Friday, March 16, 2012

Kay Dalam Kenangan Sep 2002 - August 2011

Asalnya aku nak tulis komen je kat entry kau Jo tapi terlalu panjang terus aku cut and paste jadikan entry kat sini.

Kay aku baru last week owner baru datang sampai rumah sebab sangkut urusan tukar nama. Aku kan dah let go dia last year bulan lapan. Sekali sampai ke la belum setel rupanya. Nak dijadikan cerita aku plak tukar IC yang baru tu, teruslah sangkut takleh proceed kat JPJ. Mak kan excited. Bila JPN announced ada format IC yang baru, mak terus terjah kaunter JPN nak. Borang yang aku signed dengan salinan IC jadi tak samalah dengan IC dalam sistem. Muahahaha! Rupanya used car tu tak terus tukar nama eh.

Hehe gasaklah korang....

Aku sayang giler Kay. Dah merata tempat si cilik tu menjelajah kau. Ingat tak kita overnite kat Melaka untuk wedding Leha naik Kay? Kay pernah sampai Kuantan at least 2 kali. Layan selekoh Karak Highway selamber. Pernah gi Batu Pahat banyak kali rumah in laws adik aku. Pusing2 sini Klang, KL & Shah Alam toksah cakaplah. Walaupun Yaya Rul ada je elok tapi aku prefer ke mana2 berhimpit2 dengan Kay.

Kay kereta pertama. Aku beli Kay sebab konon mudah masa tu baru nak belajar amik lesen driving. Dengan lekat lesen L aku berani berani takut drive dari Puchong balik Jalan Kebun. Kena hon dengan lori sebab bawak 60km jew. Haha! Sengal. Sekali sampai almost 10 years aku sangkut dengan Kay. Nak beranak pun naik Kay je tau ulang alik SDMC tu. Sangat tabik spring bil hospital bayar sendiri (company tak tanggung) tapi hanya mampu naik Kay jerk tau haku.

Hehe.

Masa nak jual memang melankolik tapi what to do dia cilik sangat tak muat carseat Azra. Huhu.
Kay sekarang kat Kota Bharu. Pakcik yang beli dia tu nampak baik. Hopefully dia dapat sayang Kay sama macam kitorang sayang Kay. Hopefully Kay tak buat perangai la kat sana kang kena humban Sungai Golok sapa nak jawab.

Hihi.

6 comments:

Jojoe said...

last kitorg naik masa bulan puasa last 2 years kah? gi pasar juadah carik nasik ambeng dah habis.

dan aku paling x bole lupa masa pegi kawin izat dgn Kay. Lawak gile ok sib baik x kena tendang kuar kete.. maklomlah aku x de kete lagi time tu hehehe...

ada 2nd entri kah pasal cik puteh pulak?

dee said...

Keta aku maktam lah kot..wakakakaka.. Ciktam boleh..nampak muda sket.

nonie said...

Sakan korang bagi nama kete ye...:)

dee said...

Jojoe bg nama beyonce which aku rasa lg best...wah..

Papa, Mama & Azra said...

Jo, skg aku dah terel hokay drive pakai highheel pon boleh! Haha! ib baik kete aku, kalau kete orang, sure dah kena sepak. Haha! Btw, aku pernah drive Kay sampai JB. Pusing2 cari Hyatt JB tak jumpa last2 aku check in kat Puteri Pac. Hihi. Naik kancil hokay!

Papa, Mama & Azra said...

Haha Dee, Alza ko kaler itam eyh. Aku nyer kaler Putih. Setakat ni belum ada nama.

Nonie, bila sayang sentimental dah datang, automatic je nama tu terpanggil. Hehe. Kay dulu manja pasal tu kitorang sayang dia. Yaya plak kuat meragam pasal tu panggil nama macam anak bos aku yang juga kuat meragam. Haha! Kereta skg je belum ada nama sebab belum ada event. Hihi.