Thursday, January 12, 2012

Pesal Ni Wey?!!

Operation aborted??!!!

Serius aku dah terasa cam aku cuba melayari web 18sx plak bila ada sesetengah blog (more than half from my list kat sidebar tu) yang aku tak boleh nak view. Padahal dalam kes ni, blog kak nani je pong! Tetiba plak aku akan dapat error message kat atas nih. Bila click OK, terus blans screen explorer tu. Adoiya...dah la aku takleh forward issue ni kat support sebab dah sah2 ni bukan website yang related dengan kerja aku. Sebenarnya tadi aku dah logged report tadi tapi kena reject :P Wakakaka padan muka! Melanguk la sini aku sorang2. Sini takleh baca, sana pon kena block. Dah ler tinggal my bos dengan sorang je male colleague yang ada ni. Terus takde geng nak bergosip. Huhu...

Nasib baiklah boleh bukak blog sendiri. Kalau tak, mahu lagi meroyan aku agaknya. Dan nasib baiklah Jo ada update. Blog Jo okay plak aku boleh view. Siap boleh komen lagi. Tak cukup tu, dah habis aku baca kulit ke kulit segala newspaper yang ada bagi mengisi masa lapang yang ada. Hehe.....

Ewwwah ewah...lapang sangat ko ye??!!! Hihi...

Perasan tak aku dah happy? Oh sangatlah happy yo! Si intan payung pengarang jantung budak kuntut nama Azra tu, dia kan dah dapat kawan kat sekolah. Yeay!!! Alhamdulillah sangat2 syukur. Dah dua kali masa aku sampai gate, dia tak nangis dah. Lepas tu semalam masa aku amik dia, terdengar dia tengah ketawa mengekek main kejar2 dengan geng2 dia. Tidakler aku risau dia bertebeng je kat muka pintu tunggu aku muncul macam hari2 sebelum ni ha. Lepas tu nangis bila yang muncul bukan mak dia! Dah dua kali ni, bila aku panggil nama, baru Azra akan berlari kat aku. Dah tak nangis dah.

Walaupun masa aku hantar belah pagi beliau masih nangis tapi sebagai mak, kita kan kenal jenis tangisan anak2 kan? Masa mula2 dulu, memang ketara sangat Azra menangis sebab ketakutan ditinggalkan di tempat asing. Mana tak aku pun nangis sekali. Kesian kot tinggal anak dalam keadaan sengsara gitu. Sekarang dia masih nangis juga bila aku tinggal tapi lebih kepada tangisan yang lebih relaks. Biasalah mana cukup seminggu nak biasakan diri. Slowly nanti Insyaallah dia akan semakin kuat. Dan aku juga makin kuat dah tak emosi dah sekarang. Hehe.

Gambar Azra bersekolah ada tapi aku tertinggal plak kat rumah. Lenkali aku upload gambar2 dia eyh. Comel sangat uniform bbim tapi Azra taknak pakai. Pandai plak jawab, "Azra taknak! Tu abang punya....Azra taknak pakai...panasss...".

Ewaahhhh...anak aku perasan diva hokay! Sabar je la...

2 comments:

afid said...

amboi azra..pandai dah ye..

lega dah kan kak dong. kalau x bermuram durja je..ekekkeke

Farazila Wahab said...

alhamdulillah... :) good girl!