Saturday, December 10, 2011

Resipi Sup Daging Simple

Pasal episod bengang semalam tu, aku dah call aunty tu. Bukan dia yang tak pandai. She said it could be her husband. Tapi dalam report stated both of them ada sama. Hoih! Then aku tulis e-mail minta dia response yang dia okay dan tahu buat semua list yang ada dalam report sebelum ni. Aku harap2 dia tak panik la and reply accordingly. Kalau tak, leceh aku nak kena libatkan pihak lain plak nak buktikan kes. Haih...memang tau...

Arghhh!!!! Lupakan kisah semalam. Meh tengok sup daging aku masak malam tadi.

Sampai tiga keping aku tempek. Hehe.

Ni dinner berdua dengan Azra malam tadi tapi aku siap-siap masak untuk lunch hari ni sekali. Cara-cara penyediaan adalah seperti berikut.

1. Rebus daging yang dipotong besar ikut arah urat.

2. Semasa tunggu daging lembut, skim keluar ketulan yang terapung dipermukaan periuk. Buat banyak kali sampai bersih. Ini akan menghasilkan kuah sup yang lebih jernih dan rasa lebih sedap.

3. Bila daging dah lembut, keluarkan dan ketepikan.

4. Hiris nipis lawan urat daging yang telah sejuk. Daging yang dihiris juga sesuai untuk di masak daging merah ataupun paprik daging.

5. Di dalam periuk yang lain, tumis hirisan bawang merah, butih dan halia hingga wangi.

6. Tapis air rebusan ke dalam periuk yang sedang menumis. Tunggu hingga mendidih.

7. Apabila telah mendidih, masukkan hirisan daging mengikut kuantiti yang dikehendaki.

8. Didih lebih kurang 5 minit dan masukkan kentang. Tunggu hingga lembut. (atau separa lembut, ketepikan sebahagian dalam bekas lain jika nak buat makan 2 kali macam aku. Sambung langkah seterusnya untuk saiz hidangan yang dikehendaki.)

9. Setelah kentang lembut, masukkan lobak merah dan brokoli. Biar selama lebih kurang 2 minit.

10. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

11. Sebelum dihidangkan, boleh hias dengan daun bawang/sup, hirisan limau nipis dan bawang goreng.

Sup macam ni sangat sesuai dengan nasi putih bersama telur masin dan sambal belacan. Gerenti mak mertua lalu tak perasan.

Cubalah...

Untuk lunch nanti, nak tambah paprik daging, telur dadar dan sotong goreng (kalau rajin). Eyhh...tapi ada birthday party Icha la hari ni. Hurmmm...macam mana tu?

2 comments:

sheila said...

Yeah.. menu lunch hr ni..

hafizh said...

sy nk share sy punya resepi puan..sup budak pondok ala thai hantam. .bwg putih , bwg merah , lada hitam , halia , cili api..sukatan ikut suka.. kemudian blender.. pastu bunga cengkih , kayu manis , buah pelaga.. semua sukatan suka hati..tumis semua tu termasuk dgn bahan yg dblender td..bagi kuning2 wangi2 agak2 kering tu.. bubuh air.. kmudian bubuh kentang..nk bubuh tomato pn takpe..pn sukahati jugak sukatannya..kmudian bubuh daging..kemudian ketuk serai.. bubuh dlm sup.. kemudian dh agak2 nk siap , daging pn lembut.. perah limau..mmg meletup..ni pn sy dpt dkt kwn2 sepondok.. try la