Wednesday, December 14, 2011
Jewel In The Palace (Drama Korea) (Updated)
Jewel in the palace mengisahkan tentang seorang wanita bernama Jangeum. Jangeum ni, mak dia merupakan bekas wanita istana. Mak dia kena aniaya oleh golongan wanita istana yang amat berpengaruh ketika itu hinggalah beliau dijatuhi hukuman mati dengan meminum racun. Nasib baik best fren mak Jangeum ni sempat campurkan racun tersebut dengan bahan penawarnya sekali. Ketika terselamat dari kejadian tersebutlah, mak Jangeum ni bertemu dengan ayah dia. Lepas tu derang kawin dan dapatlah si Jangeum ni. Bapak dia ni sebenarnya somebody jugak. Dia bekas pegawai istana yang terlibat dalam konspirasi pembunuhan bekas permaisuri. Kesian...bapak dia tak bersalah pun. Tapi kerana tertekan dan keadaan tersebut adalah sangat berbahaya, maka dia melarikan diri. Masa dia jumpa dengan mak Jangeum, kira dah beberapa tahun gaklah dia hidup dalam pelarian.
Suatu hari, disebabkan kesilapan yang Jangeum lakukan, mak ayah dia ditimpa musibah bertimpa-timpa sampailah mereka berdua meninggal dunia. Jadilah Jangeum anak yatim piatu. Sebelum mak dia meninggal, mak dia berpesan untuk Jangeum ni masuk istana dah clearkan balik kes mak dia dulu dan sebenarnya kes mak dan bapak Jangeum ni ada kait mengait gak.
Cerita ni panjang, ada 70 episod, satu episod kalau kat tv 1 jam, kalu youtube dalam 40 minit lebih. Tapi orang tu tak upload sampai habis!!!! Sabar je la aku. Akhirnya nanti Jangeum tu akan berjaya jadi doktor wanita yang pertama berkelayakan merawat maharaja, dia dapat balas dendam, hapuskan keluarga dan pakatan jahat dalam istana dan macam2 lagi la. Happy ending. Pasal tu aku suka tengok. In fact ini merupakan kisah benar salah sorang tokoh terkenal Korea sana. Ni kali kedua dah aku follow drama ni. Dulu kat 8tv lepas berita malam, now kat Al-Hijrah pukul 3.3o petang. Hihi...that explains why I prefers to work from home la kan. Haha! :P
Sebenarnya cd Jangeum pun ada jual kat speedy video. Tapi mahal sangat der. Dia ada 3 set dan setiap set lebih kurang seratus lebih. Walaupun aku minat giler citer ni dan aku banyak je spend lagi mahal kat benda2 lain yang takde pon penting sangat, entah kenapa ntah aku tak beli2. Haha! Dah makan tahun pun. Hari tu kat Kuantan, ada siot pirate version. Murah je whole pack hanya RM35. Tapi punyalah hampeh takde subtittle. Mahu uban kepala aku nak faham bahasa korea tu kang. Haha. Yg ori dah murah, cuma RM160 but instead of membeli cd yang aku sangat suka itu, aku telah spend on something else. Grrrr...geram je la apa la yang aku fikir masa tu.
Aku rasa hari ni aku nak balik Kuantan la. Rul ada ajak tadi tapi aku refused sebab nak simpan duit anak nak masuk sekolah kan. Ngagagaga....sekarang aku dah ada sebab kenapa balik Kuantan adalah perlu. Haha!
Updated - Dah beli pun set cd original sbb yang pirate confirm subtitle chinese je ada. Ko boleh? Hihi...bayar je la 150 after diskaun kira orait le kalau dah minat. Aku dah khatam pun cerita ni setakat cover mana2 episod yang aku tertinggal2. Gilos ada 70 episod siot. Sanggup aku tak tidur malam excited punya pasal. Tu yang blog pun aku tak jengah dah. Haha! Ingat dalam waktu terdekat ni nak start tengok dari episod 1 balik. Pelan-pelan kayuh barulah berbaloi beli mahal2. Kalau takat tengok skip2, huhu....haruuu.... Then tetiba ada pakcik tu beri cadangan. Baik punya cadang kitorang beli cd cerita lain plak. Layan ler tu..hihi...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
boleh saye pinjam? please T_T (tetibe je tanpa rasa malu)
salam awk,beli kat mane ye..da lama saya carik cd nih..huhu..
Saya cari kat Speedy pun tiada... rasa macam nak pergi beli kat Kota Kinabalu nie semata2 nak tgok citer nie.. best!
Nak beli jugakla..boleh kirim tak? Hehhehe
saya minat gilerrrrr cite ni...
sggp cimpn duit beli yg ori
best gler citer tuuuuu!
haha..seriously cerita ni best habes!! penegtahuan am memang banyak dalam story ni!! memang bakar semangat nak jadi pandai macam chanjin ni! gagaga..
memang best giler. Fiz dah 2 kali layan. Byk info. Dari jd chef, kini jd tabib. He3, memang x leh di ganggu time 2.30 ptg kat tv al hijrah... Mula2 hanya fiz, tp la ni 1 kuarga,smua layan.. Best.. Puas hati la. ('',)
ade sapa2 nak beli cite ni??? mas ade jual...
Me ada beli CD ni...copy from original CD...
Subtitle Malay
Post a Comment