Eh kenapa entry cuti2 ada gambar makanan plek? Nak gak bgtau makcik rajin masak kui kui kui. Buat bekal cornflakes curry berapi buat kudapan sanak sedara dan juga bubur kadang letak durian. Memang dah bajet2 kat rumah PIL kang sure takde makanan hehe. Ai kan menantu kuat makan maka agenda ai mestilah agenda makan T___T Btw, kalau ada yang berminat, cornflakes kari berapi I terima tempahan tau :)
Sepanjang perjalanan memang besar je mata budak kecik ni. Eh mula2 beliau tidur tapi time benti beli snacks kat Shell tol Gombak, boleh plak dia terjaga nak ikut jugek. Nasib baik sepanjang kat hway Karak, situasi boleh dikawal. Tahu je la budak2 baya ni kan cepat rimas kalau tak dapat nak bebas. Jangan ditanya mana carseat. Dah lama terkubur T___T
Kitorang gerak dalam pukul sebelas dan sampai Kuantan around pukul 2. Terus check-in. Sebenarnya tak sabar nak tengok bilik Hyatt yang dah direnovated. Gambar ni time dah masuk bilik. Masa kat lobby tengah nak isi form bagai tetiba ada incident somebody keluar toilet dengan tak pakai seluar. Huhu....tak sempat daa. Kitorang ada berhenti kat Temerloh R&R tapi somebody tu eksyen taknak toilet busuk. Huhu...kat lobi tu jugak selongkar bag cari seluar lain.
Main lompat2. Perkara pertama makcik buat pas check-in mestilah inspect bilik. Kitorang dapat free upgrade to Deluxe Room dekat executive wing. Privacy sikit dan dekat dengan carpark tapiiiii kalau stay in sorang2 ada can nak rasa seram : P
Ni view dari entrance bilik. Bilik sedikit kecil dan cukup2 makan compare dengan Hyatt KK. Tempat letak barang pun kecik je. Maybe sbb wing ni more untuk business guest kot. Tapi timber flooring dia currlasss.....suka mak.
Favourite Azra tab mandi tu. Asal masuk bilik je mesti automatik bukak baju sbb nak mandi. In fact hari last tu, memang habis terus sebotol sabun dia. Botol baru tau penuh lagi. Sabar je la. Anyway, kalau travel reramai, ok je someone leh mandi kat tab sorang lagi kat shower. Spacious bab toilet. Seperti biasa seme kelengkapan okaylah tersedia dengan baik. Kalau ada tertinggal berus gigi dan ubat gigi pon takyah risau sbb dia pakai colgate. You know la kan sesetengah tooth paste hotel mmg rasa yucks.
View from our room. Itulah tempat dating mama & papa Azra zaman bercinta dulu. Hehe....Telok Cempedak yang cantik menawan. Nostalgik sunggug na. Lama dah tak lepak kat TC. Kalau pergi kejap2 adalah tapi tak puas.
Itu entrance hotel. Kitorang kat sini, makan kat belah luar tu je. Jalan kaki depan sikit je memang tak sempat nak berpeluh.
Tuan driver sudah keletihan. Kitorang rehat2 kejap kat bilik then dalam pukul 4 camtu kitorang siap2 balik rumah PIL. Sempat singgah Taman Gelora tapau karipap panas. Best wey karipap femes tu. Lepak rumah PIL lama gakla sampai lepas Isya rasanya. Maklumlah lama tak jumpa. Azra suka ramai layan dia. Terkekek-kekek ketawa main bola ngan Pok Len, abang sulung papa.
Mula-mula kitorang plan balik dari rumah PIL ingatkan nak naik bilik dulu, mandi baru turun TC tapi rasanya cam kalau naik dulu, sure malas nak turun dah. Sudahnya moh la kita dinner je terus. Ni TreeUnder Cafe kat tepi Hyatt je. Makanan dia pricey sket tapi okaylah dari segi rasa. Pricey sket je takleh mahal nau.
