Tuesday, January 10, 2012

Alahai Azra....

Dalam entry sebelum ni, aku cerita macam mana perasaan aku sebagai mak yang gundah gulana tatkala menghantar anaknya ke sekolah pada hari pertama kan? Ingat lagi tak? Ingat lagi tak yang aku dok nangis lepas hantar Azra tu? Ingat lagi tak yang lepas tu teacher dia sms yang dia okay tu? Then korang bgtau la yang aku je yang lebey sebenarnya Azra tu okay je kan? Oh no...I was thinking the same thing too!!!

Unfortunately it was not the case ler.

We were really under a lot of pressure on our first week of school and I hate to say that it continues until today. Huhu. Before I proceed, please don't judge us. Don't compare us with you. Or with anybody else. Because human beings are not identical. Your 2 year old might be okay je making new friend in a totally new environment (macam Ish and I salute her) but trust me there are kids out there yang memang susak nak gel in. And my dear Azra falls under that group. And we do not have much option when it comes to child care. I also don't want to compromise on her safety when there possibilities that Acik Julie tanpa lesen bawak Azra naik motor, biar Azra keluar ke laman rumah berseorangan etc.

Azra ni periang sebenarnya. Dekat rumah babysitter, dia memang tak nangis kecuali kalau ada hal seperti injured ke, kena cakar kucing ke or anything like that la. Nak susu, minum, makan or berak pun Azra tak merengek especially bila dia dah start pandai cakap ni. Masa hantar rumah babysitter atau masa amik pun Azra memang takde hal punyalah. Kat sana ramai kawan, ramai kakak, ramai abang yang dok layan dia main. There are times masa hantar tu, menonong je tak dan nak salam or babai kitorang pun. Ini sangat berbeza dengan pergi sekolah. The other kids also budak baru. BBIM sini baru start sesi 2012 ni. Semua orang pun kat environment baru la kiranya. If you are sending a six year old or even a five year old, mungkin mereka dah mempunyai keyakinan diri yang lebih baik berbanding my two year old Azra. Semua orang pun tengah making new friends. Manalah anak I pandai berkawan lagi. Lagi2 Azra ni agak picky bab choosing friends. Adoiya...

Petang hari pertama tu, Rul desak aku ambil Azra ikut time yang telah ditetapkan. Pukul 6 yo! Tapi mak Azra dah tak sabar nak ambil anak balik sekolah. Selepas diugut untuk ditinggalkan kalau tak siap cepat, akhirnya papa mengalah. We reached school at around 5pm. Nasib baik kitorang sampai sedikit awal. Gate tak kunci tadi aku terus masuk kawasan sekolah. Dekat pintu yang bergrill (dan berkunci ofkos) ada few kids terjenguk2 mungkin sama-sama tak sabar nak balik rumah. Aunty Zarena was in front the door about to go out rasanya. I asked her, how was Azra today? That is when I've been informed that Azra nangis.....huhu...banyak kali plak tu...alahai...sedihnya bergenang je mata ni ha. Masa tu, bila Azra nampak je mama, terus dia lari sambil nangis kuat giler. Memang takut sangat, sedih sangat la anak aku tu. Kesian Azra....Aunty Zarena bgtau, mula2 Azra memang okay tapi at one time tu, bila ada budak lain start nangis, Azra pun nangis sekali then jangkit2 kat budak lain terus jadi sekolah nangis. Susah hati betul aku. Posted kat fb via phone je la sbb laptop ni plak elok je nak crashed time2 penting cenggini.

Masuk kereta Azra memang melekat je la peluk mama taknak bagi lepas. Tapi dia dah tak nangis masa tu. I felt so guilty masa ni. Betul ke decision aku ni? Only Allah knows. We were thinking of celebrating her first day of school with some cakes or brownies at SR (memang dah plan sebelum tahu dia nangis2 tu la) tapi later we decided to bring her to McD sebab ada playground. Terubatlah sikit agaknya kesedihan Azra. Then I rasuah dia lagi pergi jalan2 rumah atok. Walaupun kat sekolah tadi punyalah berdrama nangis kan, tapi Azra kelihatan sangat gembira time tu. In fact extra normal dari biasa. Boleh plak cerita dia nyanyi clap2 hand semua. Suka nak sekolah ke tak ni? Dah mak dia ni confuse. Nenek cakap maybe Azra risau sapa nak cebokkan dia berak, sapa nak mandikan etc sebab dia tak kenal cikgu2 tu lagi. Based on nenek own experience masa jaga Azra on weekends yang aku kena kerja, Azra memang risau kalau dia berak, dia gelabah cari kitorang. Alahai...besar betul masalah Azra nih!

