Friday, February 24, 2012

Dialog Azra #8

Balik sekolah, kitorang sama2 belasah tembikai potong. Itu kira snack mama yg kunun tengah diet la tu. Azra memang feveret la melon2 ni.

Dah habis sepotong, Azra minta lagi kat papa. Masa ni mama tengah online jap.

Azra: Pa, nak lagi.

Papa pun bukak fridge untuk Azra. Biasanya Azra memang amik sendiri. Sambil pilih tembikan Azra offer.

Azra: Mama, nak lagi mama?

Alololo.....dah pandai offer kat orang plak. Shomel la kecik2 camni dah pandai pelawa mama sekali. Dia offer tu sebab yg first cut tadi mama yang amikkan. So thoughtful kan she?

By the time aku siap menaip ni, dah 3 kali dia offer. 3 kali gak aku terima. Muahaha!

14 comments:

afid said...

hahahhahaha..kantoi di situ..

azra kata..yela mama..org berbudi kita berbahasa..azra dah beri mama makan je la..ekekkee

Jojoe said...

pas makan berry tak? ehe.. anak aku rajin makan.. pastu mesti berry, aku suka dalam cuka giteww

best kan dah pandai cakap ni :)

Papa, Mama & Azra said...

Hehe Pid, tembikai je pong! Haha! Ada byk lg potong lepas tu. Syhhh...


Jo, tp age berapa ek Ish start tanya soklan? Azra ni byk ayat penyata takde plak tanya2 banyak2. Dia tak kreatif ke? Aku cuba berfikiran positif yg dia blm sempat tanya, aku dah bgtau.

Now, ada time dia rengek2, aku akan sound, Azra kan dah pandai cakap, kenapa nangis? Azra bgtau je la Azra nak apa. Hehe...mujarab gak.

Papa, Mama & Azra said...

Azra tu makan apa pun beri jadi aku cam redha je la. Slm sempat 2 kali beri. Dah mandi plak tu. Cis.

dee said...

seorang anak yang penyayang..tgk lah mak.. mak borek anak rintik..

Jojoe said...

tah aku x ingat la... kan azra dah tanya ko nak tembikai tu?

donce weri la dong.. anak2 ni mcm2 personaliti.. anak aku tu kaedahnya peramah.. so mcm agak biasalah dia tanya tu ini.. kdg2 smpai aku fedap(x baik kan tapi aku serabut ler).. dia tanya2 aku marah je.. wpun dlm hati cam guilty takut dia kecik ati tanak cakap dgn aku lagi. tapi tak pun. dia cam tak ingat kena marah tadi.. tetiba elok je tanya mcm2 balik... ada budak pendiam tapi semestinya bijak.

Papa, Mama & Azra said...

Thanks Dee. Tapi kan, yang aku tulis ni bab yang baik2 je yang marah2 tu banyak gak cuma aku tak gebang lebih2. Takut Azra besar kang dia baca kecik hati. Hehe. Sugar coated lebih aku ni bab Azra esp. sejak dia masuk 2yo. Mencabar aku cam Jojoe gak cakap, ada masa malas nak layan. Haha!

Papa, Mama & Azra said...

Soalan dia tak macam iklan tu burung apa? tu. Ko ingat tak iklan raya petronas few years back? Azra ni tak curious ke? Hihi...tp betol la cakap kau, setiap budak tahap ramah dia tak sama. Azra ni pendiam sikit. Macam mak dia :P

dee said...

mak dia pendiam???ermmm..
dong- even adik beradik pun tak sama.ameer eyman totally lain.. fikiran, minat, makanan kegemaran, minuman kegemaran, kepetahan bercakap.. dan mcm2 lagi... kalau nak compare, sila compare dia dengan diri dia sendiri..ada improvement tak dari hari ke hari.
ameer mmg tak de hati nak pelawa aku makan..eyman ada ciri2 azra..

Papa, Mama & Azra said...

Ada improvement. Tapi aku dok tertunggu2 soklan like, mama, kenapa awan kat atas tak kat tanah? Mama, kenapa siang terang, malam gelap? Mama, kenapa bulan ikut kereta kita jalan? Mama, escelator ni sapa yang tolak kasi dia naik atas? Ni age berapa start tanya soklan bijaksana ni Dee? Ko ingat tak?

Papa, Mama & Azra said...

Atau soklah seperti, mama, baby datang dari mana? Hehe. Baru biru sikit muka aku nak jawab.

dee said...

tah aku tak ingat tapi ameer tak banyak tanya.. even skrgg pun, sibuk main... eyman tanya gak lah, tapi mcm tak terjangkau je soalan, "umi kenapa awan kat atas" tu...

dee said...

ko tanya jojoe.ishqi bnyk tanya.. pemikiran dia jauh..cuba ko tanya dia bila ishqi dah start tanya.

Papa, Mama & Azra said...

Jojoe tak ingat la babe! Takperlah, aku drop soklan tersebut. Hihi.