Wednesday, February 22, 2012

Aku Pun Nak Kurus Jugak!!!

Aku ni memang dari kecik kot mak aku dok kata aku gemuk. Kakak2 aku pun. Padahal masa tu aku bukan gemuk pun. Tak caya tanya Jojoe. Aku masa kat Mozac macam lebih kurang je dengan yang lain2. Dengan Jojoe toksah compare la. Dia stok gadis genit. Aku standard je, besar sikit je. Pakai baju size M kekadang L tu kira tak besar la kan. Mesti korang tak sangka aku bukan gemuk dari zaman kanak2. Memang makbullah doa famili aku selama bertahun2 akhirnya memang aku tak kurus. Huhu...ini cubaan nak put the blame kat orang lain :P

Masa cuti SPM aku memang menternak lemak secara besar2an. Bila aku fikir2 balik, apa ke sengal asik kerja aku makan tidur je. Memang langsung takde inisiatif nak joging ke hape ke la. Masa nak amik result spm kat Mozac mulalah malu sebab gemok dah masa tu. Tetiba je baju semua dah size XL. Huwaaa!!! In 3 months!!! Tapi masih tak sedar diri. Hehe. Aku melantak je macam orang perasan kadar metabolisme dia tinggi menggunung. Hihi...berat aku tak turun2 ke berat asal pun lepas2 tu sampai lah sekarang.

Aku rasa last sekali aku kurus adalah masa aku 1st year UM. Tu pun bukan kurus nau la nak compare dengan masa kat Mozac atau compare dengan korang. Takat berat paling rendah masa tu around 72-75kg. Ko bayangkan, itu aku paling kurus tau. Kalau korang la berat 75kg agaknya entah plan diet macam manalah yang korang join eyh. Entah2 korang dah makan nasi sesudu je seminggu kot sebab nak turun berat. Hehe. Tapi aku tak bolehlah nak control makan. Susah ya amats.

Masa tu, aku memang diet giler2 kau. Bila tapau nasi, pilih sayur je dengan ikan. No gulai kari no gulai lemak. No ayam no daging kecuali sekali sekala je. Nasi suku. Boleh caya ke? Air mesti limau ais atau suam. Lepas tu aku skipping. Gegar flat Kg Kerinchi I skipping kat tkt 6. Haha! Kalau dah jaga makan, dah skipping terlompat2 satu hari sampai 10 kali, mana tak kurus. Tapi tu la. Boleh je nak kurus tapi kalau suka makan kenalah exercise kerap. Tapi aku malas betol nak exercise.

Masa pregnant Azra pun aku agak menjaga makan. Sebab jumpa doc kerap aku terus jadi disiplin. Benda kolesterol tinggi, manis2 memang aku elakkan. Tak makan malam. Amik breakfast awal2. Tu yang history pregnancy aku excellent. Semuanya in control sampai dr Siti pun perasan. Hihi. Ko boleh lose weight masa tengah pregnant? Tapi korang janganlah ikut. Itu utk orang obese macam aku jer. Lepas bersalin, aku nampaklah susut orang tegur. Bangga kejap. Hehe. Dah la dalam pantang pun asik makan sup je kan. Manalah tak susut.

Tapi skg aku rasa aku dah nak sama berat dengan masa aku pregnant 9 bulan!!!!!

Yang dah sedia besar, telah menjadi semakin besar. Sekarang, nauzubillah memang macam giant. Tak dinafikan aku memang terer bab menternak lemak. Huhu. Korang jangan terpedaya aku letak gambar tu side2 tak nampak giant sangat. Kalau korang tengok aku live, siap tak muat frame nak masuk. Haha! Kesian aku. Lepas tu lagi kesian kat Azra la kang. Anak aku punyalah slim kecik2 tu sekali bila mak dia amik kat sekolah...hihi....kau tahulah budak2 kan telus. Ada sekali tu aku terdengar ada budak bagi komen mama Azra besar. Huhu....nak nanges tak? Tapi apa nak marah, dah memang betullah budak tu cakap. Hehe. Aku cool je buat2 tak dengar. Lain kali kalau aku dengar lagi, aku dah plan dah nak jawab apa i.e. takper besar sayang tapi hati kita kena baik. Bistu, aku nak jawab apa kan?

