Tuesday, February 28, 2012

Jam Enam Pagi....(Updated Jam Tiga Petang....)

Hari ni sejuk je kan? Malam tadi hujan. Dari petang tu pun memang dan mendung gerimis sikit2. Memang sedap sejuk2 gini nak berkelubung. Layan je ngantuk dalam hati kalau hari ni weekend kan best. Tak lama tu, dengar bunyi alarm kat handphone. Bunyi kali pertama dan kedua atau mungkin ketiga dan keempat, ingat mimpi dengar lagu konsert. Hehe. Bukak kelopak mata sikit nak tengok jam dalam bilik. Baru pukul 6 lebih. Handphone tertinggal kat luar. Malam tadi terlupa nak bawak masuk bilik. Lantaklah. Azra dok nenen toksah cakaplah. Mata pejam tapi tetek takleh lepas. Pantang mak gerak sikit, dia terus jerit, "Mama, nak susu la!". Mata masih pejam. Cari mood nak bangun. Mood bangun tak jumpa, mood sambung tidur yang datang. Hehe. Tiba2 tersedar balik sebab ada orang tu gigit tetek mak dia. Ouch! Sakit okay! Dia kunyah ingat ini puting getah ke??!! Tu la mamai2 tak sedar dia gigit plak. Tengok jam, pukul 6 lebih lagi. Layan lagi 5-10 minit okay gak. Sempat lagi nak subuh. Pesal ntah macam ngantuk sangat ni. Padahal malam tadi masuk bilik awal tu. Huhu. Tetap malas nak bangun awal. Sekali, buka mata lagi, eyh...pesal dah terang kat luar ni. Hurmmm...agaknya cuaca tak stabil kot matahari cepat naik. Haha! Alasan tah hape2. Pegi toilet. Tengok jam dari jarak dekat, baru pukul enam lebih. Awal lagi sempat nak masak breakfast heavy sikit. Sebab Azra pun dah jaga, aku bangunlah ajak dia dok luar. Dia taknak. Nak main puzzle dalam bilik. "Okay jap, mama nak sediakan breakfast Azra. Azra main dengan papa eyh.". Aku pun ke dapur.

Sekali sampai living area, damn!! Dah dekat pukul 8!!! Patutlah dah terang?

Huhuhu...jam dalam bilik bateri kong daa....

Jam tiga petang....

Pagi tadi sebab tak sempat dating breakfast berdua dengan Rul macam selalu maka aku hanya breakfast barang pantry office je. Kebetulan semalam baru top-up stock. Memang heaven la selection yang ada. Hihi. Aku buat sendiri sandwich tuna (guna roti baru Gardenia yg Cekna bgtau tu) dengan air milo cereals 3 in 1. Aku suka la roti tu. Tapi office mate aku tak suka. Rul pun tak suka. Tawar sangat kata dia. Dia kata geng2 dia gelar roti tu roti biawak. Mana ntah tang biawak pun aku tatau. Malas nak tanya lelebih. Salah satu sebab kenapa aku suka sebab terus terasa macam setanding dengan orang kurus makan roti yang penuh serat cenggitu. Muahaha!

Bagi mereka yang tengah diet, itu dah kira heavy la kan? Shila tu lagi terer, minum shake je masa breakfast. Huhu. Tapi kenapa ntah, lepas habis mengunyah, aku rasa cam tak rasa plak kenyang tu. Habis tu kalau dah selalu nasi lemak sepinggan siap lauk ayam goreng kat tepi, tetiba tukar plak ke multigrain bread sandwich, tak ke mild di situ? Hoho. Tapi aku takderlah menambah lagi satu set. Cukup2 la tu kan. Kata diet. Hehe. Menggigil je nak tunggu lunch hour.

So, tadi lunch, aku plan nak makan heavy sikit. Aku gi Empire Subang. Berangan nak makan kat Serai. Sekali sampai-sampai, fullhouse der. Aku register gak waiting list tapi lepas habis window shopping barang rumah kat kedai sebelah tu, after about 15-20mins, Serai masih tak call. Laku betul Serai ni memang pack lah waktu lunch. Padahal food dia agak mahal tau. Dah macam rate room service hotel dah lebih kurang. Tapi tetap pack. Memang sedaplah food dia kot. Aku pernah try sekali je makan sana. Tapi dah lupa sedap ke tak.

