Uniform baru collect semalam. Tak sabar2 malam tu taknak pakai pj, nak pakai baju Azra!!! Ikut kan jer la.
Kitorang sampai awal. Aunty Sara belum sampai. Ahli sukan tonet taknak memberikan kerjasama. Huhu....layanzzz....
Kemeriahan di meja pendaftaran.
Apabila aunty Sara telah tiba dan kakak Irsa juga ada sedang menunggu giliran untuk ditransform menjadi anak burung. Hihi....pilih bulu ahli sukan tonet nih.
Serkup kreatip yang mendapat pujian ramai. Sangat comel nasib baik takde size besar. Hehe..
Sedang menunggu giliran untuk kesan khas lebih berkesan at the face painting corner!!!
Lukis pakai celak. Nak berwarna-warni macam face painting borthday party tak dapatlah nak. Mana sempat ramai kot anak burung yang memerlukan perhatian.
Makin aunty draw, makin turun level kepala anak burung tonet.
Erk.....kerat ni je rumah silver???!!! Mama nak balik....!!!! Serious dia memang ajak aku balik. Hahaha! Giler.....mahal kot aku bayar satu kepala RM100 untuk sport day, baju sukan RM50.
Mana syok beratur dalam barisan. Celah kangkang mama saya lagi besh!
Last2 aku bagi signal kat aunty Akmal. I am leaving tau. Kalau tak sampai la dia melekat. Burung tonet memang terkenal dengan sifat malu2 kuceng.
Macam tangga beratur ikut ketinggian bukan ikut usia.
Azra beratur belakang maskot kakak burung. Belakang Azra is Mujahid. Dia baru setahun lebih yo!
Maskot cum pemegang sepanduk sebab burung tonet enggan jalankan tugas. Haha! Rumah silver representing 20 burung junior Kota Kemuning.
Eh papa, mama mana? Sambil cebik2 mulut. Mama nyorok dalam dewan...hihi...
Beberapa saat sebelum perarakan rumah sukan bermula, burung tonet dilaporkan telah menangis tersedu2 kerana kehilangan ibu burung.
Walaupun guna camera phone jew, saya tetap nak try zoom. Haha! Alhamdulillah burung tonet boleh tahan juga tahap kendiri beliau. I give you 5 star my darling! Yang nangis belakang Azra tu Mujahid yang tadi berdiri belakang Azra dan kelihatan amat macho sekali. Hihi. Biasalah standard budak2 playhouse memang berpeluh aunty nak handle. Patutlah kena bayar mahal.
Sampai ke la Mujahid gagal ditenangkan. Akhirnya beliau dikecualikan dari acara. Nasib baik ianya tidak berjangkit ke anak burung tonet saya. Phewwww....
Sangat comels pelbagai persembahan anak2 yang comel2 belaka. Masa chicken dance beramai2, parents pun dijemput untuk turut serta. Masa ni tengah ada gymnastic show atas stage dengan lagu You are beautiful. Hip sungguh BBIM yo!
Acara playhouse yang disertai oleh anak burung tonet. Guided by aunty Ena. Mama lompat2 pom pom awak tau!
Kena pilih and arrange color coded worm and put into the coloured container.
Then junjung beras atas kepala and berlari ke hujung line.
And perlu letak beras ke tempatnya semula.
Bunyi menangis lebih kuat dari yang bersorak. Haha.
Yeay!!! Azra dapat hadiah! I am obviously a proud mom to the anak burung tonet.
Bangga tunjuk trofi and medal yang dimenangi. patut share dengan aunty Ena kot hadiah ni darling? Hehe.
Bersama Ahmad Muhsin. Mulalah berangan2 anak jadi ahli sukan ternama. Ngagagagaa....
Kami dibenarkan pulang sebab acara dah tamat. Bagus BBIM. Punya anak kecil mungkin mereka stress dalam situasi meriah begini lalu acara untuk playhouse diselesaikan awal2. Thumbs up!!
Tapi Azra memilih untuk memberi sokongan kepada abang2 dan kakaks rumah silver! Majulah sukan untuk rumah silver!!!
Kui kui....jadi tukang jaga bag rupanya. Haha!
Cubaan mengkelebet bag orang.
Happy tengok Azra boleh mingle around. Walaupun agak pemalu tapi agak berani. Well done darling!
I masuk acara untuk mak-mak burung yo!!! Tapi I kalah :( Hihi....
Rul menang deodorant untuk acara bapak-bapak burung! Hebat londeh semua benda sebab nak buat line paling panjang.