Aku dok cerita sejarah kegemukkan aku ni sebab...sebab...sebab...hurmmm....sebab untuk kesekian kalinya aku nak jaga makan balik. Jaga makan je. Hihi. Tapi.......kalau aku tak kecoh2 kat orang, kang aku senyap2 je lupakan balik hasrat nak jaga makan ni. Nak exercise susah. Alasan panjang tak cukup kertas nak tulis :P jadi aku mula dulu dengan jaga makan. Baru start je pong hari Isnin hari tu. Haha! Berhasil ke???!! Hasil kat sini, bukan maknanya berhasil jadi lebih ringan yer puan2. Hasil disini lebih kepada berhasil ke nak jaga makan?? Hehehe....Alhamdulillah...walaupun belum 100% tapi ku kira asalkan aku beringat tu dah kira permulaan yang agak baik jugak kan?

Ini semua sebab Jojoe lah! Dah berderet2 entry dia pasal jaga makan dan exercise, aku baca terus rasa bersalah pada diri sendiri. Kang gemuk sampai mati muda macam mana? Huhu. Lepas tu aku baca blog dr Faryn pun cakap pasal lose wieght guna pb semua tu. Huhu...orang kurus pun sibuk nak kurus lagi hokay. Lepas tu Filla pun. Shila shower siap buat series diary diet. Kau tak rasa bersalah? Pesal semua orang diet ni?!!! Adakah ini petunjuk dari tuhan?!!! Baiklah, aku follow...in a way sumber inspirasi jugak entry korang esp yang kes tahan makan tapi tupperware bekal ada depan mata siap kuis2 isi ikan sebab tak tahan. Haha siapakah itewww???

Doakan azam aku berjaya.

19 comments:

afid said...

kahkahkahkahakahkah..cis ko kak. hahahhahaaha

Ztee_Azwanis said...

hahaha siap naik entry nak kurus eh.. btullah mama azra ! klo tk mulakan skrg bila lagi... nti nk mengandung lg, tkut gak kalo gemuk2 kang susah nk mngadung... huhuhu.... lg satu nak jaga lah... tkut jgk kan org lain lawo jer...., selim melim kite ni? huhu... kite ni mksud mama likha tau..... ~~~!!

bila nk jumpa ni mama azra ??? mama azra ada twitter tak ??

LiLithFaiR said...

ape email dong? nak invite

Papa, Mama & Azra said...

Yeay!!! Dong679@yahoo.com!!!

Papa, Mama & Azra said...

Tu la Ztee. Macam insaf sikit sekarang ni sbb next year kunun2 nak menambah tp ada gerun sbb belum2 lemakku yg bertambah apa cer?

Papa, Mama & Azra said...

Hahaha! Tp Apid dah joging jauh hari tu agaknya dah kecik sikit la kan.

nonie said...

Takpe, we are in the same boat... Hua, hua, hua... Paling selim nonie pernah selim adalah masa buat master dulu, tapi tu pun still beberapa kg lagi berat dari jojoe huhuhu... Masa tu ada omputih kenalkan dgn herbalife (masa tu org mesia pun tak kenal HL, cheh, eksyen!), blh turun 10kgs in 4 months! Dahla masa tu jalan kaki manjang... Mkn pun sihat2 belaka sbb food tak sesedap kat mesia... Tp tu pun ada fail sket sbb keje part time restoran minang, mkn free manjang. Tapi dah nak blk mesia pregnant la pulak... & mabuk teruk, tak lalu byk benda termasukla HL, since then no turning back... Mengepam bdn dgn jayanya... Org sibuk promote HL blk, pun tak reti nak insap2 lagi... Alasan skang tgh bfeed, so tokleh diet...muahaha...

mamalisa said...

aku ni mak pak mertua yg kecoh kalu bab gemuk or berisi ni..tiap kali lps beranak asyik suh aku exercise kasi kurus sikit katanya..mil aku kalau tgk org gemuk kat tv suka naw cakap..hui gemuknya dia sekarang eh?terasa menantu ni hokeyyyy...

btw, good luck to us...ish aku dlm pantang ni asyik lapo jer ni cemano?

mamalisa said...

add ler aku jugak pada yg private blogger hehe

mawarnim@yahoo.com

mama adaman said...

samer laa ijan... wani naik bagai dipam2x...spare part takyah cakap aaa... biasa 50kg skrg dah 58kg..baju2x dh byk tak muat..aritu pi beli blous ingat muat saiz m sekali L dah... waaahhh..di kes malas exercise nie

Papa, Mama & Azra said...

