Tuesday, February 21, 2012

Catching Up

Walaupun aku tetiba dah jadi jarang update blog dengan cerita2 hangat (dan suam2 kuku at most of the time ngehehe), tapi aku ada je menebeng kat blog2 korang dok follow korang punya cerita2 panas dan separa panas. Hehe. Jangankan kata sekali sehari aku melawat, mahu 3-4 kali aku menjenguk dalam sehari. Lagi2 masa kat rumah. Mmg berebutlah dengan Rul dan Azra. Pantang ada je entry baru melompat kat sidebar tu, sepantas kilat aku klik. Muahaha! Nampak sangat bizi body ye dak?


Sebab dok menebeng tu, banyaklah isu2 yang aku rasa best je untuk dikupas. Kadang2 dok tergiang2 kat kepala masa nak tidur atau masa dalam bilik air. Tapi tu la, di saat ada kesempatan, eyh...macam ada je benda lain yang urgent. Itulah makcik. Memang makciklah punya alasan. Macam kesian plak kalau korang tinjau2 blog dong ni (ada ke? :P).


Cerita pasal Azra memang banyak (seminggu sekali kira banyak la tu kan?) tapi kadang2 bila Azra dah besar2 ni, ada dua perkara yang merisaukan aku. Aku takut dikatakan riak bila bercerita itu ini pasal dia. Yer la, tak semua orang open boleh pung pang pung pang dengan aku. Kang ada yang sensitif tu ingat aku saja nak up anak aku plak. Ada plak yang sangka aku nak compare2 anak aku dengan anak dia. Haha! Sapa yang tak kan? Yang keduanya, aku risau gak dok tempek muka dia besar2 kat sini, dok cerita whereabouts dia, tetiba ada orang cam dia, target dia, camner? Ishhh...hal2 keselamatan ni memang mama Azra selalu jadikan top priority. Takutlah jadi apa2 sebab kelekaan kita sendiri kan. Dulu aku ada follow satu blog ni. Comel betol anak dia. Kan geng emak2 ni suka nau tempek gambar anak comel2 (aku ler tew..:P). Tiba2 ada satu tahap tu, terus blog dia menyepi. Memang terus tak update tinggal cenggitu je. Aku dok godek2 jumpalah gambar latest anak dia chubby2 gitew. Yer la bebudak kecik ni time baby2 memanglah comel kalau chubby tapi kalau dah chubby tu jadi 2 kali ganda size dari yang normal membawa ke besar, dah suspen la kita kan. Aku ingat sebab tu la mak dia tak update lagi pasal dia la. Tapi bila skg ni aku fikir2 balik, bukan pasal tu la kot. Babies ni bila dah besar, muka dia dah mula tunjukkan ciri2 dia sendiri. Dah makin ketara feature dia. Kalau baby, semua je lebih kurang sama so tak kisah nak tepek muka anak.


But dun worry. I wont stop updating about Azra here cuma bertapis sikit je la kot. Masalahnya boleh ke nak tapis? Haha! Sabar je la korang dengan aku eyh. Hihi.


Dekat fb, aku ada upload gambar Azra pakai telekung belajar sembahyang. Comels la sangat muka kecik tu pakai tudung telekung. Sejuk la hati. Sekarang ada masanya Azra akan minta kitorang nak sembahyang. Kalau dah request, kenalah pakaikan telekung dia, bentangkan sejadah, dia sembahyang la situ. Aku ada gak try solat sama2 dengan dia last2 aku plak tak kusyuk. Satu hal plak sejadah senget sikit, dia suruh aku betolkan. Dia bukan boleh, masa bangun dari sujud tu, memang dah senget bengetlah sejadah dia. Lepas tu aku ada gak cuba kuatkan sikit bacaan supaya dia boleh dengar dan ikut sama. Sekali....aku start doa iftitah menyambung ke ayat kursi la plak. Melalut dah otak aku takleh kosentret. Haha! As of now, aku biarlah dulu dia solat sorang2 or just ikut2 je gesture kitorang solat.


Another update from Azra adalah....dia dah hafal doa makan!!! Yeay!!! Versi pelat yang sangat comels. Aku ada satu video dia baca doa makan tapi cable fon tak bawak plak hari ni. Aku capture slm masa drive balik rumah mak semalam. Alololo comel siap marah aku bawak kete dok brek2 sampai dia nak jatuh. Haha! Mana taknyer, nak dapatkan dia baca doa bukan senang. Aku start tahu dia dah dapat hafal doa makan dah seminggu lebih dah tapi bila aku suruh repeat, dia buat tatau je. Cheh...


Okaylah, bila start bercerita pasal dia mulalah aku tak senang duduk. Dah pukul 4 pun nih. Aku chow dulu la yer. Itulah dia progress Azra is terms of her islamic study. Yg lain2 tu aku update lain chapter. Hehe.


Daa..

