Macam ni la rupa bubur oat yang aku makan tu. Kononnya sekarang dah taknak makan nasi. Untuk lunch akan makan bubur oat yang macam ni. Breakfast dan dinner plak makan roti multigrain dengan tuna. Hihi. Gigih tak gigih?
Oat tu aku buat guna 4 sudu makan oat campur dengan 200ml air. Gigih kau menyukat air guna botol susu Azra. Haha! Then masa dah nak masak, aku bubuh garam sikit supaya ada rasa masin2 sikit. Yang hijau2 tu sebab sebelum angkat aku letak daun sup. Memang sedap dan sama je perasaan macam makan bubur nasi. Masa ni aku makan dengan bilis goreng letak bawang dan cili padi, ikan bawal stim limau, cendawan masak lemak dan akhir sekali ikan tongkol rebus pastu goreng. Sebenarnya lauk tu pelbagai sebab nak memenuhi keperluan Rul dengan Azra gak. Kalau ikut aku je, bilis goreng tu pon dan marvellous kot.
Yang lagi bagus makan oat ni sebab kau takkan nak bertambah punya. Nak habiskan pun macam dah seksa. Hihi. Terkulat2 aku ni ha kat meja makan. Kalau tala bubur nasi, kalau aku ler mahu sampai 2-3 kali bertambah. Macam kurang kenyang je selagi kat periuk tu ada lagi. Hehe. Aku mula2 buat 5 sudu lagi lar susah nak habiskan. So aku kurangkan sesudu. Cukuplah nak kenyang sampai dinner time. Aku suspek oat ni lambat hadam kot sebab tu tak cepat lapar.
Yang aku guna roti multigrain untuk breakfast tu pun bagus. Cukup kenyang tak perlu snack sementara nak tunggu next meal. Muajarab gak la bagi aku.
Stok oat kat rumah dah habis. So dah seminggu aku makan nasi. Haha! Tapi masih terkawal la takdelah melantak macam sebelum ni. Nantilah kalau rajin, aku mula balik makan oat nak ganti nasi. Pastu aku nak cuba masukkan oat tu dalam kuah sup. Sure lagi mantop rasa dia. Aku try makan dengan tomyam sedap gak. Korang dah cuba?
15 comments:
ewah. program diet masih sakan berjalan yer ! chayok ! :)
Masih! Masih! Tapi takderlah diet kuat mana Ztee takat jaga makan je. Masih gak kenyang ni ha. Orang diet tu tahan lapar tapi sebab perut mama Azra dah biasa isi penuh2 mana tahan nak berlapar. Haha!
alolo..apid tak tahan la kak dong..maunya nasik jugak..
Apid dah cuba belom?
ok pid rasa bubur oat tu mcm bubur nasik gak.. bleh makan dgn lauk2 biasa. cepat masak pulak tu kacau2 atas api je..
aku kalo mkn oat ni suap sekali dgn ish, dia mau makan.. so aku pun puas ati jugak la sbb healthy food high in fibre. asek bagi nasik je.. karang jadi mcm aku.. x dpt nasik mengaruk.
aku still x reti-reti masak ikan tongkol.. hehe
Azra taknak dia luah balik tapi dia tak semestinya dapat nasi everday. Kadang2 aku bagi pasta je, kadang2 mee, kadang2 bread so ku kira oat ni pelan2 kayuh nak bagi dia biasa.
Jo, yg hari tu tak fresh kot. Lagi satu, kau pilih yg badan dia ada corak2 lawa sket dengan misai dia panjang. Yg tu taste better sikit2 macam tuna dari lautan sejuk ahaks. Aku suruh org kedai potongkan sampai rumah aku tinggal cuci je.
Aku dapati ikan tongkol yang direbus macam cara nak buat gulai nasi dagang tu adalah sangat best digoreng juga.
Susah2 sangat Jo, ko heret je Z short getaway to Kuantan. Kat sana ada banyak kedai nasi dagang gulai tongkol. Tanya cekna yg mana satu paling syiok.
Erk...tapi org diet takleh makan nasi dagang. Lemau...
kan? aku dah agak boring diet.. i want my 3 times meal per day balik!!
tp belum kurus2 ni camne?? bencik la.
Kau turun tak? Ko kena cekal babe. Tunggu dapat figure idaman then makan 3 kali balik eyh. You can do it!!! Yes, you can!!!
apid selalu la dulu makan yg 3 in 1 tu tapi sekejap yo..rasa melekit2 gitu. tapi kalau gigih diet larat kot sbb dulu tahan 3 bulan breakfast hari2 oat 3 in 1. pastu baru ni ada cuba..macam nak pengsan menengok rupanya..hahha
Yang versi tu pun akak tak suka Pid. Seksa la nak makan dia rasa cam lendir2 cam makan gam. Tapi versi bubur ni sedap tau. Ermmm...taklah sedap macam nasi tapi boleyla.
Post a Comment