Sunday, May 13, 2012

Menyepi

Hahaha! Kalut betullah entry bawah ni :P Aku baca balik pun aku tak faham. Ni la akibat kalau auto-diction mode on sendiri. Berterabur terus entah apa2 jadinya. Pandai2 je la dia dok tukar wording aku terus jadi cam harem. Aku plak sekarang ni ya ampun bukan main hari2 ada je training dan training related thingy yang aku nak kena handle kat opis. Mmg tak sempat langsung nak taip entry. Nak komen kat entry korang pun tak menyempat. Aku memang tak online kat opis sebab banyak kerja. Lagipun giler hape sambil2 buat training mengajar orang celah mana la aku nak berblog. Dan tentu2 aku flash screen aku kat projector kan. Kat rumah pun aku terkejar2. Bila dah masuk musim training ni, masa aku memang terhad. Malam kena tidur awal. Esok nak kena bangun awal. Siapkan Azra lagi. Ke opis pun kena dress up sikit. Takleh la main tangkap muat sarung jeans je ke, baju kedut2 ke, tudung tak matching ke. Sementara nak tidurkan Azra je la pon aku ada masa sikit. Tu pun online pakai Ipad je. Sambil sua tetek, sambil main bejewel ...ngegegege....hazab la nak update terkial2 jadinya.

Hari ni hari Ibu kan. Aku ada baca few status kata Hari Ibu haram. Aku tak sempat nak mengkaji dengan lebih mendalam. Malas nak serabut kepala. Korang tahu kenapa haram? Kitorang dah celebrate awal pon. Adik aku bawak balik kek SR last week, kitorang nyanyi lagu ibu ramai2, tiup lilin, potong kek, borak2 over kek cokelat, muruku and roti. Sempoi je asalkan dapat meraikan ibu tersayang. Aku tumpang sekali la rasa macam diraikan gitew. Macam tu la kitorang memang celebrate hari ibu ramai2 kat rumah mak.

Azra sekolah macam biasa. Lately cikgu selalu update Azra makin bagus kat sekolah. Being her aku tahula sangat anak aku ni tak suka kena paksa. Sama gak macam perangai bapak dia. Lagi kita suruh, lagi membatu dia sana. Huhu. Dengan Azra kena banyak pujuk. Memang kena cakap lembut2. Alhamdulillah cikgu kata dia dah nak ikut belajar. Alah....BBIM tu bukan belajar nau pon. Main je lebih. Alhamdulillah Azra dah nak join main dengan yang lain2. Barulah aku nampak gambar2 kat sekolah dia pegang watak utama. Kalau tak, madang je dia duduk hujung2 borak2 entah apa yang dia sibukkan. Aku sukalah BBIM ni. Dia amik gambar sesi anak2 tu then upload kat fb. Kalau hari2 nak tanya cikgu dia buat apa pun dah macam rutin plak. Aku selalunya tak kepochi sangat. Tapi bila nampak dia decorate cake tu, potong timun, wahhh....terus aku rasa tak jadi doktor pun takper. Tengok macam best je kalau kecik2 dah panndai masak cam Junior Materchef tu kan. Semua dream nak buka restoran at age very young lepas grad je cenggitu. Verangan.

Randa dalam process refinance. Dah signed offer letter dengan bank. Aku memang refinance ikut harga semasa. Memang nak guna cash tu untuk invest ke lain. Dan bonus dapat kurangkan komitmen bulanan gak sebab sekarang interest rate lebih rendah dari masa aku beli dulu. I tell you ada rumah sendiri, macam tu la cara kita buat duit. Beza harga 5 tahun dulu masa aku beli adalah 40K. Simpan ASB pun tak dapat banyak tu. Aku memang minat sangat nak menceburkan diri dalam bidang property. Verangan nak jadi millionaire landlord :D Verangan tak salah tapi kenalah usahakan dong oi! Bab nak melaksanakan tu aku ada sedikit masalah. Aku tak konfiden cukup macam dak Fara dan aku malas nak belajar. Hehe. Mungkin sebab aku tengah sibuk skg ni. Alasan...:P Kalau ikutkan sepatutnya aku nak beli 2 lagi property menjelang bulan 6 kang. Waaaahhh....mampu ke? Mampus plak aku karang. Huhuhu...sungguh tak yakin aku. Takut tersalah pilih lokasi. Dalam dok fikir hari2 tu, ada gak terfikir satu lagi option. Takyah beli rumah lain dulu tapi bina rumah atas tanah kurniaan bapak aku tu. Syok jugak kan? Kalau jadi, maknannya aku dah dapat sewakan Randa. Kita verangan dulu la. Tunggu petunjuk datang :P

