Thursday, December 15, 2011

Khamis Malam Jumaat

Tadi kitorang dinner kat luar. Dinner pukul enam petang. Haih malas pulak nak berasapkan dapur tapi perut lapar nasi. Lapar giler tapi malas giler. Bukan apa, lepas masak tengok dapur kecah nak mengelap dinding, lantai lagi, periuk belanga. Memang haru leh buat gaduh laki bini wei! Kalau dah direct je rajin, makcik kantin nak jugak cuti memasak. Selalunya kalau nak makan nasi, memang ke Jalan Kebun la kitorang. Sana ada satu kedai tomyam ni boleh tahan sedap. Aku dah terbayang2 kitorang berebut meratah siakap tiga rasa. Tapi hari ni kedai tu fail la. Azra pun taknak lauk sup ayam dia. Siap mintak tukar nasi nak makan yang kosong je. Tak murah plak tu. Rul kata, masa bayar, ada gak terniat nak cakap, "Uih kak, mahalnya. Tak sedap pon". Laki aku memang tau. Sib baik sebut dalam hati je.

Lepas makan, kitorang singgah beli durian. Jadilah nak makan bertiga durian 2 biji dan rambutan 3 kilo. Gerai durian depan Econsave je tu ha. Last beli masa sebelum puasa memang 3-4 kali mengulang akak tak pernah kecewa dengan kualiti durian dia. Tadi plak bila dia bukak durian pertama, akak dah suka dah. Isi dia lembut dan manis. Bukaan kedua, keras ler pulek. Bukak yang ketiga, tak manis. Dua2 tu akak reject. Sekali bukak yg keempat, lembut tapi cayaq sangat plus tak terasa langsung. Tapi kan...aku memang selalu cepat kesian. Tak sampai hati plak nak reject lagi. Terima je la. At least yg lagi sebiji tadi tu dah confirm sedap. Hehe. Sampai rumah dah tentu takleh tunggu terus nak kekah durian kan. Kopek yang best tu dulu. Ngehehe....first ulas pass kat Azra. Bapak besar senyap2 je budak tu masuk plastik sampah. Ulas kedua, kucing tidur mama punya. Hahaha....tu je dua ulas yang ada. Sekian. Durian kedua memang tak sedap langsung. Tu ada dalam fridge kalau aku rajin, buat bubur kacang pun ok kot. Kalau malas, tempoyak je la jawabnya. Hihi.

Lepas gak aku tengok Dhia tadi. Dapatlah setengah jam. Ingatkan tak sempat. Semalam kat fb, Leha dak Mozac komplen pehal ntah Dhia ni makin seram plak jadinya. Entah nyer. Semalam seram hokay muncul hantu muka sendiri pakai telekung! Dah ler kitorang berdua je. Sib baik mak Azra dah kuat semangat sikit. Episod hari ni mak Dhia dah admit hospital suspect mental problem. Now si bomoh siam nak aim Dhia plak. Adoiya...stress jugak citer ni. Madang je dalam hidup ada orang jahat macam ni kan. Duk diam2 loving2 je tak de ke? Huhu...sapa suruh kau layan kan...haha..

Malam ni best. Memang 3 kali ganda best la kalau papa ada. Dunia terus penuh warna warni. Bukan sebab malam jumaat tau. Haha! Kitorang bentang toto depan tv. Jap lagi nak sambung tengok cd yang beli hari tu. Aku dah habis cd pertama. Ada lima episod dalam satu cd memang aku belek la citer ni puas-puas. Tapi tu kena tunggu tuan besar surrender remote astro. Kalau tak, mahu rosak projek malam ni. Ngagaga....macam rhyme plak paragraf ni.

Hihi.

4 comments:

aku said...

teput >> apa citer tengok tu ... siap blh bentang toto lagi...

Anonymous said...

aku cakap dengan diri sendiri "angah! jangan terjebak!" hasilnya? makin terjebak hahaha...nanti si Dhia keguguran, pastu nenek dia dok pressure derang soh ngandung lagik.

In real life ada ke mak mertua yang gitu? hish tobat la...Syukur Alhamdulillah mak mertua aku best!

Papa, Mama & Azra said...

Teput, aku khatamkan cd korea yang aku beli hari tu ler. Hihi.

Papa, Mama & Azra said...

Angah, aku dah agak dah Dhia akan gugur. Cis bedebah la mak mertua dia. Ibu mertua kassim selamat versi moden. TV3 letak info kat astro advance aku rasa. Nanti hantu raya pak boon stress last2 pak boon yg meninggal.