Tuesday, August 5, 2014

Syawal 2014

As Salam...

Amboi lama betul menyepi. Konon2 nak rajin update skali hangat2 najis ayam rupanya. Sayang juga sebab banyak betul cerita yang tak dapat nak kongsi sebab entah kenapa dah banyak kali cuba sebelum ni gagal nak upload new post. Tiba2 hari ni boleh plak. Laptop ni memang dah genap 2 bulan la tak buka. Iols cuti bersalin la uols. Nanti kita sembang2 lagi ya. Ni nak clean up folder email dulu Masyaallah punyalah banyak nak baca T___T

Saturday, December 7, 2013

Indahnya Sabtu

As Salam...

Bagi warga kerja pejabat tentunya hari Sabtu merupakan hari berehat dan hari kurang stress. Hari Sabtu la digunakan untuk aktiviti menyelenggara rumah dan riadah bersama keluarga. Hari Sabtu la nak sambung tidur selepas Subuh dan tak perlu kunci jam. Bangkit ikut suka hati tanpa perlu tergesa2 nak hantar pergi sekolah dan ke pejabat. Takyah redah jrm.

 ;)

Hari ni mood aku baik. Rasa rajin plak nak dating berdua dengan Azra p breakfast dekat kedai mamak. Roti banjir satu! Roti telur 1! Teh tarik kurang manis 1! Teh o ais satu! 

Mamak jawab, siap!!!


Friday, December 6, 2013

Saudara Seibu Sebapa

Sejak dulu, aku selalu berfikir tentang bagaimanakah nanti apabila Azra sudah punya adik. Berdasarkan cerita kawan2 yang lain, penerimaan anak pertama apabila bayi kedua sudah berada di depan mata adalah berbeza2. Sebahagian besar rakan2 yang punya anak lebih dari seorang tidak berdepan masalah cemburu atau perasaan persaingan atau mat salleh panggil sibblings rivalry. Tetapi ada sebilangan yang berdepan masalah tersebut atau masalah2 yg agak berlainan tapi punya persamaan dengan jelousy dan rivalry. Sebagai ibu dan bapa yang sudah tentu inginkan pengakhiran yang baik2 utk anak2, maka salah satu subjek yang aku pelajari adalah bagaimana mengelak dari berlaku perkara tersebut atau sekurang2nya persediaan yang boleh dilakukan jika ianya benar2 berlaku.

Pertamanya aku harus faham sibblings rivalry adalah normal. Adalah normal jika Azra berasa kedudukannya sebagai fokus dalam keluarga kami terancam dengan kehadiran baby Iman. Aku kena faham yang apa yg Azra rasa nanti tidaklah bermakna Azra bukan kakak yang baik atau belum bersedia untuk punya adik. Afterall, Azra jugalah yang tak habis2 pressure us untuk cepat2 bagi dia adik ;)

Antara perkara yang akan aku lakukan adalah seperti berikut:
1. Aku nak kenalpasti apakah yang Azra betul2 suka dan akan hargai kalau dia dapat benda tu. Ini adalah kerana aku nak beli barang tu sebelum bersalin nanti dan akan aku balut cantik2 dengan pembalut warna kegemarannya dan hadiah tersebut akan jadi salah satu benda yang aku akan pack ke hospital. Pada pertemuan pertama Azra dengan baby Iman, aku akan berikan hadiah tersebut pada Azra dan nyatakan pada Azra yang itu hadiah istimewa dari adik untuk kakak.

Langkah kedua dan seterusnya akan aku update from time to time. In shaa ALLAH...

First Purchase for Baby Iman

Keterujaan menjadi makbapak buat kali kedua sama je dengan pengalaman yang pertama dulu. Dulu2 aku sangka aku akan menjadi emak yang bias pada anak2. First born haruslah dilebihkan dsb tapi nampaknya kurang tepat tanggapan tersebut. Memang Azra adalah the best Azra that I've ever had but baby Iman juga special di hati mama. Cheeewaaahhh!

Anyway, tadi jalan2 kat Subang Parade dan oleh kerana aku adalah species mak yang excited, aku dah beli mittens dan hat utk baby Iman. Kitorang decide apa yg dah jumpa, kita beli dulu dan takyah nak tunggu sampai saat2 akhir. Kang akhir2 tu makin banyak plak nak kena beli so mana yang ada kita beli dan boleh simpan dulu. Cari juga bodysuit tp yang warna generic takde size. Perlu elak warna2 specific to certain gender selagi belum tahu. Size pun mmg nak cari yg betul2 newborn. Biarlah tak dapat pakai lama pon asalkan tak gedobos baby Iman nanti.


Mittens & hat utk adik ;)

Thursday, December 5, 2013

New School

Ini pula kisah Azra.

Azra dah 2 tahun tergolek telentang kat Brainy Bunch Kota Kemuning. Sejak last year sampai sesi 2013 melabuhkan tirai pada bulan Nov yg lepas, dah banyak peningkatan yang berlaku. Alhamdulillah pendekatan BBIM dalam pendidikan peringkat awal kanak2 mmg sesuai dengan perancangan kami sebagai mak bapak. So far kami happy dgn outcome yg kami dapat. Syukur dan semoga terus maju jaya anakku dan anak2mu juga :)

Anyway, langit tak selalunya cerah. Kadang2 hujan turun ditengahari. Itulah yang berlaku. Tiba2 kami dapat makluman BBIM branch Kota Kemuning nak tutup! Last day 30 Nov lepas!

Huwaaaaaa!!! Sebelum Azra nangis, aku dah nangis dulu. I know my girl. Nak pindah skul bukan mudah okay. Anak mak pemalus la sangat.

Anyway, dipendekkan cerita, selepas aku berlengah selama 3 hari, hari ni Azra jejak kaki ke sekolah baru. 3 hari sebelumnya setiap pagi bukan Azra yg taknak p skul tapi aku yg tak sampai hati nak hantar.

T___T

Cerita ni macam tergantung sbb tiba2 aku sakit perut ;)


Wednesday, December 4, 2013

Baby Iman

As Salam readers...

Masalahnya, ada lagi ke reader? Hihi...berkurun lama sudah kutinggalkan ruang ini. Cliche plak nak kata sibuk sebab sebetulnya bukan takde ruang langsung nak menceceh. Rasanya aku kehilangan sentuhan nak menulis. Pen dah habis dakwat, pensel dah tumpul ;)

Anyway, update hari ni sekadar nak share satu berita paling baik pernah aku ada.

Alhamdulillah kini aku sudah di usia 12 minggu kehamilan. Sesuatu yang memang kami dah tunggu lama. Sebetulnya kalau boleh kami nak anak kedua kami dilahirkan pada bulan Dec tahun ini tapi nampaknya plan Allah lagi hebat. In shaa ALLAH permata hati kami yang kedua bakal lahir pada pertengahan 2014.

Harapan kami haruslah sama seperti ibubapa yang lain. Semoga baby Iman sihat dan kuat sempurna di alam rahim. Dan semoga dipermudahkan urusan kami.

Reaksi Azra haruslah bagus sekali. Azra memang sudah terlalu inginkan adik baby. Baby Alive dah tak mencabar katanya. Kali ni nak baby yang betul2 boleh gerak. In shaa Allah Azra bakal jadi kakak yang penyayang dan sumber inspirasi buat adik.

Ameen dan semoga baik2 sahaja semuanya.