Showing posts with label Resipi Masak-Masak. Show all posts
Showing posts with label Resipi Masak-Masak. Show all posts

Saturday, December 17, 2011

Kaya Durian

Masukkan isi durian dengan bijinya sekali ke dalam periuk. Hidupkan api dan masukkan sekotak santan, kombinasi gula merah dan gula putih mengikut citarasa, daun pandan, sedikit air dan secubit garam. Kacau semuanya dengan api yang kecil sampai pekat.


Rul tak selera nak rasa kaya durian ni sebab dia kata ada rupa poo Azra. Cheh! Walaupun rupanya buruk tapi rasa dia sedap la weh! Padan muka saya dah habiskan makan sorang2 sambil tengok cd Jangeum. Ngagagaga....sapa suruh tidur lama2 dalam bilik Azra? Saje je tidur katil single supaya mama tak dapat join sekali kan?


Huhu....

Saturday, December 10, 2011

Resipi Sup Daging Simple

Pasal episod bengang semalam tu, aku dah call aunty tu. Bukan dia yang tak pandai. She said it could be her husband. Tapi dalam report stated both of them ada sama. Hoih! Then aku tulis e-mail minta dia response yang dia okay dan tahu buat semua list yang ada dalam report sebelum ni. Aku harap2 dia tak panik la and reply accordingly. Kalau tak, leceh aku nak kena libatkan pihak lain plak nak buktikan kes. Haih...memang tau...

Arghhh!!!! Lupakan kisah semalam. Meh tengok sup daging aku masak malam tadi.

Sampai tiga keping aku tempek. Hehe.

Ni dinner berdua dengan Azra malam tadi tapi aku siap-siap masak untuk lunch hari ni sekali. Cara-cara penyediaan adalah seperti berikut.

1. Rebus daging yang dipotong besar ikut arah urat.

2. Semasa tunggu daging lembut, skim keluar ketulan yang terapung dipermukaan periuk. Buat banyak kali sampai bersih. Ini akan menghasilkan kuah sup yang lebih jernih dan rasa lebih sedap.

3. Bila daging dah lembut, keluarkan dan ketepikan.

4. Hiris nipis lawan urat daging yang telah sejuk. Daging yang dihiris juga sesuai untuk di masak daging merah ataupun paprik daging.

5. Di dalam periuk yang lain, tumis hirisan bawang merah, butih dan halia hingga wangi.

6. Tapis air rebusan ke dalam periuk yang sedang menumis. Tunggu hingga mendidih.

7. Apabila telah mendidih, masukkan hirisan daging mengikut kuantiti yang dikehendaki.

8. Didih lebih kurang 5 minit dan masukkan kentang. Tunggu hingga lembut. (atau separa lembut, ketepikan sebahagian dalam bekas lain jika nak buat makan 2 kali macam aku. Sambung langkah seterusnya untuk saiz hidangan yang dikehendaki.)

9. Setelah kentang lembut, masukkan lobak merah dan brokoli. Biar selama lebih kurang 2 minit.

10. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

11. Sebelum dihidangkan, boleh hias dengan daun bawang/sup, hirisan limau nipis dan bawang goreng.

Sup macam ni sangat sesuai dengan nasi putih bersama telur masin dan sambal belacan. Gerenti mak mertua lalu tak perasan.

Cubalah...

Untuk lunch nanti, nak tambah paprik daging, telur dadar dan sotong goreng (kalau rajin). Eyhh...tapi ada birthday party Icha la hari ni. Hurmmm...macam mana tu?

Thursday, December 8, 2011

Steamed Tofu With Dried Prawns

Copy & paste dari sini. Macam best dan mudah je nak buat. Kitorang memang suka makan soft tofu masak style cenggini tapi tatau nak buat sendiri kat rumah. Kena stimkan rupa2nya. Nak buat hari ni bahan takde jadi simpan dulu resipi nanti dah ada bahan, tak perlu nak cari2 resipi dah.

Ingredients -
1 piece soft tofu
2 tbsp oil
3 shallots, sliced
1 tbsp chopped spring onions
1 tbsp fried dried prawns
1 tbsp oyster sauce
1 tbsp soy sauce
100ml water

Method :-
Steam tofu at high heat for 5 minutes. Remove and pour away excess water.
Heat up the oil and saute the sliced onions until fragrant. Pour the shallots and oil over the tofu.
Pour the seasoning in the wok and bring to boil. Pour over the tofu, sprinkle chopped spring onions over it and serve hot.


Selamat mencuba...