Monday, January 16, 2012

Update Sebab Terpaksa

Hari ni Azra cuti from school. Bukan ponteng eyh tapi cuti :P Kitorang sendiri yang bagi cuti sebenarnya. Alasan kitorang sebab hari Ahad cikgu dia sms, tnb bagi notis ada power distruption on Monday. Sekolah still buka macam biasa cuma elektrik je takde. Sebagai bapa yang penyayang, Rul insisted me to jaga Azra at home. Lagi2 plak the whole opis tengah berjimba kat Langkawi, elok jugalah. Sama je pong dengan buat keja dari meja Ikea aku nih. Memang good decision la aku rasa sebab hari ni cuaca bukan main panas terik kat sini. Mahu berasap anak2 kat sekolah kalau takde elektrik sapa nak pusing kipas? Huhu...

Sekali.....???? Aku terlupa der yang hari ni aku dah schedule satu training. Muahahaha!!!

Bukan main aku lenggang kangkung siap buat breakfast pelbagai jenis bagi memenuhi selera semua orang bangun pagi tadi. Padanlah aku bangun awal. Rupanya instinct aku ler tu. Hihi. Tu pon nasib baik aku dapat missed call pukul 9 dari salah seorang participant yang patut datang. Fullamak macam tak cukup tanah aku bersiap!!! Aku memang dah agak dah perkara sebegini boleh berlaku tu yang aku letak training start pukul 10. Kalau tak, mahu masak student aku menunggu. Hehe. Hari ni aku bernasib baik participant stranded dalam jam jadi walaupun lambat, aku berjaya sampai dulu sebelum dia. Dan nasib baik jugak Rul ada. Hihi. Kalau tak, mahu lagi tak cukup tanah aku kena lari kot hantar Azra ke sekolah plak. Huhu.

Korang weekend lepas buat apa? Aku tak ke mana pon cuma attend wedding cousin aku. Memang sangaplah jusco pun kitorang tak jejak weekend ni. Cipta rekod betullah tahan aku dok memerap sajork. Hehe. Sebenarnya aku takde modal nak cerita kat korang. Tapi aku rasa bosan plak tak berupdate blog aku. Tu yang aku menceceh tanpa arah tujuan ni. Nak balas komen korang kat entry sebelum ni pon tak boleh. Pesal ntah laptop aku ni menyengal plak dia.

Okaylah, kalau aku rajin, esok aku update. Boleh plak sambil2 aku mengarang jap tadi ni ha, sedar2 ada kenit mengekek ketawa sebab berjaya conteng sofa. Guna marker plak tu!!! Sebelum menda lain pun jadi mangsa, baik aku mengadap dia ni ha.

Daa...

2 comments:

Jojoe said...

sofa kitorg kena conteng dgn pen..

ok aku update ek

Papa, Mama & Azra said...

Nasib baik sofa lama yg memang dah parah kena cakar si Mimi so aku taklah geram sanga.