Tuesday, September 4, 2012

Raya Yo!

Aku kat office. Pagi tadi ada training tapi ni ha dah habis. Sorang je pon yang aku kena train. Boleh plak tercicir dari rakan2 yang lain. Tapi memang kacang rebuslah kalau dah seketul je yang aku kena terangkan sampai faham. Kalau ramai-ramai, sampai hilang suara pun belum tentu derang boleh faham. Huhu....itulah nasib ku.

Dah 17 hari kita beraya eyh. Aku belum sempat nak resize gambar raya. Insyaallah kalau rajin, nanti2 aku uploadkan sikit. Bila lagi nak baju sedondon kenn..

Memang spent time beraya je la kitorang tapi idak ler banyak giler rumah yang dikunjungi. Cuma agaknya sebab clan kitorang ni kalau beraya jenis suka lepak lama2. Kalau boleh setiap jenis biskut raya tu mesti nak try apatah lagi kalau ada juadah2 ketupat, rendang, soto, nasi minyak dan lain-lain. Masa raya hari pertama kat Kuantan, adalah dalam 5 buah rumah Rul dok ulang makan nasi minyak je keje dia. Agaknya walau dah kenyang, hentak2 balik dalam kereta, sampai rumah seterusnya adalah ruang sikit nak spare. Hoho. Selain tu, kitorang jenis takleh berhenti nak berborak. Mak dengan bapak aku lagi ler. Agaknya rindu benar dengan adik beradik dia, punya liat nak angkat punggung nak beransur. Makcik2 pakcik2 aku pun letakkan syarat selagi tak makan nasi atau juadah raya derang, jangan harap leh balik. Muahahahaha! Macam orang mengantuk disorongkan bantal. Selain sedara-mara yang rapat2, kitorang spent time gak memenuhi jemputan open house dari sahabat handai yang sudi menjemput. Tapi taklah hari2. Setakat yang mampu je sebab bila bos dah mula keje, memang limited sangat masa yang ada. Yer la bos ai kan kerja atas jalan. Waktu malam plak tu. Maka kena gak berpada2 consider masa dia nak tidur etc. Walaupon dalam kete, depan adik2, depan kawan2 aku bebel papa Rul liat nak join menziarah tapi dalam hati ni ha, aku faham. Saje je nak gempak. Hehe....buat dosa je kan?

Tahun ni, kali ketiga Azra sambut Syawal. Tahun pertama dulu, masih baru nak belajar jalan. Ingat tak lagi mak super duper excited gi tempah kurung size 1? Tahun ni dah insaf tak menempah lagi dah. Beli je siap. Lawa jugak. Dan lagi murah rasanya. Lagipun size 2 banyak sikit pilihan. Azra ni, walaupun dah nak naik 3 tahun in a month plus2 time tapi masih ler size 2 badannya. Memang menten slim. Tapi chubby sikit dah. Takler becok sangat tapi dah bolehlah dengar ayat2 orang besar dari dia. Hari tu kitorang borak2 dalam kete cerite pasal dia takut kitorang tinggal dia masa open house BBIM, sekali dia mencelah, "Azra tak takutlah, Azra malu je.". Haha! Gelak guling2 kitorang dengar dia cakap macam tu. Pandai plak bagi alasan. Hihi. Btw, this year takde birthday party. Kitorang nak buat birthday trip je. Itu pon tak plan lagi. Entah2 stay satu malam kat anywhere in KL then buat trip ke Aquaria je. Not bad jugak kan the idea. Takyah jalan jauh dan tak penat badan. Hihi...boleh pulun mandi pool lama2. Atau berendam je dalam bath tub.

(Errr....tapi nak buat party kat BBIM gak :P)

Berbalik pasal raya, tahun ni aku dah niat nak masukkan hasil kutipan duit raya Azra dalam tabung Haji. Amik berkat. Habis 30 Syawal nanti kena cepat2 bukakan akaun untuk dia. Tahun lepas bertangguh2 tak masukkan akaun bank, sampailah aku terguna. Masa tu ingatkan nak top-up dalam akaun saham Didik je. Dah pergi bank pun, dah isi borang siap2, sekali banker kat kaunter bgtau yang akaun didik dah full. Huhu...nak masuk SSPN plak masa tu tapi dia nak apa ntah. Last2 aku bertangguh, sampai la, aku belum bayar hutang tu kat Azra. Huhu....nanti mama bank-in yer darling ;)

Kitorang style takde open house. Jemput je la datang rumah aku bila2 masa sekali pun. You are all invited yer. Jangan segan2. Tapi kalau boleh, call la dulu. Insyaallah adalah rezeki korang sikit. Jangan jadi cam adik aku. Konon2 nak surprise kan kitorang, last2 dia yang surprise. Hehe....sib baik masih dapat jamu biskut raya dengan pizza flat bread. Dah ler aku jenis ada 4 je kuih raya bukan berderet2 berjenis2 macam rumah orang. Bilangan kuih mengikut jumlah bekas kuih raya yang ada. Hihi....jadik ler kan?

(Kalau call dulu pon tak semestinya aku masak sedap sangat. Hehe....)

Okaylah. Aku nak sambung buat keje. Sampai bertemu kembali....daaa....

4 comments:

mamalisa said...

hi Dong, lamanya baru update..selalu selalu la update aku suka jer baca..eh, azra sama baya yaya and ishqi eh? alahai comey sgtla dia nak dibandingkan dgn yaya yg gagah perkasa serta lasak tu..anyway, janji sihat yer Azra cute!

Papa, Mama & Azra said...

Sebaya War nanti masuk standard 1 pada tahun yang sama. Tapi gap derang jauh Yaya pun born in January kan? Agaknya kecik2 ni nampak beza nau ler harap2 lama2 nanti dia leh pick-up esp. bab ketinggian tu. Hehe...kat school asik kena beratur depan sekali...

dee said...

yeay dong update.sila letak gmbr raya ye..

Papa, Mama & Azra said...

Alamak! Aku terlupa bawak card reader daa....hihi....tunggu yeah.