Sunday, December 25, 2011

It's Christmas Yo!!!

Sebelum tidur kena layan 'candu' dulu.


Hari ini 25 Dis 2011. Tengok kat ticker sebelah tu lagi dua hari je nak hit tiga tahun usia perkahwinan kami. Wohoo!! Baru tiga tahun??!!! Rasa macam dah lama je ni ha yang. Haha!

Dekat facebook & blog ramai je yang wished merry christmas sini sana, ada yang siap organised christmas dinner, exchanged gift tapi dalam masa yang sama ada juga few friends and colleagues yang shared info tentang berdosa kalau kita ucap selamat kat sambutan perayaan berkaitan agama etc. Hurmmm...aku pun tak pasti tapi aku tak wish apa2 pun setakat ni. Bukan ramai nau pun kawan2 yang sambut christmas. Derang pun sbb dah berlambak orang wish tak perasan kot aku tak wish lagi. Hehe. Selamat kan macam tu. Tapi aku tak share balik info pasal berdosa tu sebab fb kan macam public. Taknaklah kena cop extrimist. Tehee..

On our ulangtahun, there were plans to celebrate it BIG this year. Kunun nak pergi jauh sket spend time just the three of us. Mandi pool, sight seeing lah semua......sekali.......bajet nan ado! Aku biasalah semua pun last minute. Sekarang ni plak dikategorikan sebagai super peak time, nak check-in paling murah pun dah dekat empat ratus...huhu..merasalah menyangap jeklah laki bini kat Randa ni paling2 pun kita dinner best sikit je la nanti. Insyaallah...tapi tu la...laki I kejar overtime habis dipulunnya ganti trip org lain. Tengoklah sempat ke tidak. Aku pun tak amik port sangat sebab nak fokus lebih kat persiapan menyambut tahun baru (sebenarnya dah habis duit buat bayar yuran sekolah Azra :P).

Hari ni pun takde plan sangat. The man in green towel kejap lagi ada trip ke Alor Star. Aku nak keluar jalan2 berdua je dengan Azra memang takde la. Dapat tengok je semua orang dok jalan sini sana paling ramai yang pergi Johor Premium Outlet la. Aku pun rasa cam exciting jpo tu tapi ada sen ke nak berbelanja??!!! Pesal la aku sangap hujung2 tahun gini!!!

Oh btw kelmarin masa on the way balik Ikea, aku amik jalan lain nak balik Shah Alam. Selalunya keluar je area Ikea tu kitorang amik u-turn masuk balik NKVE tapi sebab masa sebelum nak u-turn tu aku dah nampak jalan belah sana punyalah jammed jadi aku lalu Penchala Link. Aku pun tak pasti sebenarnya tapi kitorang ikut je signboard sedar2 dah sampai area (alahhh...time ni la aku lupa nama tempat tu! Grrr..). Fullamak punyalah padat tempat tu dengan kondo tinggi2 lawa je semua aku terasa amat maju sekali area tu. Terus aku rasa...eyhhh...mundurlah kita orang kampung...haha! Itu je nak bagi tau.

Sekian, terima kasih.

4 comments:

Jojoe said...

Aku pun teringat kat anniversary korg... sbb bday Ishqi dah dekat. Aku overdue sempat lagi pegi makan nasik minyak korg sebelum masuk bersalin.. hehehe.. Happy Anniversary yo!

Teringat ms ada sorg akak ni beli kek utk anniversary dia dgn husband. Ke 20 tahun camtula.. and I and Z commented.. cayalah kak u hv our respect sbb bukan senang nak sampai ke angka mcm tu ye tak? Pastu akak tu tnya.. u all dah berapa lama kawin?

aku jwp.. baru 3 tahun je(masa tu)..
tak habis gaduh lagi kak! akak tu pun ketawa.. :P

Aku pun bila tengok ticker anniversary.. rasa mcm dah lama yer.. tapi baru berapa tahun je.. hehe!

dee said...

azra dan upin ipin..
anniversary ko masak buat plating cam masterchef pasang lilin ala2 candlelite kat randa pun ok je dong..huhuhuhuhu.. pastu azra tiup nanyi lagi hepi besday..

Papa, Mama & Azra said...

Jo, memang betul pon belum puas gaduh. Haha! Hari ni aku kena marah sebab letak pinggan, mangkuk, tupperware dan cawan lepas cuci bercampur2 kat dish drainer. Aku senyap je la dah dia nak tolong aku kemas dapor pun cukup baik kan? Sekali lepas tu aku ke dapur, segala alatan selain pinggan dan mangkuk telah diletakkan bercampur2 kat tempat cawan. Aik!!! Ni patut aku pulang paku buah keras tak??!!!

Papa, Mama & Azra said...

Dee, kreatip sangatlah nak plating ala masterchef. Paling sangap kita dessert je la kat Secret Resipe. Main course mamak mari!!!

Sebenarnya aku malas nak masak. Mana aci, anniversary kita dua tapi I plak kerja keras nak masak, you tinggal makan je!! Hehe...