengan acik Julie jadi tak kisah sangat kalau dia tak dinner. Tapi tu la, elok ke anak pas makan nasi pastu tak lama tu dah tidur. Elok ke korang tahu tak aku malas nak google? Hehe. Dah 2-3 hari ni bila aku suap pukul lapan lebey tu, macam banyak sikit dia makan. Tapi macam yang aku cakap tu la. Tak sampai 4 jam kemudian dah waktu tidur. Huhu.

Azra aku hantar lambat dah sekarang. Nak elak dari dia nampak budak lain menangis. Kitorang pukul lapan setengah baru keluar rumah. Gitu gini termasuk jalan terkedek2 nak ke kereta, turun tangga sambil nak pegang payung(?) dalam pukul sembilan kitorang sampai sekolah. By that time, session dah start or at least dah nak start. All the kids dah kat dalam. Takdelah Azra nampak ada yang nangis dalam kete taknak keluarlah, nangis senyap2 tanya kat aku mak dia kat mana la (sedey siot) dan sebagainya. And it works wonders!!! Semalam was another success for her. Tak nangis masa kena tinggal dan aku tak perlu nak lari cepat2 sebab dia relaks je minta aunty Zarena dukung then babai (paksa rela) kat aku. Alhamdulillah. Then pukul empat aku dah ambik sebab taknak tengok budak lain balik dulu. Haha! Yang ni slowly aku akan amik lambat sikit.

Okaylah...nanti kalau ada masa, kita borak lagi. Aku nak citer pasal cabut gigi tapi cable camera tertinggal plak. As of now, I tinggalkan you all semua dengan serangkap pantun dulu la.

Budak-budak berkejar-kejar,
Rasa gembira bermain di sana,
Kalau kita rajin belajar,
Tentu kita akan berjaya.

Tiba-tiba. Haha!

Byeeee!!!

Happy working all!!!

Monday, January 16, 2012

Azra Lepas Dua Minggu Pergi Sekolah....

1. Dah pandai pakai kasut sendiri. Pandai masuk and fasten strap sendiri. Hoho! Ni sebab tekanan rakan sebaya la kot :P Bagus gak tapi aku masih tolonglah most of the time sbb lambat nak tunggu.

2. Pandai imitate conversation. Kalau tengok Ipin ke pada zaman dahulu ke, dah setiap ayat tu dia nak ngajuk. Ni sure kes jumpa kawan mulut becok kat sekolah.

3. Selalunya bila dapat paper, habislah menconteng saja tahunya sepuloh keping A4 pun tak cukup. Then aku ajar dia lukis bulat2. Tak berapa bulat pon jadinya. Now, kalau dapan pen atau pensil, dia buat titik titik titik. Sampai berlubang kau paper kuat sangat tekannya.

4. Lebih berani. Ibu Dee pun perasan Azra dah kurang malu2 masa ibu datang hari tu.

5. Lepas mandi, tetiba pandai amik towel dan lap badan sendiri. Ofkos tak perfect tapi bibit2 tu dah ada dah.

6. Asiklah nak ajak mandi. Paling lama dua jam, lepas tu dia pandai sendiri buka seluar, buang diapers, mengarok ajak mandi. Kenalah aku ikutkan. Huhu...tadi dia buat perangai, lepas bojel, tetiba kencing. Tak menyirap mak dia? Tak...aku tak marah pun. Sebab Rul yang mop ahaks!

7. English word pertama Azra picked up from school is No! No! No! (sambil buat jari jangan jangan jangan tu). Mesti cukup 3 kali yer. Haha!

8. Semakin suka menyanyi. Tetiba dia nyanyi lagu satu, dua, tiga sambil kira jari tapi aku syak dia translate sebab kat sekolah mana ada ajar bm. Hurmmm...

9. Pandai menyusun dan sangat teliti. Paling suka dia geledah kotak tempat aku letak lilin then dia susun lilin2 tu semua tinggi2. Tadi aku bagi vitamin c dalam 6 tablet, pandai plak susun macam domino tu sebelum dia ngap masuk mulut. Aku suspek Azra akan jadi seorang yang teliti esok.

10. Yang ni tidak begitu digemari. Sekarang dah pandai fake a cry. Semua benda pun nak merengek kadang2 aku terpaksa ignore je sbb tak penting pun.

Update Sebab Terpaksa

Hari ni Azra cuti from school. Bukan ponteng eyh tapi cuti :P Kitorang sendiri yang bagi cuti sebenarnya. Alasan kitorang sebab hari Ahad cikgu dia sms, tnb bagi notis ada power distruption on Monday. Sekolah still buka macam biasa cuma elektrik je takde. Sebagai bapa yang penyayang, Rul insisted me to jaga Azra at home. Lagi2 plak the whole opis tengah berjimba kat Langkawi, elok jugalah. Sama je pong dengan buat keja dari meja Ikea aku nih. Memang good decision la aku rasa sebab hari ni cuaca bukan main panas terik kat sini. Mahu berasap anak2 kat sekolah kalau takde elektrik sapa nak pusing kipas? Huhu...

Sekali.....???? Aku terlupa der yang hari ni aku dah schedule satu training. Muahahaha!!!

Bukan main aku lenggang kangkung siap buat breakfast pelbagai jenis bagi memenuhi selera semua orang bangun pagi tadi. Padanlah aku bangun awal. Rupanya instinct aku ler tu. Hihi. Tu pon nasib baik aku dapat missed call pukul 9 dari salah seorang participant yang patut datang. Fullamak macam tak cukup tanah aku bersiap!!! Aku memang dah agak dah perkara sebegini boleh berlaku tu yang aku letak training start pukul 10. Kalau tak, mahu masak student aku menunggu. Hehe. Hari ni aku bernasib baik participant stranded dalam jam jadi walaupun lambat, aku berjaya sampai dulu sebelum dia. Dan nasib baik jugak Rul ada. Hihi. Kalau tak, mahu lagi tak cukup tanah aku kena lari kot hantar Azra ke sekolah plak. Huhu.

Korang weekend lepas buat apa? Aku tak ke mana pon cuma attend wedding cousin aku. Memang sangaplah jusco pun kitorang tak jejak weekend ni. Cipta rekod betullah tahan aku dok memerap sajork. Hehe. Sebenarnya aku takde modal nak cerita kat korang. Tapi aku rasa bosan plak tak berupdate blog aku. Tu yang aku menceceh tanpa arah tujuan ni. Nak balas komen korang kat entry sebelum ni pon tak boleh. Pesal ntah laptop aku ni menyengal plak dia.

Okaylah, kalau aku rajin, esok aku update. Boleh plak sambil2 aku mengarang jap tadi ni ha, sedar2 ada kenit mengekek ketawa sebab berjaya conteng sofa. Guna marker plak tu!!! Sebelum menda lain pun jadi mangsa, baik aku mengadap dia ni ha.

Daa...

Friday, January 13, 2012

Buah Hati Pengarang Jantung

Hari pertama balik dari school, mama belanja makan happy meal!!! Happy ke? Hihi...

Makan fries dan nugget.

Muka mata bengkak sebab kuat nangis.

Hari kedua nak pergi sekolah. Dah siap mandi, pakai baju baru, pakai kasut bila mama nak amik gambar, terus nangis. Hehe.....mama pun kan?

Hari kedua mama sempat ambil gambar dalam sekolah. Sebab papa ada sekali jadi mama kurang kelam kabut. Sampai2 je, Azra tunjuk kat mama blocks yang dia main semalam.

Kawan2 lain banyak main kat luar sbb ada playground mini. Budak2 dah besar sure lagi enjoy main ramai2.

Bila ada budak nangis datang, Azra sibuk duk cakap budak tu nangis. Sampai muncung2 mulut nak kutuk budak tu. Padahal...

Ni sempat gurau dengan papa dari luar grill. Nampak dia happy je tau nak sekolah. Cuma takut kena tinggal je.

Pandai susun block buat bentuk bangunan eyh?

BBIM tak ada toys. Semua yang ada ni adalah aparatus bantuan mengajar. Nak tolong refine skills anak2. Tu yang best tu sebab aku pun suka Azra tak bergantung sangat kat mainan je. Nak main, balik rumah banyak puas mama nak kemas balik.