Tak jadi makan Serai, kitorang pergi je kat Jaya Grocer je. Hihi. I ordered whole leg chicken with italian herbs. Huhu. Aku nak order ikan tapi yg ada cuma dowry. Hoih. Tak best la dowry je kan. Hehe. Diet la sangat. Hoho.

Tapi kan.....

Itu bukan part yang paling best dalam diet hari ini tau.

Hehehe....

Aku nak cerita tapi dah lewat plak ni aku nak kena gerak dah amik Azra. Kalau sempat aku update malam kang.

Sabar itu separuh daripada iman.

Saturday, February 25, 2012

Gambar Azra Kat Sekolah

Abang2 dan kakak2 tengah buat paper ichworm. Azra? Wandering around je kot. Ke kat tangan dia tu ada paper?

Fokus kat belakang, baju hijau lengan pendek. Tak nampak muka pong!

Aku komen kat gambar ni, apalah yang Azra tengah buat kat belakang tu yer. Belum berbalas komen tersebut.

Tengah sunat dhuha. Yang dua dari kanan tu telekung sama macam telekung Azra. Mungkin juga bukan anak aku. Hihi.


Gambar ni semua dapat kat facebook sekolah Azra. Hopefully dapat lagi banyak update from them. Seronok tengok walaupun sipi2 je. I always tertanya2 apalah Azra buat kat sekolah agaknya. Kalau ada gambar fokus kat dia tentu lagi best. Tapi segan nak minta. Hehe. Hari ni sekolah dia buat solat camp kat Masjid Shah Alam. Azra kecik lagi so aku tak paksa dia join. Bila dah kelas 5 atau 6 tahun boleh la kot. Insyaallah.

Friday, February 24, 2012

Dialog Azra #8

Balik sekolah, kitorang sama2 belasah tembikai potong. Itu kira snack mama yg kunun tengah diet la tu. Azra memang feveret la melon2 ni.

Dah habis sepotong, Azra minta lagi kat papa. Masa ni mama tengah online jap.

Azra: Pa, nak lagi.

Papa pun bukak fridge untuk Azra. Biasanya Azra memang amik sendiri. Sambil pilih tembikan Azra offer.

Azra: Mama, nak lagi mama?

Alololo.....dah pandai offer kat orang plak. Shomel la kecik2 camni dah pandai pelawa mama sekali. Dia offer tu sebab yg first cut tadi mama yang amikkan. So thoughtful kan she?

By the time aku siap menaip ni, dah 3 kali dia offer. 3 kali gak aku terima. Muahaha!

Diary Diet Dong (yang tak berapa nak diet :P)

Aku rasa aku kena honest. Kalau aku dok hide apa yang aku makan, lama2 mana nak jadi diet aku. So, aku akan cuba buat diary diet. Muahahaha! Poyo jangan tak poyo. As a start, inilah diary diet aku sepanjang minggu ini. Yeeehaaa!!!

Isnin
Breakfast - Small portion of nasi lemak with telor goreng. Teh o suam.
Lunch - Kuew teoy in wantan soup. Air barli.
Dinner (pukul 5 ptg) - Mee kari and few goreng pisang ;P

Selasa
Breakfast - Nasi goreng dengan telor goreng. Teh o suam.
Lunch - Nasi beriyani ayam merah.
Dinner - bermacam juadah pasar malam ;D

Rabu
Breakfast - Annay, Tosai garing satu!!! Teh o suam satu!!!
In between - I genggam kacang peas.
Lunch - Rice with acar, fish fillet & soup.
Snacks - 3 keping biskut quaker oat with raisins.
Dinner - Chicken & mushroom yee mee.

Khamis.
Breakfast - Milo cereals 3 in 1.
Lunch - Nandos quater meal with 3 bean salad and grilled veges.
In between - Ice cream magnum minus the choco coat.
Dinner - Kuew teoy kungfu.