Bab lain plak is pasal baby. Tadi masa aku melepak kat rumah mak aku, akak aku bgtau cousin kitorang pregnant lagi. Anak no. 4. Then Magfarah yang aku dok baca blog dia hari2 tu pun is expecting. Ceera pun sama dah nak masuk dua anak dia. Cekna, Fiya dengan Dee memang la kan. Bff aku sorang tu pun Insyaallah aku doakan dia berjaya kali ni. Aku? Bila kita ni Jo? Kesian gak aku tengok Azra tu macam memerlukan geng main dah lagaknya. Siap merajuk2 isap jari sebab tadi aku singgah rumah abang cousin dia kejap je. Huhu....mama belum ready la yayang!

9 comments:

dee said...

Wei..bosan sunyi je.rerajin sket update.
Ko kan saje nak rest masak cepat kan.nnt azra dh pandai masak..mama makan je ye..huhuhu.. Cita2 budak skrg kalai tanya tak mcm kit dulu..cikgu..bomba..polis..skrg jadi petani berjaa pun ada. Azra kalau nk stat belajar mmg gud sbb she is still toooo young.anak aku dah masuk 6 taun baru minat..tak panik aku??!
Nak merandung... Apa lg dong..itu je lah caranya..teruskan usaha!

afid said...

kita pon menyepi la kak dong..malas nak update mcm takde modal. hahhaa...

Farazila Wahab said...

alhamdulillah dah refinance ye! Makcik kayoooo...

PS: Kalau dulu beli randa 5 bijik mesti dah untung rm200k tak gitu? hehehe...

LiLithFaiR said...

Kena keje keras sket Dong pas Azra tido, ekekek

Papa, Mama & Azra said...

Haha....jawab komen sesambil anak murid tengah buat group discussion :P Tegar mak nyah...

Dee, aku kagumla bila tengok Junior Masterchef Australia tu. Masing2 dok bercita2 nak buka restoran sendiri at a very young age. Okay gak kan sesambil tu bolehlah aku pencen awal. Hihihi...

Apd, kalau Apid update, sure akak baca. Jadi, updatelah selalu. Cerita merapu pun akak layan.

Fara, kat Randa ni kalau nak sewa, memang cepat je laku. Dan positive income. Tapi tak boleh selective sangat. Most probably jadi asrama pekerja for foreigners. Okay ke macam tu atau aku akan menyaksikan kerosakan besar2an kat rumah aku nanti? Ke aku boleh buat dalam agreement check facility every 2 month, kalau rosak, aku bill penyewa, boleh?

Fiya, Azra tidur celah2 kitorang, camner?

Angah said...

Ni cuma pendapat aku..yang haram tu "Mothering Day"..setakat kita raikan mak kita takpe.

Papa, Mama & Azra said...

Aku pun rasa camtu. Then Wardina update status fb, kalau mother's day haram sbb isu church semua tu, Olimpik pun takleh join la sbb tu untuk meraikan tuhan orang greek (kot), Zeus.

Hehehe...

Malam tadi kan, aku tengok youtube Ustaz Azhar Idrus cakap tentang hukum sambut Hari Ibu. Hurmmm....orang pandai agama ni kan....hurmmm....aku rasa kena guna perkataan elok sikit la kot. Barulah orang jahil macam aku atau orang yang baru nak kenal Islam akan tertarik nak dengar. Ni kalau hapa pun tak boleh, aku pun dah taknak dengar ceramah la...sebab rasa down plak. Aku sayang mak aku kot sbb tu aku beria2 nak sambut hari ibu. Hari2 pun aku celebrate mak aku tu tapi hari ibu tu cam special sikit. Tiba2 dia klasifikasikan orang macam aku sebagai melayu haprak kau! Stress plak tak pasal2.

Papa, Mama & Azra said...

And to be frank, aku macam termenangis plak sayu je sebab takleh celebrate mak aku. Huhu...

Farazila Wahab said...

Kena pilih tenant jugak... rajin ke ko nak buat inspection setiap 2 bulan? Kalau rajin, it's up to u :)