Tak lama tu, budak2 lain pun start join us. Masa ni baru hari kedua masing2 pun belum kenal each other. Azra kenit je student lain semua abang2 dan kakak2.

Kebetulan yang selang sorang dari Azra tu anak member Awin. Irsa nama dia. Thanks la sangat Awin kenalkan aku dengan mama Irsa, Azni. Kadang2 Irsa jadi informer kitorang bgtau Azra nangis banyak kali ke tak. Hehe.

Nampak sangat happy kan? Padahal dalam hati ada 'taman' jantung berdegup kencang punyalah ketakutan anak dara ku sorang nih!

Sempat aku pergi renew MyKad sementara Azra kat sekolah. Fullemak no. bertuah janggut siot aku tunggu ada 200 orang sebelum aku.

Melihatkan keadaan Azra dan mama, papa pun ambil keputusan untuk ambil el. Thanks love! Azra suka makan pisang jadi balik dari sekolah hari tu, kitorang rasuah dia dengan pergi kedai pisang. Hihi.

Air kelapa satu!!!

Si mata bengkak sebab banyak nangis sangat suka makan pisang!

Nak kupas sendiri!

Dan papa belikan Azra bag sekolah. Ada sekali tu Azra nampak bag ni masa kitorang jalan2 kat Empire. Dia suka sangat sampai bawak lari bag ni keluar kedai. Tapi masa tu belum ada sebab nak belikan. Apa salahnya belanja lebih sikit untuk ceriakan hati budak sedih.

Hari ketiga, hari Jumaat, hari Azra pakai baju kurung. Breakfast cracker kosong jew.

Azra tak nak sekolah nanti mama tinggal. Alololo....kesian dia...kesian mama dia. Hari ketiga aku down giler. Berbalas sms dengan Jo last2 aku diam sebab tengah nangis.

Hari keempat, mama tak hantar. Tak bolehla nak sedih2 lagi. Bagi dia kuat sikit. PApa je sorang yang hantar. Alih2 papa plak yang sedih lelebih hari tu. Haha!




Hari-hari seterusnya dah tak ambil gambar. Kadang2 camera tak bawak tapi most of the time sbb nak focus consoling her. Hari ni pun tak ambil gambar.




Hari ni Azra sweet sangat pakai baju kebaya pergi sekolah. Sampai2 je semua kawan dan aunty puji baju Azra cantik. Yang paling hebat adalah.....




AZRA TAK NANGIS DAH!!!!







Yeay!! Tadi aku hantar Azra sampai dalam. Teman dia kejap then as session dah nak start, aku pass Azra kat aunty Zarena. Azra tak nangis hokay! Leganya hanya Allah yang tahu. Alhamdulillah sangat2. Hopefully berterusan lah hendaknya sampai bila2. Amin.

Thursday, January 12, 2012

Pesal Ni Wey?!!

Operation aborted??!!!

Serius aku dah terasa cam aku cuba melayari web 18sx plak bila ada sesetengah blog (more than half from my list kat sidebar tu) yang aku tak boleh nak view. Padahal dalam kes ni, blog kak nani je pong! Tetiba plak aku akan dapat error message kat atas nih. Bila click OK, terus blans screen explorer tu. Adoiya...dah la aku takleh forward issue ni kat support sebab dah sah2 ni bukan website yang related dengan kerja aku. Sebenarnya tadi aku dah logged report tadi tapi kena reject :P Wakakaka padan muka! Melanguk la sini aku sorang2. Sini takleh baca, sana pon kena block. Dah ler tinggal my bos dengan sorang je male colleague yang ada ni. Terus takde geng nak bergosip. Huhu...

Nasib baiklah boleh bukak blog sendiri. Kalau tak, mahu lagi meroyan aku agaknya. Dan nasib baiklah Jo ada update. Blog Jo okay plak aku boleh view. Siap boleh komen lagi. Tak cukup tu, dah habis aku baca kulit ke kulit segala newspaper yang ada bagi mengisi masa lapang yang ada. Hehe.....