Jumaat
Breakfast - Lontong 5 ketol dengan rendang ayam dan kuah kacang.
In between - raw carrot & 2 sips of ribena.
Lunch - Nasi, ikan asam pedas rebus, sayur kailan, ikan goreng kecik, separuh telor asin yg merah.
In between - tembikai.
Dinner - Nasi with ikan masak sama pedas rebus at 5pm and nasi with ikan goreng, kicap & sayur kailan at 8:30pm (kes suap Azra taknak, aku yang cekik.).

Wakakakaka! Kan aku kata aku tengah mencuba. Jgnlah harap aku go on strict diet terus. Bak kata CekNa, jaga makan jew, kawal portion & sweets.

Sabtu
Breakfast - 1 set toast.
Lunch - nasi, ikan siakap sweet sour, sayur campur. Tembikai.
Dinner - nasi minyak, rendang daging, rendang hati & acar nenas.
Snacks - 2p pisang goreng, half bahulu, lengkong.

Ahad
Breakfast - nasi goreng 1 scoop, roti canai 1 piece
Lunch - Nasi lemak with ayam goreng Oldtown
In between - kueh lapis
Dinner - Roti cicah kari sardin
Snacks - Kuih seri muka

Hurmmm....diet la sangat. Hihi...

Kesimpulannya, memang jauh lagi nak pergi esp. compare to Shila Shower punya menu yang memang sangat strict. Tapi slowly la kang terkejut korang kalau aku kurus cepat sangat. Haha!

Assalamualaikum

Senangnya dalam hati, Jumaat datang lagi lalalala (nyanyi dengan rythm lagu madu 3). Hihi. Lepas tu sambung lagi satu rangkap, keje setengah hari, kejap lagi driver mari...kui kui kui...

Riang ria je dalam hati. Jumaat memanglah special. Cuaca pulak elok je nyaman betol pagi ni. Hujan sikit2 menjelang subuh tadi tapi elok je dah berhenti masa aku keluar rumah hantar Azra tadi. Baguslah. Sejuk tapi tak leceh. Kalau hujan leceh sikit nak berangkut kecik tu dengan bag sekolah, bag laptop lagi. Kecik pun happy je bangun2 celik mata terus minta vitagen satu botol. Haih. Pagi2 kau! Kalau tak bagi, nangis. Aku bagi je la doa dalam hati perut dia tahanlah gogok air sejuk pagi2.



Aku halfday hari ni. Ada nak setelkan few errands pas lunch kang. Urgent kena buat sebelum weekend. Kalau tak, kesian kecik sangap je kang.

Dalam best2 hari Jumaat ni, aku ada sedikit stress plak. Lawyer yang incharge Randa ni la. Kalau time nak aku bayar bil, amboih! Bukan main mahal lagi dia tenyeh. Ni time nak minta proses dokumen, naik lenguh aku tekan punat telefon, haram tak berjawap. Cirit birit ke kot kau dari semalam?

Colleague aku depan meja ni ha, sejak seminggu dua ni dok setelkan rumah dia nak refinance, nak setel bayarlah (balance rumah tinggak 3k best tak?!! Terkebil2 aku dengar.), nak amik geran la, nak tukar nama la. Aku plak rasa cam dapat petunjuk lagi satu dari tuhan. Hehe. Pasal Randa ni dari tahun lepas member2 dok push aku buat refinance. Memang aku nak buat pun. Dah tanya bank dah pun. Tapi ya Allah punyalah aku pemalas lipas, dah 2 bulan dokumen dengan form belum complete lagi. Salah satu sebab adalah sebab MBSB la! Aku nak kena minta penyata bayaran terkini dari derang. Last month aku pergi, email system derang down plak takleh connect to HQ. Bila aku call HQ, haram tunggu penyata tak plak derang hantarkan. Haih. MBSB ni memang ler. Lenkali aku beli rumah lain, aku dah serik nak loan dengan derang. Ni pun aku nak refinance dengan bank lain. Mahal tapi servis kadang2 hampas. Kadang2 la. Tapi kalau dapat officer yang bagus, orait jugak. Aku rasa bukan salah staf tapi mebi sistem derang tak advance. Mmg hampas. Susah nau dahler HQ dia parking limited. Tu yang aku malas nak redah tu. Mati la kalau orang MBSB baca. Hihi. Ayat coverline, derang ni okay je tapi kalau kau jenis efisien la. Orang pemalas lipas cam aku tak sesuwai..

