Tuesday, February 28, 2012

Jam Enam Pagi....(Updated Jam Tiga Petang....)

Hari ni sejuk je kan? Malam tadi hujan. Dari petang tu pun memang dan mendung gerimis sikit2. Memang sedap sejuk2 gini nak berkelubung. Layan je ngantuk dalam hati kalau hari ni weekend kan best. Tak lama tu, dengar bunyi alarm kat handphone. Bunyi kali pertama dan kedua atau mungkin ketiga dan keempat, ingat mimpi dengar lagu konsert. Hehe. Bukak kelopak mata sikit nak tengok jam dalam bilik. Baru pukul 6 lebih. Handphone tertinggal kat luar. Malam tadi terlupa nak bawak masuk bilik. Lantaklah. Azra dok nenen toksah cakaplah. Mata pejam tapi tetek takleh lepas. Pantang mak gerak sikit, dia terus jerit, "Mama, nak susu la!". Mata masih pejam. Cari mood nak bangun. Mood bangun tak jumpa, mood sambung tidur yang datang. Hehe. Tiba2 tersedar balik sebab ada orang tu gigit tetek mak dia. Ouch! Sakit okay! Dia kunyah ingat ini puting getah ke??!! Tu la mamai2 tak sedar dia gigit plak. Tengok jam, pukul 6 lebih lagi. Layan lagi 5-10 minit okay gak. Sempat lagi nak subuh. Pesal ntah macam ngantuk sangat ni. Padahal malam tadi masuk bilik awal tu. Huhu. Tetap malas nak bangun awal. Sekali, buka mata lagi, eyh...pesal dah terang kat luar ni. Hurmmm...agaknya cuaca tak stabil kot matahari cepat naik. Haha! Alasan tah hape2. Pegi toilet. Tengok jam dari jarak dekat, baru pukul enam lebih. Awal lagi sempat nak masak breakfast heavy sikit. Sebab Azra pun dah jaga, aku bangunlah ajak dia dok luar. Dia taknak. Nak main puzzle dalam bilik. "Okay jap, mama nak sediakan breakfast Azra. Azra main dengan papa eyh.". Aku pun ke dapur.

Sekali sampai living area, damn!! Dah dekat pukul 8!!! Patutlah dah terang?

Huhuhu...jam dalam bilik bateri kong daa....

Jam tiga petang....

Pagi tadi sebab tak sempat dating breakfast berdua dengan Rul macam selalu maka aku hanya breakfast barang pantry office je. Kebetulan semalam baru top-up stock. Memang heaven la selection yang ada. Hihi. Aku buat sendiri sandwich tuna (guna roti baru Gardenia yg Cekna bgtau tu) dengan air milo cereals 3 in 1. Aku suka la roti tu. Tapi office mate aku tak suka. Rul pun tak suka. Tawar sangat kata dia. Dia kata geng2 dia gelar roti tu roti biawak. Mana ntah tang biawak pun aku tatau. Malas nak tanya lelebih. Salah satu sebab kenapa aku suka sebab terus terasa macam setanding dengan orang kurus makan roti yang penuh serat cenggitu. Muahaha!

Bagi mereka yang tengah diet, itu dah kira heavy la kan? Shila tu lagi terer, minum shake je masa breakfast. Huhu. Tapi kenapa ntah, lepas habis mengunyah, aku rasa cam tak rasa plak kenyang tu. Habis tu kalau dah selalu nasi lemak sepinggan siap lauk ayam goreng kat tepi, tetiba tukar plak ke multigrain bread sandwich, tak ke mild di situ? Hoho. Tapi aku takderlah menambah lagi satu set. Cukup2 la tu kan. Kata diet. Hehe. Menggigil je nak tunggu lunch hour.

So, tadi lunch, aku plan nak makan heavy sikit. Aku gi Empire Subang. Berangan nak makan kat Serai. Sekali sampai-sampai, fullhouse der. Aku register gak waiting list tapi lepas habis window shopping barang rumah kat kedai sebelah tu, after about 15-20mins, Serai masih tak call. Laku betul Serai ni memang pack lah waktu lunch. Padahal food dia agak mahal tau. Dah macam rate room service hotel dah lebih kurang. Tapi tetap pack. Memang sedaplah food dia kot. Aku pernah try sekali je makan sana. Tapi dah lupa sedap ke tak.

Tak jadi makan Serai, kitorang pergi je kat Jaya Grocer je. Hihi. I ordered whole leg chicken with italian herbs. Huhu. Aku nak order ikan tapi yg ada cuma dowry. Hoih. Tak best la dowry je kan. Hehe. Diet la sangat. Hoho.

Tapi kan.....

Itu bukan part yang paling best dalam diet hari ini tau.

Hehehe....

Aku nak cerita tapi dah lewat plak ni aku nak kena gerak dah amik Azra. Kalau sempat aku update malam kang.

Sabar itu separuh daripada iman.

11 comments:

Jojoe said...

aku ishqi jadi jam loceng.. minah ni jarang sangat bangun lambat. yg boring tu sabtu ahad pun kena bangun 630... if not mmg x bole tido pun.. bantai melompat atas katil. ko mampu nak lelap?

Papa, Mama & Azra said...

jam lonceng sampai gigit tetek pun masih taknak bangun..ngagaga..

Angah said...

kahkahkah..lawak la hahaha tapi memang peram tidur ni nikmat kan..aku laki bini memang la bukan morning person. kalau sabtu ahad tu selagi si riefqi tak jaga takdenye aku nak bangun subuh limun. lepas solat bum balik..dah kata cuti kan..bagi can la aku bangun lewat sket

Papa, Mama & Azra said...

Terus tak cukup tanah aku nak bersiap tadi ngah. Breakfast pun tak sempat. Sempat tapau utk Azra je tu pun buat piza roti simple2 je. Adoi...pesal la jam tu buat hal hari ni. Sib baik bos tak masuk opis. Kalau tak, mesti dia cop aku datang lambat sokmo. Kalau wiken, memang sorga la kan. Hehe.

dee said...

anak aku pun bgn awal..lagi cuti2 aku stress je dah subuh aku tdo balik, pastu baru lelap diorg dah bangun gedegung gedegang.. bgn lah umi, dah siang.. ceh, ada hati nak nasihat umi..
ko jgn salahkan jam loceng ko ye..ko dah sedar kan kul 6 lebih... hahahahahaha

Papa, Mama & Azra said...

Anak kau dah besar Dee senang je biar derang main berdua. Kalau Azra, sebaik mata Azra celik, maka aku pon kena celik sama. Kena layan dia tengok babyTV, kena layan dia susu, kena layan mewarna, macam2lah aku kena layan. Tp kalau papa ada adalah sangat best. Papa amik alih tugas2 layan tu aku leh sambung tidur dalam bilik. Haha!

LiLithFaiR said...

Hebat, jam loceng gigit tetek x sedo, i bebetul tidokoma ni hihi. Ade kt ptt citer sekerat. Ptg stimmmmmmm. Haisyhhh

Jojoe said...

tah cepat la update isk

LiLithFaiR said...

Mana updatenyer. Menciikk

Ztee_Azwanis said...

hahaha saspenlah mama azra ni ! oteyy2 kite dh tahu storynyer..... so apa citer diet ni???? bjalan ke tidok??? ke bnda lain yg bjalan huks !
:p

Papa, Mama & Azra said...

Jalan...Insyaallah bertahan...tapi bukan diet sangat pong! Control makan sikit2 je. Dengan skip makan selepas jam 7 ptg.