Showing posts with label Work. Show all posts
Showing posts with label Work. Show all posts

Wednesday, February 20, 2013

Shangri La Tg. Aru, Kota Kinabalu 21-24 Jan 2013

Ni entry penuh gambar business trip merangkap bercuti dari tugas sebagai mak dan isteri muahahaha. Aku last minute je buat persiapan nak attend meeting ni. Lama gilos tak attend sejak beranakkan Azra.

 Kitorang batch paling ramai sampai serentak. Siap berjemput naik bas. Ketibaan kat Shangri La disambut dengan persembahan kebudayaan. Rasa cam mak menteri la plek :D

 Entrance bilik. Single sharing takyah share dengan org.

 Azra & papa tak ikut sebab nak jimat takde bajet nak beli tiket flight :P

Spacious tapi tak scary. Persekitaram Shangri La Tg Aru adalah sangat selesa. Jarangkan I tidur sorang berani tutup lampu & tv :P

Walaupon ada balcony, tetap tak rasa cam ada makhluk dok tebeng malam2. Hehe.

Khazanah dalam goody bag. Siap dapat power bank. Best!

Sunset 21 Jan 2013 dari pantai Kota Kinabalu. Kalau papa & Azra ikut sure lagi best. 

Malam tu dinner by the beach. Sakit buntut asik kerusi tenggelam dalam pasir. I is berat makin lama makin rendah kerusi masing2 ahaks. Food so-so sahaja. Tak sedap tapi taklah tak sedap.

22 Jan 2013 meeting sampai petang. Dengar presentations sampai lebam.

Habis meeting terus balik bilik masing2, mandi2, lepak2 kejap dan terus shoot for dinner at my fav Port View Restaurant.

The whole place kitorang booked. Makan sambil dihiburkan dengan persembahan kebudayaan. Paling scary time warrior dance mencari mangsa among us. Huhu.....sib baik dia tak tangkap aku. 

Terbaek! 

 23 Jan 2013 meeting halfday dan belah petang ada activity team building. Yang ni tengah buat kereta racing F1 guna cardboard. Berpeloh dan tanned masing2 pas acara ni. Tepi pantai yo.

 Team aku menang best deco. Haha!


Kereta racing gear manual :P

Belah malam theme dinner dekat Shangri La. Banyak giler persembahan yang lawak banget sampai sakit tekak gelak terbahak2. Enjoy betul semua performance yg disediakan oleh pihak penganjur.

Back to school & 15 years younger :P

Next day amik flight pukul 9 lebih sebab dah tak sabar nak peluk cium Azra dan papa Azra :P

Wednesday, January 18, 2012

Hairan Bin Ajaib

Sekarang ni cuaca bukan main panas kan? Aku cukup malas kalau nak keluar lunch dalam panas2 cenggini. Sebabnya kang sure senang-senang je dapat pening kepala. Dulu masa study lagi lah. Dah la naik bas pergi balik JK-UM-JK punyalah jauh. Aku selalu je migrain sebab letih kot keluar rumah pagi2, berpanas tunggu bas, teksi dan sebagainya, balik rumah plak dah dekat nak tengah malam. Study pun dalam bas kau boleh? Mana tak migrain. Ni tadi aku keluar gi opis Damansara, punyalah azab da...mata tunggu nak katup je. Balik plak menyinggah lunch kat Subang Parade. Dalam mall tu pun aku dah menguap 2-3 kali, kau bayangkan bila keluar dalam kereta panas2 tu kau dalam aircond. Memang syahdu je rasa. Hehe.

Aku sampai office lewat sikit hari ni. Lewat giler kot pukul sepuloh baru sampai. Sebabnya tadi punyalah lebat hujan kat rumah kitorang. Aku malas la nak rushing2 angkut Azra dengan berpayung. Buat susah2 je kan. Azra pun elok je pukul lapan setengah baru nak bangun tidur. Hehe. Bangun pagi2 mana boleh mandi terus. Kena layan dulu, buat lawak2 sikit, dukung2 dia, menari2 sikit, bila mood dah up, baru aku angkut ke bilik air. Hehe. Memang haru mukadimah nak mandi tu tak menahan. Tapi syukur jugaklah Azra jenis tak liat nak mandi pagi.

Masa sampai sekolah, other kids elok lepas sesi berhimpun dan nak break pagi dah. Azra tak panik la sebab tak ramai kan. Tak minta dukung pun. Alhamdulillah anakku sudah menemui keberanian nampaknya.

Aku kejap lagi nak balik dah. Hari ni tak drive sendiri tapi Rul yang hantar. Jap lagi dia ambil la kot. Biasanya mamat ni kalau aku bagitau amik pukul 4, pukul 3 dia dah semangat keluar rumah. Oleh itu, kalau aku minta amik pukul 3, rasa2nya pukul berapa dia sampai? (Hint: rumah aku 20 minit dari opis :P). Eloklah balik awal. Kat opis pun takde orang. Aku ada report nak kena submit ni tapi ya ampun, sikit punya masalah laptop aku tengah menginstall apa jadah punyalah sengal semua benda pun takleh bukak. Tapi blog boleh plak laju je.

Hairan...hairan.....

Friday, December 9, 2011

Grrrr....aku marah tahap dewa dah ni!!!

Semalam ada satu stesen tu upgrade sistem dia. Aku dah train dealer dia. Dia siap bawak wife sekali sebab wife dia yang lebih pro guna sistem tu. Derang ni taraf aunty2 la baya2 mak kita. Sebab sistem tu nak upgrade selalu tertangguh, aku plak dah lama buat training ni, gap tu jadilah amat jauh. Dah nak masuk 2 bulan pun. Aku sure sangatlah apa yang aku bebel masa training tu sure 99.9% dah masuk longkang. Ye la aku paham, jaga stesen banyak keje. Benda yang aku share plak adalah sedikit technical. Benda technical cenggini kalau kau tak buat, memang kau lupalah. Derang plak bukannya muda dah tentu2 tak IT savvy sangat.

So, kelmarin aku set la appointment dengan aunty uncle dua orang ni. Dua kali, dua hari berturut2 okay aku discuss dengan derang perubahan2 yang akan berlaku kat sistem yang akan di upgrade. Bukan banyak nau nak discuss tapi kau faham ler ada sesetengah orang memang kau kena ajar macam siput. Aku e-mail derang guide yang aku dah developed. Aku suruh dia baca each and every step. Siap part nak tekan key alt+ctr+del pun aku terang secara terperinci. Siap remind esok try buat sekali depan engineer takut2 derang tatau jugak nanti engineer balik, kalau call helpdesk lagi leceh.

Sekaliiiii....!!!!

Hari ni aku terima e-mail paling lancau. Memang aku rasa cam nak goreng hidup2 je orang yang hantar e-mail tu. Grrrrr...

Masa upgrade tu malam. Tak kuasa la aku nak pergi stesen malam2. Jadi aku tatau apa yang berlaku. Orang tu bagi report to the whole project team, yang Retailer & staff stesen claimed all the things yang aku cakap masa refresher tu, takde dalam training. What????!!! Semalam tu aku cakap dengan sapa weh???

Sekarang aku rasa macam nak gi Damansara, tingkat enam Shell House semata2 nak cekik orang yang bagi report tu. Ke patut aku cekik aunty uncle stesen ni jugak? Memang jahanam! Marah betul aku.

Gampang.