Anyway, untuk menceriakan lagi hari jumaat anda, sila habiskan baca cerita di bawah.

Singh was traveling in a crowded bus. He was carrying the passport-size photograph of his son for college admission. Accidentally, the photograph dropped down from his pocket. He started searching for it frantically & found it on the floor below the ends of a woman's saree. He asked her, "Can you lift your saree? I wanna take photograph"....

THE REST IS HISTORY....

He was beaten so badly that he had to be admitted to hospital. He was suprised to see Jaswan Singh on the next bed to him in a worse condition. Jaswan explained what happened to him.

He had gone to a remote village to work. He finished late & missed the last bus. He couldn't find any hotel nearby. So he approached a nearby house & asked the owner whether he can stay there for a night. The owner replied "I have 2 grown-up daughters. Sorry, you can't stay here." Then he approached the next house and asked the owner whether he can stay there for a night. The owner too replied "I have 3 grown-up daughters. Sorry u can't stay here." So he went to the next house & asked "Do you have grown-up daughters?" The owner asked "Why?"and Jaswan replied, "I want to stay for a night."

THE REST IS AGAIN, HISTORY... boommmmmmmmmmmmm..!!!


p.s. 2-3 malam yang lepas kan, aku mimpi aku jadi Lisa Surihani. Aku dalam badan Lisa!! Lagi kejam kan petunjuk yang aku dapat? Huwaaaa!!!

Thursday, February 23, 2012

Sikap Pemandu Malaysia Area Aku

Suka berebut kat roundabout.
Sapa kat sini takut nak lalu roundabout? Aku tak takut tapi aku rasa kalau korang takut, aku tahu kenapa. Aku rasa cam cibai je orang yang suka drive laju2 masa kat roundabout. Kau ingat aku suka2 ke nak potong jalan kau? Ko ingat aku takde sivic sama macam kau ke? Takkan aku nak tunggu sampai petang bila kete kat lorong kau dah clear semua baru aku boleh lalu? Kedekut punya driver. Bila lalu roundabout tu, beragaklah sikit dengan pemandu yang lain. Bila waktu org pergi balik kerja, jalan memang sibuk. Boleh tak bergilir? Bukan lama pun nak tunggu. Tak sampai 5 saat la kot. Kang dah lepas tu, kau pecutlah sekuat hati. Macamlah banyak sangat masa kau jimat dengan memecut tu kan. Ni lagi sibuk jalan tu, lagi kau tekan minyak tu kuat2 kan? Kau saja taknak kasi aku masuk kan?

Undang-undang 3 saat.
Lagi satu masalah kat roundabout. Aku dah 3 kali dalam tempoh tak sampai 2 bulan nampak eksiden langgar bontot. Ni sebab skg aku kena lalu jalan lain nak keluar dari kawasan sekolah Azra. Jalan tu kena lalu roundabout besar area rumah aku. Dah la pagi2 jalan tengah banyak kereta memang cibailah driver tak reti sabar kete depan belum clear kau dah nak jalan kan? Yang kau gelojoh sangat ni pesal? Macamlah kau tak tahan sangat nak kincit dah. Relaks la bro. Kau tatau ke undang2 tunggu 3 saat kete depan dah jalan baru ko boleh tekan minyak? Tak tahu?!! Jadi jangan eksyen sangat ingat ko lebih terer cilok masuk roundabout dari driver depan ko eyh. Sekarang, jangan cakap banyak kau bayar je la orang tu. Aku nak cepatlah sengal yang kau bergaduh tengah2 jalan ni pehal??!!!

