1. Aku tukar tombol pintu baru. Terpaksa tukar. Nak jadi kerja, sabtu lepas dalam kitorang laki bini kejar masa, sekali aku terkunci pintu sedangkan kunci masih kat dalam daaa.... Kitorang kelam kabut dah lambat nak hantar bapak aku gi collect duit br1m. Yg aku nak cepat sangat tu sebab majlis bapak aku start pukul 2. Rul plak sampai rumah dah dekat pukul satu. Kesian plak bapak aku takde yang nak ngantorkan. Ahkak jugek....Bila dah terkunci cenggitu, terpaksalah kasi pecah je tombol tersebut. Nasib baik bapak aku terer pasang tombol pintu. Balik dari majlis collect duit, terus singgah hardware. Kidnap bapak aku kejap. Sampai rumah dengan tak mandi, tak makan, tak solat, terus pasang tombol sampai berjaya. Huhu...terus rasa dah tak virgin Randa.
2. Bilikku banjiir. Aku tinggal Azra kejap je dalam bilik air. Tak sampai 3 minit. Sekali aku datang balik, dengan gembiranya dia tengah sembur air direct dari bilik air ke atas lantai bilik. Sambil bergelak ketawa lagi. Dia tatau tu kalau ikutkan hati aku, memang kena cubit dah. Tapi tu la. Bukan dia tahu pon kan. Dia tak aim atas katil pun dah cukup baik. Huhu....
3. Satria rosak. Tataulah Rul sempat ke tak nak baiki kete tu hari ni.
4. Membaca amalan mulia. Aku tengah giler baca novel sekarang. Tapi takderlah aku tak update blog sebab bizi sangat baca novel. Aku ada je menebeng kat blog korang, drop comment sekali sekala. Tapi tu ler nak update blog sendiri macam ketandusan idea.
5. Azra kat sekolah dah semakin okay. Memang dah takde masalah. Kadang2 aku sengaja amik dia lambat sikit around 5. Ada tu lajak lepas pukul 5 pun ada. Tapi masih kerap amik awallah around pukul 4 esp bila Rul ada. Tak sabar2 papa nak gomol Azra. Dia okay je dah tak nangis. Alhamdulillah. Yg lagi best, dah pandai nyanyi lagu are you sleeping sambil menari2 dan head and shoulder. Kalau baca buku tetiba amin, maknanya dah habis. Haha! Tapi dalam bahasa dia la satu pun aku tak faham. Lagu tu pon aku teka2 ikut rythm dia. Kalau weekend, asyiklah paksa aku nyanyi sekali dengan dia. Puas nyanyi, suruh join color buku plak. Semakin berani.
6. Kitorang jumpa swimming pool best. Kat belakang Pullman Putrajaya. Boleh jadi port mingguan. Boleh practise skill berenang. Ellehhh.......kecoh entah2 korang dah lama discover pool tu. Haha. Tapi memang confirm sunburn la kalau mandi kat sini. Hihi.
Okaylah. Tu je ada masa. Aku dah nak keluar pergi amik Azra dah ni.
Daa...
14 comments:
Update pun....Anak aku pun sibuk nyanyi head and shoulder ko.
Baca novel adalah aku paling malas.ada org bacakan boleh?
Bomba ke apa siram air dlm bilik air. Kalo kena katil cemana ko nak sidai tilam ko ye..@&#-/* konfius jap.hahahahahaha
Kalau dia siram air, tentu Rul tuduh aku kencing atas tilam. Cait!
update point form x aci :P
update laa lagi..hari2 tgk ..ngape laa ijan tak update..ingat outstation oversea
Aci sebab aku elaborate.....hihi...
Insyaallah Wanie nanti Ijan tulis lagi eyh...
Selalu baca je, arini nak komen :)... Swimming pool tu dekat sgt dgn umah kitaorg, tapi selalu lalu je, ntah bila nak terjun dlm tu ntah huhu...
Sabtu ni nak terjun tiruk lagi....hehe...
bikini dong! hahahahaha.
malas ar nak taip bila nak komen dia mintak taip perkataan tu bagi prove. dong..ko tukarlah kat setting bila komen terus keluar.
Ye ke? Nanti aku check. Ko giler bikini mana ader size. Tersembul plak cipet aku kang. Haha!
eh nape komen aku hilang??
sumpah aku tak delete..
luch ko dong
kenapa lama tk berapdet ni mama azra !! bosan ni..... sila lah apdet selalu, baca - baca gak novel tu.. hihihi.... tempek gmbr azra sekali sekala... rinduu nak kelik :)
Post a Comment