Dekat BBIM, walaupun sekolah menggunakan konsep montessori dimana student tidak perlu melalui sebarang ujian penilaian tetapi masih ada kaedah yang digunakan oleh sekolah untuk menilai tahap keupayaan setiap pelajarnya. Kalau tidak, susah juga kita nak tahu anak kita okay atau tak. Dalam setahun aku rasa ada 4 kali sekolah akan share perkembangan anak2 kita di sekolah. Memang haru. Aku dok imagine aunties BBIM akan bagi komen Azra susah nak dengar arahan. Hihi. That's her at home okay! Kalau dia nak suruh aku ajar dia 123 (yer, you read it rite! Azra yang minta aku ajarkan.), aku kena bagi arahan dengan jelas dan nyata, pandang mata, cakap kuat sikit, barulah betul nombor2 yang dipilihnya. Dah la aku tengah nak tengok Adnan Sempit II nih! Kalau lembut2 je cakap, mahu aku dimain2kannya berapa kali da nak cakap tu nombor five? Memang mencabar budak kecik nih. Agaknya sama lebih kurang dengan anak2 korang ler tahap kritikal Azra ni. Depan orang je beliau lebih naive. Hehe.
Sebab last week Azra MC dua hari, maka lambatlah kami dapat laporan dia. Rabu dengan Khamis Azra stay at home je dengan mama. Jumaat tu nasib baik mama ada training terpaksa hantar. Kalau tak, memang cuti panjang lagi la beliau. Petang tu punyalah excited masa amik Azra sebab aunty Akmal serah laporan Azra. Fewwit!!! First time baca report card anak yo! Hihi. Harus terlebey... :P
"Azra is a shy child. But she listens and follow instructions very well. She shows respects to adults/aunties and her peers. She organizes her work materials commendably. She needs to develop her self confidence. Insyaallah!"
That is what written on the first page of her progress report. It's under Exercise of Practical Life dan Sensorial Education. Hahaha! Good girl anak mama sopan santun orangnya. Good job sayang! Future wanita melayu terakhir yo!
"Azra enjoys rhyming and rhythmic activities."
Patutlah asal dengar lagu joget je dia ajak aku menari. Memang haru. Hihi. Azra memang kena belajar banyak under Language Learning. Yer la, bukan senang nak translate dari Malay jadi English. Walaupun tak banyak yang Azra dapat achieve, tapi adalah sikit2 aku tengok dah mula keluar sebiji dua perkataan omputeh. Baru semalam aku dengar dia marah cousin dia guna instruction, now abang, now! Eyh..
"Azra can say some number in familiar context such as nursery rhymes"
Bagi subject Maths, hurmmm....Azra memang tahu kira (up to ten, up to sepuluh) but I think at her age level, dia masih tak boleh apply dengan penggunaan yang lain. Tapi yang aku confirm, dia kenal sangat number 8, 9, 6, 7 and 0. Nombor yang lima ni macam mana aku putar pun, dia dapat cam. Aku suspect kat school aunty ada ajar dia sampai 1-5 ikut kaedah lain tu yang ikut kaedah aku terus dia bertambah confuse. Ngagagaga...
"Azra is trying to recite duas such as dua before and after eating. She often look at others for help or clues on how to do things."
Ini komen aunty untuk bab Islamic Studies. Memang pun. Walaupun Azra dah hafal doa makan, tapi tetap susah nak suruh dia baca sebelum makan. Selalunya Azra repeat baca doa masa dalam kereta, masa tengah nak tidur, masa tengok tv etc. Masa makan, kalau kitorang yang baca, lagi la dia macam malu2 kuceng. Dah la aku ni boleh tahan sellau gak lupa baca doa makan :P Masa solat pun sama, memang malu2 je nak sarung telekung. Suka solat sendiri. Hihi.
"Azra shows curiosity and interest by exploring surroundings" - Science & General Knowledge.
"Azra enjoys physical activities tremendously." - Physical Education.
"Azra tries to sing simple song from memory." - Creative Subject.
Adoiya. Secara keseluruhannya, agak stress membaca progress report tersebut. Berpeluh wa. Under each subject tu, BBIM senaraikan all the modules with your kid's accomplishment and rating. For accomplishment ada Introduced, On Going & Completed. Of course la Azra got nothing completed. Huhu. Under Rating ada Need practice, Improving, Good, Very Good & Excellent. Most of modules that Azra undergoing is still under Need Practice. Huwaaa!!! Memang stress anak aku tak belajar apa2 je hey? But then, bila aku belek2 balik report tu, hihi...rupa2nya tu standard template for everybody attending BBIM. Anak umur 2 tahun ka, enam tahun ka, itulah satu2nya list yang digunakan. Patutlah semuanya tak achieve yer yayang oi. Ni senarai modules untuk abang2 dan kakak becau jugak rupanya. Huhu....takde yang lebih specific ke? Stress makcik. But I guess, aku kena selalu ingat objective aku hantar dia sekolah. Silap percaturan, anak aku plak yang stress. Takmau...takmau...
6 comments:
well done Azra...at this level janji dia enjoy pi school pun dah cukup bagus tu...yaya lagi hampeh...no hafal tapi x kenal camno?
Betul tu aku setuju tp tu la kadang2 terlupa mengharap sangat anak kita jadi lil einstein. Dah maknyer pun ni tak berapa saintis, macam mana la nak dapat anak kepala rambut kerinting tegak2 ye dak?
Okey sgt kot aku rasa.. dia baru je join.. and amats muda. Ishqi dah join lama.. hafal tapi tak kenal camne? Ke bila aku tanya.. dia wat ngada-ngada tetiba x reti..
Masa last year 2 kali gak dorg panggil utk sesi jumpa parents ni. Aku pulak yg rasa.. agak hassle, like.. perlu ke asek jumpa je ni(hehe) baru kindy kan.. seriously no high expectation sbb nak dia enjoy pegi school je dulu. So bila teacher tu mcm berhati-hati with her words nak bgitau kelemahan anak aku.. aku cam angguk2 je.. dia takut aku marah kot hehe. Not so serious lah.. Tapi lately nampak mcm dah ada improvement sket bab mewarna. Dulu conteng2 satu page.. skrg dah boleh tumpu kat satu objek.. kaler sampai penuh wpun terkeluar garis. Okeylah.. baru 3 tahun. Tetiba cite psl anak aku..heheh. Excited kan.. :P
Derang (Ish n Yaya) ni dah tahu kot ni tp ikut cara ajaran sekolah. Bila kita tanya cara lain, dia belum pandai apply knowledge dia. Azra sebijik macam tu. Hihi. Aku stress sbb banyak betol silibus dia sampai 7 page tak specific for 3yo. Hasilnya semua benda pun Azra tak achieved. But as u said, takyah risau. Azra ada 4 tahun nak completekan pre-school dia. Hihi.
well done azra... mesti mommie die bangga gilerrr laaa... =)cayalah
Lina, mama Azra kalau apa pun tetap bangga. Haha!
Post a Comment