Friday, January 13, 2012

Buah Hati Pengarang Jantung

Hari pertama balik dari school, mama belanja makan happy meal!!! Happy ke? Hihi...

Makan fries dan nugget.

Muka mata bengkak sebab kuat nangis.

Hari kedua nak pergi sekolah. Dah siap mandi, pakai baju baru, pakai kasut bila mama nak amik gambar, terus nangis. Hehe.....mama pun kan?

Hari kedua mama sempat ambil gambar dalam sekolah. Sebab papa ada sekali jadi mama kurang kelam kabut. Sampai2 je, Azra tunjuk kat mama blocks yang dia main semalam.

Kawan2 lain banyak main kat luar sbb ada playground mini. Budak2 dah besar sure lagi enjoy main ramai2.

Bila ada budak nangis datang, Azra sibuk duk cakap budak tu nangis. Sampai muncung2 mulut nak kutuk budak tu. Padahal...

Ni sempat gurau dengan papa dari luar grill. Nampak dia happy je tau nak sekolah. Cuma takut kena tinggal je.

Pandai susun block buat bentuk bangunan eyh?

BBIM tak ada toys. Semua yang ada ni adalah aparatus bantuan mengajar. Nak tolong refine skills anak2. Tu yang best tu sebab aku pun suka Azra tak bergantung sangat kat mainan je. Nak main, balik rumah banyak puas mama nak kemas balik.

Tak lama tu, budak2 lain pun start join us. Masa ni baru hari kedua masing2 pun belum kenal each other. Azra kenit je student lain semua abang2 dan kakak2.

Kebetulan yang selang sorang dari Azra tu anak member Awin. Irsa nama dia. Thanks la sangat Awin kenalkan aku dengan mama Irsa, Azni. Kadang2 Irsa jadi informer kitorang bgtau Azra nangis banyak kali ke tak. Hehe.

Nampak sangat happy kan? Padahal dalam hati ada 'taman' jantung berdegup kencang punyalah ketakutan anak dara ku sorang nih!

Sempat aku pergi renew MyKad sementara Azra kat sekolah. Fullemak no. bertuah janggut siot aku tunggu ada 200 orang sebelum aku.

Melihatkan keadaan Azra dan mama, papa pun ambil keputusan untuk ambil el. Thanks love! Azra suka makan pisang jadi balik dari sekolah hari tu, kitorang rasuah dia dengan pergi kedai pisang. Hihi.

Air kelapa satu!!!

Si mata bengkak sebab banyak nangis sangat suka makan pisang!

Nak kupas sendiri!

Dan papa belikan Azra bag sekolah. Ada sekali tu Azra nampak bag ni masa kitorang jalan2 kat Empire. Dia suka sangat sampai bawak lari bag ni keluar kedai. Tapi masa tu belum ada sebab nak belikan. Apa salahnya belanja lebih sikit untuk ceriakan hati budak sedih.

Hari ketiga, hari Jumaat, hari Azra pakai baju kurung. Breakfast cracker kosong jew.

Azra tak nak sekolah nanti mama tinggal. Alololo....kesian dia...kesian mama dia. Hari ketiga aku down giler. Berbalas sms dengan Jo last2 aku diam sebab tengah nangis.

Hari keempat, mama tak hantar. Tak bolehla nak sedih2 lagi. Bagi dia kuat sikit. PApa je sorang yang hantar. Alih2 papa plak yang sedih lelebih hari tu. Haha!




Hari-hari seterusnya dah tak ambil gambar. Kadang2 camera tak bawak tapi most of the time sbb nak focus consoling her. Hari ni pun tak ambil gambar.




Hari ni Azra sweet sangat pakai baju kebaya pergi sekolah. Sampai2 je semua kawan dan aunty puji baju Azra cantik. Yang paling hebat adalah.....




AZRA TAK NANGIS DAH!!!!







Yeay!! Tadi aku hantar Azra sampai dalam. Teman dia kejap then as session dah nak start, aku pass Azra kat aunty Zarena. Azra tak nangis hokay! Leganya hanya Allah yang tahu. Alhamdulillah sangat2. Hopefully berterusan lah hendaknya sampai bila2. Amin.

3 comments:

afid said...

wa...hebat la azra..
budak kecik x yah pakai uniform eh kak dong

Jojoe said...

La.. ko nanges ke ms sms tu. Aku tatau pon..

takpelah the worst is over. Go Azra! Kalo rajin pakai bj kurung nti auntie bagi ok..tapi kalo senget2 jgn bitau org tau . Hehe.

Arena said...

Alaa syiannya azra dan mak azra. ,hopefully u all ok lepas2 ni.