Then hari kedua persekolahan pun tiba. Hari kedua, Azra ada both mama dan papa yang hantar dia. Mama teman Azra sampai dalam sekolah. Azra tarik tangan mama nak tunjuk blocks yang dia main semalam. Memang seronoklah dia main and later we were joined by few other kids. Ada Irsa, Marsha, Aleeya, Dania and few more and tak sempat nak tahu nama. Memang ler Azra yang paling kecik kat situ (but later I tahu ada sorang lagi sama kecik & age dengan Azra). He was okay je main dengan kakak2 tu sebab mama ada kat sebelah. Sampailah masanya when the teacher announced that parents need to leave the premise as session was about to start. I tried to convince Azra that it should be okay, mama is just nearby and she has teacher to take care of her. Tak jalan.....

Pujuk punya pujuk, last2 I have to paksa her pergi dengan cikgu2. Memang meraung sakanlah Azra. Tadi punya dok ceria2 ni sekarang tengah nangis guling2. Adoiya...ada hati tak mama nak tinggal? Tapi apa option yang kitorang ada? Jalan je la...

So, dipendekkan cerita, sampailah pagi tadi masa aku hantar Azra, dia akan nangis masa aku tinggal dia. Masa bangun pagi nak mandi, pakai baju sampai sekolah okay tapi bila ada hint2 sesi nak mula dan bermakna mama has to leave, terus melekat anak aku! Balik pun macam tu. Nangis sakan masa nampak kitorang kat muka pintu.

Tak tahulah sampai bila. Aku sebagai ibu, hanya dapat doakan agar Azra cepat dapat kawan, cepat sesuaikan diri dan dapat enjoy sekolah dia ni. Dan walaupun hari2 terawal tu Rul bertambah tension sebab nak fikir anak nangis kat sekolah, bini susah hati nangis plak kat rumah...hehe....tapi secara keseluruhannya, dia memang suami dan ayah yang baik. Aku dah semakin tabah sekarang. Pagi ni pun aku dah tak emosi lagi. Hehe. Agaknya Allah makhbulkan doa aku sikit2. Amin.

8 comments:

dokterFaryn said...

dulu masa first time hantar cik puan pergi sekolah, cik puan memang akan buat aksi-aksi yang buat kite pikir betul ke dcision kite ni.

but trust me, she'll be okay. just need some time. nanti dah lama-lama, tak sabar-sabar nak pergi school. then asyikkkk menyaaaaaaaaaaaaaaaaaaanyi tak henti-henti. hehehhe.

LiLithFaiR said...

siannnyer azra, bole bayangkan perasaan u ngn azra, sabar ye beb... i think opinion ur fren kt atas tu ade betul2nyer, lama2 dia akan get use to it kot...we'll see

Farazila Wahab said...

hmm siannye... kasi tempoh sebulan dulu tengok macamana....
Banyakkan doa untuk azra... doa ibu untuk anaknya tiada hijab... insyaAllah makbul...

Papa, Mama & Azra said...

Thanks Faryn. Your comment metingankan sikit beban di dada. Tapi memang betol, today dia tak nangis dah masa nampak mama kat gate. Alhamdulillah. Trick ambil awal pukul 4 menjadi nampaknya.

Papa, Mama & Azra said...

Lilith_fair - Insyaallah I sabar. Orang kata I je yang fikir bukan2 but actually dia okay. Kalaulah begitu takdelah I nak merisau bagai. Sapa tak kesian kat anak kan?

Papa, Mama & Azra said...

Thanks Fara! Walaupun dia nangis2 tu, ada gak benda2 baru yang dia buat. Yang paling ketara, cakap makin banyak vocab hasil campur gaul dengan kawan2 baru. Tapi setakat ni masih bahasa melayu la belum lagi keluar bahasa omputeh nyer. Tu je la yang kuatkan tekad aku hantar sana.

mama adaman said...

sabar ijan.... budak2x nie lama2x bila dah rasa serasi.. pahtu bila sampai sekolah kawan2x dok panggil nama dia ..mesti dia akan nejoy tuk ke sekolah... takes time...insyaALLAH Azra boleh....tapi unsur rasuah kena ada.... mcm adam kadang2x tu mai angin tak suka nak ke sekolah ada gaks..so rasuah balik sekolah singgah cari buku ker, pencil ker.. kopak laa skit woo ari2x pi...:)bukan beli utk adam jer..kena beli gaks utk angah dan baby anas...

Jojoe said...

ok la tu.. bnyk doakan azra.. nti lama-lama mesti suka gi sekolah. kes anak aku tu mmg takde masalah pegi sekolah, tapi hal lain pulak yg aku pening pala.. nti bc kat blog aku eh.