Lane paling kiri.
Ini kategori orang yang dia rasa telor dua biji dia paling hebat didunia. Aku tahulah kau kat lane paling kiri dan kau nak masuk junction pukul 9 je kat tepi kau kan? Tapi bolah tak kau tengok belah kanan kau ada tak kereta? Ni dengan tak rasa bersalah, laju je kau masuk kan? Ni nasib baik aku memang dah agak ko nak buat kerja. Kalau jenis telur dua biji hebat gak yang tengah drive, gasaklah korang gaduh lepas tu. Aku gak yang lambat nak gi kerja kan sebab korang dah block satu lane cuma nak check calar sikit jer. Sabar jer la berapa bakul aku menyumpah orang peel macam kau nih!

Kedekut tak kasi aku masuk lane kanan.
Jalan nak masuk opis ni, aku kena exit federal highway kat batu 3. Exit tu dah la bz then aku kena cepat2 cilok 3 lane kena amik lane paling kanan. Jarak exit tu dengan simpang yang aku nak masuk belah kanan tu adalah dalam 200m kot aku agak2. Memang keciklah window nak menyempat masuk lane ketiga. Seksa siot berdebar je bila time traffic lite dari arah kilang csr bertukar hijau. Cilaka ada plak yang tekan pedal minyak laju2 sebab taknak kasi aku masuk? Aku bukan potong q la dol! Kau tak nampak ke aku datang dari mana? Malaun betol driver macam ni.

Suka underestimate lady driver.
Halooooo.....walaupun aku perempuan dan aku drive slow, aku bukan ngek la wey! Kau ingat kau boleh bawak laju, tak takut nak berebut masa masuk lane, tak takut nak guna lane paling kanan kat highway, kau lebih hebat dari driver lain ke? Sedarlah memasing, orang lain pun lulus gak ujian memandu tu. Ingat kau sorang yang terer. Lagi tak boleh blah, asal nampak kete buat salah je kat jalan sure nak label tu driver perempuan kan? Lain kali tengok betol2! Pakai spek kalau rabun! Orang lelaki pun ada yang slow la doh! Sebelum kau nak kondem orang lain bawak slow ke hape ke, ko cuba google kat youtube. Kau tengok injury bila drive at 60kmj. Ada beran?

Haih....pagi2 dah meroyan ha kau. Mana tak aku meroyan, dah la bos aku dari Singapore buat meeting kat sini. Aku plak dah la nak cepat, time tu la jalan sibuk, time tu la ada badigol2 ni satu jalan dengan aku. Hish! Buat berat bahu kiri je la.

Wednesday, February 22, 2012

Aku Pun Nak Kurus Jugak!!!

Aku ni memang dari kecik kot mak aku dok kata aku gemuk. Kakak2 aku pun. Padahal masa tu aku bukan gemuk pun. Tak caya tanya Jojoe. Aku masa kat Mozac macam lebih kurang je dengan yang lain2. Dengan Jojoe toksah compare la. Dia stok gadis genit. Aku standard je, besar sikit je. Pakai baju size M kekadang L tu kira tak besar la kan. Mesti korang tak sangka aku bukan gemuk dari zaman kanak2. Memang makbullah doa famili aku selama bertahun2 akhirnya memang aku tak kurus. Huhu...ini cubaan nak put the blame kat orang lain :P

Masa cuti SPM aku memang menternak lemak secara besar2an. Bila aku fikir2 balik, apa ke sengal asik kerja aku makan tidur je. Memang langsung takde inisiatif nak joging ke hape ke la. Masa nak amik result spm kat Mozac mulalah malu sebab gemok dah masa tu. Tetiba je baju semua dah size XL. Huwaaa!!! In 3 months!!! Tapi masih tak sedar diri. Hehe. Aku melantak je macam orang perasan kadar metabolisme dia tinggi menggunung. Hihi...berat aku tak turun2 ke berat asal pun lepas2 tu sampai lah sekarang.

Aku rasa last sekali aku kurus adalah masa aku 1st year UM. Tu pun bukan kurus nau la nak compare dengan masa kat Mozac atau compare dengan korang. Takat berat paling rendah masa tu around 72-75kg. Ko bayangkan, itu aku paling kurus tau. Kalau korang la berat 75kg agaknya entah plan diet macam manalah yang korang join eyh. Entah2 korang dah makan nasi sesudu je seminggu kot sebab nak turun berat. Hehe. Tapi aku tak bolehlah nak control makan. Susah ya amats.