Ewwwah ewah...lapang sangat ko ye??!!! Hihi...

Perasan tak aku dah happy? Oh sangatlah happy yo! Si intan payung pengarang jantung budak kuntut nama Azra tu, dia kan dah dapat kawan kat sekolah. Yeay!!! Alhamdulillah sangat2 syukur. Dah dua kali masa aku sampai gate, dia tak nangis dah. Lepas tu semalam masa aku amik dia, terdengar dia tengah ketawa mengekek main kejar2 dengan geng2 dia. Tidakler aku risau dia bertebeng je kat muka pintu tunggu aku muncul macam hari2 sebelum ni ha. Lepas tu nangis bila yang muncul bukan mak dia! Dah dua kali ni, bila aku panggil nama, baru Azra akan berlari kat aku. Dah tak nangis dah.

Walaupun masa aku hantar belah pagi beliau masih nangis tapi sebagai mak, kita kan kenal jenis tangisan anak2 kan? Masa mula2 dulu, memang ketara sangat Azra menangis sebab ketakutan ditinggalkan di tempat asing. Mana tak aku pun nangis sekali. Kesian kot tinggal anak dalam keadaan sengsara gitu. Sekarang dia masih nangis juga bila aku tinggal tapi lebih kepada tangisan yang lebih relaks. Biasalah mana cukup seminggu nak biasakan diri. Slowly nanti Insyaallah dia akan semakin kuat. Dan aku juga makin kuat dah tak emosi dah sekarang. Hehe.

Gambar Azra bersekolah ada tapi aku tertinggal plak kat rumah. Lenkali aku upload gambar2 dia eyh. Comel sangat uniform bbim tapi Azra taknak pakai. Pandai plak jawab, "Azra taknak! Tu abang punya....Azra taknak pakai...panasss...".

Ewaahhhh...anak aku perasan diva hokay! Sabar je la...

Tuesday, January 10, 2012

Alahai Azra....

Dalam entry sebelum ni, aku cerita macam mana perasaan aku sebagai mak yang gundah gulana tatkala menghantar anaknya ke sekolah pada hari pertama kan? Ingat lagi tak? Ingat lagi tak yang aku dok nangis lepas hantar Azra tu? Ingat lagi tak yang lepas tu teacher dia sms yang dia okay tu? Then korang bgtau la yang aku je yang lebey sebenarnya Azra tu okay je kan? Oh no...I was thinking the same thing too!!!

Unfortunately it was not the case ler.

We were really under a lot of pressure on our first week of school and I hate to say that it continues until today. Huhu. Before I proceed, please don't judge us. Don't compare us with you. Or with anybody else. Because human beings are not identical. Your 2 year old might be okay je making new friend in a totally new environment (macam Ish and I salute her) but trust me there are kids out there yang memang susak nak gel in. And my dear Azra falls under that group. And we do not have much option when it comes to child care. I also don't want to compromise on her safety when there possibilities that Acik Julie tanpa lesen bawak Azra naik motor, biar Azra keluar ke laman rumah berseorangan etc.

Azra ni periang sebenarnya. Dekat rumah babysitter, dia memang tak nangis kecuali kalau ada hal seperti injured ke, kena cakar kucing ke or anything like that la. Nak susu, minum, makan or berak pun Azra tak merengek especially bila dia dah start pandai cakap ni. Masa hantar rumah babysitter atau masa amik pun Azra memang takde hal punyalah. Kat sana ramai kawan, ramai kakak, ramai abang yang dok layan dia main. There are times masa hantar tu, menonong je tak dan nak salam or babai kitorang pun. Ini sangat berbeza dengan pergi sekolah. The other kids also budak baru. BBIM sini baru start sesi 2012 ni. Semua orang pun kat environment baru la kiranya. If you are sending a six year old or even a five year old, mungkin mereka dah mempunyai keyakinan diri yang lebih baik berbanding my two year old Azra. Semua orang pun tengah making new friends. Manalah anak I pandai berkawan lagi. Lagi2 Azra ni agak picky bab choosing friends. Adoiya...

Petang hari pertama tu, Rul desak aku ambil Azra ikut time yang telah ditetapkan. Pukul 6 yo! Tapi mak Azra dah tak sabar nak ambil anak balik sekolah. Selepas diugut untuk ditinggalkan kalau tak siap cepat, akhirnya papa mengalah. We reached school at around 5pm. Nasib baik kitorang sampai sedikit awal. Gate tak kunci tadi aku terus masuk kawasan sekolah. Dekat pintu yang bergrill (dan berkunci ofkos) ada few kids terjenguk2 mungkin sama-sama tak sabar nak balik rumah. Aunty Zarena was in front the door about to go out rasanya. I asked her, how was Azra today? That is when I've been informed that Azra nangis.....huhu...banyak kali plak tu...alahai...sedihnya bergenang je mata ni ha. Masa tu, bila Azra nampak je mama, terus dia lari sambil nangis kuat giler. Memang takut sangat, sedih sangat la anak aku tu. Kesian Azra....Aunty Zarena bgtau, mula2 Azra memang okay tapi at one time tu, bila ada budak lain start nangis, Azra pun nangis sekali then jangkit2 kat budak lain terus jadi sekolah nangis. Susah hati betul aku. Posted kat fb via phone je la sbb laptop ni plak elok je nak crashed time2 penting cenggini.

Masuk kereta Azra memang melekat je la peluk mama taknak bagi lepas. Tapi dia dah tak nangis masa tu. I felt so guilty masa ni. Betul ke decision aku ni? Only Allah knows. We were thinking of celebrating her first day of school with some cakes or brownies at SR (memang dah plan sebelum tahu dia nangis2 tu la) tapi later we decided to bring her to McD sebab ada playground. Terubatlah sikit agaknya kesedihan Azra. Then I rasuah dia lagi pergi jalan2 rumah atok. Walaupun kat sekolah tadi punyalah berdrama nangis kan, tapi Azra kelihatan sangat gembira time tu. In fact extra normal dari biasa. Boleh plak cerita dia nyanyi clap2 hand semua. Suka nak sekolah ke tak ni? Dah mak dia ni confuse. Nenek cakap maybe Azra risau sapa nak cebokkan dia berak, sapa nak mandikan etc sebab dia tak kenal cikgu2 tu lagi. Based on nenek own experience masa jaga Azra on weekends yang aku kena kerja, Azra memang risau kalau dia berak, dia gelabah cari kitorang. Alahai...besar betul masalah Azra nih!

Then hari kedua persekolahan pun tiba. Hari kedua, Azra ada both mama dan papa yang hantar dia. Mama teman Azra sampai dalam sekolah. Azra tarik tangan mama nak tunjuk blocks yang dia main semalam. Memang seronoklah dia main and later we were joined by few other kids. Ada Irsa, Marsha, Aleeya, Dania and few more and tak sempat nak tahu nama. Memang ler Azra yang paling kecik kat situ (but later I tahu ada sorang lagi sama kecik & age dengan Azra). He was okay je main dengan kakak2 tu sebab mama ada kat sebelah. Sampailah masanya when the teacher announced that parents need to leave the premise as session was about to start. I tried to convince Azra that it should be okay, mama is just nearby and she has teacher to take care of her. Tak jalan.....

Pujuk punya pujuk, last2 I have to paksa her pergi dengan cikgu2. Memang meraung sakanlah Azra. Tadi punya dok ceria2 ni sekarang tengah nangis guling2. Adoiya...ada hati tak mama nak tinggal? Tapi apa option yang kitorang ada? Jalan je la...

So, dipendekkan cerita, sampailah pagi tadi masa aku hantar Azra, dia akan nangis masa aku tinggal dia. Masa bangun pagi nak mandi, pakai baju sampai sekolah okay tapi bila ada hint2 sesi nak mula dan bermakna mama has to leave, terus melekat anak aku! Balik pun macam tu. Nangis sakan masa nampak kitorang kat muka pintu.

