Selepas berbulan takde training, semalam buat pertama kalinya stamina gua diuji. Ngagaga...amik kau! Sampai ke malam aku sakit kepala. Stress sey. Ko tak sakit kepala bila aku cakap lain, dia tanya soalan lain. Huhu...nampak sangat tak faham. Sabar je la. Dan disebabkan itu, pukul 8.30 aku dah masuk bilik. Not much later joined by Azra and Rul. Ingatkan bolehlah tidur awal..huhu...pukul sebelas gak cikonet tu baru boleh isap susu senyap2 then tertidur. Sebelum tu keliling bilik dia tawaf sambil tengok Upin guna Corby dia tu. Aku plak sebelum tu dok mengulang 2-3 kali gi kencing...hehe....banyak sangat sampai 2 liter aku tegok air sbb nak hidrated balik. Yep, since morning aku tak minum pun air kosong. Asik coffee, tea bercawan2 dan air oren masa lunch time je. Tu yang sakit kepala tu. Kurang air, kau ingat kau unta padang pasir boleh simpan air dalam bonggol? Aku selalu tau macam tu sampaikan bp aku naik mencanak.
Tobat...tobat sambal belacan..hihi..
Semalam, sebab aku masuk office, merasalah Azra bermain dengan kawan2 kat rumah babysitter sampai ke petang. Mendapatlah calar 3 line kat dahi kiri sebab terhantuk sofa katanya. Masa aku amik dekat pukul 6 tu, dia tengah bersila, makan sepeket chipsmore. Huk oloh cikonet ni, aku ajak balik siap cakap taknak! Lapar nau ke tapi babysitter kata Azra cipta rekod, nasi lunch makan sampai licin. Bila aku tanya breakfast, pun licin. Ehh...lapar sangat anak aku? Aku bekalkan spiral pasta in soup, nasi dengan sup udang dan sayur, pisang berangan sebiji, epal sebiji dengan biskut tiger sepeket untuk breakfast, lunch dengan tea time semua habis licin. Masa masuk rumah tu, aku nampak anak dia tengah minum power root. Power root untuk budak sekolah tadika??!!! Huwaaa...ntah2 Azra dah tertelah ubat kuat tak ni? Masa dinner pun beria makan nasi padahal tadi baru je makan chipsmore berkeping2 tadi!!
Mak babysitter tanya, "Pesal Azra nampak cengkung dan kurus?".
Aku jawab, "Azra diet :P".
Pak Long nyahut, "Maknyer tak nak diet!!".
Cecepat aku jawab, "Maknyer diet tapi tak berkesan".
Muahaha...dalam hati nanges.
Terus hari ni aku work from home.
Hahaha...alasan!!!
Eh...nampaknya akaun blogspot aku pun pening der hari ni. Tiap kali nak type komen kena login plak padahal dah log in ni.
No comments:
Post a Comment