Aku rasa dekat2 nak awal tahun cenggini, mak bapak sekalian alam ramai yang tengah kelam kabut nak carik sekolah untuk anak masing2 kan? Aku la tu...hihi... Memang dari sejak Azra umur 2 bulan aku nak masukkan sekolah terus tapi kat tempat aku ni pilihan agak limited. In fact memang takde pilihan. Semuanya siap2 advertise hanya ambil kanak2 umur 3 tahun ke atas. Korang kat KL sure biasalah ada baby dah enroll playschool awal2 kan. Kat sini mana ada. Mak hantar anak mak pergi babysitter kampung je nak. Punyalah jimat....hihi. Memang dari awal lah aku tak sabar nak carik sekolah untuk Azra ni. Tapi biasalah aku. Pasang nawaitu memang awal giler. Last year pun dah sibuk visit potential school. Sekali, sampai sekarang pun aku tak pilih lagi der...hihi...
Ciri-ciri sekolah yang aku nak enroll kan Azra nanti mestilah seperti berikut:
1. Paling penting persekitaran kena bersih, tandas berkilat, kondusif untuk belajar, colorful, safe dan mesra kanak2. Standard nursery tidur atas tilam kongsi2, I taknak! Azra kang kat sekolah sampai petang, campur daycare.
2. Sistem pembelajaran Islamik. Aku kan kalau ada duit, sampai sekolah rendah esok pun nak masukkan Azra sekolah islamic private. Duniawi belakang kira. Kalau anak aku hafal Quran, sejuk perut ni ha. Insyaallah...amin.
3. Taknak terlalu over ke arah akademik. Anak mak baru 2 tahun lebih okay, tak elok stress-stress. Tapi aku taknak ler anak aku dok belajar nyanyi je, tengok tv ke, cd ke, upin ke. Tsk. Belajar sembahyang aku suka! Baby ballet, baby chef, baby taekwando, swimming....wallawey!!! Mak sangat suka!!! Kata playschool...hihi.
4. Dekat dengan Randa supaya senang kalau ada hal, sesapa je boleh tolong pick-up Azra. Sini banyak sistem sokongan keluarga dan rakan2. Aku tahu ibu Dee sure tak kisah jemput Azra balik sekolah kan kan kan?
5. Teacher kena cakap English proper. Bak kata Jojoe, yang pronounce bebetul dan ikut tatabahasa sebetulnya. Kalau takat English macam aku, aku benti keje, dok rumah, ajar anak pun dah boleh kot. Dah tentu2 aku bukan cikgu kan. Hihi.
Ada beberapa pilihan so far. Aku dah visit Dzul Iman. Hurmmmm...teacher dia tak best! Aku dah survey Genius Aulad. Teacher best tapi takde daycare, kelas sampai tengahari je. Takkan anak aku balik naik van kot. Kalau takde training, bolehla aku jemput. Kalau ada, masak aku cam cacing kepanasan nanti. Aku dah check dengan Brainy Bunch Kota Kemuning, not bad tapi yuran mahal ya rabbi exceed budget aku. Tapi ada baby taekwando yo! Ganas anak aku mak dia suka! Brainy bunch buat open day next week harus aku pergi check. Takperlah bergolok gadai sekalipun asalkan anak aku dapat pendidikan awal yang baik. Insyaallah...amin. Pastu officemate aku ajak recce CIC. Boleh juga. Yang pasti, start Januari nanti, bonda dan ayahanda kena ikat perut dan nafsu membeli belah la nampaknya.
Layannn...
10 comments:
memula aku nk daftar genius aulad tak de daycare.last2 dua dua aku daftar little caliph. yuran rabak ko tau.dua2 punya 2k.
Tadi lepas aku terkujat jap pas dapat tahu monthly fee Brainy Bunch sampai 650 sebulan dan masa nak masuk kena bayar lebih 2k, aku call Jojoe tanya fee Ish. Hihi...pun rabak. Dia bgtau gak anak kau kat lil caliph. Memang rabak ler aku tunggu Azra masuk darjah satu pun kot kalau nak ada anak lagi sorang.
Kalau nak jimat ajar sendiri je ijan... bukannya susah sgt... satu hari satu jam pon dah ok... pi la seminar mana-mana cara nak ajar anak ngaji/baca... i tell u the satisfaction bila anak dah pandai tu is priceless!
Pastu bagi education cd kt rumah bs suruh dia pasang (kalau dia x kisah la)... tengok tv byk pon x elok...
Satu jam aku ajar, yang lapan jam umah babysitter tu memang sangap giler la setakat melepak je hari2. Tak kot. Takper kot aku korban sikit. Dia pun baru sorang je ni ha.
azra dah 3 thn ? dah nak hantar skull? tak bosan ker budak tu nanti.. based on experience 5 thn is a best time laa tuk hantar ke skull bg budak lelaki dan 4 thn utk budak pompuan rasanya....lai pun nak hantar dari pagi sampai petang kan?sure boring..
Playschool la Wani. Ijan percaya on early intervention. Budak2 macam sponge kalau kita bagi pendidikan yang baik seawal usia, sponge tu dapat serap lagi banyak sebab masih kosong dan akan lagi memudahkan masa depan dia. Ada parents dari umur lepas maternity dah start hantar playschool. Kalau sekolah tu bagus, normally dia tak paksa bebudak ni on academic but more kepada nak tolong develop interest dia. Kalau kat negara maju, ada children center kat sini mana ada.Lgpun sekolah yang Ijan nak hantar ni akan terapkan ilmu agama Islam e.g. baca doa, solat, puasa, mengenal Allah etc. Kan bagus kalau dia learn something rather than bermain whole day atau tengok tv, makan tidur. Nak harap parents sendiri, kita pun sibuk kerja and tak semestinya apa yang kita ajar tu betul. Hihi...anak sorang cenggitu ler....layannn...
Ijan dah tak keen nak harap babysitter je. Many time she kantoi biar je bebudak ni main sendirian lagi bosan. Last2 budak tu develop jadi budak yang membosankan plak. Bila budak dah bosan, ajak plak naik motor keliling kg. Kalau jadi apa2 nangis la mak bapak. At least kat playskul ada activity main kaler2. Bukan nak dia melukis cam da vinci setakat have fun jew. Pastu ada sesi kolam renang, ada taekwando on top of singing, dancing etc.
Btw, I recognize your experience. Thanks for the feedback. Hehe.
yatie rekemen BBIM.InsyaAllah
FINALLY. i saw the blog...and its ur BLOGGGGG ijan???? hehehe...eh babe..nak tanya..hows brainy bunch on ur daughter so far? muni ak enroll Qaizer la.
Post a Comment