Tak tahulah sampai bila. Aku sebagai ibu, hanya dapat doakan agar Azra cepat dapat kawan, cepat sesuaikan diri dan dapat enjoy sekolah dia ni. Dan walaupun hari2 terawal tu Rul bertambah tension sebab nak fikir anak nangis kat sekolah, bini susah hati nangis plak kat rumah...hehe....tapi secara keseluruhannya, dia memang suami dan ayah yang baik. Aku dah semakin tabah sekarang. Pagi ni pun aku dah tak emosi lagi. Hehe. Agaknya Allah makhbulkan doa aku sikit2. Amin.

Wednesday, January 4, 2012

Azra's First Day To School

Sempat marah mama sebab amik gambar dia......aiyark..


Tak kusangka, ingatkan hanya anak-anak yang perlu gelabah first day at school rupa2nya maknyer pon gelabah lebih. Haha!

(Tak malu mama Azra nanes hantar Azra pergi school!!!)

Hihi...

Malam tadi pukul 9 lebih aku dah hambat Azra masuk bilik. Kecik ni selagi mama dia tak surrender, dia okay je celik biji mata. Tu pon dekat pukul doblas baru dia lelap. Aku dalam lalok2 tu la melayan dia tengok Upin la apa lagi. Sabar je la. But I did not scold her at all. Cuma cakap baik2, look into her eyes. bgtau yang Azra kena tidurla, esok Azra nak pergi sekolan baru, nanti Azra penat. Betol aku cakap. Pagi ni, dah dekat pukul lapan pun dia tak bangun lagi. Kenalah aku kejut, angkat masuk bilik air, baru dia bukak mata. Sib baik masa mandi tu I managed to make her riang ria kembali. If not, mahu ke sudah dia monyok tak cukup tidur. Azra ni kalau tidur malam memang kena 10 jam. Kalau tak, moody je dia.

Lepas siap semua, pakai baju baru (part ni buat dia lagi seronok), pakai kasut kitorang pun tinggalkan rumah. Azra tak sarapan apa pun. Pagi sangat bagi dia. Cuma dalam kereta aku bagi dia raisin. Separuh je dia makan. Then aku pas chipsmore, letak botol air sebelah dia. Dah la matahari naik sikit punya silau, time tu la dia nak tumpahkan biskut, minta tolong betolkan botol air tumbang, korek biskut tak dapat. Huhu...sib baik jalan kitorang tu bukan sesak. Sempatlah aku benti tepi jalan nak layan dia kejap.

Masa sampai depan sekolah, saat aku bentikan kete, Azra baru habiskan sekeping chipsmore mini dia. Immediately she stood up and asked, "Dah sampai dah?". Alololo...masa ni aku dah sebak dah. She wanted me to carry her to the school. Taknak jalan sendiri. Sampai dekat depan pintu, aku cuba pass dia kat teacher yang sambut kitorang kat pintu. She refused to. Tak kenal lagi pon. Rasanya cikgu tu pun tak tahu yang Azra is one of the student. Sebab Azra pon tak pakai uniform. And she is so small. Paling mudalah aku rasa. Yang lain hantar anak2 yang dah besar sekitar umur 4 tahun gitu. Terserempak dengan ex colleagueopis lama, hantar anak dia enam tahun.

So, apa yang aku buat adalah, masuk sekali dengan Azra. Nasib baik tak muat nak masuk sekali dalam bulatan dengan budak2 yang lain. Hihi. I did not take any picture. And I avoid to talk much to anyone. Masa ni memang mata den dah bergenang je ni. Then salah sorang teacher started singing session. Nyanyi lagi twinkle little star, itsy bitsy spider etc. The teacher was quite good pandai dia ambil hati budak2. Fyi, Azra ni takleh terlalu eksited, pun dia taknak. Kena sedang-sedang saja. As the singging went on and on...masa tu la Azra kelihatan semakin berminat. She went closer to the group. One inch at a time. Jadi ler....hihi. Not much later, selepas beberapa kali percubaan, she berjaya dipujuk untuk join duduk on lap one of the teachers inside the circle.

