Sunday, January 1, 2012

Hello, Hello 2012!!!

Wow! Cepat je kan? Macam tiba-tiba dah masuk tahun baru dan meninggalkan 2011 yang padat dengan kisah pahit dan manis, suka dan duka, indah dan juga kelam, masam semua adalah! Padahal sama je kita masing dah habiskan 365 hari dalam tahun 2011. Sama macam sebelum2 ni tapi tu la, terasa makin cepat pulak 365 hari tu dihabiskan. Apa pun, Alhamdulillah dipanjangkan usia untuk kita terus berkawan disini. Insyaallah lagi gemilang tahun 2012 untuk kita semua kan? Amin.

Tiada sebarang aktiviti berjimba ria untuk menyambut tahun baru malam tadi. Malah ketika perang mercun detum detang di sekitar area Kota Kemuning, aku baru je lepas marahkan Azra sebab punyalah liat nak tidur. Dok melayan Upin je kerjanya. Last2 mama dia piat sekali, barulah terkebil2. Sebab dia tahu dia salahlah kot, tidaklah pulak nangis. Senyap2 je tidur jugak akhirnya. Itulah cerita malam tahun baru kami. Hanya berdua tanpa papa disisi. Bunga api pun tak tengok, konsert tahun baru pun tak follow.

Hurmmm...malam ni pun papa takde sebab buat double shift. Ramai member yang pakat amik cuti lama. Yer la musim nak bukak sekolah gitulah dia. Kita yang anak masih kecik2 ni la nak amik kesempatan macam ni. Dapat duit lebih sikit. Esok2 kalau anak dah sekolah pun, sure sama macam derang je nanti.

Cakap tentang sekolah, persiapan Azra ke sekolah sedang giat dilakukan. Ni kira Azra bertukar tempat asuhan sekali jadi memang ada few things yang kena beli baru. Paling penting, kena buat minor wardrobe makeover. Anak I kan masuk sekolah islamik maka semua baju sleeveless itu kena ganti dengan at least yang berlengan. Hehe. Jangan salah faham. Bukanlah nak dia tutup aurat ke atau apa2 ke. Belum wajib untuk dia, yes I know. We all cuma taknak dia segan if any of the other kids cakap tentang cara dia berpakaian, you know la sometimes kids kan transparent. Azra faham ke, tak faham ke, mama dia tetap ambil langkah berjaga-jaga?

Ni separuh dari baju Azra. Bila dah lipat2 susun elok2 penuh satu almari. Tempat gantung the dreses pun dah penuh. Tapi tetap kalau nak keluar tak pernah cukup baju. Masa tengah dok kumbah baju dia ni, papa bagi remarks, eyh lebih banyak dari baju papa. Hehe...

Maka, semalam, bertigalah kami pergi ke SACC. Kenapa SACC adalah sebab nak cari kids telekung jugak. Kat sana ada Al-Amin boutique, baju muslimah untuk kanak2. Kalau takde pon, seberang jalan je dah pkns tentu berlambak kedai telekung tapi tu la, pkns tu susah sket nak parking. Normally kitorang park je kat SACC. Tapi Alhamdulillah dapatlah sehelai telekung standard size s kat Al-Amin. Tak payah nak berpanas menyeberang jalan. Tapi Masyaallah punyalah panjang kain dia sama panjang dengan panjang kain aku senteng sikit da. Entah kenapa aku beli jugak. Tu la mak bapak excited terlebey namanya. Tapi sib baik ada gerai kecik2 kat ground floor tu yang jual telekung size s yang sebenar. Tu pon aku beli gak. Hehe. Size s sebenar sebab dia betul2 small dan diperbuat dari kain cotton yang sangat selesa. Bit cheaper than online. Tapi....Azra takut der nak pakai telekung. Muahahaha...akibat tengok Upin episod gelapnya yang kak Ros demam terkejut Opah pakai telekung masa rumah derang blackout tu. Hoho...macam-macam.

Mula2 kitorang ingat balik SACC nak singgah shopping baju sekolah Azra kat Jusco. Tapi sebab dah alang2 kat SACC, terasa macam malas plak nak drive ke bukit tinggi. BBIM pun ada uniform sebenarnya tapi aku kurang yakin ada size Azra. Kang gedoboh anak aku camner? Lagipun BBIM memang bagi kelonggaran untuk student playhouse pakai baju biasa je. Malas punya pasal, kitorang borong je kat Poney. Wallawey...memang pejam mata je la amik few blouses & pants for her. Memang tak sempat dah nak cari yg harga murah ke hape sebab last minit kan? Sib baik sale hujung tahun kat Poney ni boleh tahan. Tiga blouse, two pants & two leggings cost us three hundred plus. Cukuplah stok untuk sebulan plus few existing baju yang masih boleh diterima darjah kesopanannya. Next month harus belanja lagi. I plan for Azra to wear school uniform only on Mondays itu pon if ada size ataupun the uniform is alterable. Tuesdays to Thursdays, she will be wearing something formal-casual attire and baju kurung for fridays. Untuk morning sessions la sebab afternoon tu dua kali dia mandi tukar pakai tshirts and legging jew.


Nampak sangat aku tassabar nak Azra start sekolah kan? Haha! So hari ni jangan lupa ambik gambar pasport tau!!!


Daa...

8 comments:

Jojoe said...

tulis nama esp baju yg mahal-mahal tu.. karang terswipe pulak since dorg tu belum reti cakap sangat. aku penah jumpa spender spiderman dalam beg ishqi hehe.. and ishqi pun penah bawak balik botol air yg serupa mcm dia punya.. masa 1st day of school still ada student yg dtg bawak bantal busuk hehe cute je.. maklomla kelas utk umur 3 tahun je.. happy schooling azra!

Arena said...

Tulah, sekarang ni nak tengok haper tok nenek konsert sempena tahun baru pon malas. Tido lagi best. Or in my case baca buku sebab nak exam hahah. Selamat hantar anak ke playschool.

Jojoe said...

apa komen cik julie azra kini pergi school

Papa, Mama & Azra said...

Thank Jo! Marker pen dah beli ni. Hihi...

Acik Julie sedih je slm aku datang rumah collect barang2 Azra, say goodbye, bayar upah yg last. Aku pun sayu je dah dua tahun genap dia bela Azra. Azra pun sebenarnya ada geng kamceng abang kat situ alahai...aku yg lebih sedih dari dia kot...haha!

Arena, yer la kan? Member aku yang muda2 je giat ke HRC la, tengok konsertla, date la tapi yang dah tua2 (atau pehrasan tua) ni takde update apa2 yang riang ria pun sempena new year.

Papa, Mama & Azra said...

Aku kalau diberi rezeki tahun2 akan datang nak check in hotel area KLCC je la. Dapat tengok bunga api dari balkoni pun aci kan. Hehe.

Papa, Mama & Azra said...

School Azra tak starts today. Sama macam Ish. Tapi aku ingat hari ni nak gi sana nak beli uniform. Slm gi umah member aku, gabaklah size xs tapi aku nak beli gak! Then hantar tailor minta alterkan.

Farazila Wahab said...

Wah... beruntung betulla azra ni... mesti best kan sekolah kat BBIM... kalau twin masuk BBIM alamat rabakla poket ibu + ayah dia... huhuhu...

Papa, Mama & Azra said...

Nervouslah Fara risau dia dapat kawan tak nanti. Huhu...

Twin boleh gak pergilah yang halfday 290 per pax.