Masa tu, aku memang diet giler2 kau. Bila tapau nasi, pilih sayur je dengan ikan. No gulai kari no gulai lemak. No ayam no daging kecuali sekali sekala je. Nasi suku. Boleh caya ke? Air mesti limau ais atau suam. Lepas tu aku skipping. Gegar flat Kg Kerinchi I skipping kat tkt 6. Haha! Kalau dah jaga makan, dah skipping terlompat2 satu hari sampai 10 kali, mana tak kurus. Tapi tu la. Boleh je nak kurus tapi kalau suka makan kenalah exercise kerap. Tapi aku malas betol nak exercise.

Masa pregnant Azra pun aku agak menjaga makan. Sebab jumpa doc kerap aku terus jadi disiplin. Benda kolesterol tinggi, manis2 memang aku elakkan. Tak makan malam. Amik breakfast awal2. Tu yang history pregnancy aku excellent. Semuanya in control sampai dr Siti pun perasan. Hihi. Ko boleh lose weight masa tengah pregnant? Tapi korang janganlah ikut. Itu utk orang obese macam aku jer. Lepas bersalin, aku nampaklah susut orang tegur. Bangga kejap. Hehe. Dah la dalam pantang pun asik makan sup je kan. Manalah tak susut.

Tapi skg aku rasa aku dah nak sama berat dengan masa aku pregnant 9 bulan!!!!!

Yang dah sedia besar, telah menjadi semakin besar. Sekarang, nauzubillah memang macam giant. Tak dinafikan aku memang terer bab menternak lemak. Huhu. Korang jangan terpedaya aku letak gambar tu side2 tak nampak giant sangat. Kalau korang tengok aku live, siap tak muat frame nak masuk. Haha! Kesian aku. Lepas tu lagi kesian kat Azra la kang. Anak aku punyalah slim kecik2 tu sekali bila mak dia amik kat sekolah...hihi....kau tahulah budak2 kan telus. Ada sekali tu aku terdengar ada budak bagi komen mama Azra besar. Huhu....nak nanges tak? Tapi apa nak marah, dah memang betullah budak tu cakap. Hehe. Aku cool je buat2 tak dengar. Lain kali kalau aku dengar lagi, aku dah plan dah nak jawab apa i.e. takper besar sayang tapi hati kita kena baik. Bistu, aku nak jawab apa kan?

Aku dok cerita sejarah kegemukkan aku ni sebab...sebab...sebab...hurmmm....sebab untuk kesekian kalinya aku nak jaga makan balik. Jaga makan je. Hihi. Tapi.......kalau aku tak kecoh2 kat orang, kang aku senyap2 je lupakan balik hasrat nak jaga makan ni. Nak exercise susah. Alasan panjang tak cukup kertas nak tulis :P jadi aku mula dulu dengan jaga makan. Baru start je pong hari Isnin hari tu. Haha! Berhasil ke???!! Hasil kat sini, bukan maknanya berhasil jadi lebih ringan yer puan2. Hasil disini lebih kepada berhasil ke nak jaga makan?? Hehehe....Alhamdulillah...walaupun belum 100% tapi ku kira asalkan aku beringat tu dah kira permulaan yang agak baik jugak kan?

Ini semua sebab Jojoe lah! Dah berderet2 entry dia pasal jaga makan dan exercise, aku baca terus rasa bersalah pada diri sendiri. Kang gemuk sampai mati muda macam mana? Huhu. Lepas tu aku baca blog dr Faryn pun cakap pasal lose wieght guna pb semua tu. Huhu...orang kurus pun sibuk nak kurus lagi hokay. Lepas tu Filla pun. Shila shower siap buat series diary diet. Kau tak rasa bersalah? Pesal semua orang diet ni?!!! Adakah ini petunjuk dari tuhan?!!! Baiklah, aku follow...in a way sumber inspirasi jugak entry korang esp yang kes tahan makan tapi tupperware bekal ada depan mata siap kuis2 isi ikan sebab tak tahan. Haha siapakah itewww???