I left her to take her bag and things. Aku sorang2 ni tadi tak dapat nak carry everthing sekali. Masa aku masuk balik, Azra toleh tapi dia okay je takde minta nak mama or anything. Aku letak bag Azra in her locker. Then aku keluar terus. Masa peek celah window pun Azra takde apa2. I straight away went to the car. Start the engine and took off. Pastu aku nanges. Sedih sangat sama macam feeling masa Azra warded kena jaundice dulu. Huhu...sib baik kereta adalah tinted. Kalau tak, malu je orang nampak. Haha!

Tatau apatah kekuatan sampaikan aku gamble je tinggal Azra. Parents lain ada je tunggu bertebeng kat windows, gate tapi aku terus je tinggal. Kejam kah? Sebelum aku gerak balik tadi, aku sempat sms the manager. Aku bagitau yang aku dah tinggalkan Azra tapi aku ada berdekatan. Kalau apa2 please call. She then replied, assured me that Azra's in good hand. Memang lah...tapi mak dia ni...huhu...lagi deras air mata mengalir.

Sebab suami tiada di sisi, I drove straight to my parents for sokongan emosi. Sambil makan breakfast sambil chitchat, baca newspaper, reply smses (papa Azra berapa banyak sms der), reply call etc. Terubat sikit hati yang gundah gulana tadi tu. I felt better. My mom cakap, takperlah, takyah susah hati. Azra bukan kena tinggal sebab apa, dia nak belajar. Azra kan pandai berkawan, dalam masa seminggu ni sure dia dapat kawan dah, sure dia seronok nanti.

Later I received sms from the BBIM manager, "Salam puan. Azra has been good. She doesn't look for and is enjoying singing time now.".

Betul kan apa mak aku cakap tu. Aku jer yang hover.

I lahir bulan enam hokay!!!

Tuesday, January 3, 2012

Dialog Azra #7

Azra datang kat mama yang tengah lepak atas katil sambil membawa bekas puff bedak dia.

Mama : Apa tu?

Azra : Bedak Azra.

Mama : Owh...bedak Azra. Azra nak buat apa?

Azra : Bedak Azra. Banyak kan? Banyak...hihi...

Azra kena belajar banyakkan bersabar

Azra sayang,

Charger tu kegunaan dia untuk charge bateri. Pandai Azra charge handphone yer.

Tu la...kalau bateri takde, nak tengok Upin tak boleh sebab handphone dah takde power. Bila kita cucuk handphone kita kat charger tu, dapatlah bateri dia renew kan balik power. Barulah boleh tengok Upin, barulah tak keluar alert bateri low tu.

Tapiiii....tidak ler charger tu macam magic cucuh sesaat terus full bateri Azra sayang oi.

Sabar ye, sabar......untuk Azra dan juga mama...sigh....

Monday, January 2, 2012

Dialog Azra #6

Azra (sambil ketuk reket tenis kat sofa) : Shatu....duwwe......diiga....empat.....lime....yenam....tujuh....yapan.....cembiyan....cepuyuh!

Alololo....somel dia pandai kira sampai sepuluh. Tapi start next week kena belajar translate pulak tau. Nanti cikgu ajar.

Hehe.

Sunday, January 1, 2012

Hello, Hello 2012!!!

Wow! Cepat je kan? Macam tiba-tiba dah masuk tahun baru dan meninggalkan 2011 yang padat dengan kisah pahit dan manis, suka dan duka, indah dan juga kelam, masam semua adalah! Padahal sama je kita masing dah habiskan 365 hari dalam tahun 2011. Sama macam sebelum2 ni tapi tu la, terasa makin cepat pulak 365 hari tu dihabiskan. Apa pun, Alhamdulillah dipanjangkan usia untuk kita terus berkawan disini. Insyaallah lagi gemilang tahun 2012 untuk kita semua kan? Amin.

Tiada sebarang aktiviti berjimba ria untuk menyambut tahun baru malam tadi. Malah ketika perang mercun detum detang di sekitar area Kota Kemuning, aku baru je lepas marahkan Azra sebab punyalah liat nak tidur. Dok melayan Upin je kerjanya. Last2 mama dia piat sekali, barulah terkebil2. Sebab dia tahu dia salahlah kot, tidaklah pulak nangis. Senyap2 je tidur jugak akhirnya. Itulah cerita malam tahun baru kami. Hanya berdua tanpa papa disisi. Bunga api pun tak tengok, konsert tahun baru pun tak follow.

