

































Kita main bedak pulak lah!!!
Member baru balik dari Taiping, rehat jap terus drive ke PD plak. Hihi. Pasal tu ler takleh cuti jauh2. Tu pon dah ngadu sakit badan macam nak demam.
Kitorang stay kat Ancasa All Suites Resort & Spa. Kalau korang exit dari hway, sampai kat roundabout Telok Kemang tu amik pukul 9. Hotel ni memang boleh nampak dari tepi jalan.
Nama dia gempak kan? Harga pun boleh tahan. Tapi aku rasa semua hotel kat PD ni mahal2 belaka. Tempat aku kerja takde panel kat sini jadi terpaksa redha je la kot. Yang ni pun murah sikit sebab ada groupon tapi kena add RM75 sebab kitorang check in during weekend. Harga groupon RM199 per nite. Aku dulu stay kat Hyatt KK baru RM255 satu malam. Rate company. So bila aku kena bayar more than that here, aku expect bestlah sikit tempat ni. Huhu.....jauhhhh....jauh sangat. Aku rasa kalau duduk tempat dah lama tak renovate, jangan lah nak harap yang indah2 kan. Tapi aku okay je sebenarnya. Laki aku yang fussy. Aku dah mood berkobar2 nak bercuti tapi sampai2 parking lot je tempat pilihan sudah kena kutuk. Spoil ler mood.
Nak check-in Ancasa ni kau kena park kereta kat Blok B. Tapi takyah bawa keluar bag2 kau semua dulu. Dan sila note derang takde tukang tolong angkat luggage. Berat mana pun bag kau, silalah hangkut sendiri. Tapi tunggu kau dapat kunci bilik kau dulu. Kad lobby Blok B ni ada 2 kaunter reception. Mengadap la kau sana. Masa checkin dia bagi 2 kad tuala. Haha! Kelakar okay dia kata kalau kad tu hilang, kena bayar RM30 satu kad. Kad tu kau guna kalau nak request towel kat swimming pool. Satu kad dapat satu tuala. Lepas pakai, kau pulang balik kat situ, baru dapat balik kad kau. Tapi aku tak guna pun. Kitorang bawak tuala sendiri je masa mandi pool. Dalam bilik jangan risau tuala ada disediakan.
Lepas bayar deposit semua, kitorang pun masuk kete balik drive ke blok A. Blok paling depan. Nak parking depan blok pun boleh, nak parking basement pun boleh. Tapi parking basement agak ngeri. Sunyi sikit dan ceiling level agak rendah aku terasa gayat je drive macam lalu bawah kolong. Hihi. Dan bertambah creepy banyak old furniture, unit aircond yang dah rosak derang longgok kat basement je. Kalau parking depan blok, senanglah nak angkut luggage. Kan derang takde concierge. Kalau parking basement, kena naik tangga satu level sebab lift sampai ground level je. Unit kitorang tingkat lapan. Lift blok A ni panjat macam siput so kena sabar sikit la yer :)
Suite haruslah ada ruang tamu.
Ruang makan dan dapur. Nampak bag putih kat hujung kaunter tu? Tu bag standard kitorang guna hangkut makanan. Kitorang dah terbiasa akan bawak makanan penuh satu bag kalau stay mana2. Masa berkampung kat Kuching ngan KK last year bag tu jugak sendat dengan bekalan maggi, tuna, keropok etc.
Katil twin gabung Azra tidur tengah2 jamin tak bolos.
Toilet standard. Tak gempak tapi taklah hampeh. Ada heater. Tapi face & hand towel tak disertakan.
Balkoni access dari bilik dan ruang tamu. Anak kecik macam Azra tak digalakkan melepas di balkoni. Sila beredar dan jangan lupa kunci sliding door.
View laut selat melaka from our balkoni. Boleh tahan.
Kitorang dah lapar giler masa ni. Dapat2 bilik terus tuju kat menu room service dulu. Jadi ler buat alas perut sebab malas nak keluar cari kedai. Eh kata nak jalan tapi malas ler pulek. Hihi. Rate makanan dia boleh tahan. Kitorang order sandwich dengan nasi goreng total around RM35. Tapi langsung tak standard food dia. Sloppy presentation and funny taste too. Aku order half dozen finger sandwich. Masa order aku tanya boleh combine filling dia tak? They replied yes. So aku minta tuna & egg. Egg sandwich apa yang korang imagine? Aku dok bayang boiled egg dia mashed letak mayo, salt semua betul la kan?! Sekali....yang sampai adalah roti tenyeh marjerin (yucks!) letak tuna, tenggek telur goreng letak lettuce and tomato. Dia susun 6 keping sandwich bentuk 3 segi keliling pinggan, letak coselow perasa bawang besar dan setambun kentang goreng sejuk. Huwaaa.....nangis aku tengok sandwich tu muka sedih. Huhu. Bila order sampai, aku buat2 excited la padalah...dah ler laki aku lagi kondem2 kan. However, kitorang gigih habiskan nasi goreng. Fries tu Azra yang balun. Kenyang ler jugak. Hihi.
Sebenarnya kalau rajin nak cari kedai pun senang sangat. Ancasa ni terletak kat batu 8.5 Jalan Pantai Telok Kemang. Sepanjang2 kiri kanan jalan pantai teluk Kemang ni memang banyak sangat kedai buka. Kedai cowboy jual nasi ayam pun ada. Lain kali sebab dah tahu tempat, aku tak order sandwich tu dah kot :D Cuaca pun tak terlalu terik okay je makan kedai takde aircond.
