Pagi tadi lepas sarapan roti canai telur homemade (guna roti instant jer..hihi), Azra terus buat projek. Sempat lagi tu jawab, "Azra biyak" bila secara tak sengaja aku tertanya dia tengah buat apa. Hihi.....waktu sensitif cenggitu mana boleh kacau. Macam-macam....
Sementara dok tunggu projek selesai dilaksanakan, aku sambung siapkan benda2 yang lain. Sekali dia datang nak minta susu plak. Adoiya. Kat punggung tu tahan je la mak dia ni bau busuk nau. Bila ajak mandi, jawabnya, "Taknak! Nak tengok bideo". Haih anakku si tokey susu.... Sambil bergayut sambil sibuk nak tengok video kat hp. Geram sangat, aku angkat je masuk toilet, tutup pintu. Nak tahu? Sepanjang2 mandi tu, melalak macam kena pukul. Time jirus air senyap jap sebab tahan napas, lepas tu jerit balik, "Nak bideoooo...!!!" Masa cebok tak nak cankung pun. Itu tanda protes namanya. Kecik2 dah pandai memberontak plak. Kalau zaman aku dulu, mahu berbirat punggung kena pang. Mak-mak zaman sekarang memang penyabor lebih kan?
Lepas mandi, memang dapat pun video tu. Bukan mama nak sorok pun. Memang boleh je bagi tapi mana bleh tengok video sambil mandi. Fon mama tu bukan cap duit tiap-tiap hujung tahun boleh berganti ye cik puan tokey susu. Senyaplah kejap. Dah siap2 pakai baju, nak main bedak pulak!!! Nangis lagi satu round. Buat tak nampak je la dong yer bedak tu semua merata satu rumah. Halal...
Dah puas main bedak, ingatkan dah habis ler episod amukan gergasi kecik. Sekali, nak main bubble plak! Huhu. Main tiup2 bubble ni kegemaran papa la intan payung, mama kurang nak layan. Dibantainya nangis sebab aku tak main sekali. Adoiya. Aku nak gi kerja ni! Aku sumbat je susu. Dah boring, yer la bukan lapar pun baru je sarapan tadi tu kan, minta plak top-up buah. Haih bila boleh habis ni?
Ni kejadian stok aku pun boleh nangis sekali wo.
Aku suka giler layout baru ni. Nampak lebih kemas dah tak serabut. Masalah paragraphing pun dah takde. Elok je tak langkau2 melampau2 macam layout lama hari tu. Tak perlu nak godek2 kod html dah. Makin rajin aku meninjau2 blog ni sampai lenguh jari jemariku pegang mouse punya pasal. Aku suspek yang lama dah terlalu berat dan mungkin ada virus. Upload gambar belum cuba. Layout lama banyak masalah tentang nak letak gambar. Harap2 takdelah masalah tersebut kat sini.
Insyaallah.
No comments:
Post a Comment