Hurmmm...malam ni pun papa takde sebab buat double shift. Ramai member yang pakat amik cuti lama. Yer la musim nak bukak sekolah gitulah dia. Kita yang anak masih kecik2 ni la nak amik kesempatan macam ni. Dapat duit lebih sikit. Esok2 kalau anak dah sekolah pun, sure sama macam derang je nanti.

Cakap tentang sekolah, persiapan Azra ke sekolah sedang giat dilakukan. Ni kira Azra bertukar tempat asuhan sekali jadi memang ada few things yang kena beli baru. Paling penting, kena buat minor wardrobe makeover. Anak I kan masuk sekolah islamik maka semua baju sleeveless itu kena ganti dengan at least yang berlengan. Hehe. Jangan salah faham. Bukanlah nak dia tutup aurat ke atau apa2 ke. Belum wajib untuk dia, yes I know. We all cuma taknak dia segan if any of the other kids cakap tentang cara dia berpakaian, you know la sometimes kids kan transparent. Azra faham ke, tak faham ke, mama dia tetap ambil langkah berjaga-jaga?

Ni separuh dari baju Azra. Bila dah lipat2 susun elok2 penuh satu almari. Tempat gantung the dreses pun dah penuh. Tapi tetap kalau nak keluar tak pernah cukup baju. Masa tengah dok kumbah baju dia ni, papa bagi remarks, eyh lebih banyak dari baju papa. Hehe...

Maka, semalam, bertigalah kami pergi ke SACC. Kenapa SACC adalah sebab nak cari kids telekung jugak. Kat sana ada Al-Amin boutique, baju muslimah untuk kanak2. Kalau takde pon, seberang jalan je dah pkns tentu berlambak kedai telekung tapi tu la, pkns tu susah sket nak parking. Normally kitorang park je kat SACC. Tapi Alhamdulillah dapatlah sehelai telekung standard size s kat Al-Amin. Tak payah nak berpanas menyeberang jalan. Tapi Masyaallah punyalah panjang kain dia sama panjang dengan panjang kain aku senteng sikit da. Entah kenapa aku beli jugak. Tu la mak bapak excited terlebey namanya. Tapi sib baik ada gerai kecik2 kat ground floor tu yang jual telekung size s yang sebenar. Tu pon aku beli gak. Hehe. Size s sebenar sebab dia betul2 small dan diperbuat dari kain cotton yang sangat selesa. Bit cheaper than online. Tapi....Azra takut der nak pakai telekung. Muahahaha...akibat tengok Upin episod gelapnya yang kak Ros demam terkejut Opah pakai telekung masa rumah derang blackout tu. Hoho...macam-macam.

Mula2 kitorang ingat balik SACC nak singgah shopping baju sekolah Azra kat Jusco. Tapi sebab dah alang2 kat SACC, terasa macam malas plak nak drive ke bukit tinggi. BBIM pun ada uniform sebenarnya tapi aku kurang yakin ada size Azra. Kang gedoboh anak aku camner? Lagipun BBIM memang bagi kelonggaran untuk student playhouse pakai baju biasa je. Malas punya pasal, kitorang borong je kat Poney. Wallawey...memang pejam mata je la amik few blouses & pants for her. Memang tak sempat dah nak cari yg harga murah ke hape sebab last minit kan? Sib baik sale hujung tahun kat Poney ni boleh tahan. Tiga blouse, two pants & two leggings cost us three hundred plus. Cukuplah stok untuk sebulan plus few existing baju yang masih boleh diterima darjah kesopanannya. Next month harus belanja lagi. I plan for Azra to wear school uniform only on Mondays itu pon if ada size ataupun the uniform is alterable. Tuesdays to Thursdays, she will be wearing something formal-casual attire and baju kurung for fridays. Untuk morning sessions la sebab afternoon tu dua kali dia mandi tukar pakai tshirts and legging jew.


Nampak sangat aku tassabar nak Azra start sekolah kan? Haha! So hari ni jangan lupa ambik gambar pasport tau!!!


Daa...