Sunday, December 18, 2011

Sup Ayam Berperisa Durian

Sebaik sahaja gas man si perkasa mengangkut tong gas 14kg naik sampai tingkat dua Randa dan bekalan gas berjaya dikembalikan operasinya, terus akak rajin menyambung misi ayam masak merah yang tergendala malam tadi. Jadi menu lunch kitorang plak yer jawabnya. Cipta rekod masak ayam merah dalam masa 15 minit (padahal ayam ngan sambal dah separuh masak...hehe..).

Selesai lauk pertama berjaya disiapkan, aku dok mencari periuk nak masak sup ayam puteri kesayangan plak. Manalah plak periuk kecik ni. Takat ayam seketul takkan plak nak guna periuk besau. Huhu. Last2 aku cuci dan guna balik periuk kaya durian semalam. Malas nak korek dalam kabinet. Mesti pakcik rajin tu dah simpan masa mengemas rumah semalam.

Simple je main campak2 ayam dan sayur dalam satu lauk terus seimbang semua ada. Hihi.

Lepas letak garam, gula, perisa semua, aku rasalah sesudu sedap ke tidak sup aku ni. Macam tempoyak der sup ayam Azra hari ni. Sib baik minah ni suka makan durian. Huhu. Rul pun elok je makan tu. Haha!

Tak kuasa mak nak masak lauk lain.

2 comments:

Ztee_Azwanis said...

hihi mak kreatip dan rajin !

Papa, Mama & Azra said...

kreatip dan rajin terpaksa nih!