14 comments:

Ztee_Azwanis said...

hhuhuhuhu citer lah lagi lagi lagi.. bukan nak banding2kan tp stp anak ni kan lain pembesarannya tak gtu... tk than ayat menebeng tu... hahaha bz body gakkk... mama azra... hihihi...

dee said...

aku pun pantang ada org update.. ha, kan aku org terawal komen...hahahaha.. aku tak terfikir pasal keselamatan tu dong.aku pun dah lama tak update fb.nampaknya anku nak privatekan gambar kat fb tu.kat blog tak ramai pun..lagipun aku nak simpan gambar diorg kat tempat selamat.komfem tak hilang..oh aku nak buat satu entry pasal ni lah..jap lagi..hahahaha... eh, dah lah, gi masak lah dee oiii

afid said...

kak dong,
blog sendiri takde sidebar jadik masuk blog kak jojoe 80 kali sehari tak tipu punya sbb nak tngk sape dah update. hahahha...gilo.

best la azra dah pandai kan..danish dia time makan ngan tido tadah tangan tapi yg bacanya apid..hahha..nasibla

dokterFaryn said...

saye pun busybody jugak. hehhe. kalau tak tinggal komen, tak bermakna tak baca. kuikuikui.


cik puan aina pun pandai bace doa makan dan suka nak bersolat sama :) so cute kan bebudak ni? hehhe.

nonie said...

Sapa ada anak kecik mmg excitedla nak citer mcm2 pasal anak dia... Amik gambar 2,3 kali sehari... Dgn video lagi... Lagi2 kalau anak baru sorang... Tapi nanti anak no. 2, 3 dia kureng sketla dr yg sulung tu... Ntah apsal ntah... Sian derang... Eh, ni akakla... Org lain akak tatau huhuhu.....

Jojoe said...

haaa aku pun terfikir yg sama.. balik2 update psl ishqi tu ini,.. mebi psl dia sorg. kita konsentret sket.. sbb ibu2 yg anak dah plural tu lambat sket dia nak update.. sbb kena update semua sekali hehe.. krg rs cam pilih kasih pulak.. or sebenarnya she got no time!

aku agak risau ler psl safety.. sbb bab2 pic mmg aku memilih sket kot mana nak tempek..

setakat ni blog yg aku follow kalo cite psl anak dorg.. sume aku rasa orait lagi.. masih bersederhana gitu. tapi aku penah baca kes mak2 yg terover excited ni sket2 mms pic anak dia kat org buat trick itu ini.. pastu tanya.. anak u dah pnadai apa?

peace.

Papa, Mama & Azra said...

Insyaallah Ztee kalau menyempat kita cerita banyak2 lagi. Tp tu ler, kadang2 tak banyak cerita baru pon. Balik2 hal kerja, hal Azra pergi sekolah, hal rumahtangga, tu je la. Harap korang tahan ler dengar mama Azra membebel kan. Hihi.

Papa, Mama & Azra said...

Dee, aku dalam nak privasi tapi nak juga tempek kat sini sebab best. Haha. Nak masuk paper bukan artis jadi kita bukak majalah online sendiri. Majalah tak bermanfaat cenggini ada ke follower ahaks! Aku kalau dah bosan sangat tu, bukan takat entry baru aku kejar, komen pun aku follow. Haha! Sib baik Jojoe rajin update...hihi...

Papa, Mama & Azra said...

Apid, semua tu akak tak sempat nak ajar. Tapi sebab kat sekolah sehari 3 kali makan, 5 hari seminggu dok ngulang doa makan beramai2 terjerit, makin lama register la kat dia. Akak budget dia tak faham pon doa tu kena baca masa nak makan. Haha!

Apid pon kena update selalu. Akak nak kepochi tahu dah kurus ke belom? Hihi...

Papa, Mama & Azra said...

Faryn, kak dong kan simpan video Aina joget skeleton dance. Buat tunjuk kat Azra. Comels!!! Terkejut tak?

Papa, Mama & Azra said...

Kak, hihi....saya pon rasa sebab excited anak ada seketol tu je ha. Asik muka dia la kita menghadap. Lepas tu perasan anak sendiri comels dan bijaks dan macam2 lagi la. Haha! Pehrasaan tak boleh blah.

Papa, Mama & Azra said...

Jo, aku harap aku bukan org yang tanya tu la. Hehe. Tak kot kan? Kan?

Kau okaylah blog kau private dah. Kat fb pun kau jarang upload. Kalau ada pun tak cerita korang gi mana and what time and what not. Ni aku takut tercerita gi sini sana secara terlebih details sampaikan tetiba ada stalker tunggu depan sekolah Azra camner?

Papa, Mama & Azra said...

Jo, aku harap aku bukan org yang tanya tu la. Hehe. Tak kot kan? Kan?

Kau okaylah blog kau private dah. Kat fb pun kau jarang upload. Kalau ada pun tak cerita korang gi mana and what time and what not. Ni aku takut tercerita gi sini sana secara terlebih details sampaikan tetiba ada stalker tunggu depan sekolah Azra camner?

Papa, Mama & Azra said...

Alamak sampai dua kali aku tekan button. Hehe.