Best! Dataran TC. Tempat ni selamat nak lepas bebas anak2 sbb takde kereta leh masuk. Tapi takleh la lepas pandang. Kang hilang plak anak kau.
Dekat area pantai ada tempat main ni. Azra sukalah nak main tapi tahu2 je la beliau kan takut pasir. Haha. Aku dah bayar pon tetiba dia keras kat atas takut nak gerak sbb benda ni gegar2 bila ada budak lompat2. Memang tu pon konsep permainan ni kan. Hehe...
Kan dah cakap. Tak kiralah siang malam pagi petang, memang ni je la keje Azra time kat bilik. Habis licin satu bilik air dia kerjakan. Maklumlah, jarang dapat :P
Anyway, pas mandi2 seme pon pengsan tak sedar diri.
Keesokkan harinya kitorang breakfast kat cafe yg sama. Semua ni sedap.
Azra asal nampak fridge memang dah tak pandang la air gelas.
Kantoi makan guna 2 tangan :P
Punyalah makcik gigih bangun awal sebab ingatkan dapatlah mandi pool ke, main pasir kat pantai ke sekali pakcik ko sibuk takde selipar nak pakai. Walaupon kedai takde yang bukak awal lagi pakcik oi baru pukul 9, maka pakcik gigih ajak kami pergi Taman Teruntum.
Okaylah bawak Azra main buaian dan ada beberapa haiwan yang dipamerkan. Percuma buat pengunjung takde entrance fee yo. NI kira aktiviti kill time. Pukul 10 pagi kitorang dah tercegat kat Kuantan Parade. Aktiviti biasa membeli barang2 yang terlupa nak bawa.
Balik bilik tengok ada welcome gift dari hotel. Anak sorang bolehlah Azra bolot kalau anak ramai2 mesti ada yang nanes tak dapat kenn.
Lepak bilik kejap je dalam sejam kot sebab tetiba perut rasa lapar. Ni nasi ayam special kat cafe yg sama. Tapi kurang sesuai utk Azra sebab segala2nya adalah penuh rasa. Azra kan kurang cili budaknya. So, dia makan sikit je nasi kosong ngan timun.
Dasar kuat makan kan? Pas makan nasi masih gak teringin nak top-up ngan karipap panas Taman Gelora. Ramai kan orang beratur? Ni tak masuk yg makan kat situ je tau.
Pembelian secara tamak. Ko pernah beli karipap sampai RM15? Hehehehe....siap ada spare letak tepi sebab takut tak cukup :D
Minum petang dan bersantai depan rumah. Ni la wajah2 sepupu sepapat Azra.
Masa lunch tu air tak habis kitorang bungkus. Sayang kan kalau tak habiskan? Ni jimat cermat namanya.
Kadang-kadang aku tengok Rul ni macam teringin sangat nak anak lelaki. Alahai pa...
Ibu mertuaku....yang tshirt hijau.
Kitorang lepak tak lama sangat sebab nak kejar masa papa dah janji nak kasi can kitorang berendam. Yahhhhuuuuuu....!!!
Aku tataulah kenapa bila tak pakai goggle aku terus tak pandai berenang. Alasan! Tu SIL join berendam. Eh tapi dia terrer berenang. Aku je kuak tak gerak2.
Kitorang lepak pool sampai pool tutup pukul 8 malam ngagagaga kantoi tak maghrib hehehe....jama' wey.
Pas swimming sure lapar kan? Makan sajork agenda mokcik hihi. Upin ni beli masa lepak TC malam sebelumnya. Kenalah bawak jugak sebab taknak Azra ada alasan minta beli lagi. Masa ni kitorang konon2 comel letak belom Upin jadik centerpiece skali ada waitress datang bgtau customer belakang minta alih derang tak nampak screen nak tengok bolah muahahaha.....comel sangat.