Mula2 ingat nak berendam pool plak tapi bila dah kenyang tu, masing2 pun jadi malas.
Budak kecik pun dah pandai melepak.
Aku tak berapa nak tidur. Kasi can je kat Rul nak rehat luruskan badan. Dia kan keje malam. Nasib baik awal2 dah beli magazine buat baca hilangkan boring. TV tak berapa nak best channel yang ada. Bolehlah takderla sangap sangat tapi HBO takde. Kasi can Azra keliling bilik je. Dalam pukul 5 lebih baru kitorang siap2 nak mandi pool. Tapi aku tak mandi. Malas nak baju basah2. Bagi Azra je la yang enjoy.
Sebelum terjun, kena usyar line dulu. Azra kan pemalu.
Pool kanan ni didominasi oleh budak lelaki. Ada satu kali tu derang main baling2 bola ketepek tepat kena kepala salah sorang baby yang tengah berendam kat situ. Adoiya kalau anak aku yang kena...huh...tatau nak cakap.
Pool kiri buat port orang dewasa dan kanak2 yang rasa tak macho la nak swim kat tpt kanak2 ye dak?
Azra amik pool belah kiri next too kolam orang dewasa. Kat sini didominasi oleh babies dan kanak2 perempuan. Lemah lembut crowd yang ada kecuali sesekali berdebur time derang terjun slide.
Aku duduk tepi kolam je malas nak tukar baju renang. Ada parents selamba masuk kolam dengan baju biasa tapi aku tak rasa macam nak join sama. Okaylah kolam ni setakat budak2 nak main air.
Dekat pukul 7 kitorang naik bilik. Plan nak keluar makan pas maghrib kang. Sekali masa tengah mandi, adik aku, Apid call. Derang dari Seremban nak balik KL saje datang nak lepak dinner sama2. Ni yang aku suka bila bercuti tempat2 yang familiar ada famili member boleh join. Baru meriah. Rul yang tadi sibuk ngadu rasa macam nak demam pun tetiba cergas terus bersiap.
Kitorang makan kat kedai2 tomyam dekat2 situ je. Nasreen seafood. Kalau nak pekena ikan bakar bagai, rosaklah percutian bajet kitorang kan? :P
Kedai takde aircond tpt kitorang plak jauh dari kipas. Terus kerinting rambut Azra basah dek peluh.
Main game Ninja fruit slice. Haha! Berebut dengan Azra.
Mana2 kedai pun kat area ni memang pack waktu dinner. Tapi servis dia not bad. Walaupun meja bersilih orang tak putus2, tapi taklah lambat sangat nak tunggu order kita sampai. Harga pun tak terlalu mahal. Aku cadangkan korang keluar awal kalau taknak tunggu lama2.
Lepas makan masa tu dah pukul 11 malam. Kitorang singgah jalan2 kat Pantai Telok Kemang. Ada banyak kedai souvenir kat sini. Masa aku pergi ni plak tengah ada karnival apa ntah. Siap ada konsert. Banyak booth jual macam2 barang. Tapi...satu pun aku tak beli. Hehe. Tujuan kitorang just nak lepak tengok laut. Jangan tatau dah dekat tengah malam pun ada orang berani mandi laut tau. Lepas tu main timbus2 badan dengan pasir. Budak2 muda kalau jumpa geng gitula tatau takut. Laut gelap hitam pekat tak nampak hapa kecuali ombak memutih memukul pantai. Kitorang just lepak main teka2 lagu then nyanyi2. Lepas tu kitorang gerak balik hotel. Adik aku plak gerak balik KL.
Esok pagi, kitorang bangun awal. Tapi malas giler nak mandi keluar cari sarapan. Haha! Azra pun macam tahu2 je sengaja bangun lambat giler. Papa kata Azra letih sebab swimming petang semalam. Sementara tunggu Azra bangun, kitorang belasah je bekalan makanan mana yang ada. 2-3 kali usik2 Azra baru dia bangun. Ha kau! Taik mata setempek. Nyenyak sangat ler tu. Hihi.
Dekat pukul 10 baru kitorang keluar. Ingatkan nak lepak pantai tp perut rasa lapar plak. Kitorang singgah kedai Asam Pedas. Pun dekat2 dengan hotel gak. Office mate aku kata menu lunch dia sedap. Dan murah. Kitorang makan nasi lemak je. Dengan roti telur. Ingatkan nak cari Blue Lagoon pas makan tu, atau kalau rajin nak jalan tengok Ostrich farm. Satu pun kitorang tak pergi. Haha. Instead, lepas balik jap cebukkan Azra yak, kitorang drive cari pantai. Tak aci la kalau pergi PD tapi tak tengok pantai kan. Hihi.
Tak mandi pun. Taknak hitam. Just bentang tikar tepi pantai bawah pokok.
Perati jiran piknik sambil makan keropok.
Pastu bebel2 sebab jiran tu badan dia kotor ada pasir melekat.
Azra dan mama kat pantai telok kemang.
Azra dan black kat pantai telok kemang.
Nasib baik ingat nak amik gambar bertiga.
Sepatutnya check-out pukul doblas tapi sebab sayang nak tinggalkan pantai, kitorang selamba balik hotel dah dekat pukul 1. Sampai2 je terus kemas2 dan pulangkan kunci. Nasib baik takde extra charge sebab late check-out.
Sebelum balik KL, kitorang singgah beli tshirt PD untuk Azra. Fridge magnet tak beli sebab tak jumpa yang PD punya. Percutian kali ni best sebab tak penat. Drive kejap je dah sampai. Sesuailah kalau korang cuma ada cuti sekejap je dan taknak penatkan badan.