Doakan azam aku berjaya.

Tuesday, February 21, 2012

Catching Up

Walaupun aku tetiba dah jadi jarang update blog dengan cerita2 hangat (dan suam2 kuku at most of the time ngehehe), tapi aku ada je menebeng kat blog2 korang dok follow korang punya cerita2 panas dan separa panas. Hehe. Jangankan kata sekali sehari aku melawat, mahu 3-4 kali aku menjenguk dalam sehari. Lagi2 masa kat rumah. Mmg berebutlah dengan Rul dan Azra. Pantang ada je entry baru melompat kat sidebar tu, sepantas kilat aku klik. Muahaha! Nampak sangat bizi body ye dak?


Sebab dok menebeng tu, banyaklah isu2 yang aku rasa best je untuk dikupas. Kadang2 dok tergiang2 kat kepala masa nak tidur atau masa dalam bilik air. Tapi tu la, di saat ada kesempatan, eyh...macam ada je benda lain yang urgent. Itulah makcik. Memang makciklah punya alasan. Macam kesian plak kalau korang tinjau2 blog dong ni (ada ke? :P).


Cerita pasal Azra memang banyak (seminggu sekali kira banyak la tu kan?) tapi kadang2 bila Azra dah besar2 ni, ada dua perkara yang merisaukan aku. Aku takut dikatakan riak bila bercerita itu ini pasal dia. Yer la, tak semua orang open boleh pung pang pung pang dengan aku. Kang ada yang sensitif tu ingat aku saja nak up anak aku plak. Ada plak yang sangka aku nak compare2 anak aku dengan anak dia. Haha! Sapa yang tak kan? Yang keduanya, aku risau gak dok tempek muka dia besar2 kat sini, dok cerita whereabouts dia, tetiba ada orang cam dia, target dia, camner? Ishhh...hal2 keselamatan ni memang mama Azra selalu jadikan top priority. Takutlah jadi apa2 sebab kelekaan kita sendiri kan. Dulu aku ada follow satu blog ni. Comel betol anak dia. Kan geng emak2 ni suka nau tempek gambar anak comel2 (aku ler tew..:P). Tiba2 ada satu tahap tu, terus blog dia menyepi. Memang terus tak update tinggal cenggitu je. Aku dok godek2 jumpalah gambar latest anak dia chubby2 gitew. Yer la bebudak kecik ni time baby2 memanglah comel kalau chubby tapi kalau dah chubby tu jadi 2 kali ganda size dari yang normal membawa ke besar, dah suspen la kita kan. Aku ingat sebab tu la mak dia tak update lagi pasal dia la. Tapi bila skg ni aku fikir2 balik, bukan pasal tu la kot. Babies ni bila dah besar, muka dia dah mula tunjukkan ciri2 dia sendiri. Dah makin ketara feature dia. Kalau baby, semua je lebih kurang sama so tak kisah nak tepek muka anak.


But dun worry. I wont stop updating about Azra here cuma bertapis sikit je la kot. Masalahnya boleh ke nak tapis? Haha! Sabar je la korang dengan aku eyh. Hihi.


Dekat fb, aku ada upload gambar Azra pakai telekung belajar sembahyang. Comels la sangat muka kecik tu pakai tudung telekung. Sejuk la hati. Sekarang ada masanya Azra akan minta kitorang nak sembahyang. Kalau dah request, kenalah pakaikan telekung dia, bentangkan sejadah, dia sembahyang la situ. Aku ada gak try solat sama2 dengan dia last2 aku plak tak kusyuk. Satu hal plak sejadah senget sikit, dia suruh aku betolkan. Dia bukan boleh, masa bangun dari sujud tu, memang dah senget bengetlah sejadah dia. Lepas tu aku ada gak cuba kuatkan sikit bacaan supaya dia boleh dengar dan ikut sama. Sekali....aku start doa iftitah menyambung ke ayat kursi la plak. Melalut dah otak aku takleh kosentret. Haha! As of now, aku biarlah dulu dia solat sorang2 or just ikut2 je gesture kitorang solat.