Dan malam itu buat pertama kalinya Azra berani main pasir hoho! Maybe sebab tak nampak sangat sebab gelap kan. Hehe....semangat papa terus carik set korek2 pasir nih. Kat keliling dataran TC memang banyak kedai jual so dun weri sedia sepuloh ringgit je di tangan. Lama gak lepak pantai sampai dekat tengah malam. Balik TC kitorang jalan kaki amik kete kat hotel then hantar sil balik rumah. Azra masuk kete je terus pengsan. Senang gak sampai bilik tinggal tukar baju ngan seluar je sesambil berdoa pasir pantai takde hama :D
Ini anak manja papa tengah bodek suh papa makan nasi dagang cepat2 sebab dah tak sabar nak sambung main pantai.
Best giler kali ni sebab Azra dah pandai main pasir dan tak nanes2 takutkan bunyi ombak. Hasil asuhan menonton Disney Junior. Kan activiti budak2 tu ada melibatkan main pasir dalam sand box etc. Azra suka lew tew dapat tiru. Aku memang as always suka tengok pantai dan laut. Walaupon kurang suka the after effect sunburn bagai tapiiii....tetap nak kata best! Gambar atas ni adalah percubaan papa nak buat lubang jerangkap samar. Hahaha....makin dalam papa korek makin senget Azra duduk and last skali gedebush masuk lubang. Haha idea jahat!
Sambung mandi pool sampai kol 12pm. Normal check-out time adalah pukul doblas so makin lama pool akan makin lengang. Tapi kitorang dapat complimentary late check-out at 2 PM. Syurga la kan leh lenggang kangkung.
Ni dalam kete nak balik KL dah tapi singgah jap rumah MIL. Belakang tu setia Upin menemani sebelum berlaku 'sesuatu'.
Cubaan mengambil gambar merempit berjemaah dengan lebih jelas dengan cara menurunkan cermin kereta. Mana la ahkak tahu Upin mengambil peluang tersebut untuk melepaskan diri. Terkejut ahkak sib baik Upin je yang tercampak keluar. Kus semangat len kali tobat taknak buat lagi. Motif memang takde motif. Tu la ingatan ye anak2, keselamatan di jalan raya bukan hanya kepada pemandu tetapi juga penumpang walaupon anda duduk seat belakang :P Silalah jangan buat kacau.
Ni kes dah bosan. Azra tidur kejap je masa drive keluar hotel sampai la R&R Gambang. Kitorang benti nak makan nasi skali dia pon bangun daa... Masa ni dah sampai tol Gombak.
Tinggal mama sorang2 layan perasaan kat belakang. Last2 aku yang tidur. Dua beranak ni sepanjang MRR2 sampai ke KESAS la borak macam2 hal bingit je mak nak tidur.
Kitorang around pukul 6PM baru sampai Jalan Kebun. Ada beli buah tangan sket kat Jaya Gading. Sedap wey kopok losong lama tak makan.
Itulah sekian cerita bergambar jalan2 cuti2 Malaysia kitorang. Antara trip yang aku paling enjoy. Sayang Kuantan!
5 comments:
bestnye cuti cuti. tak pernah lagi rasanya bawak cik puancurly fries main air laut berpasiran bagai ni. sebab mama dia lagi suka duduk dalam hotel huhuh. takut sunburn. tapi macam best!!!!
Suka trip gitu. Free and easy jek. tak yah rushing2 nak gi tempat2 sebok. Rasanya trip gini apak farhan suka kot.
Doc Faryn bawak Aina dengan Azalea lagi syok sbb Aina dah ada geng. Si Azra ni takde geng lagi tu bawak geng Boboiboy jew...hehehe....
Cekna, kitorang dua2 jenis suka free n easy tak rush pergi jauh2 or lama2. Hehe....lepak sepanjang hari pon boleh...hehe...
dah besar dah azra... lawa ! tk lama lg nk jd kakak dahkan :))
Post a Comment