I went to office tadi. That explains why senyap sunyi takde entry siang tadi kan? Kat office takde orang sangat pon. Ramai yang amik cuti sampai next week. Ngehehe...mak bizi nak, bukanlah mak rajin nau. Ada stesen nak upgrade next week. Few days back, beria-ia lah aku yakinkan project team yang lagi lambat buat training, the closer to the upgrade date, lagi bagus so that ilmu masih segar means less issue, tup2 aku kantoi der selasa depan kan Azra nak sekolah!!! Mak nenek tak ai?!! Geram je tau. Last2 secara senyap2 aku arrange training tu hari ni. Muahahaha!!!
Pagi tadi, I was late actually. Malam tu Azra punyalah bising dah sejam padam lampu gelap gelita dia masih dgn Upin lagi. Dah bohsan giler, swuh plak aku bukak video dalam handphone aku. Huhu...last2 aku pap! paksa dia tutup mata. Nak nanges pon tak sempat, aku sumbat je tetek. Tak lama tu terus zzzz....mmg dah ngantuk pun. Tapi sebab tidur dalam tak redha kena marah tengok Upin, tetiba jam tiga pagi, dia kejut aku suruh bukak Upin. Sabar je nak oi, tak kuasa mak nak layan. Sumbat tetek dia pun tidur balik. Tetiba dengar dia kejut papa plak. Rupa2nya dia nak bgtau papa dah terkepit tangan dia. Hahaha!!! Tu la risiko co-sleeping yo!
The moment aku terjaga dah terang benderang tu, terus aku terjah dapur, tenggek periuk, rebus spagetti. Cepat2 washed-up, kemas2 bag dia siapkan baju, sambung masak kuah! Maka, Azra diet hanya makan spagetti carbonara je ye utk breakfast dan lunch dan tea time hari ni. Hehe. Sib baik aku dah scheduled kan training start pukul sepuluh. Kalau tak, mahu 'masak' aku segan weh participant sampai dulu. Sempat ke mandi? Muahaha!!! Itupun masa aku nak keluar rumah, kecik mengamuk nak ikut. Huhu...aku dah sedih cair mair sekali Rul marah, "Tu la, sapa suruh kejut dia??!! Nak pergi, pergi je la!". Huk oloh...hati mak ni ingat sama macam hati bapal??!!! Ingat sampai hati nak tinggalkan anak tak kiss, tak salam, tak bagitau dia??!!
Sib baik training aku best hari ni. Sib baik balik rumah tadi, ada orang tu dah kemas rumah licin berkilat. Terubat sikit gundah gulana scene tak best di pagi hari. Hihi.
Participant aku hari ni stesen dia dekat area hospital Klang. Akak ni umur 47, sangat berjaya, sangat banyak experience dan sangat tak kedekut nak berkongsi ilmu, pengalaman dan nasihat. Anak sulung dia umur 21 tengah study pra-medic nak fly oversea. Anak kedua dan ketiga dia pun stok scorer la memasing madang top student dapat tajaan lagi bila sambung belajar takdelah mak bapak kena guna duit sendiri. So sepanjang kelas tadi, aku rasa almost 30% dok borak pasal macam mana nak raise anak, education anak, pasal cari duit, pengalaman dia ikut laki dia jadi expat kat Papua New Guinea dan......pasal property investment. Aku sangat teruja dengar macam manalah dia boleh jadi kaya raya now dengan umah bernilai bermillion2 kot dia ada, dengan few businesses lain termasuk stesen dia tu. Ada satu rumah kat Bukit Jelutong, dia beli dengan harga 350k enam tahun dulu dan dijual baru2 ni dengan harga 680k. Gila babas wallawey...memang kakak ni best nak dijadikan mentor nih!!! Aku dah simpan dah nombor dia nanti aku nak ajak dia date makan goreng pisang sambil borak2 pasal masa depan lagi eyh. Hihi...
Owh, sebelum terlupa aku nak komen sikit pasal ending Tentang Dhia. Boleh tak buat ending yang out of expectation sikit? Yang kita rasa, wow! macam tu ke ending dia...so sweet...ini??? Mudah sangat la dalam masa satu jam semua pun nak reveal jadi terlalu simple plak ending dia kecuali last skali bila Zikir pun mati sekali, tu je yang aku puas hati. Sepanjang2 tengok finale Tentang Dhia tadi, aku dok menyumpah si Zikir tu pesal buta kayu leh salah faham dengan Dhia sampai macam tu sekali. Sigh. Siap boleh madukan Dhia hokay!!!
Ishh...buat tambah dosa aku je. Okaylah...babai.
Eyyyhhh...lagi satu...lupa plak.
Yeayeahhhh!!! Ombak Rindu dah masuk Astro First!!! First round tengok aku tak nanges lagi sbb maybe tak concerntrate sangat. Mana nak sama tengok dekat tv samsung dengan sound system panggung tgv kan??? Terima je la seadanya.
Layannn...
1 comment:
tetek banyak susu bole la...kikiki...cer xde susu xmau nye tido
Post a Comment