Another update from Azra adalah....dia dah hafal doa makan!!! Yeay!!! Versi pelat yang sangat comels. Aku ada satu video dia baca doa makan tapi cable fon tak bawak plak hari ni. Aku capture slm masa drive balik rumah mak semalam. Alololo comel siap marah aku bawak kete dok brek2 sampai dia nak jatuh. Haha! Mana taknyer, nak dapatkan dia baca doa bukan senang. Aku start tahu dia dah dapat hafal doa makan dah seminggu lebih dah tapi bila aku suruh repeat, dia buat tatau je. Cheh...


Okaylah, bila start bercerita pasal dia mulalah aku tak senang duduk. Dah pukul 4 pun nih. Aku chow dulu la yer. Itulah dia progress Azra is terms of her islamic study. Yg lain2 tu aku update lain chapter. Hehe.


Daa..

Monday, February 13, 2012

Berupdate Jua Akhirnya

1. Aku tukar tombol pintu baru. Terpaksa tukar. Nak jadi kerja, sabtu lepas dalam kitorang laki bini kejar masa, sekali aku terkunci pintu sedangkan kunci masih kat dalam daaa.... Kitorang kelam kabut dah lambat nak hantar bapak aku gi collect duit br1m. Yg aku nak cepat sangat tu sebab majlis bapak aku start pukul 2. Rul plak sampai rumah dah dekat pukul satu. Kesian plak bapak aku takde yang nak ngantorkan. Ahkak jugek....Bila dah terkunci cenggitu, terpaksalah kasi pecah je tombol tersebut. Nasib baik bapak aku terer pasang tombol pintu. Balik dari majlis collect duit, terus singgah hardware. Kidnap bapak aku kejap. Sampai rumah dengan tak mandi, tak makan, tak solat, terus pasang tombol sampai berjaya. Huhu...terus rasa dah tak virgin Randa.

2. Bilikku banjiir. Aku tinggal Azra kejap je dalam bilik air. Tak sampai 3 minit. Sekali aku datang balik, dengan gembiranya dia tengah sembur air direct dari bilik air ke atas lantai bilik. Sambil bergelak ketawa lagi. Dia tatau tu kalau ikutkan hati aku, memang kena cubit dah. Tapi tu la. Bukan dia tahu pon kan. Dia tak aim atas katil pun dah cukup baik. Huhu....

3. Satria rosak. Tataulah Rul sempat ke tak nak baiki kete tu hari ni.

4. Membaca amalan mulia. Aku tengah giler baca novel sekarang. Tapi takderlah aku tak update blog sebab bizi sangat baca novel. Aku ada je menebeng kat blog korang, drop comment sekali sekala. Tapi tu ler nak update blog sendiri macam ketandusan idea.

5. Azra kat sekolah dah semakin okay. Memang dah takde masalah. Kadang2 aku sengaja amik dia lambat sikit around 5. Ada tu lajak lepas pukul 5 pun ada. Tapi masih kerap amik awallah around pukul 4 esp bila Rul ada. Tak sabar2 papa nak gomol Azra. Dia okay je dah tak nangis. Alhamdulillah. Yg lagi best, dah pandai nyanyi lagu are you sleeping sambil menari2 dan head and shoulder. Kalau baca buku tetiba amin, maknanya dah habis. Haha! Tapi dalam bahasa dia la satu pun aku tak faham. Lagu tu pon aku teka2 ikut rythm dia. Kalau weekend, asyiklah paksa aku nyanyi sekali dengan dia. Puas nyanyi, suruh join color buku plak. Semakin berani.

6. Kitorang jumpa swimming pool best. Kat belakang Pullman Putrajaya. Boleh jadi port mingguan. Boleh practise skill berenang. Ellehhh.......kecoh entah2 korang dah lama discover pool tu. Haha. Tapi memang confirm sunburn la kalau mandi kat sini. Hihi.

Okaylah. Tu je ada masa. Aku dah nak keluar pergi amik Azra dah ni.

Daa...