Thursday, January 19, 2012

Berpusu-Pusu Orang Beli Buku

Lunch tadi kitorang pergi makan kat SACC. Punyalah bosan dah asyik2 ke Subang Parade atau Empire, dah tatau nak pergi mana dah. Padahal kat SACC pun bukan ada benda sangat. Memang sangap noddle station pun jadi ler.

Macam biasa, lepas makan, sure nak merayap sikit2 kan. Hehe....tu mmg aktiviti biasa orang perempuan waktu lunch hour la kan. Ke aku je? Hehe...

Jalan punya jalan, memang sangap habis takde tujuan, aku pun singgah kejap kat MPH. Beli kertas warna-warni untuk buat aktiviti kraftangan dengan Azra pun bagus gak kan. Aku pun seronglah ke MPH.

Fullamaakkkk!!! Macam ada sale besar2an sey. First time aku terpaksa beratur panjang sebab nak bayar. Kagum giler. Dah la weekdays kan. Orang Malaysia memang suka membaca weh! Masa memilih pun sampai berlanggar2 bahu la kiranya. Setiap lorong tu mesti ada orang. Dah la MPH SACC pun takdelah besar mana. Aku tengok sekali imbas pun kat rak novel macam dah sikit dah stok. Aku jeling je sebab dalam hati ada niat nak menyerong beli novel. Hihi.

Rupa2nya.......musim budak2 u dapat voucher buku eyh. Masa kat kaunter tu sorang keluarkan voucher masing2, keluarkan ic dan kad pelajar. Syoknyer jadi student.

Jo, kau dapat tak?

p.s. Korang jangan kecik hati aku lambat balas komen. Sedang diusahakan. Pehal ntah laptop ke blog aku ni sengal takleh edit komen. Kalau aku klik komen tu, terus hang page aku. Sabar je la. Aku terpaksa view guna handphone je. Tu yang macam siput aku balas komen. Ko tahulah keypad mana sama ngan kebod. Huhu. Jangan kecik hati yeh sebab dah macam cakap sorang2 dah ni dan terusnya mengomen....xoxo.

3 comments:

dee said...

patut aku tak leh nak komen..
aku pun stuck kat popular tesco ampang. nak bayar cuma satu rim kertas A4 ngan buku ameer eyman sorang sebuah. beratur setengah jam. semua sibuk reedem baucer tu.

Jojoe said...

aku tatau baucar apeni.. nmpk report dlm paper tp x baca

Arena said...

Aku dapat voucher tu. Asal student jek dapat rasanya. Baik ko tanya kolej ko joe. Sebab gov disburse jek duit tu kat pusat pengajian. Aku ingat kena apply bagai. Seb baik kawan aku cakap, gi collect jek bawak matric card and ic. Tak pakai lagi. kena pakai cepat expierd 31 march. esok nak gi mph, selepas subuh hehehe.