Friday, December 23, 2011

Jumaat Yang Nyaman

Tadi elok je cuaca cerah tapi sekarang dah hujan. Makin kotorlah kereta masing2 dak. Tapi hujan2 cenggini, syok betul kalau rumah kampung lagi nyaman je kan? Aku baru ingat nak lepak2 bermalasan atas katil sekali Azra mintak nasi der. Lapar ler tu tadi breakfast main2 minum air je lebih. Bangunla kejap tanak nasik. Nasib baik tadi ada tapau sup ayam dari Jayathi. Tak panaskan pun, jap lagi aku curah je atas nasi panas kira aci la kan. Ngehehe...pastu aku buatlah sikit spagetti carbonara sebab ada orang tu ngidam sangat2 seminggu sekali nak carbonara. Tu la erti sebenar tak kenal makan tak cinta. Sebelum ni mana ada pandai minta makan spagetti. Sejak birthday Azra hari tu baru dia tahu bini dia terer buat carbonara. Ngagaga...pakai instant je pong. Haks!

Tadi kitorang pergi lagi BBIM. Submit registration form dan terus setelkan bayar yuran termasuk monthly fee untuk January. Aku pejam mata je la kuar duit takde request nak bayar dua kali ke hapa. Dok fikir kalau ada kelonggaran boleh bayar dua kali memang la lega sikit bulan ni tapi bulan depan pon sama gak kan? Tadi dapat borak panjang dengan bakal teacher Azra. Ada sedikit kelegaan after aku clarify few things. I even filled-up kat registration form yang Azra ni kena cakap lembut2 masa awal2 jumpa sebab kalau tak, dia langsung taknak kat org tu, Azra takut semut, geli kat rambut etc. Hehe. When I explained all those to the teacher, dia pun kelihatan tidak menganggap aku poyo and she acknowledged the fact that such info is also important for them to know. Hehe...aku legalah at least takdelah dia main hentam keromo je kan. Mana tak risau, ko nak hantar your most valuable asset nih! Okay...aku poyo. Haha!

Sebenarnya sebelum pergi BBIM, aku kuar jap gi bayar rumah kat MBSB. Normally, setiap hujunh bulan, merasalah aku drive ke Klang semata nak bayar rumah tapi kali ni kitorang tak pergi Klang. MBSB dah bukak branch baru kat Seksyen 7, Shah Alam yo! Dekat sangat la wei tapi dah dua bulan kitorang terpergi gak branch Klang sebab terlupa. Ngehehe. Branch Sek 7 ni memang superb wey. Orang dah la takde then staff semua adalah super friendly. Aku masuk, isi form terus gi kaunter kejap je urusan dah selesai. Kalau kat Klang, at least setengah jam aku tunggu queve. Dah la dekat memang lepas ni kirim salam ler aku nak gi branch Klang.

Patutnya lepas semayang jumaat ni, kitorang nak siapkan pasang kabinet kat dining area ni, sekali kontrakter upahan sudah tertidur der. Huhu....jadi ke tak ni?

Tunggu orang tu jawab...

6 comments:

Jojoe said...

cikgu-cikgu kat kindy ni kalo ko dtg pagi-pagi tgk dorg, cheerful sgt layan budak2..rasa tenang je.. sedangkan aku yg drive nak dtg kindy dgn sorg budak je dari tadi berserabut dengan muka berkerut, masam.. dgn suara cam halilintar sbb bdak ni main panjat-panjat seat.. tapi cikgu-cikgu tu amat terlatih yer..

Papa, Mama & Azra said...

Nasib baik jarak sekolah dengan rumah hanya 10 minit. Hihi...lagi seminggu je ni Jo! Kasut tak beli kot. Sebab ada menda lain kena beli. Telekung.

Jojoe said...

telekung azra? jgn lupa sejadah yg mini tu cute gile

Papa, Mama & Azra said...

Ha'ah kids telekung pun boleh tahan mahal aku ingat nak tengok kat area masjid kalau tak comel baru beli online kot. Kan Azra pergi belajar sembahyang cikgu dia suruh bawak telekung. Nanti aku beli sejadah kiut jugak. Then swim wear pun macam kena beli yg lain sebab yg ada ni seksi sangat. Hihi.

Angah said...

best la duduk sebelah sana malaysia ni, semua ada tinggal pilih je..duduk sebelah sini paling dasyat pun ada smart reader jek..

Papa, Mama & Azra said...

Ha'ah Angah. Sib baik duduk sini. Adik aku lagilah posting kat Muadzam, anak dia ada PASTI je. Tapi takper sebenarnya, kalau dia nak pandai, elok je jadinya nanti.