Nonie, aku pernah try nona roguy masa zaman UM. Mmg membantu proses pengurusan la sikit2. Hehe. Tp kadang2 aku rasa itu kesan psikology kot. Untuk aku la sebab lemak aku ni jenis degil. Huhu. Lepas tu dah tak makan apa2 dah sbb malas. Eiii...kalau cakap pasal malas, akulah raja pemalas. Tu yg nak exercise pun malas.

Papa, Mama & Azra said...

Mawar.....MIL aku pong! Kadang2 aku buat pekak je babe! Ataupun aku buat2 lupa jalan balik ke kampung. Muahahaha!!!

Papa, Mama & Azra said...

Wanie, 58 tu macam kacang rebus nak kurus balik. I ni ha yang beyond help. Hihi. Tapi tak sedar2 diri. Huhu.

LiLithFaiR said...

Hahahahah aduyaiii 'petunjuk dr tuhan' plg x tahan hahhahaha

LiLithFaiR said...

Mamalisa n dong, dh invite. Warning, byk meroyan dlm tu hahahahah

Papa, Mama & Azra said...

Okay Fiya, skg juga aku zoom!!!

Arena said...

Yo, aku pon tebal giler sekarang ni. Baru jek seseminggu ni minum green tea dan kurangkan minum manis. Makan gitu jugakla, aku kan suka masak. Fail nak mampos. But need to do something. Tipu jek orng kalau cakap, takpela aku gemok asal aku happy..Manaa ada happy maaaaa?? Nak duduk tahiyat akhir pon berlipat2 perut aku muahahhaha. Pakai baju apa pon tak kiut, camana nak happy? eh termeroyan laks.. heheh

Anonymous said...

rahsia nak kuruskan badan dalam bm akunakkurus.mywibes.com

Unknown said...

Salam sory bc..
Khas untuk wanita2 dia luar sana yg inginkan bentuk badan yg di idamkan. Dx lingerie elysyle pakaian dalam pembentukan badan yg berfungsi untuk pembentukan tubuh badan yg sangat berkesan untuk melangsingkan badan bg yg bermasalah...
Saya dah jatuh cinta dgn DX!!
Dgn DX, pakaian pemulihan & pembentukkan bdn no.1 di Asia!... body kita seolah2 berada di dlm slimming center bergerak...
kebaikan DX adalah:
* Membantu sihatkan & suburkan badan
* Memulihkan ketidakseimbangan hormon..
cth hormon x seimbang boleh dilihat jika bdn mengalami masalah jerawat diblkg bdn misalnya..
* Mudah, tak perlu gulung2 utk memakai, terlompat2 utk pki girdle atau terbaring di katil utk tarik girdle.. semua tu TAK PERLU!
* Keadaan Yang TERLALU selesa, serap peluh, peluh cpt kering hanya dgn 1 saat, sehingga kita tak sempat rasa bdn kita berpeluh, tak ketat, senang nak bersolat & senang utk ke tandas
* Semulajadi dan Selamat
* Tanpa rasa lapar
* Tanpa rasa sakit
* Tanpa bersenam
* Memecah Lemak yang degil dengan Senang
* Boleh membantu kembalikan payudara yang jatuh (sagging)
* Boleh Besar kan size payudara dari cup A-E
* Nak kecikkan size payudara yg terlalu besar pun boleh, saya tjkkn caranye
* Kain dari Egyptian Cotton
(kain perubatan terbaik di dunia, antibakteria & tidak mudah koyak atau reput
* Memberi Tenaga
* Sangat sangat sesuai Selepas Bersalin Dalam pantang & utk melancarkan peredaran darah & pengaliran susu..
bra yg lembut & full support wlpn menyusukan susu bdn
(installment disediakan, tips utk dpt kan baju magik ini secara percuma utk anda juga akan saya ajarkan). PM me untuk FREE TRY FITTING...

contact:
CALL : 0104001535(anna) jgn malu2 call je
BBM : 280CEEB7
EMAIL : nurfarhanah28@gmail.com.
Tlg bc kt kwn2 k tq
PERCAYA DAHULU, MILIKI KEMUDIAN...