Selain itu, ada acara treasure hunt untuk whole famili. Kami kalah!
Ada juga acara cabutan bertuah dalam 20 nama kot naik. Kami langsung takde tuah!!!
Kesimpulannya kami enjoy giler degan event ni. Penganjur juga buka gerai bagi memudahkan parents yang tak sempat bawak bekal etc. The food pun not bad. Tahulah kadang2 event macam ni makanan semua pun hampeh dan tak sihat. Tapi here was ohsem. Ada khemah kat luar untuk kita makan masa break. Selesa tak panas. Dalam dewan ada aircond takdelah berkuap nak tunggu anak2 habis acara. Acara pun tak meleret2 memang betul2 timing cun macam yang ditulis dalam itinery. Walaupun BBIM adalah Islamic school, mereka juga moden. Lagu2 yang dimainkan catchy, kids buat chicken dance tu semua adalah sangat comels. Takdelah terlalu jumud, budak2 lagi kan apa salahnya pun bergaul lelaki perempuan. Ada certain Islamic school, acara asing2 macam tak fun la. Tak paksa kids pakai tudung. Belum wajib pun nak tutup aurat. Teachers BBIM semua memang ohsem. Memang nampak pro dan comel2 mereka sukakan kanak2.
Overall, saya adalah pelanggan yang telah dipuaskan (I am a satisfied customer) :))))
17 comments:
ohsem!!
aku sukala nama mujahid. hihi
ohsem gak!
comel azra..
yg penting azra sangat memberikan kerjasama dan semangat yang jitu.
enjoy kan dong.. aku tahun lepas 1st time anak sukan..poyos je sampai awal.. cikgu2 baru nak hias khemah.ermmmmmm...thn ni dua2 sukan. tapi tah bila tah..tak ckp pun.
aku rs kiut sgt azra pakai gym wear ni.. ada size pulek?
ishq last year tetiba balik bawak trofi kecik sports day. ko x blur? bileke pulak sports day ni?..
mujahid tu baru 1+.. dah join. takpe autie applaud sbb bole join beratur. next year main game pulak ok.
*tetiba
cute dgn sports shoe kuning tu. sedondon ja.. bau kedai ke? hihihi
ko alert sampai ke kaki azra ye joe..hahahaha... baru kuar kedai lah tu kott..hehehe.
aik joe, cikgu tak bagi surat ke ishq tak bagi ko baca surat? tapi kalau sport day selalu sabtu ahad.
ko alert sampai ke kaki azra ye joe..hahahaha... baru kuar kedai lah tu kott..hehehe.
aik joe, cikgu tak bagi surat ke ishq tak bagi ko baca surat? tapi kalau sport day selalu sabtu ahad.
suka entry ni..bnyak gambarsss (menunjukkan banyaknya)
sports day tipu-tipu la kot.. x pun cikgu jumpe kat stor bagi kat dia. haha!
Ahmad Mujahid tu lasak tau tp aku rasa dia panik kot branch KK combine sukan dengan branch shah alam. Branch KK cuma ada 20 geng. Branch Shah Alam punyalah ramai student. Mana tak panik kan tetiba. Tp kat sekolah, dia tak nangis pun. Sangat berani walaupon baru.
Aku pun awal Dee. Event ni buat kat dewan Ciast. Taknak datang lambat sbb taknak rebut parking. Dapat park depan2 dewan lagi. Tapi takderlah tahap baru nak pasang khemah. Itu memang sangat majulah sukan untuk negara. Hihi.
BBIM ni selalu uniform dia tak porpotionate. Lantak eja cam harem. Kui. Baju tu dah okay tp Masyaallah track bottom dia cam size budak kaki galah. Size tag sama xs. Sib baik ada cekak so nampak siuman la jugak. Azra loves this uniform tau. Alhamdulillah anak aku takderlah diva taknak sama dengan member lain. Hihi.
Jo, agaknya Ish dah terlepas sport day kot last year. This year ni kau bawaklah dia join. Best kau aku bergenang air mata tengok house parade....masa nyanyi Negaraku....sib baik Rul tak perasan. Owh!
Sport shoe lama der raya tahun lepas kot aku belikan tp muat sampai sekarang. Tak nampak tapak tu dah kerak? Tanda rajin jogging. Haha. Tak bau kedai, bau stokin busuk sikit2. Hihi. Kebetulan plak matching dengan baju sukan.
Dee, sayang semua gambar ni nak printout esok dah faham boleh aku tunjuk. Hihi.
comel sangat anak2 burung tonet bersukan..hihi
comel :)
Thank you aunties!
Post a Comment