Friday, December 6, 2013

Saudara Seibu Sebapa

Sejak dulu, aku selalu berfikir tentang bagaimanakah nanti apabila Azra sudah punya adik. Berdasarkan cerita kawan2 yang lain, penerimaan anak pertama apabila bayi kedua sudah berada di depan mata adalah berbeza2. Sebahagian besar rakan2 yang punya anak lebih dari seorang tidak berdepan masalah cemburu atau perasaan persaingan atau mat salleh panggil sibblings rivalry. Tetapi ada sebilangan yang berdepan masalah tersebut atau masalah2 yg agak berlainan tapi punya persamaan dengan jelousy dan rivalry. Sebagai ibu dan bapa yang sudah tentu inginkan pengakhiran yang baik2 utk anak2, maka salah satu subjek yang aku pelajari adalah bagaimana mengelak dari berlaku perkara tersebut atau sekurang2nya persediaan yang boleh dilakukan jika ianya benar2 berlaku.

Pertamanya aku harus faham sibblings rivalry adalah normal. Adalah normal jika Azra berasa kedudukannya sebagai fokus dalam keluarga kami terancam dengan kehadiran baby Iman. Aku kena faham yang apa yg Azra rasa nanti tidaklah bermakna Azra bukan kakak yang baik atau belum bersedia untuk punya adik. Afterall, Azra jugalah yang tak habis2 pressure us untuk cepat2 bagi dia adik ;)

Antara perkara yang akan aku lakukan adalah seperti berikut:
1. Aku nak kenalpasti apakah yang Azra betul2 suka dan akan hargai kalau dia dapat benda tu. Ini adalah kerana aku nak beli barang tu sebelum bersalin nanti dan akan aku balut cantik2 dengan pembalut warna kegemarannya dan hadiah tersebut akan jadi salah satu benda yang aku akan pack ke hospital. Pada pertemuan pertama Azra dengan baby Iman, aku akan berikan hadiah tersebut pada Azra dan nyatakan pada Azra yang itu hadiah istimewa dari adik untuk kakak.

Langkah kedua dan seterusnya akan aku update from time to time. In shaa ALLAH...

No comments: