Friday, December 9, 2011

Alahai Semut

Apalah nasib aku kat Randa ni ada satu spesies semut yang sangatlah payah nak dibanteras. Beberapa kali jumpa celah2 lubang tempat dia bersarang, bila sembur ridsect, eyh...pandai plak dia pindah pergi cari lubang lain pulak. Yang mana sempat mati tu pulak buat aku geli je macam tengah piket ramai2 buat mogok lapar. Beberapa kali terpaksa aku balik rumah bapak aku tunggu Rul balik kasi clear. Sebab ai sangat geli semut banyak2 nih. Seekor takde hal tapi kalau banyak2, aku kan macam gajah, semut memang aku geli. Banyak plak tu lubang berpotensi untuk dia berkumpul ramai-ramai buat strategi nak geledah Randa ni!! Geram je haku.

Semut ni size kecik halus sangat. Aku letak ubat semut beli kat pasaraya Giant ke Carrefour ke tu memang dia tak layan. Patutnya ubat tu kalau semut makan, dia mati kat sarang then kawan2 dia makan dia, kawan dia plak mati akhirnya bolehlah satu koloni dihapuskan. Eyh.....pandai plak dia tak makan. Aku campur gula pun dia bolayan. Letak depan2 mata, dia elak gi tempat lain. Semut masuk universiti semut agaknya spesis ni. Bijaksana sungguh.

Makin lama ku tenung gambar semut-semut ni, makin geli plak tapak kaki aku. Huhu...

Yang aku perasan, sampai satu tahap, bila makin banyak semut kecik ni membiak, tetiba ada satu spesis semut hitam size besar sikit akan tetiba sampai rumah aku. Time tu terus semut halus ni dah takde dah. Aku suspek semut besar tu kira cam kumpulan pembenterasan secara biologi la kot. Semut halus tu jadi bahan la semut besar. Erk...

Isyyy...makin aku cerita detail pasal isu semut ni, makin geli plak aku. I better stop now.

Bye.

3 comments:

Jojoe said...

hahahah aku tau ko geli semut sejak mozac lagi

Papa, Mama & Azra said...

Ko tahu tak, perangai ni turun kat Azra sey. Bukan secara semulajadi tapi lebih kepada dia pun trauma skali each time aku baling barang yang tengah kena hurung semut. Ngagaga...

Unknown said...

Cuba guna shanjiapai 0.84% ternite killer paste. Amat berkesan, guan utk seminggu terus hilang semut n kloninya.